Wednesday, September 16, 2015

Singgah cuci hati.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Kewujudan belog ni sebenarnya dah berzaman dilupakan. Entah macam mana tergerak hati nak buka balik, imbau kenangan, cari pedoman.

Minggu lepas, sempatlah menyempatkan diri, mengisi ruang dalam DKP3, USIM dengar perkongsiaan anak muda *muda betul*, Aimaan Banna. Penulis buku Henshin *Kalau tak tahu sila google sekarang* Seawal usia 19 tahun, dia dah pun memiliki syarikat sendiri, seorang penulis buku, seorang daie' dalam erti kata lain penceramah bebas gitu dan sudahpun bergelar seorang suami dalam masa yang sama masih lagi bergelar seorang pelajar. Hebat tak hebat itulah realiti hidupnyaa. Kagum sebenarnya. Antara kata-katanya yang macam masuk telinga melekat kat otak, 

Hidup dalam expectation manusia, kau akan gagal. Hiduplah dalam expectation Allah, kau akan berjaya.

Manusia sering membataskan kemampuan sendiri kerana penilaian dan expectation manusia lain. Kita terlalu sibuk fikir orang tu kata itu, orang ni kata ini. Orang tu kata ini tak boleh, ini tak boleh macam ni, tanpa kita ambil kira apa Allah kata. Sedangkan, yang mencipta kita, yang menghidupkan kita, Allah dan bukannya manusia yang sama serupa dengan kita yang kita duk asyik dengar omelan mereka. Kita sekat potensi diri sendiri sebab risau nanti orang kata apa, nanti kita dilihat asing, katanya mahu menunjuk kemampuan diri. Silap besar kita selama ni. Duduk dalam kepompong selesa expectation manusia, sampai bila-bila pun tak mampu jadi rama-rama cantik. ;')



Basically, itulah main point yang berjaya digarap *ayat tak boleh nak skema lagi* dalam perkongsian Aimaan Banna hari tu. Dia juga ada menyebut, anak muda hari ni, islam hari macam ni, lemah tak berdaya saing sebab anak mudanya terlalu memandang ringan bab ikhtilat dan jaga pandangan, sedangkan dua perkara ni boleh membawa kepada masalah hati. Anak muda hari ini lebih kerap berkonflik dengan isu-isu cinta, berbanding memikirkan masalah ummah.

*****
Jerebu buat manusia sedar, nikmat bernafas dalam udara bersih yang selama ni Allah bagi free of charge, rupa-rupanya sangat bernilai. Asap tebal membataskan jarak penglihatan, menyukarkan pernafasan, memberi kesan buruk kepada kesihatan. Udara bersih percuma, tak perlukan bayaran, pemberian dari Tuhan. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Syukur jangan kufur.

syfqhsa

No comments:

Post a Comment