Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang masih memberi ruang buat kita untuk menghirup udara di atas muka bumi ini. Kita sudahpun memasuki fasa ketiga dalam bulan Ramadhan, yang mana dalam fasa ini, ALLAH menjanjikan kita dengan pembebasan daripada api neraka.
Pada malam-malam terakhir di bulan barakah ini, kanak-kanak yang mungkin belum memahami erti sebenar Ramadhan, riuh bercerita tentang hari raya, baju raya, kasut raya, semua yang raya-raya menjadi perbualan kanak-kanak riang. Tidak kurang hebatnya dengan remaja-remaja yang tidak melepaskan peluang menghadirkan diri ke surau, dan kemudiannya membuat halaqah 'swasta', entah apa yang dibincangkan, lagaknya seperti membincangkan perkara yang sangat rumit. Ada juga yang menjalankan agenda yang entah apa simboliknya pada syawal yang bakal menjelang. Apa lagi, kalau bukan bermain mercun. Itulah agenda utama mereka. Seronok agaknya mendengar bunyi dentuman mercun. Apabila sudah melecur muka, tangan, kaki baru tahu apa yang seronok sangat, beraya di hospital.
Inilah satu kebiasaan remaja-remaja islam apabila memasuki fasa ketiga Ramadhan. Pada fasa pertama, alhamdulillah, tarawih dilakukan lengkap dengan witir. Fasa kedua, tarawih masih dilakukan, tapi witir diganti dengan makan moreh. Fasa ketiga, Tarawih entah ke mana, witir diganti dengan dentuman mercun. Nauzubillah, moga kita terhindar daripada setiap sesuatu perkara tidak disukai ALLAH.
LAILATUL QADAR
Lailatul qadar. Malam takdir. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam inilah yang seharusnya kita cari. sebagaimana hadis dari Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
"Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Dalam al-quran, ALLAH ada menyebut tentang lailatul qadar dalam surah al-Qadr.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
[surah al-qadr: 1-5]
[surah al-qadr: 1-5]
Detik inilah yang sangat dinanti. Yang dicari-cari. Tiada siapa yang mengetahui tentang tarikh yang tepat bagi malam lailatul qadr ini. ALLAH tidak menyatakan dengan jelas bila lailatul qadr itu, tetapi terdapat tanda-tanda mengenainya.
- Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
- Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Wallahua'alam.
Rasulullah menggalakkan umatnya untuk mencari malam istimewa ini dan mengisi malam-malam terakhir di bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan sunat seperti berzikir, membaca al-quran, menunaikan solat tarawih, solah witir dan sebagainya.Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa, maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
ALLAH merahsiakan tentang masa berlakunya lailatul qadar ini agar hambaNYA akan sentiasa menghidupkan malam-malam terakhir dalam bulan barakah ini tanpa bertumpu pada satu malam.
wallahua'alam
semoga kita bertemu dengan lailatuk qadar, malam yang dilimpahi keberkatan
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

No comments:
Post a Comment