Thursday, December 31, 2009

Bangkit semula...

Bismillahirrahmanirrahim..
hari ini...
14 muharram 1431h..
diri ini bangkit menggagahkan diri
buat mendepani hari yang bakal mendatang,..

hati ini redha dan pasrah
dengan setiap ketentuannya..
tangan ini memetik buah-buah kenangan
yang subur di pohon silam..
pohon yang bercambah di pulau ukhuwah..
biarlah episod lalu itu aku suburkannnya
di taman hati...
titik!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[surah al-Baqarah: 216]

Wednesday, December 30, 2009

sedang berdukacita,.,,

hati ini dihambat pilu...
kenapa mesti dia khabarkan berita itu saat ini?
kenapa bukan esok?
hati ini menangis dalam diam..
hanya DIA dan diri ini yang tahu..

baru sekarang diri ini merasakan..
terlalu payah untuk meninggalkan buah-buah kenangan
yang subur di pohon silam..
pohon yang lambat laun
bakal layu angkara kemarau yang mendatang...

namun,...
hati ini harus redha...
ketentuan ILAHI..
pastinya ada hikmah di sebaliknya,..
Berbaik-sangkalah padaNYA..
noktahkan kisah semalam..
mulakan lembaran yang baru hari ini...
biarkan yang semalam jadi teladan jua pedoman..
titik!

"dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.."
surah al-Imran:139

Sunday, December 27, 2009

1430 dah pun melabuh kan tirai lebih kurang seminggu yang lalu..
kini, menanti 2009 menutup tirainya...
2010 bakal hadir membawa pergi setiap buah kenangan yang bertunas di tahun ini...
episod kehidupan dalam tahun terdahulu bagai diulang tayang dihadapan layar penglihatan ini, semakin kabur...
kerana masa berlalu membawanya pergi...
tidak akan sesekali tiap episod itu berulang walaupun sedetik...
yang tinggal hanya segenggam pasir kenangan yang bakal bertabrakan andai ditiup angin kesepian...
hanya itu yang tinggal menemani kehidupan mendatang...
memori silam yang entahkan bakal tersimpan kemas di kotak memori..
mahupun hanyut di bawa arus masa yang deras...
tiada siapa yang bisa menidakkannya...

Dalam era ini...
ceritera purba...
kenangan silam..
sejarah lampau...
umpama tiada pengertian di jiwa dan sanubari..
terutama buat mereka yang bergelar remaja...
tiada teladan,tiada iktibar yang di petik dari pohon memori silam...
dibiarkan buah iktibar dan teladan itu membusuk dimamah ulat kemodenan....
Pohon memori dibiarkan kering tanpa disirami baja keinsafa dan air kesedaran...
alangkah ruginya...
andainya masa yang berlalu itu pergi tanpa membawa secebis natijah pada diri, agama jua negara...

"Demi masa. Sugguh, manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman yang mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
surah al-asr (1-3)

Friday, December 25, 2009

lame sunggoh tak update blog...

assalamualaikum...
dah lame tak menaip nih..
kejap je masa berlalu..
pejam celik... pejam celik..
dah nak sekolah balik...
1431 dah bersua dah hari tue..
nie... tengah menanti 2010 pulak..

alhamdulillah,...
sampai saat ini ana masih lagi bernyawa..
syukran, ya ALLAH..
atas kurniaan MU...

Wednesday, December 2, 2009

K.E.T.A.W.A...

"hidup mesti ceria.." itulah yang akan terpantul dari mulut seseorang yang hidupnya penuh dengan ketawa. memang ketawa itu menceriakan.. tapi, dalam pada itu beringat-ingatlah. Bergurau senda.. berjenaka, bukan tak boleh. Tapi, biarlah berpada-pada..kadang-kadang, ada juga manusia yang ketawa sampai dah tak cukup nafas. ada juga wanita yang ketawa berdekah-dekah. mengalahkan lelaki. Macam-macam ragamnya.

Bergurau...
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”
Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah

Berguraupun ada adabnya. Ramai sangka, yang menipu semata-mata kerana bergurau dibolehkan.. Hakikatnya tidak.
islam membenarkan gurauan namun, dalam masa yang sama islam tidak membuka ruang bagi pendustaan mahupun penipuan. sabda Rasulullah S.A.W:

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”
Riwayat at-Tirmizi

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Gurauan juga tidak boleh menyakiti hati orang lain kerana gurauan juga mampu menerbitkan bibit persengketaan mahupun pergaduhan dan tidak bertegur sapa sesama saudara.

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya."

Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan seorang lelaki:

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”
Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.