Assalamualaikum..
Bila tengok gambar.
Saya kata saya rindu dia.
Bagaimana dia sekarang?
semestinya jauh berbeza dengan
keadaannya sewaktu dia bersama kami dulu.
Meskipun tidak banyak.
Persekitaran tarbiyah itu tetap ada.
Kini dia jauh dari kami.
Bertemu jarang sekali.
Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Doa saya takkan pernah terhenti.
Saya dan dia sama-sama manusia biasa.
Saling memerlukan walau apa jua keadaannya.
Saya nak dia tahu, saya sayang dia.
Biarlah dia lupakan saya.
Yang saya mahu,
Saya nak dia ingat semua
yang telah Allah berikan buatnya.
Saya nak dia tahu Allah sayang hambaNya.
Saya nak dia tahu Allah
sentiasa rindukan doa hambaNya.
Saya tahu dia sedia maklum mengenai semua.
Semoga dia diberi kekuatan.
Semoga imannya terus menebal.
Semoga dia cekal.
Dia sahabat saya.
Semoga dia teguh menjaga permatanya.
Semoga dia teguh memelihara auratnya.
Semoga dia cekal menjunjung dan
beramal dengan syariat dan sunnah rasulnya.
Semoga dia terus cintakan ilmu milik Allah.
Semoga dia terus berdiri sebagai
seorang muslimah yang bermaruah.
Dugaannya di sana lebih berat.
Saya tahu.
Semoga doa terus mendapat petunjuk
dari Ilahi :)
Saya sahabat dia.
saya sayang dia.
biar siapapun dia.
norsyafiqahsaifulanuar.
No comments:
Post a Comment