Sunday, November 29, 2009

no Title...

Assalamualaikum..
tiada apa yang ingin ana coretkan setakat ini..
sekadar mahu berkongsi ilmu dari sebuah laman web yang mungkin sudah tidak asing bagi diri antum semua...

http://saifulislam.com/

Friday, November 27, 2009

Di Hari Raya (Aidiladha)

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha ana ucapkan buat antum juga umat islam seluruhnya..
juga doa ana kirimkan buat jemaah Malaysia serta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia yang berada di Mekah al-Mukarramah, semoga memperoleh haji yang mabrur..
insya-ALLAH..

raya tahun ini..
ana tak berpeluang menyambutnya di Kampung..
tapi..sambutan di sini (jalan 7/3,Seksyen 7-rumah ana..) tidak kurang meriahnya..
Alhamdulillah..
berkat pertolongan dan gotong-royong penduduk..
upacara mengorbankan 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing berjalan lancar dengan usaha kerjasama kaum adam dari pelbagai peringkat usia...
kaum hawa,..
tempatnya di dapur..
memasak untuk dijadikan santapan tengah hari...
alhamdulillah..
walaupun penat sikit..
tapi berbaloi...
wassalam..

P/s+
maaf andai bahasa ana 'skema..'
-praktikkan apa yang cikgu ajar..
wallahua'lam

Friday, November 20, 2009

sambungan kisah yang telah lama tergantung tak bertali..

untuk mengikuti sambungan kisah 'Teman yang Tiada Pengganti', follow link di bawah..
syukran atas kesudian antum..

http://bingkisansekepinghati.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

Mencari Redha NYA...

seringkali terlintas di fikiran yang daif ini...
adakah benar usaha dan tingkah ana selama ini adalah semata mencari redhaNYA..
adakah ia benar berdasarkan sunnah junjungan besar Rasulullah S.A.W.
hati ini terkadang kosong,..
tanpa sebarang input buat mendepani hari esok...
Astaghfirullah...
ruginya hamba MU ini, YA RABB...

Ya ALLAH..
hati ini bagai merayu dan merintih inginkan sebuah kebahagiaan yang hakiki...
tapi,.. sering saja hati ini lupa dan alpa dengan nikmat MU...
ampunkan hati yang ternoda titik hitam dosa ini, Ya Rabb...
ampunkan hamba... Ya ALLAH.

kala ku mendongak ke langit yang kelam..
tiada sinaran bintang yang menghiasi..
seumpama ku menatap hatiku yang kelam...
ternoda dek titik hitam dosa hamba nan hina...
kala itu...
memori bersama teman menggamit hati...
selama ini, kemanisan ukhuwah yg terjalin kerana MU belum sekali pun menjengah ruang hati ku... ukhuwah kami, hanya berderai dengan hilai tawa yang tidak menggambarkan kemanisan ukhuwah yang ku cari..
yang ku dambakan..
tapi...aku sayang kan mereka...
kerana mereka temanku..

Ya ALLAH..
kalam hina ini lahir dari jiwa yang dambakan cahaya CintaMU..
yang dambakan Redha dan SyurgaMU...
tenangkanlah aku dalam menyintaiMU
tenangkanlah aku di bawah lembayung Rahmat MU..
tenangkanlah aku dalam mengingatiMU, ya RABB...

satukanlah aku dan temanku kerana mengingatiMU..
kerana mencari cinta dan SyurgaMU..
kerana ingin menggapai Redha MU..
dan bukan kerana nikmat dunia yang hanya sementara...
tabahkan hati ini dalam mendepani hidup yang penuh ranjau dan likunya...
kuatkan hati ini buat tabah bersama rakan-rakan yang ku kasihi..
satukan kami di atas jalan MU...

-yang mencari cinta, redha dan syurgaNYA-

Friday, November 13, 2009

Guru=Ulama'=Pewaris Nabi.

assalamualaikum.....
Alhamdulillah, nyawa dan jasad ana masih lagi bersama atas rahmat dan kurnia dariNYA yang maha Pencipta.

sejak dua menjak ni,..
telinga ana nie..
selalu menangkap cerita2 tntg pelajar mengutuk guru di alam siber..(sme ada melalui blog,Friendster,myspace, facebook.. dan yg seangkatan dengannya.)
ana terfikir, kenapa mereka2 tue sanggup melemparkan kata seumpama kutukan kepada insan bergelar guru? insan yang mengajar mereka mengenal dunia. sedangkan sahabat yang juga merangkap sepupu dan menantu baginda Rasulullah S.A.W, Saidina Ali bin Abi Talib juga memuliakan guru, inikan pula kita yang ilmu terlalu cetek.

siapa kita untuk menghukum, melemparkan kata-kata yang kurg enak pada pendengaran manusia buat insan bergelar guru?kita juga adakalanya melakukan silap.adakalanya mengulangi kesilapan, kerana kita manusia. kata-kata yang sepatutnya terungkap di bibir kita buat mereka adalah ucapan Terima Kasih. ramai yang memandang enteng dengan tugas2 guru. ade orang kata, guru mengajar atas kerana gaji. ade org kate, guru mengajar nk dpt nme. ade org kate, guru mengajar sbb kerja gurulah plg senang... hmmmm seandainya antum sebahagian daripada mereka, antum silap! silap besar! guru mengajar kerana ingin menyampaikan. guru mengajar kerana ingin berkongsi pengalaman. guru mengajar kerana ingin melihat anak didiknya di puncak kejayaan. guru adalah seorang Da'ie.. guru mana yang tidak gembira melihat anak didiknya berjaya?

guru peranannya besar dlm pembangunan negara. kalaulah tak de guru, adakah akan lahir bangsa yang membangun? Rasulullah juga memuliakan martabat guru. inikan kita. guru adalah ulama' , dan ulama' pewaris nabi.
tapi, bukanlah bermakna guru tidak punya sebarang kelemahan, kesilapan. hakikat manusia yang diciptakan AL-KHALIQ. maseh punya kekurangan dan tidak sempurna. bagaiman kita, begitulah juga guru kita. kerana, guru juga punya perasaan... yang kadang terguris dengan tindak tanduk anak didik yang dididik agar menjadi insan berguna. kita sering mahu guru menyelami jiwa kita.. tapi, kita jarang mahu menyelami hati seorang guru...

jadi,...
aper tindakan kita?
ambil hati guru.. bukan membodek.
bukan juga bermuka-muka..
tapi mengambil hati..
biar guru gembira punya anak murid yang ramah mcm kita!
insya-ALLAH...
waallahu'alam..
wassalam..

-mencari cinta dan redhaNYA-

Monday, November 9, 2009

Cinta+Remaja=Hasilnya?

Assalamualaikum..
alhamdulillah...
masih lagi punye ruang dan peluang untk menghirup udara segar kurniaanNYA...
Segala puji bagi ALLAH yg memberi kemudahan atas ana dalam menjalani kehidupan hari ini...
ana tahu, esok bakal datang lagi ujian dan dugaan dariNYA...
insya-ALLAH akan ana hadapi dengan tenang biarpun terkadang ana cepat melatah menghadapinya...

title entry nie...
ntahle...
saje jer..
x der mende pun...
sje nk bg sume org tertarik hati bce title ue...
manusia...termasuklah ana..
mudah tertarik dengan tjok2 macam nie...
lebiyh2 lagi remaja..
tapi,..
syg. erti cinta yg hakikatnya indah,
dislh tafsir oleh kita yg kecetekan akal ini..
sebut cinta, lahirlah equations nie...
Cinta=Baju Melayu+Baju Kurung
Cinta=Baju Kemeja+Blous
Cinta=Songkok+Tudung
haduhh....
sedangkan, cinta itu terlalu indah...
Cinta pada Al-KHALIQ.-cinta nie yg wajar kita buru..bukan cinta yang kat atas ue...
yang itu biarlah DIA yang tentukan...
sdgkan cinta AL-KHALIQ masih blom kita gapai,
sdh bermimpi pula mahu bersama bidadari di syurga...
Ramai org kata.." Biarlah aku merana krn cintakan dia.. kerana menyintai dia membahagiakan hidup aku" -macam mana nk bahagia kalau merana? ada orang pulak kata "Cintakan 'dia' bg aku kekuatan.. biarlah 'dia' tak balas cinta aku pun... aku masih cintakan 'dia'.." -kan bagus, kalau kita menyintai ALLAH umpama kita menyintai 'dia' itu, yang pasti.. ALLAH akan membalas cinta hambaNYA, tidak seperti 'dia'... seandainya tiada 'dia' dalam hidup kita.. bukankah hidup kita sudah lengkap dengan hanya ada DIA yang Maha Menyintai? tapi, andainya tiada cinta dari DIA yang maha Menyintai, tentu hidup ini umpama mayat hidup. susuri saja perjalanan hidup Rabiatul Adawiyah. wanita yg tabah mendepani segala macam ujian yg menimpanya. Cinta pada AL-KHALIQ, kukuh di hati... Cinta Al-KHALIQ yg kukuh di hatinyalah yg memberi dirinya 1001 ketabahan mendepani segala2nya... kerana yg dia cari, yang ingin digapainya adalah Cinta,Redha dan Syurga NYA...
Siapalah ana yg ingin mecoret jutaan kata buat antum... sedangkan ana juga terkadang terumbang ambing,.. inikan pula mahu berceloteh pnjng soal ini. usia yg bru setahun jagung juga masih belum memberi ana peluang buat merasai setiap pengalaman hidup, yg mungkin antum semua sudah melalui asam garam kehidupan yg terkadang manis, terkadang pahit... yg antum lebih mengetahui selok beloknya kehidupan... huluran maaf ana sampaikan.. maafkan andai ada yg terkasar mahupun tersilap dalam menarikan kalam ini... wassalam~~




Wednesday, November 4, 2009

Esok exam Math...

alhamdulillah..
sdh 2 hr ana menjalani imtihan..
semuanya maseh mampu ana hadapi, meskipun...
ade perihnya..

esok,
kertas Math menanti ana..
doakan ana,yer...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, November 1, 2009

imtihan kian hampir...

assalamualaikum...
segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam...

cepat je masa berlalu...
tahu2 dah setahun berlalu...
macam2 dah ana lalui..
yang pasti, ranjau, dugaan yang ana lalui
tak seperit ranjau yang dilalui Rasulullah S.A.W & para sahabatnya..
ranjau yang ana lalui hanyalah ranjau kehidupan seorang insan bergelar pelajar...
sebagaimana antum juga...

tak sampai 3 hari lagi,
ana akan menduduki imtihan..
ana harap, antum bisa mendoakan yang terbaik buat ana..
ana juga ingin pohonkan sejuta kemaafan dari antum sume andainya ada entry2 ana sebelum ni, mengguris naluri hati antum..
ana juga manusia yang kadang2 tersilap langkah..
halalkanlah ilmu yang antum kongsikan...
insya-ALLAH..
doa ana sentiasa mengiringi antum sume...

buat teman seperjuangan,..
imtihan ini hanya imtihan kecil di dunia..
hakikatnya, hari2 yang kita lalui merupakan
sebuah imtihan besar yang kelak
resultnya akan kita peroleh di akhirat...
setelah dinilai, di-streaming...
ditetapkanlah tempat kita di sana..
di syurga mahupun neraka...
semuanya bergantung pada amalan kita..

tapi, bukanlah bermakna kita boleh
sambil lewa dalam menghadapi imtihan di dunia...
bukankah untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat adalah dengan ilmu..
dan imtihan merupakan salah satu proses dalam menuntut ilmu..
tapi, kalau kita sekadar lulus dalam imtihan..
tapi tidak mengaplikasikan apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian...
tak ada guna juga...
semoga kita tidak tergolong drpd mereka yang rugi...

rasanya , cukuplah sampai di sini saja kalam ana mencoretkan kata hati..
sekali lagi kemaafan ana pohonkan dari antum sume atas kekurangan diri ana...
wassalam....

-mencari redha da cintaNYA-