seringkali terlintas di fikiran yang daif ini...
adakah benar usaha dan tingkah ana selama ini adalah semata mencari redhaNYA..
adakah ia benar berdasarkan sunnah junjungan besar Rasulullah S.A.W.
hati ini terkadang kosong,..
tanpa sebarang input buat mendepani hari esok...
Astaghfirullah...
ruginya hamba MU ini, YA RABB...
Ya ALLAH..
hati ini bagai merayu dan merintih inginkan sebuah kebahagiaan yang hakiki...
tapi,.. sering saja hati ini lupa dan alpa dengan nikmat MU...
ampunkan hati yang ternoda titik hitam dosa ini, Ya Rabb...
ampunkan hamba... Ya ALLAH.
kala ku mendongak ke langit yang kelam..
tiada sinaran bintang yang menghiasi..
seumpama ku menatap hatiku yang kelam...
ternoda dek titik hitam dosa hamba nan hina...
kala itu...
memori bersama teman menggamit hati...
selama ini, kemanisan ukhuwah yg terjalin kerana MU belum sekali pun menjengah ruang hati ku... ukhuwah kami, hanya berderai dengan hilai tawa yang tidak menggambarkan kemanisan ukhuwah yang ku cari..
yang ku dambakan..
tapi...aku sayang kan mereka...
kerana mereka temanku..
Ya ALLAH..
kalam hina ini lahir dari jiwa yang dambakan cahaya CintaMU..
yang dambakan Redha dan SyurgaMU...
tenangkanlah aku dalam menyintaiMU
tenangkanlah aku di bawah lembayung Rahmat MU..
tenangkanlah aku dalam mengingatiMU, ya RABB...
satukanlah aku dan temanku kerana mengingatiMU..
kerana mencari cinta dan SyurgaMU..
kerana ingin menggapai Redha MU..
dan bukan kerana nikmat dunia yang hanya sementara...
tabahkan hati ini dalam mendepani hidup yang penuh ranjau dan likunya...
kuatkan hati ini buat tabah bersama rakan-rakan yang ku kasihi..
satukan kami di atas jalan MU...
-yang mencari cinta, redha dan syurgaNYA-
No comments:
Post a Comment