Assalamualaikum..
Saya bukan budak bola. Saya tak minat bola. Tapi, saya tengok juga kadang-kadang. *terpaksa
Kalau dah dua beradik tu mengadap TV, pegang remote control tak tengok kiri kanan, memang terpaksalah..
Mula-mula tengok,
"bosanlah! Cer bukak TV lain! "
"Tukarlah. Main macam apa je.." =.='
"Buat apalah tengok orang kerja benda bulat tuhhh.."
Lama-lama, macam...
"Okeylahh... Redha je."
"Pegi baca bukulah, lagi bagus!" :P
Dalam pada dua beradik tu seronok-seronok tengok bola, terpikir pulak, kalaulah pemain bola tu pakai seluar panjang, kan sopan. Dah memang syariat lagipun.. Bukan bab sopan tak sopan saja, kan..? Kalau dah syariat tu, ada pilihan ke?
"Dah memang peraturan permainan, nak buat macam mana?"
Peraturan manusia kita dahulukan? Dahlah peraturan orang kafir. Peraturan Allah boleh pulak ketepikan. Kita ikut je orang kafir tu kata apa. A, A lah yang kita buat. B, B lah yang kita ikut. Kalau macam tu, serupalah kita ni tak ada jati diri. Kita mengaku islam, tapi kita tak bawa islam itu bersama dalam semua segi hidup kita ini. Islam tu luas, kann.. Semua aspek kehidupan adalah islam kalau kita dah mengaku kita islam. Tidak ada pilihan. Kalau dah memang kena tutup aurat, perlulah tutup. Tidak ada pilihan sama ada mahu atau tidak. Yang ada pilihannya, cara. Nak macam ni ke macam tu...
Bukan nak salahkan siapa-siapa dalam hal ini. Semuanya kembali kepada diri kita sendiri juga kan. Tengok saja fenomena hari ini, yang bertudungnya macam-macam fesyen. Semua tak nak kalah. Tak kesahlah macam mana gayanya, yang penting menepati syariat. Tapi, apapun niat lebih utama. Kalau niat dah salah, macam mana dengan hasil,kann. Kita tak rasa malu ke dengan mereka yang bukan islam yang kenal islam dari diri kita yang mengaku muslim? Sepatutnya kita rasa malu. Sebab, mereka mengenal islam itu melalui kita dan kita dah bagi gambaran yang salah tentang islam di mata mereka. Apa yang mereka lihat ini lebih terkesan daripada lisan. Mereka fikir islam sama sahaja dengan agama lain. Mungkin sebab kita, mereka fikir tak ada apa pun yang lebih baik dalam islam berbanding agama mereka sendiri. Mana tidaknya kalau perangai, cara pakaian kita semuanya dah macam mereka. Tak ke mereka rasa umat islam TIADA JATI DIRI? ohh..~
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
Kita yang islam ni, ada tanggungjawab. Tanggungjawab dakwah. Amar Makruf Nahi Munkar. Menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah ada bersabda, yang mafhumnya lebih kurang kalau sesiapa melihat suatu kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, kalau tidak mampu, dengan lidah. Kalau tidak mampu dengan hati, dan itulah SELEMAH-LEMAH IMAN. Mencegah dengan hati ini, dimaksudkan sebagai membenci. Kita mesti takkan buat benda yang kita bencikan? Kita lagi nak jauh dari benda-benda yang kita benci.Dah kalau kita sendiri terikut sama buat kemungkaran, di mana tahap keimanan kita kalau Rasulullah dah kata membenci dengan hati tu selemah-lemah iman.
Tepuk dada, tanya iman.
okey. saya tahu. Jauh meneroka. Dari bola bawa ke tudung. Lepas tu berkait pula dengan iman. Memang itu kehidupan seorang muslim. Semuanya berkait dengan iman. Dari A sampai Z. Sepatutnya dengan neraca imanlah kita menilai hidup ini. Yang mana betul, yang mana salah. Akal mampu bezakan betul dan salah. Tapi. akal juga buat silap kalau tiada iman, kann..
Janganlah lepas ni menuding jari pemain bola ke, orang itu ke orang ini ke tiada iman. Siapa kita nak kata itu ini. Kita semua manusia biasa. Lihat diri sendiri dah cukup. Perbaiki diri sendiri. Kita jangan cakap pasal orang lain kalau kita tak ada usaha untuk ubah dia.
*terasa:)
Hanya perkongsian biasa.
Tegur mana yang silap.
p/s: Tajuk macam tak ada kaitan..
wassalam.
NSA95