Tuesday, August 9, 2011

Saya suka tengok Heliza :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Seminggu lebih kita melalui Ramadhan. Malam ini, malam ke sepuluh :) 
Salam Ramadhan :)

Sebenarnya, dah lama nak tulis tentang cik manis Heliza.
Baru berkesempatan.

First time tengok Heliza, dalam filem Syurga Cinta. Comel. Sekarang semakin comel.
Gaya penampilan Heliza antara yang menjadi perhatian. 
Shawl labuh menutupi bahagian dada.
Manis dipandang. Berfesyen dalam masa yang sama, aurat terjaga.
Suatu ketika dulu, Heliza sebagaimana gadis biasa. Berfesyen. Macam-macam tudung digayakan.
Akhirnya kini, Heliza melakukan suatu perubahan. Semua orang tertarik dengan perubahan yang dibawa oleh Heliza. Mana tidaknya, shawl merupakan salah satu aspek fesyen yang menjadi perhatian ramai dalam waktu ini. Penampilan Heliza yang bukan sahaja mengikut peredaran zaman malah mematuhi syariat, insyaAllah sangat disukai ramai. Lebih-lebih lagi remaja yang sememangnya minat untuk berfesyen.


Kadang-kadang, masyarakat kita silap kerana tidak tahu. Penampilan Heliza secara tidak langsung membetulkan mentaliti masyarakat dan turut mengajak masyarakat kita untuk melakukan perubahan. Perubahan yang sebenarnya dah lama ada. Tapi, kita yang tak nampak. Islam itu indah. Gaya yang dibawa Heliza juga bersifat santai. Tidak perlu mengenakan solekan yang tebal untuk dilihat anggun dan bergaya. Tatarias ringkas sudah memadai. Bertabaruj berlebihan itu perangai wanita jahiliyyah.


Islam tidak pernah melarang untuk berfesyen. Sebaliknya, islam memberi panduan yang tepat bukan sahaja berkaitan fesyen, malah semua aspek kehidupan. Islam is the way of life!
Ringkasnya, saya suka tengok Heliza macam ini :)
Comel. Manis. Ringkas.
Siapa yang memang minat sangat nak berfesyen, 
apa salahnya tiru macam Heliza..
Sopan dan mematuhi syariat.
Insya ALLAH.

 HelizaHelmi


Cetokin.. Cetokin.. :)
Norsyafiqahsaifulanuar

No comments:

Post a Comment