Tuesday, June 30, 2009

Hadis 2

Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku.
Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”

[Hadis Riwayat: Muslim]

Semoga apa yang kita dapat,...
Dapat kita sampaikan dan amalkan...
insya-ALLAh..
Wassalam....

Hadis 1

Dari Aisyah r.a katanya,
dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk.
Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?
Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”
Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat
di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

[Hadis Riwayat : Muslim]

Semoga dapatlah kita sampaikan setiap
ilmu yang kita peroleh...
insya-ALLAh..
wassalam.. :)

Friday, June 26, 2009

Ada Apa Dengan Fitnah?

Assalamualaikum...

Hari nie, tetibe jer ana teringin
nak berkongsi sesuatu
yang berkaitan dengan fitnah...
Pernah aak kene fitnah?
aper rasenyer eek bile kene fitnah?
Mase ue, kita tuding jari kat saper eeyk?
Pd mereka yang memfitnah? Or Pada diri sendiri?

Rasenye ramai yg salahkan si penyebar fitnah aan?
kesalahan bulat2 diserahkan pad
a si penyebar fitnah...
sedangkan kita tahu yg dlm dunia nie tak de seorg pun yang sempurna...

So, sepatutnya....
bukan orang yg memfitnah shj yg wajar dipersalahkan...
Bg ana kedua-duanya pun bersalah.
sama ada yg difitnah, mahupun yg memfitnah...
Tak perlulah menuding jari pd orang lain,
kita tengok diri kita dulu...
Mungkin kita ade melakukan kesilapan
yg tanpa kita sedari sehingga boleh menimbulkan fitnah tu...
Sebabnya, org ckp aper yg mereka nmpk.
Tp, ade juga org yg ske menokok tambah cerite...
yg nie lain nie...entahle~~~

Ape2 pun, apabila kita difitnah,
jngn pula kita tuding jari pada orang lain...
ingat kita pun tak sempurna,
mungkin hr ini dia buat silap,
esok lusa kita pulak annn...
yg penting, kita cube perbetulkan
diri kita sendiri, kita cuba sedaya mungkin...
Biar apepun org nk kate,
yg penting kita ade niat untk berubah ann?
Kita belajar dari kesilapan semalam...

Lagipun, ckp manusia tak penting...
x membawa ke manapun...
penilaian manusia un hanya
berdasarkan duniawi semata-mata...
hnye ALLAH sebaik-baik penilai,
DIA yg lebih mengetahui isi hati hambaNYA....
So, bile kene fitnah, aper responnye?
*Diam & berubah...
wallahua'lam...
ini juz pendapat ana...
kalau salah tegur ye...
Ana hnye seorg insan yg lemah lagi hina..
Wassalam


Thursday, June 25, 2009

KAWAN

Assalamualaikum,..
Apa khabar agaknya antum semua ,yer?
harap2 Sihat-sihat belakalah sumenye....
sebenarnya, ana tak tahu nak tulis ape un kat sini...

tp, ana nak share ngan antum sume sesuatu,..
semoga yang maner baik ue dijadikan ikutan,
tp yang buruk jadikan sempadan yer...

Dikisahkanlah,...
si Nur[bukan nama sebenar...heee], & Si Fidah[bukan nama sebenar..] yang dah lama bersahabat. Diorang nie ke mana sje bersama, macam belangkas... ke library, ke kantin, ke mana sje lah... pokoknye, di mana ada Nur, di situ pasti ada Fidah... Dah macam kembar siam yang tak dapat dipisahkan. Tp, biasalah....

Maner ade manusia yg perfect. Rupa-rupanya, selama ini... Si Fidah nie selalu aibkan si kawannyer, Nur. Bile Nur dapat tahu, dia memang tak caye, Yerlah kawan yang selama nie tempat dia meluahkan rase sakit hati, sedih, geram, marah n pe2 lg rupe2nya seorg pengkhianat! Pengkhianat yang membuka rahsia kawan sendiri.

Yg si Fidah pulak pandai bermuka-muka... Depan Nur dia tunjuk baik, tp..
kat belakang, ALLAH jer yg tahu... Jdnye,Yg si Nur nie terus ler diperbodohkan oleh kwn dia sendiri..

"sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga"
Mcm ue ler ngan si Fidah nie...
Akhirnya, bocor jugak rahsia yg dia nie sker bwk mulut...
ske jaja cerite kwn sendiri...
Lebih kurg mcm internet bergerak lah...(heee~)
Lps ue..
Org len mule aar..
Jauhkan diri dr si Fidah nie..
Yer aar,...
Spe nk citer sendiri kene jaja ann?

Tp, Nur still setia jer....
Walaupun ada sekelumit rse sakit hati dia pd si Fidah nie,..
dia cube buang rase ue jejauh..
supaya ukhuwah yg terbina antara dia & Fidah terus terjalin cam biasa...
dia x nk kehilangan Fidah walaupun dia tahu Fidah dah bnyk saketkan hati dia...
Sebaliknya, dia cuba terima Fidah seadanya...
dia tahu manusia kan boleh diubah..
kalau bukan dia, siapa lagi yg nk tolong nasihatkan si Fidah nie...

* citer kat atas nie takde kene mengena ngan yg hidup mahupun yg sudah meninggal dunia....
sekadar renungan bersama jer...

hmmm...
agak2,...
aper pengajarannya
dari citer ni eeyyk..?

Mungkin...
1) Bila berkawan ue biarlah kita jujur,Jngan HIPOKRIT!!!
2) Dlm dunia x de seorg un yg sempurna. So, terimalah kengkawan korg ue seadanya tanpa
bnyk songeh...
3) Mmg ader org kater, kite nie kalo nk berkwn kene pilih kwn yg bebaik... Tp, cbe antum sumer fikir, kalo ler sumer org fikir cam ue sper nk kwn ngan yg tak baper baik,sper yg nk tolong ubahkan perangai diorg? think about it...~~ntahle....
4) Bawa2 mulut nie tak baek ler... Not good for your health, nnti kekurngn air liur~~ heee...

Cukup kot,Ana dah mule ngarut2 nih.
Wassalam...

* kalo slh tegur yer....

Tuesday, June 16, 2009

Ada apa dengan Kejayaan dan kegagalan?


Dalam melalui liku-liku kehidupan ini,tidak semua yang dilalui itu indah-indah belaka. Hidupkan ibarat roda, ada kalanya di atas, dan ada kalanya di bawah. Kegagalan bukan
bermakna kita sudah tewas, tapi kegagalan itulah yang bakal mendorong agar kita berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh,... betul tak? Kejayaan juga bukan bermakna yang kita dah meraih kemenangan, sebaliknya, kejayaan boleh menjadi racun berbisa yang yang boleh membunuh kita. Terpulang pada kita sejauh mana kita menilainya.

Tak salah kiranya kita merasa kecewa dengan somethin' yang telah kita usahakan, tapi hasilnya tetap tidak memuaskan. Tapi, janganlah terlalu mengikut emosi. Cuba renungkan... Mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang ALLAH tentukan. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tersirat di sebalik kegagalan itu. Kita tak tahu. Hanya ALLAh yang tahu. Anggaplah ini satu ujian buat kita supaya kita lebih gigih berusaha dan tidak mudah putus asa walau dalam apa sekalipun keadaan.

Bukan bermakna, hari ini kita gagal, hari esok kita tetap gagal... melainkan kalau kita tidak berusaha untuk mendapat kejayaan hari esok, memang kegagalanlah dalam tangan kita. Mereka yang berusaha, dapatlah hasil yang setimpal dengan usaha mereka, begitulah sebaliknya...
Untuk berjaya, kita perlu usaha and tawakal. Kalau kita tawakal je tak boleh....

kita perlulah berusaha juga. Then,barulah tawakal. Lagipun, ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tak mengubah diri-dirinya sendiri... So, kalau nak berjaya perlulah usaha dulu, bukan hanya pasrah sahaja. Tapi, kalau tak berjaya mungkin bukan rezeki kita. Mungkin juga ALLAH teah mengaturkan sesuatu yang lebih baik dari kejayaan itu. Fikir positif. Sebab kegagalan tak bermakna tewas, tapi merupakan kejayaan yang masih tertunda.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia ini jangan lupa pula pada kejayaan yang lebih bermakna. Kejayaan di akhirat yang abadi. Jangan kerana mengejar kejayaan dunia, kita lupa nak cari bekalan untuk akhirat. Sia-sialah hidupkita di dunia ini, kalau di akhirat sana kita merana.
Apa-apa pun, jangan lupa pada ALLAH. DIA yang telah mengurniakan kepada kita kesempatan untuk hidup di dunia. DIA juga yang telah mengurniakan nikmat yang tak ternilai iaitu nikmat iman dan islam pada kita. DIA juga yang memberi nyawa kepada kita sehingga ke hari ini, kita masih boleh menikmati keindahan alam ciptaanNYA dan masih boleh bernafas di dunia ini.
Walau bagaimanapun keadaan kita, jangan pernah lupa padaNYA, sama ada semasa senang mahupun susah.

senang-senang dahulu, barulah susah yer...~~
Wassalam....

*somethin' yang salah tegur...
Ana cuma hambaNYA yang lemah yang tak terlepas daripada
melakukan kesalahan...

Tuesday, June 9, 2009

ADA APA DENGAN SAHABAT?

kadang-kadang,
dalam bersahabat mesti ada salah faham....
mesti ada somethin' yang membuatkan tercetusnya pertelingkahan, kecik hati...
biasalah...
adat berkawan...
kita bukan dapat puaskan hati semua orang...
yang penting dalam bersahabat kepercayaan pada sahabat perlulah ada, kalau tak banyak sikit pun tak perlah...
sahabat yang benar2 sahabat ialah sahabat yang kala dia marah pun dia mampu menginsafkan diri kita,...

ana sendiri pun rasa diri ana ni bukanlah sahabat yang baik...
sebab kadang-kadang ana pun terlalu ikut emosi dalam bertindak....
itulah manusia,...kadang-kadang terlupa yang diri sendiri tak perfect,
tp mengharapkan yang perfect dari orang lain....
bila berkawan,biarlah ikhlas kerana ALLAH, semoga persahabatan itu
kekal walau apa yang terjadi sekalipun....
tp, lumrah kehidupan di dunia...
tiada yang kekal selama-lamanya....
kelak kita akan terpisah jua di sana jika ukhuwah yang selama ini terjalin hanyalah kerana keduniaan semata-mata, biarlah ukhuwah yang terjalin antara kita ini disinari dengan limpahan cahaya ILLAHI,...
Biarlah ukhuwah yang terjalin antara kita ini mampu menggapai redha ILLAHI,..

sahabat,...
yang aku harapkan darimu
adalah bimbinganmu kala ana terlupa,..

sahabat,...
yang aku pinta darimu
bukanlah kekayaan dunia
tapi, sokonganmu buatku
sepanjang perjalanan yang penuh duri ini...

sahabat,
ana tahu ana bukanlah sahabat yang baik
malah ana sering menyakiti hatimu
hanya kata-kata maaf mampu
ana ungkapkan buat enti...

sahabat,..
ana mengharapkan
enti sama-sama bersama ana
di likuan perjuangan yang
penuh duri ini,...

ya ALLAH,
sinarilah hati kami dengan
Cahaya Mu yang tiada pernah padam...
semoga ukhuwah ini
berkekalan ke akhirnya
amin...
wassalam....

Monday, June 8, 2009

KETEGUHAN SUMAYYAH


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.



PENYEKSAAN

Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.
Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

Monday, June 1, 2009

ANTARA TANDA-TANDA KECIL KIAMAT


Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat:

1)Penaklukan Baitulmuqaddis:
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

2)Zina bermaharajalela:
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3)Bermaharajalela alat muzik:
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4)Menghias masjid dan membanggakannya:
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik:
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6)Ramai orang soleh meninggal dunia:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7)Orang hina mendapat kedudukan terhormat:
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja:
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar:
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita:
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar:
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

wallahu'alam..
moga apa yang kita dapat,
dapat kita amalkan dan sampaikan...
insya ALLAH...

Sumber:ILuvIsLam