Saturday, May 28, 2011

Contengan Jalanan.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Mid year Exam dah settle. 
Cuti sekolah dah buka tirai.
'Pakej percutian'  yang cikgu-cikgu bagi pun, macam berbaloi.. :D

Novel peneman babak pertama cuti sekolah kali ini.
Pernah dengar nama HLOVATE ?
mustahil tak pernah dengar.
Penulis novel.
Karya terbaru, Contengan Jalanan.
Sangat-sangat lekat di hati saya.
*tak tahulah bagi anda macam mana.

Contengan jalanan himpunan dua kisah.
Bagaimana dua orang yang telah lali dengan kehidupan
yang diertikan dengan irama dan lagu..
yang akhirnya berubah.
Mencari erti kehidupan sebenar.
Segalanya bermula dengan,
ungkapan;
The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh

Then after that your hearts were hardened and become as stones or even worse in hardness. And indeed there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split asunder so that water flows from them, and indeed there are of them (stones) which fall down for fear of ALLAH. and ALLAH is not unaware of what you do.
al-Baqarah [2:74] 


The eleventh hour
Read and heed
Contengan Jalanan.

read it, and
Insya ALLAH, you will like it :D
thanks, HLOVATE~

wassalam,
Anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Saturday, May 21, 2011

Kadang-kadang hati kita jadi tak keruan kerana dunia. Iman kita goyah dilambung kemewahan yang tak berkesudahan. Kita lupa tujuan dihidupkan di atas muka bumiNYA. Kita terus terkapai-kapai di tengah lautan, tanpa kita sedari, kita hampir kelemasan. Dan, suatu ketika, DIA hadir memberi bantuan, membawa kita jauh dari kegelapan. KEpahitan dalam kehidupan  terasa indah kerana segalanya telah kita sandarkan pada NYA. Pencipta yang Agung. Hidup berpaksikan cinta dan kasihNYA, pastikan sentiasa indah. :)

wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Wednesday, May 18, 2011

Short and sweet :)

Assalamualaikum..

Short post.. 
Saja. Dah lama tak kemas-kemas blog ni..
Macam mana tiba-tiba dapat mode nak kemas bilik, macam itulah, 
tiba-tiba saja dapat mode nak kemas blog.

Tadi, exam sejarah..
seronok jawab.
hasilnya, tunggulah..
Insya ALLAH. Dah usaha.

Petang ni: 
* Tusyen Add math dengan cikgu Naz.
Esok exam add math. :)
Doakan saya...

Its not true to say that:

wassalam, 
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar.

Suara di belakang: Dah pukul empat. Pergi tusyenlah :)

Wednesday, May 4, 2011

Belajar kerana nama ?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum,


"Anugerah itu, ini dan ......... "
"Kejayaan itu, ini sangat membanggakan, perlu kekalkan, supaya setanding dengan ........"

Fenomena biasa. 
Bukan mengeluh. Tapi sekadar melahirkan rasa di hati..
Dikerah untuk belajar tanpa matlamat yang pasti. Tekanan itu dan ini. Kerana niat murni terkubur di balik timbunan matlamat duniawi. Sehinggakan, menuntut ilmu yang sememangnya suatu yang fitrah kepada manusia kerana sifat manusia yang ingin tahu, menjadi suatu hal yang dilaksanakan dalam keterpaksaan. Sedangkan, sepatutnya hal ini dilaksanakan sepenuh hati kerana ALLAH.

Belajar kerana mahukan nama. Belajar kerana mahukan anugerah dunia. Di mana nilai yang diperoleh hasil dari proses pembelajaran itu? Tidakkah ia sekadar teori tanpa praktikal. Belajar ilmu agama semata-mata mahu dilihat hebat kerana mampu merungkai setiap persoalan di atas sehelai kertas. Tapi, sayang.. teori tanpa praktikal sewajarnya. A di atas kertas tanpa A pada akhlak. Di mana silapnya? Kebiasaan yang silap. Dikerah belajar kerana mahu mencipta sejarah. Membawa nama ke persada. Tanpa sedar ada kesilapan yang telah terlaksana.


Apabila kegagalan yang berkunjung, kita tidak mudah goyah apabila matlamat yang berakar umbi dari keihklasan kepada ALLAH yang menjadi pegangan kita. Kita tahu, apa yang kita buat itu betul. Kita berusaha semampu mungkin, namun, kejayaan masih belum bepihak kepada kita. Pasti ada sesuatu yang mahu ALLAH ajarkan buat kita. ALLAH mahu kita lebih dekat denganNYA. ALLAH mahu menegur kesilapan kita. ALLAH sedang berbicara dengan kita. ALLAH mahu kita tidak henti-henti memohon dariNYA. ALLAH mahu kita sentiasa berusaha tanpa mengenepikan niat usaha itu semata-mata kerana mencari cinta dan redha ILAHI.


Dan,
akhirnya,
suatu ketika nanti,
ALLAH akan kurniakan kejayaan buat kita.
 Kalau bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat sana.
Kejayaan itu lebih dari nilai A+ diatas slip periksa :)

P/S: All the best mid year exam, sahabat-sahabat sekalian :)
Semoga redha dan cinta ALLAH sentiasa mengiringi kita...


wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar.