Friday, November 13, 2009

Guru=Ulama'=Pewaris Nabi.

assalamualaikum.....
Alhamdulillah, nyawa dan jasad ana masih lagi bersama atas rahmat dan kurnia dariNYA yang maha Pencipta.

sejak dua menjak ni,..
telinga ana nie..
selalu menangkap cerita2 tntg pelajar mengutuk guru di alam siber..(sme ada melalui blog,Friendster,myspace, facebook.. dan yg seangkatan dengannya.)
ana terfikir, kenapa mereka2 tue sanggup melemparkan kata seumpama kutukan kepada insan bergelar guru? insan yang mengajar mereka mengenal dunia. sedangkan sahabat yang juga merangkap sepupu dan menantu baginda Rasulullah S.A.W, Saidina Ali bin Abi Talib juga memuliakan guru, inikan pula kita yang ilmu terlalu cetek.

siapa kita untuk menghukum, melemparkan kata-kata yang kurg enak pada pendengaran manusia buat insan bergelar guru?kita juga adakalanya melakukan silap.adakalanya mengulangi kesilapan, kerana kita manusia. kata-kata yang sepatutnya terungkap di bibir kita buat mereka adalah ucapan Terima Kasih. ramai yang memandang enteng dengan tugas2 guru. ade orang kata, guru mengajar atas kerana gaji. ade org kate, guru mengajar nk dpt nme. ade org kate, guru mengajar sbb kerja gurulah plg senang... hmmmm seandainya antum sebahagian daripada mereka, antum silap! silap besar! guru mengajar kerana ingin menyampaikan. guru mengajar kerana ingin berkongsi pengalaman. guru mengajar kerana ingin melihat anak didiknya di puncak kejayaan. guru adalah seorang Da'ie.. guru mana yang tidak gembira melihat anak didiknya berjaya?

guru peranannya besar dlm pembangunan negara. kalaulah tak de guru, adakah akan lahir bangsa yang membangun? Rasulullah juga memuliakan martabat guru. inikan kita. guru adalah ulama' , dan ulama' pewaris nabi.
tapi, bukanlah bermakna guru tidak punya sebarang kelemahan, kesilapan. hakikat manusia yang diciptakan AL-KHALIQ. maseh punya kekurangan dan tidak sempurna. bagaiman kita, begitulah juga guru kita. kerana, guru juga punya perasaan... yang kadang terguris dengan tindak tanduk anak didik yang dididik agar menjadi insan berguna. kita sering mahu guru menyelami jiwa kita.. tapi, kita jarang mahu menyelami hati seorang guru...

jadi,...
aper tindakan kita?
ambil hati guru.. bukan membodek.
bukan juga bermuka-muka..
tapi mengambil hati..
biar guru gembira punya anak murid yang ramah mcm kita!
insya-ALLAH...
waallahu'alam..
wassalam..

-mencari cinta dan redhaNYA-

No comments:

Post a Comment