Saturday, April 30, 2011

Saya tak tahu :(

Kenapa rasa ini hadir? 
Saya tak mahu kebencian ini terus berputik. 
Saya tahu ia menyakitkan. 
Saya tidak mahu membenci. 
Siapapun dia, dia juga makhluk
yang tidak sempurna.


**********
Ya ALLAH, rasa ini hadir entah kenapa..
barangkali ada yang tidak kena..
Ampunkan diri ini.

Aku tidak mahu membenci,
Cintakanlah aku pada setiap insan yang menyintaiMU..
Mungkin ini ujian dari MU :)

wassalam,
anaqi.norysafiqahsaifulanuar

Friday, April 29, 2011

Kesabaran perlu dipupuk, keikhlasan perlu dibentuk.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Sabar perlu dipupuk ikhlas perlu dibentuk. Tiada yang terjadi sekelip mata tanpa usaha. 
Bukan mudah untuk hal ini, kerana setiap ketika, pasti ada sahaja bisikan kejahatan yang menerjah membuka ruang ke arah hal-hal yang dimurkai ALLAH. 


Dia yang setia.

.Angin petang mengelus lembut. Tenang. Dia masih ralit menatap setiap bait yang tercatat di atas lembaran yang sangat bernilai buat dirinya. Meskipun saat itu dia seharusnya sudah beristirahat seperti kebanyakan insan lain, dia masih terus merelakan dirinya sibuk dengan tugas rutin yang tak pernah berhenti. Keletihan seharian di sekolah tak dapat terungkap lagi. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja direhatkan badan yang keletihan saat itu. Namun, kerana perjuangan, dia relakan kepenatan memamah tubuhnya. Seharian penuh perhatian diberikan sewaktu di dalam kelas. Tidak sekalipun dia membiarkan tubuhnya terlena saat guru sedang memberi penerangan. Walaupun kadang kala, matanya seakan mahu tertutup angkara usikan syaitan yang tak pernah mengalah. 

Direnungnya bait-bait kata yang tercatat di atas lembaran berharga, Lama pandangannya mati di situ.

"ALLAH tidak mensia-siakan hambaNYA yang terus berada di atas jalanNYA. Yang tidak pernah berhenti melaksana perintahNYA, yang tidak pernah meninggalkan prinsip, amar makruf, nahi mungkar (Mengajak kepada kebaikan,  mencegah dari berbuat mungkar) ALLAH akan sentiasa membantu hambaNYA yang tidak pernah berhenti menggerakkan usaha di atas jalanNYA."
Tanpa dipinta, sebabak demi sebabak kenangan semalam silih berganti bergentayang di paparan mindanya. Senyuman terukir di bibirnya. Segalanya terasa indah. 

**********
Kali pertama mengenakan tudung labuh, dirinya berasa rimas. Namun, hati kecilnya, senang. Tenang kerana diri sentiasa dilindungi. "Panas! Lecehlah! Ish!". Dalam keterpaksaan dia terus melaksanakan rutin kerana peraturan sekolah. Jelaslah tiada keihklasan yang hadir dari hatinya. Setiap kali kedengaran pengumuman mengenai aktiviti usrah yang merupakan aktiviti mingguan di sekolahnya, keluhan pasti meniti di bibirnya. Perginya tanpa rela. Hadirnya tanpa hati. Sekadar memenuhi tuntutan peraturan dunia. Tiada terlintas di hatinya, hal itu dilakukan kerana ILAHI. 


Hari silih berganti. Dia terus sabar mengenakan tudung labuh yang pada perkiraannya sangat membebankan. Sabar yang lama kelamaan membuahkan kerelaan, yang akhirnya memutikkan keihklasan jauh dari dasar hari paling dalam. Dia semakin istiqamah. Sikapnya mula berubah. Mengenakan tudung labuh kerana kerelaannya sendiri, tanpa sebarang paksaan. Perlahan-lahan perubahn demi perubahan dilaksanakannya. Dia menemui tujuan hidupnya. Dalam pada itu, entah berapa banyak cubaan silih berganti. Dia hampir goyah. Namun, berkat persaudaraan kukuh yang terbina, dia selamat. Ada rakan yang menyedarkan dirinya. Setiap hujung minggunya diisi dengan pertemuan bersama rakan seusrahnya yang bukan sahaja sebaya malah mereka yang lebih senior. 


Terikat dengan bermacam-macam aktiviti sekolah tidak menghalangnya untuk bergiat di jalan ALLAH.
Usia kian mematangkannya. Dia sedia mengorbankan waktunya untuk amanah suci yang terpikul dibahunya. Kesabarannya memutikkan keikhlasan dan kesungguhan. Hatinya tenang dan puas dapat melaksanakan setiap tuntutan ILAHI. Saat teruji, dia kuatkan hati. Zikrullah semakin lekat di bibir. Tidak putus-putus. Bimbang kalau-kalau hati terleka.

**************

Hari ini, dia masih teguh di atas jalan ILAHI. Dia bersyukur kerana masih beroleh hidayah dariNYA. Dan, dia tahu, tanpa kesabaran yang mantap, tidak akan lahir keikhlasan dari lubuk hati paling dalam. 

P/s: Rekaan semata-mata


**************
"Kesabaran perlu dipupuk, keihlasan perlu dibentuk."
wassalam, 
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, April 17, 2011

Cantik bukan pada wajah..

Bismillahirrahmanirrahim,..
Assalamualaikum,


sannah helwah :)


16 tahun di bumi TUHAN. 
Masih di sini hingga tiba masanya nanti..
yang entah bila akan terjadi..
namun, ia suatu yang pasti..

Selagi di sini,
akan terus ku daki,
puncak jaya yang hakiki..
berbekalkan tawakal pada Ilahi..
moga rahmatnya sentiasa menemani..

P/s: Syukran atas ucapan rakan-rakan di FB :)
moga sentiasa diberkati Ilahi ;)
wassalam, 
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar :)

Monday, April 11, 2011

Akhlak dan Ibadah seiring.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Kesibukan bertali arus. Masa terasa singkat. 
Dalam kesibukan ini, sempat juga saya mencuri peluang 
mencoret sesuatu buat peringatan diri ini, 
dan juga teman. Insya ALLAH.

Tanpa Akhlak Rosak Ibadah. 
Solusi isu 28.

Saya tertarik dengan isu yang dibawa editor majalah yang kian mendapat sambutan untuk isu 28 ini. Sejak penghasilannya bermula dari isu perdana, solusi tidak pernah mengecewakan pembaca. Dan pada pendapat saya, isu 28 ini begitru sinonim dengan masyarakat hari ini. Masyarakat yang memandang enteng pada yang namanya ibadah. Masyarakat yang tidak prihatin dengan al-hasil dari kesatuan jiwa yang terbina dari penyatuan rukun iman yang merangkumi pengakuan dan keyakinan hati, rukun islam yang merangkumi perbuatan yang disebut ibadah. Rata-rata melaksanakn tuntutan ini, namun jauh dari penghayatan sebenar. Solat sekadar turun naik-turun naik tanpa jiwa. Tanpa pemahaman yang sewajarnya. Al-hasil, terbentuklah masyarakat yang ketandusan akhlak.

Solat itu mencegah diri dari berbuat mungkar. Seandainya hal itu tidak terjadi sia-sialah solat yang dilakukan. tiada erti.Puasa itu bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Tapi, turut membendung nafsu. Mendidik nafsu. Seandainya hal itu tidak terjadi, sia-sialah seharian berlapar. Begitulah dengan ibadah-ibadah lain. Pelaksanaannya tanpa disertai keikhlasan dan jiwa yang utuh dengan kecintaan kepada PENCINTA agung. Sayang seribu kali sayang apabila kita sering berjaga malam, menunaikan solat malam, tapi kita masih berakhlak buruk dan terus berkeadaan sedemikian kerana sikap yang suka mendabik dada dan merasa diri lebih mulia berbanding insan lain. Kita tidak boleh beranggapan sebegitu kerana pengakhiran hidup kita hanya ALLAH yang tahu. 



Sayang seribu kali sayang apabila kita dilihat sebagai seorang yang rajin beribadah, tapi kita bertindak biadap dan tidak berakhlak bukan sahaja terhadap manusia, malah terhadap makhluk ALLAH yang lainnya. Andai inilah yang terjadi, ternyata kita perlubanyak bermuhasabah, memperbetul diri yang sememangnya tidak lari dari kesilapan, tapi masih mampu untuk berubah ke arah kebaikan. Insya ALLAH.

Untuk menjadi sempurna itu tidak mungkin. 
Tapi, untuk menjadi lebih baik itu pasti.

Wassalam~ 
sayasayangsolusi♥
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, April 10, 2011

MAKA

Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Semalam, 9 April 2011 berlangsungnya
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 
dan Majlis Graduasi di dewan As-syafie:)



Mula-mula, rasa malas sangat nak datang. Tapi, akhirnya datang juga.
Ada hikmah. 
Alhamdulillah, dapat jumpa Ama ♥
Rindu..~


(blurkan gambar memang kerja saya;)
Persembahan koir- 1 Malaysia dan InsyaALLAH

Sebelum balik..

Sementara tunggu abah~ 
Jumpa Fatihah & adik dia yang comell ♥


Wassalam~
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar