Tuesday, June 16, 2009

Ada apa dengan Kejayaan dan kegagalan?


Dalam melalui liku-liku kehidupan ini,tidak semua yang dilalui itu indah-indah belaka. Hidupkan ibarat roda, ada kalanya di atas, dan ada kalanya di bawah. Kegagalan bukan
bermakna kita sudah tewas, tapi kegagalan itulah yang bakal mendorong agar kita berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh,... betul tak? Kejayaan juga bukan bermakna yang kita dah meraih kemenangan, sebaliknya, kejayaan boleh menjadi racun berbisa yang yang boleh membunuh kita. Terpulang pada kita sejauh mana kita menilainya.

Tak salah kiranya kita merasa kecewa dengan somethin' yang telah kita usahakan, tapi hasilnya tetap tidak memuaskan. Tapi, janganlah terlalu mengikut emosi. Cuba renungkan... Mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang ALLAH tentukan. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tersirat di sebalik kegagalan itu. Kita tak tahu. Hanya ALLAh yang tahu. Anggaplah ini satu ujian buat kita supaya kita lebih gigih berusaha dan tidak mudah putus asa walau dalam apa sekalipun keadaan.

Bukan bermakna, hari ini kita gagal, hari esok kita tetap gagal... melainkan kalau kita tidak berusaha untuk mendapat kejayaan hari esok, memang kegagalanlah dalam tangan kita. Mereka yang berusaha, dapatlah hasil yang setimpal dengan usaha mereka, begitulah sebaliknya...
Untuk berjaya, kita perlu usaha and tawakal. Kalau kita tawakal je tak boleh....

kita perlulah berusaha juga. Then,barulah tawakal. Lagipun, ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tak mengubah diri-dirinya sendiri... So, kalau nak berjaya perlulah usaha dulu, bukan hanya pasrah sahaja. Tapi, kalau tak berjaya mungkin bukan rezeki kita. Mungkin juga ALLAH teah mengaturkan sesuatu yang lebih baik dari kejayaan itu. Fikir positif. Sebab kegagalan tak bermakna tewas, tapi merupakan kejayaan yang masih tertunda.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia ini jangan lupa pula pada kejayaan yang lebih bermakna. Kejayaan di akhirat yang abadi. Jangan kerana mengejar kejayaan dunia, kita lupa nak cari bekalan untuk akhirat. Sia-sialah hidupkita di dunia ini, kalau di akhirat sana kita merana.
Apa-apa pun, jangan lupa pada ALLAH. DIA yang telah mengurniakan kepada kita kesempatan untuk hidup di dunia. DIA juga yang telah mengurniakan nikmat yang tak ternilai iaitu nikmat iman dan islam pada kita. DIA juga yang memberi nyawa kepada kita sehingga ke hari ini, kita masih boleh menikmati keindahan alam ciptaanNYA dan masih boleh bernafas di dunia ini.
Walau bagaimanapun keadaan kita, jangan pernah lupa padaNYA, sama ada semasa senang mahupun susah.

senang-senang dahulu, barulah susah yer...~~
Wassalam....

*somethin' yang salah tegur...
Ana cuma hambaNYA yang lemah yang tak terlepas daripada
melakukan kesalahan...

No comments:

Post a Comment