"Sahabat sudi berkongsi suka dan duka, sahabat tidak sunyi dari ucapan pembakar semangat, sahabat tidak jemu mengungkap kata berunsur dorongan. Sahabat tidak bermuka-muka, sahabat menangis bersama kita tatkala peritnya kehidupan. Sahabat juga yang mengungkap ketabahan tatkala diri hampir berputus asa. Persoalannya, sudahkah aku menjadi seorang sahabat?"
Sudahkah aku menjadi seorang sahabat? persoalan ini adalah lebih utama untuk diajukan berbanding persoalan, Bisakah aku menemui seorang sahabat. Kita sering mengeluh, dia itu begini, dia itu begitu. Dia tidak pernah menghargai diri kita, dia tidak pernah bersikap adil pada diri kita dan bermacam-macam lagi ungkapan tidak puas hati kita pada dia. Aku juga tidak menafikannnya, aku juga begitu. Kala diri kabur, lemas dalam kemarahan bercampur keegoan, mulut tersilap bicara, sehingga lupa hakikat diri yang punya kekurangan sehingga terhambur keluhan tentang dirinya. Sedangkan, hakikat sebenar aku dan dia sama. Tiada beza, kerana kami sama-sama manusia yang perlukan bimbingan. Tiada guna kita mempersoal di mana sahabat tatkala kita kesusahan, yang patut kita persoalkan adalah, di mana kita tatkala sahabat kita kesusahan. Tidak perlu kita mengutarakan persoalan, di mana bisikan ketabahan dari seorang sahabat tatkala diri dirundung kecewa, sebaliknya utarakan persoalan apa tindakan kita tatkala sahabat dirundung kecewa.. Jangan pertikaikan itu dan ini tentang dia, sebaliknya pertikaikan diri kita sendiri, Adakah kita sudah menjadi sahabat yang cukup baik buat dia? Mencari seorang sahabat itu akan menemui kegagalan, sekiranya kita sendiri gagal menjadi sahabat yang baik, sahabat yang ciri-cirinya diinginkan oleh kita sendiri. Sahabat yang mengikat ukhuwah itu dengan iman.
Dan, aku akui, aku masih belum menjadi sahabat yang baik buat sahabat ku. Hati ini juga kekadang dilanda kegusaran. Gusar dan bimbang aku sudah melukai sahabat-sahabat ku. Aku bimbang tatkala melihat wajahnya mempamerkan kedukaan. Aku bimbang, akulah yang telah melukakan hatinya tanpa aku sedari.
****
Buat sahabat,
aku titipkan ungkapan maaf ku..
Aku tahu,
entah sudah berapa kali
hatimu, aku sakiti.
Maafkan aku.
Kerana aku hanya manusia
yang tidak kurang lebihnya berbanding kalian..
maafkan aku atas kesulitan yang aku timbulkan..
maafkan aku atas setiap air matamu yang tumpah kerana perbuatanku..
maafkan aku..
maafkan aku..
Buat sahabat,
aku titipkan ungkapan maaf ku..
Aku tahu,
entah sudah berapa kali
hatimu, aku sakiti.
Maafkan aku.
Kerana aku hanya manusia
yang tidak kurang lebihnya berbanding kalian..
maafkan aku atas kesulitan yang aku timbulkan..
maafkan aku atas setiap air matamu yang tumpah kerana perbuatanku..
maafkan aku..
maafkan aku..
maafkan aku..!
wassalam~
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar
wassalam~
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar
No comments:
Post a Comment