Tuesday, October 13, 2009

Ana juga manusia...

Ana juga manusia,
yang kadang-kadang letih mengharungi hidup yang tak menentu onak durinya..
adakalanya mencabar keimanan, dan adakalanya memekarkan bunga kebahagiaan. Ana bersyukur kerana ana masih lagi di atas landasan agamaNYA. Ana bersyukur kerana masih lagi berpaut pada tali ALLAH. Meskipun syaitan laknatullah sering membisikkan rona-rona bahagia dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan Akhirat. Alhamdulillah, biarpun kadangkala ana tumpas.. tapi, ana masih bisa bangkit semula bersama kekuatan kudrat yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang buat ana. membetulkan kesilapan yang telah ana lakukan. Kekuatan dan keazaman yang kadangkala lenyap ditelan tipu daya syaitan, masih lagi bersisa dan masih mampu membuahkan usaha. Jutaan kesyukuran ana ungkapkan.

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Kawan!!!

Cerita ue..
nantilah ana sambung...
Entry nie mmg khas buat siapa yang mengaku
kawan ana....

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah
Takkan terus berkelana
Ingatlah
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Thursday, October 8, 2009

Continue....

"Azam, aku lupa nak bagi tahu kau. Baru setengah jam tadi doktor beritahu aku yang dah ada penderma yang sesuai."
"ye ke? Siapa yang bermurah hati tu?" soal Azam yang masih ralit membaca akhbar. Matanya tidak lekang daripada tajuk yang sedang dalam pembacaannya.
"entahlah... Aku tanya juga doktor, tapi doktor kata penderma tu nak identiti dia dirahsiakan."
"ooh... dia nak privacylah tu. lambat laun kau tahu juga nanti..." jawab Azam endah tidak endah dengan topik perbualannya bersama Khalif memandangkan tajuk berita di dalam akhbar yang sedang dibacanya lebih menarik perhatian.
"Kau ni! aku cakap buat tak tahu je!"Khalif meninggikan suara apabila melihat rakannya itu buat tidak endah dengan apa yang sedang mereka perkatakan.
"Dah tu? kau nak aku respon macam mana?" soal Azam dalam nada sindiran.
"Ish... Kau ni. Datang-datang je buat sakit hati aku. pergilah belikan aku something untuk dimakan. lapar ni." Begitulah mereka. Bahasa bualan mereka agak kasar. Tapi, yang kasar itulah yang mengeratkan mereka. Sekasar manapun bahasa mereka, tak pernah sekali-kali mereka menggunakan bahasa yang tidak sopan dalam perbualan seharian.
"yelah. Kau ni, tak boleh tengok orang senag sikit. Ada saja." Ujar Azam sambil meletakkan surat khabar ke atas meja kopi yang berdekatan lalu mencapai kunci kereta yang turut diletakkan di atas meja tersebut.



**************



Aleisya merenung ke luar jendela. Udara pagi itu nyaman sekali. Matahari yang menyinari pagi juga tidak terlalu terik dek kerana kehadiran awan yang membayanginya. Lantas, hatinya memuji ALLAH atas kebijaksanaanNYA mencipta setiap yang ada di langit dan di bumi. Telekung yang digunakan semasa menunaikan solat Dhuha sebentar tadi tidak terus ditanggalkan. Terniat di hatinya untuk membaca surah Al- Waqiah diikuti dengan menghafal surah Al-Kahfi yang masih bersisa beberapa ayat sahaja lagi. Sempat juga dia termenung sebelum mengalunkan ayat suci itu. Teringat dia pada seorang insan. Insan yang kini merantai jiwanya dengan perasaan yang tak dapat diluahkan.
Khairil Azam Khaidir. sepotong nama yang menggamit perasaannya. Segera dia beristighfar apabila menyedari al-Quran masih dalam pegangan. 'Astaghfirullah hal azim.. kenapa mesti aku mengingatinya. Dia bukan hak aku. Dia hanya tunangku. Tunang tidak bererti dia halal bagiku.' ungkap hati Aleisya menyedarkannya dari Khayalan palsu bisikan sang Azazil. Segera dia menatap Mashaf suci itu lalu dialunkan Kalam ALLAH itu dengan tajwid yang betul. Sugguh merdu alunannya. Selesai membaca, Dia menyelak ke halaman surah al-Kahfi bagi menyambung bacaannya yang hanya tinggal beberapa ayat lagi. Selesai menghafaz, di mentadabbur pula intisari ayat-ayat yang dibaca sebentar tadi bagi memahami sepenuhnya Kalam ILAHI yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad itu.
Belumpun sempat Aleisya menyimpan al-Quran di tangannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Terkocoh-kocoh dia mendapatkan telefon bimbit yang berada di dalam bilik tidurnya. Mujurlah dia tidak jatuh kerana memijak kain telekungnya yang berjuraian. Panggilan diangkat. Nombor yang tidak dikenali.
"Assalamualaikum." Salam dihulurkan buat si pemanggil.
"waalaikumussalam. Enti apa khabar?" Suara garau menyahut salamnya.
"Saudara ini siapa?" Soal Aleisya. Dia meragui pemanggil yang sedang berada di talian.
"Takkan buat-buat lupa. Malik. your secret admirer." Ujarnya selamba tanpa sekelumit rasa segan silu.
"Malik, Kalau tiada hal penting yang ingin dibincangkan, tidak perlulah awak menghubungi saya. noktah." Panggilan ditamatkan. Tidak sanggup lagi rasanya terus membiarkan dosa menjalar ke dalam jiwa. Istighfarlah pembersih jiwa yang dinodai setitik khilaf diri yang tak sempurna ini.
Segera ditanggalkan telekung yang membaluti tubuh. Disangkutnya di ampaian di kamar peraduannya yang sederhana besar. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan lad top di atas meja belajarnya sambil mengikat Rambut ikal mayangnya. Tangannya mula menekan tetikus bagi menyambung semula tugasan yang tergendala sebentar tadi kerana dia pergi menunaikan solat Dhuha yang sudah menjadi rutin hariannya. Matanya tidak jemu menatap skrin ladtop miliknya yang dihadiahkan oleh kedua ibu bapanya buatnya yang tidak pernah mengecewakan kedua ibu bapanya. Terdetik pula di hatinya untuk membuka email yang sudah lama tidak dikemaskini kerana kesibukannya di dewan kuliah. Kekunci huruf ditekan menaip ID yang tidak asing lagi buatnya. Belum sempatpun dia menghela nafas lega di atas kejayaannya menyiapkan tugasan, dia terpana menatap skrin ladtopnya. Mesej pertama di peti melnya membuatkan jantungnya bagai mahu luluh.
bersambung....