Assalamualaikum...
Alhamdulillah.
Hari ini sudah pun mencecah hari ke-23 kita berpuasa.
Malam ini, malam ke-24.
Hampir sebulan Ramadhan yang telah kita lalui.
Terlalu sebentar masa yang dijalani.
Masing-masing dah mula sibuk tentang hal perayaan.
Hari Raya Aidilfitri dan sambutan hari kemerdekaan yang ke-54.
Si kecil mula sibuk berbicara tentang pakaian baru, duit raya.
Si ibu mula sibuk dengan juadah raya. Ketupat, kuih raya.
Si bapa mula berkira-kira menukar segala kelengkapan rumah dengan kelengkapan baru.
Semuanya bergembira.
Dentuman mercun yang menzahirkan rasa.
Tak kurang hebat juga lagu-lagu raya mula didendangkan di corong radio.
Lagu dendangan saloma antara yang menjadi pilihan.
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya
Sedarkah kita, bahawa kita di penghujung Ramadhan.
Sebagaimana yang sering dikongsi rakan-rakan saya sejak akhir-akhir ini;
Apabila kita menyertai suatu pertandingan, layakkah kita untuk meraikan kejayaan meskipun kita belum sampai ke garisan penamat.
Lebih kurang itulah juga analoginya antara Ramadhan dan Syawal.
Ramadhan masih belum selesai.
Pembinaan taqwa masih belum lunas sepenuhnya.
Kenapa kita berhenti di tengah perjalanan sebelum tiba di penamat?
Ramadhan umpama universiti kehidupan.
Tak selalu kita mampu membangkitkan jiwa, memotivasikan diri untuk meningkatkan taqwa.
Ramadhan ini medannya.
Iman sebagai input. Ramadhan sebagai proses. Taqwa sebagai output.
Saya tidak mahu mengucapkan 'Selamat Hari Raya' .
Tapi, saya ingin mengucapkan,
Teruskan usaha di bulan barakah ini.
Salam Ramadhan al-mubarak.
23 Ramadhan 1432h.
Fasa ketiga- pembebasan daripada api neraka.
carilah malam al-Qadr ;)
wassalam.
norsyafiqahsaifulanuar;)