Sunday, October 6, 2013

undefined post


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan yang berharga untuk menghirup udara di bumi Tuhan. Besarnya kurniaanNya kepada kita, diberi udara secara percuma, tanpa bil bulanan, dipinjamkan tubuh badan yang berfungsi dengan baik agar dapat kita meneruskan kehidupan, mencari bekalan. Tapi, kita selalu lupa, selalu leka sehingga kita mensia-siakan peluang yang dikurniakan olehNya. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Penyesalan yang ketika itu tidak bererti dan tidak akan membawa sebarang perubahan kepada nasib kita sama sekali, nauzubillah.
*Rindu nak dengar tazkirah jumaat cikgu Nasa*

Apabila kita mengeluh kerana kekurangan kita dari aspek material, cuba kita renung kembali tubuh badan kita. Kita punya mata, yang sangat berharga, yang kalau diletakkan harga padaNya, kita sendiri tak mampu membayarnya. Kita ada telinga, kita ada jantung. 

"Tapi, yang itu semua orang adaaa.."

ya, semua orang ada. Tapi, tak semua orang sedar yang itu adalah nikmat dariNya. Tak semua orang juga diberikan nikmat-nikmat tersebut dalam keadaan yang sempurna, ada yang diuji dengan tidak sempurnanya penglihatan, ada yang diuji dengan kudungnya tangan. Bersyukurlah, jangan mengeluh. #notetoself



*******

Kemaafan itu penawar.

Maafkan, kerana kita bukan Tuhan untuk terus-terusan menghukum. Sesekali tersalah tingkah, berselisih pendapat itu normal dalam sebuah ukhuwwah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, tak bermakna itu satu pengakhiran kepada sebuah ukhuwwah. Bahkan, ia mengeratkan lagi. Pengalaman kan mematangkan kita.

Tak ke mana kita kalau ego setinggi langit, tak mahu bersangka baik.

Memaafkan bukan bermakna kita kalah. Meminta maaf bukan bermakna kita salah. Ia bukan tentang siapa betul siapa salah, bukan juga tentang siapa menang siapa kalah. Hubungan dengan manusia, kita perlu jaga. Sedaya upaya, jangan kita simpan kebencian, hasad dengki dalam hati kita. Ia hanya akan mengundang keletihan buat jiwa, sebab itu bukan fitrah jiwa kita. Jiwa kita semulajadinya, asalnya adalah bersih, putih drpd segala kebencian.

"Sahabat, aku tahu aku bukan sahabat yang baik. Aku tak dapat menjanjikan yang sempurna kerana kesempurnaan itu bukan hak aku sama sekali. Tapi, aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Maafkan akuu?"

 "Hubungan kita dengan manusia adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Hubungan manusia dengan kita adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. Kita buat habis baik untuk lunaskan tanggungjawab kita dengan Allah, terpulang kepada mereka, bagaimana mereka melunaskan tanggungjawab mereka dengan Allah."

Wallhu'alam
cikArkitek

Saturday, August 24, 2013

Jangan tutup mata kita, sahabat.


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang masih sudi meminjamkan nyawa, dan segalanya buat kita. Segala puji bagi Allah yang telah mengatur setiap kejadian di langit, dan di bumi dengan sebaik-baiknya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah, juga para sahabat dan sahabiah yang sentiasa tenang melalui mehnah kehidupan yang panjang demi menegakkan islam suatu ketika dulu., dan kini perjuangan yang sama perlu kita sama-sama teruskan, kerana setiap dari kita ada pernanannya, ada tanggungjawabnya.

.......

Buka mata, sahabat!

Teknologi tanpa sempadan, internet menjadi alat penghubung jiwa yang berjauhan, tapi masih lagi ada dalam kalangan kita yang masih tertutup matanya tentang apa yang menimpa saudara-saudara seislam kita di Syria, Mesir, Palestin, juga seluruh pelusuk dunia. 



Jiwa bagai dirobek-robek saat menatap gambar yang memaparkan keadaan mangsa-mangsa kekejaman musuh Allah. "Aku di sini, tersenyum, tertawa, sedangkan mereka, derita, seksa, payah, segalanya mereka tanggung sendiri. Mereka hadapi kekejaman musuh Allah, semata-mata untuk mempertahankan akidah mereka, semata-mata untuk melihat islam itu diangkat, dijulang di tempatnya, dan bukannya ditindas.

Bagaimana dengan kita? Kita di sini, 'aman' pada zahirnya, tetapi hakikat, dalaman kita, rohani kita sedang diganyang, dirobek-robek senjata musuh Allah. Sedarkah kita akan hakikat itu? 

Mereka di sana, berlapar dahaga, menanggung keletihan, menjadi saksi kematian insan-insan tersayang, kita di sini? Kita sibuk dengan hiburan tana henti. Derita saudara kita, kita tolak tepi. Konsert dari penghibur dunia yang kita letak di sisi. 

Senjata tentera al-sisi yang terus menembak rambang saudara kita, kita tak peduli. Kisah dan drama cinta ciptaan manusia yang kita nanti-nanti. 

Ambil tahu.

Tanggungjawab seorang saudara ke atas saudaranya yang lain apabila saudaranya ditimpa musibah, ambil tahu, doakan kesejahteraannya juga kekuatan untuk mereka dan kita, agar terus berada di atas jalanNya.


Anak kecil menggeletar 
Berair hidung, 
Remaja besar bertebar 
Anggota kudung, 
Ibu bapa bersabar 
Rumahnya kosong, 
Teman, mari sebentar 
Berdoa tolong.
-Matluthfi-

"Apa yang terjadi ke atas saudara-saudara kita bukan cuma tentang mereka, tapi tentang kita. Ada yang sedang Allah bicarakan buat mereka dan juga buat kita. Muhasabah bersama."

Kita dan mereka bersaudara. Apabila seorang saudara di sakiti, pasti saudaranya yang lain terasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga akan terasa.

Satukan hati kita. Hentikan sengketa.
Demi islam tercinta. Demi meraih redha yang esa.

wallahua'alam.
cikArkitek

Sunday, May 12, 2013

Masih mencari dan cuba menjadi lebih baik.


Bismillahirrahmanirrahim...

"Manusia tak tahu, Allah tahu. Allah Maha Mengetahui."

Tiada satu punn perkara, peristiwa, kejadian, situasi yang di luar pengetahuan Allah. Allah telah mengaturkan segalanya mengikut apa yang terbaik di sisi Allah, bukannya dalam perkiraan kita. Jika benar, jika benar ada yang berdolak dalik, ada yang bertindak dengan mengikut nafsu sendiri semata-mata kerana mencari dunia dan isinya, tanpa mengambil kira tentang amanah yang Allah pikulkan di bahu, ketahuilah, Allah maha Melihat. Sampai suatu masa, kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan, disoal tentang tanggungjawab dan amanah. Di dunia mungkin terlepas, di akhirat sana, Allah maha Adil. :')

"Zaman ini zaman fitnah," 

Ya. Fitnah di mana saja. Sehingga kita sendiri sukar untuk menilai sama ada apa yang tersaji itu adalah kebenaran atau sebaliknya. Cukuplah kepada Allah kita berserah diri. Hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Jangan sesekali berhenti berdoa kepadaNya agar kita diberi petunjuk dalam tindakan, tingkah laku dan tutur kata kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah moga hati kita disinari petunjuknya supaya kita tak tersilap langkah, tersilap sangka, tersilap kata dalam kehidupan kita. 


Gambar hiasaan ;)


"Hitam.."

Ya. Yang hitam itu kerana saya masih sedih, pelik, tertanya-tanya, keliru dengan apa yang berada di depan mata. Hendak dipejamkan mata sahaja dengan apa yang terjadi di sekeliling? Itu namanya tidak bertanggungjawab. Lambat laun, saya kena ambil tahu juga. Itu semua kisah kita juga.

"Jadi manusia yang tahu berterima kasih. Bersyukur,"

Alhamdulillah. Saya masih di bumi Malaysia yang aman. Jauh dari peperangan zahir, peluru yang bertali arus, dentuman bom sebagai hiasan langit, percikan darah di merata tempat. Alhamdulillah, Malaysia bebas dari penjajahan zahir. Tapi jiwa kita masih belum merdeka. Masih di takuk lama. Masih sama. Dunia, harta, material menjadi perkara pokok dalam pembangunan, tanpa pembangunan yang sewajarnya dari aspek dalaman. Perpaduan kita entah ke mana, perikemanusiaan kita entah bagaimana, rasa tanggungjawab kita? Tepuk dada, tamya diri kita. 

Kita perlu ubah. Ubah diri kita. Semuanya bermula dengan diri kitaa. Kalau bukan kita siapa lagi?

Jangan kata, "Mereka tak buat, kenapa saya perlu buatt..?" Mulakan dengan diri kita. 
Jangan kata, "Mereka pun sama, kenapa cuma saya yang perlu bertindak?" Mulakan dengan diri kita. 

Kita hidup berbilang bangsa. Berbeza fahaman dan agama. Tolak ansur dalam hal yang patut, saling memahami. Kita yang muslim mulakan dulu perubahan ke arah yang lebih baik, kerana islam itu syumul. Cuma kita yang tidak mempraktikkannya dengan baik.

Wallahua'alam.


Sekadar menaip, buat renungan diri.
CikArkitek.

Friday, April 19, 2013

Belum boleh mengundi.


Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh yang dinanti kian hampir. Ya. Tarikh PRU 13 yang dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh keterujaan. Ehh? 18 tahun. Belum layak mengundi. Tapi, tak bermakna tak layak untuk ambil tahu perihal isu dalam dan luar negara, termasuklah isu-isu berkaitan politik Malaysia. Kannn? Kannn?

Pemerhatian mentah daripada budak yang baru berusia 18 tahun 2 hari lebih sikit ni memang tak terlepas daripada kesilapan. Kerana budak 18 tahun 2 hari ni juga insan biasa yang kadang kadang terlepas pandang dalam menilai.

Cuma budak berusia 18 tahun 2 hari ni, kadang-kadang tertanya-tanya. Adakah perjalanan politik memang macam ni? Aibkan  orang tu, aibkan orang nii. Tuduh sana tuduh sini. Burukkan orang A burukkan orang B. Hukum ikut suka hati, macam dialah yang nilai iman dan taqwa manusia.  Bertelagah siapa salah siapa betul. Memang macam tu ke?

gambar hiasan ;)

Entah. Mungkin, atas sebab inilahh, ada orang terutama generasi muda yang tak nak ambil tahu tentang isu ini. Jiwa kosong. Malas nak campur. Kalau pewaris negara macam ni, bagaimana masa depan negara? 

Semua orang nak perubahan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Tapi,tak semua orang bergerak, berusaha untuk menjadi lebih baik. *terasa* Kita cuma bercakap, salahkan orang lain, tanpa kita sedar yang diri kita sebenarnya tak buat apa-apa.

 Jadi, jom kita sama-sama. Seiring. Bergandingan. Lakukan perubahan. Mula dari diri kita. Kita ubah diri kita untuk ubah sekeliling. For a better nation? Nak?

Dan jiwa kita tak boleh kosong, kena isi. - Matluthfi

Saya cuma insan yang masih dan in sha Allah akan terus mencuba untuk jadi lebih baik.
Wassalam
CikArkitek

P/s:
Baca sini: Matluthfi
Tengok ni: Lalang

Wednesday, March 20, 2013

PLKN, done!


Bismilahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah, khatimul anbiya'.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hampir dua bulan setengah melalui rutin harian di Kem PLKN Titian Bintangor, akhirnya bertemu juga dengan titik noktah. Memorinya, kenangannya tersimpan kemas. *acewaahhh. Jujur, semuanya akan saya rindui. Semuanyaaa. Terutamanyaa, Jurulatih-jurulatih, staf-staf, mak cik DM, dan teristimewa, sahabat-sahabat yang (in sha Allah) saya kasihi dan saya rindui tika ini kerana Allah. Ada jodoh, kita jumpa lagii. Allah pertemukan kita di sana. Di tengah-tengah 'hutan', ladang kelapa sawit, jauh dari bandarrr. Moga ukhuwwah ini berkekalan walaupun kita jauh antara satu sama lain. Siapa sangka, perkenalan dalam tempoh yang singkat ni sesuatu yang istimewaa. *istimewaaa? Kalau tak istimewa, kenapa 16 mac, 17 mac hari tu, masing-masing menangis, peluk macam tak nak lepasss,..? :'''''')


Betul-lah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kitaa. Masa dapat surat tawaran duluu, Allah saja yang tahu macam mana memberontaknya, "Kenapa Akuuuu?! Kenapa Akuuuuu?!" Tapi, lepas seminggu, dua minggu, tiga minggu duduk sana, menghadap muka-muka yang sama setiap hari, tidur sama-sama, solat sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama, boring sama-sama, kena marah sama-sama, gelak sama-sama, ikatan tu makin erat. Sama juga dengan yang non-muslim. Walaupun berbeza budaya, agama, (warna kulit nak dekat-dekat sama, sebab masing-masing berjemurr), masih rasa macam satu keluarga. Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa. Terima kasih, Allah. Kalau saya tak pergi PLKN, saya mungkin tak buka mata tentang realiti sahabat seusia saya. Saya berhadapan dengan macam-macam orang, saling berkongsi. Melalui PLKN ni, Allah bagi peluang untuk menyampaikan rupanyaaa. :") Terima kasih , Allah. 

"Duhai sahabat, dengarkanlah bicara hatiku ini. Meskipun jarak memisahkan, namun tiada rentap kasih.  Biarlah waktu menetukan nilai ukhwah yang terjalin. Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir." Sahabat - Devotees

"Kita bagaikan satu keluarga.  Silaturrahim ini tak akan terpisah. Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat. Seiring sehaluan satu cita dan impian. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Bertemu berpisah kerana Allah." Seiring Sehaluan - UNIC

********

Masih saya ingat, ada seorang sahabat menzahirkan rasa hatinya tentang segelintir, atau mungkin hampir semua, atau sebahagiann, atau apa-apa sajalahh. Antara kata-kata sahabat ini, lebih kurang begini, "Ada pelajar sekolah agama, yang memang dia lebih tahu dari orang lain, tapi dia tak buat apa yang dia tahu tuu. Dah lama dah sya(bukan nama sebenar) perhatikan. Dia cakap apa yang dia tak buat, macam mana orang lain nak dengar teguran dia tuuu.."

---------

Lepas dengar tu, sentap. Dushhh. Macam kena penumbuk sebijikk. 

So true. Betul-lah apa yang diluahkan. Sebagai seorang yang nak menyampaikan tuu, kita kenalah pastikan apa yang kita sampaikan tu, kita buat. Kita sibuk bagi tahu orang tentang itu ini itu ini, tup tup diri kia sendiri tak buat apa yang kita sibuk cakapkan tu. Nauzubillah. Muhasabah diri. Betulkan mana yang senget-senget. 

*Tapi, mana ada manusia yang sempurnaaaa?

Kita boleh jadi lebih baik kannn?

*Diam

Betul. Tak ada yang sempurna. Kita sebagai si pendengar pulaaa, kena faham, manusia tak ada yang manusia. Dia tersalah mungkin sebab dia terlupaa. Manusia kan memang pelupa, dan perlu sentiasa diingatkannn. Lagi satuu, 

Jangan lihat siapa yang berbicara, tapi lihat apa yang dibicarakann. (Saidina Ali bin Abi Thalib)

Walaupun yang sedang menegur, yang sedang menyampaikan itu adalah seorang yang sangat kita benci. Sebagai contoh, si B membenci si A atas sebab peribadi. Suatu hari si A berkongsi ilmu tentang sesuatu perkara dalam satu majlis. Agak-agaknyaa, apa tindakan si B kalau dia ikutkan sangat hati yang membencii?

*Bangun dan tinggalkan majlisss?

Tapi, apa pula tindakan yang sewajarnya diambil oleh si B dalam situasi ini?  

*Duduk di dalam majlis ilmu. Ambil ilmu, kebaikan yang disampaikan dengan mengenepikan persengketaan yang mungkin berpokok pangkal dari hal peribadi yang remeh.

Ilmu itu mutiara untuk kita. Kutiplah walau dari mana pun kita jumpa. Rugi kalau kita tak ambill. :)

Wahai pelajar sekolah agama, sedarlah masyarakat memandang anda luar biasa. Anda kena jadi luar biasa. "Apsal pulakk. Pelajar sekolah agama pun manusia biasa. Buat salah. " mesti tengah bermain dalam kotak fikiran. Ya. Tapi, tanggapan mereka, harapan mereka besar pada kita untuk bangunkan ummah. Memang islamitu bukan cuma hak pelajar sekolah agamaaa. Tapi, kalau bukan kita yang bersekolah di sekolah yang ada title Agama di hujung tu, siapa lagi nak mulakannn? 

Muhasabah diri sama-sama, sahabatt. 
Ok Habissss. 
Wassalamm.
CikArkitek.



Sunday, February 10, 2013

Random


Bismilahirrahmanirrahim.

Blog terbengkalai tak berusik. Mujur pengubahsuaian tidak tergantung di tengah jalan. Almaklumlah, tuan rumah dikerah untuk berkhidmat untuk negara tercinta. Alhamdulillah! Semuanya baik-baik sahaja. Siapa kata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) satu program yang buang masa? *Saya yang kata, dulu..*


Ya, dulu, sayalah manusia yang paling benci dengan PLKN. Uuuuu. Sangat berharap tak terpilih. Sangat-sangat berharap tak jadi orang bertuah yang dipilih oleh JLKN. Tup tup, Tahniah! Anda terpilih untuk menyertai PLKN. Awal-awal, memang macam tak redha. Tapi, bila muhasabah balik, "hidup kita siapa yang atur?" Hanya ada satu jawapan, Allah. Ya, Allah yang aturkan kehidupan kita ni. Bila Allah dah tetapkan macam tu, mesti ada sebab. Mesti. Mesti ada sesuatu yang Allah nak beri untuk saya melalui PLKN. Saya kena positif, berusaha utnuk cari yang sesuatu itu. Apa yang kita lihat adalah apa yang kita dapat. Kita lihat sesuatu benda tu positif, kita akan dapat yang positif. Percayalah. Allah tak pernah zalim ke atas hambaNya. Allah sering beri peluang kepada diri kita untuk perbaiki diri, cuma kita yang selalu sia-siakan peluang tu. 

...............



Situasi apapun yang terpaksa kita hadapi dalam kehidupan ini, kita perlu bertindak rasional. Muhasabah dalam setiap perkara. Jangan cepat melatah. Jangan bertindak melulu mengikut emosi. Seluruh kehidupan kita ini, ada yang mengatur. Ada yang mengawal. Ya, Allah . Allah bertindak sebagai penguasa alam. Berkuasa mengawal langit dan bumi, menguasai seisi alam. Tiada yang terlepas dari kekuasaan Allah. Tanpa izin Allah, sesuatu itu tak akan terjadi dengan sendirinya.

Biarlah seluruh isi alam berhimpun untuk mendatangkan kebaikan buat diri kita, kalau Allah tak izin, tak akan terlaksana hal tersebut. Begitu juga, sebaliknya. Seisi alam berhimpun untuk mendatangkan kemudaratan atas diri kita, namun, tanpa izin Allah segalanya tak akan terlaksana.  Keadaan apapun yang sedang dan terpaksa kita hadapi datangnya dari Allah. Lihat semua situasi itu dengan mata hati dan bukannya mata zahir. 

Jangan bertindak melulu tanpa memohon petunjuk Allah. Allah yang menciptakan kita, Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Allah tak pernah jadikan sesuatu  itu dengan sia-sia. Walaupun sekecil-kecil perkara, pasti ada sebabnya. Kerana Allah yang Maha Bijaksana. Penilaian Allah tak pernah silap walau sedikit pun. Buka mata hati. 

Aturan Allah tak pernah silap :)
Wassalam
CikArkitek