Thursday, February 25, 2010

Pengorbanan mereka.. apa nilainya pada kita?

Assalamualaikum..

Kepenatan ini terasa. Tapi, jika hendak dinilai dengan kepenatan pejuang-pejuang agama ALLAh yang tidak pernah lelah menegakkan kalam-kalamNYA, kepenatan ini hanyalah setitik keringat mereka yang gugur ke bumi. Terlalu sedikit. Pengorbanan mereka sangat besar. Lebih-lebih lagi pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Tanpa pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda, mana mungkin kita mampu merasai sesuatu yang kita gelar Islam. Mana mungkin juga untuk kita merasai nikmatnya kehidupan sebagai seorang Muslim.
Tapi, sayang. Amat sedikit di antara kita yang menghargai, atau mengambil sesuatu nilai di sebalik pengorbanan mereka. Lebih-lebih lagi pengorbanan Rasulullah S.A.W. Bermula daripada usaha Rasulullah dan para sahabat menyampaikan dakwah dan mengamalkan agama Islam secara rahsia,dan kemudian terpaksa berdepan dengan tentangan masyarakat arab jahiliyyah setelah nabi melakukan dakwah secara terang-terangan. Yang seterusnya diikuti pengorbanan Rasulullah S.A.W bersama kaum muhajirin yang terdiri daripada penduduk Mekah yang telah memeluk Islam berhijrah ke Madinah; meninggalkan kampung, harta dan keluarga mereka demi menjaga nikmat iman dan islam yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada mereka. Begitu juga pengorbanan kaum Ansar dalam menyambut tetamu istimewa mereka.
Terlalu banyak untuk dirungkaikan satu persatu pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Setiap pengorbanan Rasulullah itu, pastinya disertai dengan perasaan cinta baginda pada umat-umatnya. Tapi, kita sebagai umat baginda bagaimana? Berpegangkah kita pada sunnah baginda? Berpegangkah kita pada pesanan terakhir baginda sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir?

Tepuk dada, tanya iman,
"Sudah berapa jauh kita berkelana di bumi ILAHI?"

"Cukupkah bekalan kita untuk kita bawa menghadapNYA?"

"Bagaimana pula denga pesan Nabi? Ada kita amalkan?"

"Nikmat yang ALLAH dah bagi, ada tak kita ucapkan syukur padaNYA?Pengorbanan Rasulullah, ada kita haragainya?"

Cukuplah kita sahaja yang mengetahui jawapannya.
Gerakkan minda, Ringankan jasad, bertindaklah. Mulakan dengan diri sendiri.

Saat Rasulullah sedang berhadapan dengan maut, Rasullah masih ingat pada umatnya. Bibir baginda sempat mengungkapkan 'ummati,ummati, ummati..'

wassalam,

Maafkan diri atas kesilapan..
anaqi.Norsyafiqahsaifulanuar

Saturday, February 20, 2010

Cinta ini milik siapa?

Assalamualaikum...

Lihat pada dunia hari ini, salah satu fenomena yang tidak lari dari hakikat hidup bukan sahaja hari ini,bahkan semalam, kelmarin.. hakikatnya tetap sama; cinta.Kalimah yang sering mencuri perhatian bukan sahaja muda-mudi malah manusia seluruhnya. Mustahil untuk dikatakan, bahawa ada manusia yang tidak mahu menyintai dan tidak mahu dicintai.
lumrah kejadiaan manusia yang disematkan di hatinya untuk memiliki dan dimiliki, menyintai dan dicintai. Itu satu lumrah yang tidak mampu dinafikan. Namun, dalam kecetekan ilmu manusia yang tidak seberapa, menyebabkan kita hanyut dan akhirnya lemas di lautan cinta palsu dunia. cinta yang berpaksikan nafsu semata. Tanpa secebis pun disandarkan pada RABB yang agung.Sehingga terlupa batas yang telah digariskan dalam islam.

Sewajarnya, cinta itu disandarkan pada Sang PENCIPTA sebelum disandarkan pada makhluk ciptaanNYA.Kerana, dengan cinta yang berpaksikan ILAHI, barulah
KeredhaanNYA bisa dikecapi. Kebahagian juga datang menjengah. Bukan sahaja di atas muka bumi ILAHI ini.. bahkan di sana. Sebagaimana janji ILAHi dalam kalamnya.

"Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang paling dekat (kepada ALLAh), berada dalam syurga penuh kenikmatan, segolongan besar daripadanya orang-orang terdahulu, dan segolongan kecil daripada orang-orang yang kemudian."
(surah al-Waqiah:10-14)

dan FirmanNYA lagi:

"Dan, golongan kanan, Alangkah mulianya golongan kanan
itu. (mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang mengalir terus menerus, dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya,dan katil-katil yang tebal lagi empuk. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung, Lalu kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh cinta dan sebaya umurnya,.. "
(surah Al-Waqiah: 27-38)

Alangkah istimewanya janji ALLAH buat golongan kanan. iaitu mereka yang beriman kepada ALLAH, menyintai ALLAH, dan sentiasa mengingatiNYA. Cinta yang sebenar itu adalah, dengan mengikuti sunnah rasulullah, mentaati ALLAH..

Maafkan diri ini atas kesilapan dan khilaf diri yang tidak disengajakan,..
wassalam..
Anaqi.Norsyafiqahsaifulanuar

Friday, February 19, 2010

Ikhlas, tak ikhlas?

Assalamualaikum..

Bicara ini dimulai dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan nabi yang mulia, juga buat para sahabat serta ahli keluarga baginda. Perjalanan hidup ini bermacam karenahnya. Pelbagai ranjau dan durinya. Seketika kebahagiaan yang kita kecapi. Seketika lagi duka dan hiba yang menghurung diri. Begitulah rentetan kehidupan anak Adam di muka bumi ILAHI. Seketika dipuji. Seketika nanti disisih, dihina malah dicerca. Begitulah hakikatnya kehidupan. Sebentar di atas sebentar lagi di bawah. Kerana itu, dalam menjalani kehidupan ini, sifat yang seharusnya disisihkan daripada diri kita sama sekali adalah sifat bongkak. Takbur. Sifat inilah yang bakal memutuskan amalan kita dengan ALLAH. Dengan sifat yang seumpama inilah, menyebabkan tiada ketulusan yang lahir dari jiwa kita dalam melaksanakan amal di atas dunia ini. Seandainya amalan yang dilaksanakan hadir tanpa sebenih ketulusan yang tertanam di hati, sudah pastinya secara tidak langsung kesannya membawa kepada kehidupan ini. Setiap amalan yang dikerjakan, sentiasa disertai pengharapan agar insan lain menghargai dan memujinya. Bukankah ini sudah cukup menunjukkan riak? Nauzubillahiminzalik.

Biarlah amal kita itu disertai ketulusan dan keikhlasan. Ikhlas itu amat mudah sekali dilafazkan, namun sukar sekali untuk mengesan kewujudannya. Umpama mencari seekor semut hitam di atas sebiji batu hitam. Kehadirannya mampu dirasai, namun sukar sekali untuk mencuri pandangan.

Biarlah hanya ALLAH yang menilai diri. ALLAH itu sebaik-baik PENILAI. PENILAI yang sangat adil dalam melaksanakan penilaian ke atas hamba-hambaNYA. Tidak memandang pada pangkat, harta, keturunan jua rupa paras. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang menjadi pengukurnya. Tidak seperti penilaian manusia yang sangat cetek ilmunya. Hanya setitis sekiranya hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang lebih daripada lautan yang terbentang di atas muka bumi ini. Manusia sering kali menilai sesuatu berasaskan kepentingan material. Kepentingan dunia.

Begitulah hakikat yang diri ini juga tidak mampu menafikannya. Diri ini juga terkadang tersilap langkahnya dalam meniti tiatian kehidupan di atas bumi ILAHI. Diri ini juga terkadang terlepas pandang atas kesilapan yang dilakukan. Maafkan diri ini atas khilafnya diri.
Wassalam~
-Anaqi.NorsyafiqahSaifulAnuar-
19 Februari 2010

Wednesday, February 17, 2010

Balik Kampung...

-Pagi di No 19, Kampung Tasek Alai..-


-Jam... doyaii-assalamualaikum
akhirnya,
dapat juga balik kampung...
Bertolak dari bangi pukul 10..
lebih kurang macam tu
lah..
ta
pi,..
dek kerana jam,..

biasalah, kalau musim perayaan macam nih,...
tak jam tak
sah..
sampai kampung lebih kurang pukul 2.00 lebih..
sempat gak singgah rumah orang kahwin
kat jementah...


sampai je kat umah...
yaya & Affan tengah tido...
hohoho..

sabar jelah..
tunggu mereka
bangun..

-yaya baru bangun tido-

esoknya,..
abah bawa kami-kami semua pergi
gunung Ledang..
yaya + Affan tak ekot..

ala~~

tapi...
keadaan di sana yang teramat-lah
sesak sangat2 membosa
nkan..
ramai sangat orang..
tiada apa yang lebih menarik..
berbanding daripada alam semulajadi c
iptaan ILAHI...
-gunung apakah ini?.ntah.-

tyme kat orang lain syok2
mandi sungai..
ana jer yang termenung tak tentu pasal..
tak derlah..

biasalah manusia..
seringkali mencari keseronokan sehingga
melupakan tuhan..
nauzubillahiminzalik..

balik jer dari tempat tuh..
tolong tok mak masak + makan..
tunggu yaya + Affan

balik dari sepinang..


-affan yang asyik leleh je.comel!-

lepas tuh...
tak de keje lainnya..
melayan kanak-kanak ribena jelah...

-yaya comel!-

-mereka comel!-


-aniq comel!-


wassalam..~
rindu sama mereka!

Friday, February 12, 2010

Hakikat Akhir Zaman

assalamualaikum..
"Mayat bayi dalam tong sampah"
"Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan"

"mayat bayi perempuan dihurung semut ditemui"
"mayat bayi lelaki di dal
am tong sampah"
"mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil"
"Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemu
i tertanam di tanah perkuburan"
melihat pada tajuk di dada akhbar sejak akhir-akhir ini mengundang berbagai macam perasaan bertakuk di hati..
fenomena masyarakat akhir
zaman kini semakin menjadi-jadi..lihat sahaja di dada akhbar bertarikh 11 februari 2010, untuk melihat gambar yang terpampang juga ana tidak sanggup..
Di mana letaknya nilai perikemanu
siaan insan yang telah membuang bayi yang tiada berdosa ini... meskipun, mungkin kelahirannya di dunia tiada dipinta..mengapa mesti dibuang dan diabaikan sebegitu sehingga dihurung semut?! beginilah hakikatnya dunia akhir zaman,...
fenomena pada zaman jahiliyyah berulang kembali, bayi ditanam hidup-hidup. Begitulah yang terjadi di era yang digelar era kemodenan.
Zaman teknologi. Masyarakat semakin jauh dari landasan ILAHI. Beginilah hakikatnya apabila sunnah Rasulullah S.A.W dan perintah ALLAH dipandang sebelah mata, hukum ALLAH dipersenda.

“Dan apabila anak-anak
yang ditanam hidup-hidup menyoal ‘Kerana dosa apa dia dibunuh’ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9)

ya ALLAH.. hati ini menangis saat menatap wajah suci yang tiada dosa menerima nasib se
begini... namun,.. hati ini yakin,.. amat yakin.. wajah suci ini.. amat mulia di sisi MU.. wajah comel ini tempatnya sudah pasti di syurgaMU.. kerana tiada secalit noda pun yang mengotori kesuciannya...

ya ALLAH,..
besar sungguh fitnah dunia akhir zaman.. KAU lindungilah aku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku.. bahkan seluruh muslimin dan muslimat dari fitnah dunia akhir zaman.. kau berikan kami petunjuk MU.. agar tidak kami tersasar dari jalanMU, ya RABBI.. sesungguhnya, hanya pada MU sahaja kami mengadu dan hanya pada MU sahaja kami bertawakal...
amin..~
wassalam..


.

Kalam dari hati...

Semalam, Hari ini dan esok..
membawa bermacam pengertian bagi setiap diri insan..
begitu juga hati ini..
Hati ini menggendong secebis pengertian..
pengertian dan pengajaran yang mungkin
hanya diri ini yang mampu mentafsirkannya..

sesekali..
bayangan ayah, bonda, sahabat..
menyaji pandangan maya..
sejenak itu jua fikiran ini ligat menafsir
setiap wajah yang dalam kesamaran dinihari,..
nilainya disebalik wajah yang terpamer di benak saat itu..

Abah, panggilan buat insan bergelar ayah yang amat selari dengan diri ini
tanpa kasihnya, mungkin diri ini terkotak-katik di bumi ALLAH,..
bicaranya mendamaikan hati..
marahnya kerana khilafnya diri ini..
renungannya penuh kasih dan sayang..

Ibu, hadirnya sentiasa mengundang ketenangan dalam sanubari ini..
melihat wajahnya sudah cukup menyajikan hati ini hidangan kasih..
yang amat diharapkan mereka yang bergelar anak..
bicaranya terkesan di hati...
senyumannya menggembirakan jiwa yang sedang lara..
tangisnya meruntun hiba..

Teman.. Sahabat.. atau apa sahaja gelarannya..
mengundang ceria di hati..
membawa pergi sepi yang menigisi kosongnya hati..
mengundang warna pelangi di balik awan kesedihan..
kehadirannya membawa senyum, tangis dan tawa..

amat kusyukuri anugerah ini..
anugerah dari ILAHI..
terima kasih, ya ALLAH..
hanya pengabdian diri pada MU
yang mampu diri ini lakukan..
subhanallah...

Thursday, February 4, 2010

Menginsafi fenomena akhir zaman..

Hari ini..
Kutoleh kanan dan kiri,..
yang menyaji kornea ini,..
fenomena masyarakat akhir zaman..
lebih banyak ketawanya
berbanding mengingati RABB Yang Agung...
dan, sesuatu yang tidak mampu lidah ini menafikannya..
Diri ini juga hanyut bersama mereka...
Ya, diri ini turut serta hanyut di arus lautan dunia yang
dipenuhi 1001 pemangsa yang hanya menanti masa
buat menjerat setiap yang leka..
dan.. hati ini tidak mahu menjadi mangsa..
mangsa ketandusan ilmu ukhrawi..

Sibuk kita menyangkal dan menilai seseorang..
sedang, diri kita sendiri masih belum ternilai
tambah, tolaknya.. kurang, lebihnya..
kita tidak menyedari kekurangan diri kita sendiri..
sibuk kita perjuangkan itu, perjuangkan ini
sedang dalam masa yang sama..
tanpa kita sedari,diri kita sendiri bersikap sebagaimana mereka..
orang yang kufur...
bahkan kita lebih dahsyat dari itu..
hukum ALLAH dipersenda...
Kewajipan sebagai seorang muslim
hanya dipandang sebelah mata...
dalam keadaan inilah kita terkocoh-kocoh
memperjuangkan agama..
menampakkam diri sebagai seorang amat
berpegang pada agamanya, seorang agamawan..
tetapi,.. hakikat dan realiti yang sebenarnya adalah sebaliknya...
tindak-tanduk kita, hanya mengaburi mata manusia,..
kerana, kita lupa tentang penilaian ALLAH..
kita hanya mementingkan apa yang diperkatakan manusia
berbanding penilaian ALLAH Azza Wa Jalla.
sukar sekali untuk kita menemui insan
yang menangis kerana gagalnya hati buat
menggapai cinta RABB Yang Agung,
cinta yang abadi..

Beginilah hakikat insan akhir zaman..
Lupa diri..
Lupa Tanggungjawab,..
Lupa hakikat perjuangan yang sebenar..
Yang ligat di fikirannya...
dunia..dunia..dunia...
seakan-akan dunia itu menjamin kebahagiaan yang abadi.
nauzubillahiminzalik..

-anaqi-