Saturday, January 30, 2010

Alkisah manusia...

"Kejadian manusia. Bermula dari terciptanya Nabi Adam A.S. yang dicipta ALLAH Azza Wa Jalla dari segumpal tanah, yang kemudian ditiupkan roh ke dalamnya. Dan kemudian, disuruh pula para malaikat termasuk Iblis supaya sujud kepada Adam. Para malaikat menurut, tetapi Iblis sebaliknya. Dia melanggar suruhan ALLAH, malah mempertikaikan di mana lebihnya Adam sehingga dia perlu sujud pada Nabi Adam A.S. dan disebabkan oleh kedegilannya tidak mahu menurut perintah ALLAH itulah, dia dicampak keluar dari syurga, dan mulai detik itulah dia berikrar untuk menyesatkan anak Adam dengan cara apa sekalipun. Itu Tekadnya.

Setelah itu, diciptakan Hawa dari rusuk kiri Adam supaya bisa menjadi pendamping dan teman Adam yang kesunyian. Hiduplah Adam dan Hawa di dalam syurga. Dilimpahi nikmat kurniaan Rabb yang Agung. Namun, dalam kenikmatan hidup yang mereka nikmati di syurga, ALLAH melarang mereka daripada makan buah khuldi, bukan itu sahaja pohonnya juga jangan di dekati kerana bimbang mereka bakal terperdaya dengan iblis yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Dipendekkan cerita, Hawa terpedaya dengan bisikan Iblis, yang sememangnya sudah berjanji untuk terus menghasut keturunan Adam A.S. Dek kerana Adam dan Hawa telah melanggar suruhan ALLAH Azza Wa Jalla, mereka dicampakkan ke dunia. Ia bukan sebuah pengakhiran, tetapi adalah sebaliknya. Sebuah permulaan. Permulaan kepada kehidupan hari ini. Permulaan dimana keturunan anak Adam berkembang biak. Dan dalam masa yang sama, Iblis masih lagi bernafas di alam ini untuk terus mengotakan ikrarnya. Menyesatkan anak Adam A.S."





No comments:

Post a Comment