Thursday, February 25, 2010

Pengorbanan mereka.. apa nilainya pada kita?

Assalamualaikum..

Kepenatan ini terasa. Tapi, jika hendak dinilai dengan kepenatan pejuang-pejuang agama ALLAh yang tidak pernah lelah menegakkan kalam-kalamNYA, kepenatan ini hanyalah setitik keringat mereka yang gugur ke bumi. Terlalu sedikit. Pengorbanan mereka sangat besar. Lebih-lebih lagi pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Tanpa pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda, mana mungkin kita mampu merasai sesuatu yang kita gelar Islam. Mana mungkin juga untuk kita merasai nikmatnya kehidupan sebagai seorang Muslim.
Tapi, sayang. Amat sedikit di antara kita yang menghargai, atau mengambil sesuatu nilai di sebalik pengorbanan mereka. Lebih-lebih lagi pengorbanan Rasulullah S.A.W. Bermula daripada usaha Rasulullah dan para sahabat menyampaikan dakwah dan mengamalkan agama Islam secara rahsia,dan kemudian terpaksa berdepan dengan tentangan masyarakat arab jahiliyyah setelah nabi melakukan dakwah secara terang-terangan. Yang seterusnya diikuti pengorbanan Rasulullah S.A.W bersama kaum muhajirin yang terdiri daripada penduduk Mekah yang telah memeluk Islam berhijrah ke Madinah; meninggalkan kampung, harta dan keluarga mereka demi menjaga nikmat iman dan islam yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada mereka. Begitu juga pengorbanan kaum Ansar dalam menyambut tetamu istimewa mereka.
Terlalu banyak untuk dirungkaikan satu persatu pengorbanan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Setiap pengorbanan Rasulullah itu, pastinya disertai dengan perasaan cinta baginda pada umat-umatnya. Tapi, kita sebagai umat baginda bagaimana? Berpegangkah kita pada sunnah baginda? Berpegangkah kita pada pesanan terakhir baginda sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir?

Tepuk dada, tanya iman,
"Sudah berapa jauh kita berkelana di bumi ILAHI?"

"Cukupkah bekalan kita untuk kita bawa menghadapNYA?"

"Bagaimana pula denga pesan Nabi? Ada kita amalkan?"

"Nikmat yang ALLAH dah bagi, ada tak kita ucapkan syukur padaNYA?Pengorbanan Rasulullah, ada kita haragainya?"

Cukuplah kita sahaja yang mengetahui jawapannya.
Gerakkan minda, Ringankan jasad, bertindaklah. Mulakan dengan diri sendiri.

Saat Rasulullah sedang berhadapan dengan maut, Rasullah masih ingat pada umatnya. Bibir baginda sempat mengungkapkan 'ummati,ummati, ummati..'

wassalam,

Maafkan diri atas kesilapan..
anaqi.Norsyafiqahsaifulanuar

No comments:

Post a Comment