Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum,
"Anugerah itu, ini dan ......... "
"Kejayaan itu, ini sangat membanggakan, perlu kekalkan, supaya setanding dengan ........"
Fenomena biasa.
Bukan mengeluh. Tapi sekadar melahirkan rasa di hati..
Dikerah untuk belajar tanpa matlamat yang pasti. Tekanan itu dan ini. Kerana niat murni terkubur di balik timbunan matlamat duniawi. Sehinggakan, menuntut ilmu yang sememangnya suatu yang fitrah kepada manusia kerana sifat manusia yang ingin tahu, menjadi suatu hal yang dilaksanakan dalam keterpaksaan. Sedangkan, sepatutnya hal ini dilaksanakan sepenuh hati kerana ALLAH.
Belajar kerana mahukan nama. Belajar kerana mahukan anugerah dunia. Di mana nilai yang diperoleh hasil dari proses pembelajaran itu? Tidakkah ia sekadar teori tanpa praktikal. Belajar ilmu agama semata-mata mahu dilihat hebat kerana mampu merungkai setiap persoalan di atas sehelai kertas. Tapi, sayang.. teori tanpa praktikal sewajarnya. A di atas kertas tanpa A pada akhlak. Di mana silapnya? Kebiasaan yang silap. Dikerah belajar kerana mahu mencipta sejarah. Membawa nama ke persada. Tanpa sedar ada kesilapan yang telah terlaksana.
Apabila kegagalan yang berkunjung, kita tidak mudah goyah apabila matlamat yang berakar umbi dari keihklasan kepada ALLAH yang menjadi pegangan kita. Kita tahu, apa yang kita buat itu betul. Kita berusaha semampu mungkin, namun, kejayaan masih belum bepihak kepada kita. Pasti ada sesuatu yang mahu ALLAH ajarkan buat kita. ALLAH mahu kita lebih dekat denganNYA. ALLAH mahu menegur kesilapan kita. ALLAH sedang berbicara dengan kita. ALLAH mahu kita tidak henti-henti memohon dariNYA. ALLAH mahu kita sentiasa berusaha tanpa mengenepikan niat usaha itu semata-mata kerana mencari cinta dan redha ILAHI.
Dan,
akhirnya,
suatu ketika nanti,
ALLAH akan kurniakan kejayaan buat kita.
Kalau bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat sana.
Kejayaan itu lebih dari nilai A+ diatas slip periksa :)
P/S: All the best mid year exam, sahabat-sahabat sekalian :)
Semoga redha dan cinta ALLAH sentiasa mengiringi kita...
wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar.
akhirnya,
suatu ketika nanti,
ALLAH akan kurniakan kejayaan buat kita.
Kalau bukan di dunia, insyaALLAH di akhirat sana.
Kejayaan itu lebih dari nilai A+ diatas slip periksa :)
P/S: All the best mid year exam, sahabat-sahabat sekalian :)
Semoga redha dan cinta ALLAH sentiasa mengiringi kita...
wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar.
bittaufiq wannajah Syafiqah (=
ReplyDeletestudy rajin2, buat yg terbaik!
insyaALLAH, ukhti :)
ReplyDelete