Sunday, May 12, 2013

Masih mencari dan cuba menjadi lebih baik.


Bismillahirrahmanirrahim...

"Manusia tak tahu, Allah tahu. Allah Maha Mengetahui."

Tiada satu punn perkara, peristiwa, kejadian, situasi yang di luar pengetahuan Allah. Allah telah mengaturkan segalanya mengikut apa yang terbaik di sisi Allah, bukannya dalam perkiraan kita. Jika benar, jika benar ada yang berdolak dalik, ada yang bertindak dengan mengikut nafsu sendiri semata-mata kerana mencari dunia dan isinya, tanpa mengambil kira tentang amanah yang Allah pikulkan di bahu, ketahuilah, Allah maha Melihat. Sampai suatu masa, kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan, disoal tentang tanggungjawab dan amanah. Di dunia mungkin terlepas, di akhirat sana, Allah maha Adil. :')

"Zaman ini zaman fitnah," 

Ya. Fitnah di mana saja. Sehingga kita sendiri sukar untuk menilai sama ada apa yang tersaji itu adalah kebenaran atau sebaliknya. Cukuplah kepada Allah kita berserah diri. Hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Jangan sesekali berhenti berdoa kepadaNya agar kita diberi petunjuk dalam tindakan, tingkah laku dan tutur kata kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah moga hati kita disinari petunjuknya supaya kita tak tersilap langkah, tersilap sangka, tersilap kata dalam kehidupan kita. 


Gambar hiasaan ;)


"Hitam.."

Ya. Yang hitam itu kerana saya masih sedih, pelik, tertanya-tanya, keliru dengan apa yang berada di depan mata. Hendak dipejamkan mata sahaja dengan apa yang terjadi di sekeliling? Itu namanya tidak bertanggungjawab. Lambat laun, saya kena ambil tahu juga. Itu semua kisah kita juga.

"Jadi manusia yang tahu berterima kasih. Bersyukur,"

Alhamdulillah. Saya masih di bumi Malaysia yang aman. Jauh dari peperangan zahir, peluru yang bertali arus, dentuman bom sebagai hiasan langit, percikan darah di merata tempat. Alhamdulillah, Malaysia bebas dari penjajahan zahir. Tapi jiwa kita masih belum merdeka. Masih di takuk lama. Masih sama. Dunia, harta, material menjadi perkara pokok dalam pembangunan, tanpa pembangunan yang sewajarnya dari aspek dalaman. Perpaduan kita entah ke mana, perikemanusiaan kita entah bagaimana, rasa tanggungjawab kita? Tepuk dada, tamya diri kita. 

Kita perlu ubah. Ubah diri kita. Semuanya bermula dengan diri kitaa. Kalau bukan kita siapa lagi?

Jangan kata, "Mereka tak buat, kenapa saya perlu buatt..?" Mulakan dengan diri kita. 
Jangan kata, "Mereka pun sama, kenapa cuma saya yang perlu bertindak?" Mulakan dengan diri kita. 

Kita hidup berbilang bangsa. Berbeza fahaman dan agama. Tolak ansur dalam hal yang patut, saling memahami. Kita yang muslim mulakan dulu perubahan ke arah yang lebih baik, kerana islam itu syumul. Cuma kita yang tidak mempraktikkannya dengan baik.

Wallahua'alam.


Sekadar menaip, buat renungan diri.
CikArkitek.