Bismilahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah, khatimul anbiya'.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hampir dua bulan setengah melalui rutin harian di Kem PLKN Titian Bintangor, akhirnya bertemu juga dengan titik noktah. Memorinya, kenangannya tersimpan kemas. *acewaahhh. Jujur, semuanya akan saya rindui. Semuanyaaa. Terutamanyaa, Jurulatih-jurulatih, staf-staf, mak cik DM, dan teristimewa, sahabat-sahabat yang (in sha Allah) saya kasihi dan saya rindui tika ini kerana Allah. Ada jodoh, kita jumpa lagii. Allah pertemukan kita di sana. Di tengah-tengah 'hutan', ladang kelapa sawit, jauh dari bandarrr. Moga ukhuwwah ini berkekalan walaupun kita jauh antara satu sama lain. Siapa sangka, perkenalan dalam tempoh yang singkat ni sesuatu yang istimewaa. *istimewaaa? Kalau tak istimewa, kenapa 16 mac, 17 mac hari tu, masing-masing menangis, peluk macam tak nak lepasss,..? :'''''')
Betul-lah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kitaa. Masa dapat surat tawaran duluu, Allah saja yang tahu macam mana memberontaknya, "Kenapa Akuuuu?! Kenapa Akuuuuu?!" Tapi, lepas seminggu, dua minggu, tiga minggu duduk sana, menghadap muka-muka yang sama setiap hari, tidur sama-sama, solat sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama, boring sama-sama, kena marah sama-sama, gelak sama-sama, ikatan tu makin erat. Sama juga dengan yang non-muslim. Walaupun berbeza budaya, agama, (warna kulit nak dekat-dekat sama, sebab masing-masing berjemurr), masih rasa macam satu keluarga. Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa. Terima kasih, Allah. Kalau saya tak pergi PLKN, saya mungkin tak buka mata tentang realiti sahabat seusia saya. Saya berhadapan dengan macam-macam orang, saling berkongsi. Melalui PLKN ni, Allah bagi peluang untuk menyampaikan rupanyaaa. :") Terima kasih , Allah.
"Duhai sahabat, dengarkanlah bicara hatiku ini. Meskipun jarak memisahkan, namun tiada rentap kasih. Biarlah waktu menetukan nilai ukhwah yang terjalin. Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir." Sahabat - Devotees
"Kita bagaikan satu keluarga. Silaturrahim ini tak akan terpisah. Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat. Seiring sehaluan satu cita dan impian. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Bertemu berpisah kerana Allah." Seiring Sehaluan - UNIC
********
Masih saya ingat, ada seorang sahabat menzahirkan rasa hatinya tentang segelintir, atau mungkin hampir semua, atau sebahagiann, atau apa-apa sajalahh. Antara kata-kata sahabat ini, lebih kurang begini, "Ada pelajar sekolah agama, yang memang dia lebih tahu dari orang lain, tapi dia tak buat apa yang dia tahu tuu. Dah lama dah sya(bukan nama sebenar) perhatikan. Dia cakap apa yang dia tak buat, macam mana orang lain nak dengar teguran dia tuuu.."
---------
Lepas dengar tu, sentap. Dushhh. Macam kena penumbuk sebijikk.
So true. Betul-lah apa yang diluahkan. Sebagai seorang yang nak menyampaikan tuu, kita kenalah pastikan apa yang kita sampaikan tu, kita buat. Kita sibuk bagi tahu orang tentang itu ini itu ini, tup tup diri kia sendiri tak buat apa yang kita sibuk cakapkan tu. Nauzubillah. Muhasabah diri. Betulkan mana yang senget-senget.
*Tapi, mana ada manusia yang sempurnaaaa?
Kita boleh jadi lebih baik kannn?
*Diam
Betul. Tak ada yang sempurna. Kita sebagai si pendengar pulaaa, kena faham, manusia tak ada yang manusia. Dia tersalah mungkin sebab dia terlupaa. Manusia kan memang pelupa, dan perlu sentiasa diingatkannn. Lagi satuu,
Jangan lihat siapa yang berbicara, tapi lihat apa yang dibicarakann. (Saidina Ali bin Abi Thalib)
Walaupun yang sedang menegur, yang sedang menyampaikan itu adalah seorang yang sangat kita benci. Sebagai contoh, si B membenci si A atas sebab peribadi. Suatu hari si A berkongsi ilmu tentang sesuatu perkara dalam satu majlis. Agak-agaknyaa, apa tindakan si B kalau dia ikutkan sangat hati yang membencii?
*Bangun dan tinggalkan majlisss?
Tapi, apa pula tindakan yang sewajarnya diambil oleh si B dalam situasi ini?
*Duduk di dalam majlis ilmu. Ambil ilmu, kebaikan yang disampaikan dengan mengenepikan persengketaan yang mungkin berpokok pangkal dari hal peribadi yang remeh.
Ilmu itu mutiara untuk kita. Kutiplah walau dari mana pun kita jumpa. Rugi kalau kita tak ambill. :)
Wahai pelajar sekolah agama, sedarlah masyarakat memandang anda luar biasa. Anda kena jadi luar biasa. "Apsal pulakk. Pelajar sekolah agama pun manusia biasa. Buat salah. " mesti tengah bermain dalam kotak fikiran. Ya. Tapi, tanggapan mereka, harapan mereka besar pada kita untuk bangunkan ummah. Memang islamitu bukan cuma hak pelajar sekolah agamaaa. Tapi, kalau bukan kita yang bersekolah di sekolah yang ada title Agama di hujung tu, siapa lagi nak mulakannn?
Muhasabah diri sama-sama, sahabatt.
Ok Habissss.
Wassalamm.
CikArkitek.