Monday, October 10, 2011

Esok dah mula dah... :)

Assalamualaikum..

Esok dah mula final exam, insyaAllah.
Matlamat sesebuah pembelajaran di dalam kelas, bukan semata-mata untuk menjawab soalan peperiksaan, tetapi adalah untuk (yang paling UTAMA) mencari redha Allah! Kita menimba ilmu untuk memakmurkan muka bumi Allah, menjadi Khalifah sebagaimana yang diperintahkan ke atas kita. Bukan semata-mata untuk lulus exam. Silap besr kalau kita belajar bertahun-tahun kerana mahu dapat pangkat dan harta, tanpa sedikitpun diniatkan kerana Allah, kerana untuk mendapat redha Allah. Setiap hal yang dipelajari juga sepatutnya (baca sekali lagi: SEPATUTNYA) mampu menambahkan lagi keimanan kita kepada yang Memiliki setiap Ilmu di langit mahupun di bumi! Semakin kita belajar, semakin kita dekat dengan Allah. Semakin kita belaja, semakin bertambah cinta kita kepada Allah. Itu yang sepatutnya dan sewajarnya. Setiap ilmu yang kita peroleh, secara formal atau sebaliknya adalah milik Allah. Kita hanya diberi pinjam. Sekelip mata, kita mampu kehilangan segala-galanya, sebab kita tiada kuasa. Kita selaku peminjam, perlu merelakan apabila Yang Memberi pinjam mahu mengambil semula apa yang dipinjamkan.

Peperiksaan sekadar untuk menguji kefahaman kita dalam hal yang telah kita pelajari, untuk melihat sejauh mana penguasaan kita dalam sesuatu perkara. Tapi, bukan bermakna kita perlu mengatakan "Gagal exam tak ada masalahnya.. yang penting ilmu itu ada. Kita tahu kita belajar, cukuplah.." Ilmu memang ada. Tapi, kita ini manusia biasa yang perlu kepada penilaian untuk membangunkan diri kita sendiri. Exam merupakan salah satu caranya. Usahakan yang terbaik untuk menjadi lebih baik! Insya Allah.

 
Buat sahabat-sahabat seangkatan,
Salam imtihan. Peperiksaan ini hanya peperiksaan dunia. Jangan merasakan bahawa hal ini merupakan sesuatu yang sangat berat untuk dihadapi, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya, dengan sesuatu yang tidak terdaya untuk dipikul oleh hambaNya. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Usahakan yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Allah tidak menyoal tentang bagaimana hasilnya, tapi Allah tanya bagaimana usaha kita.Doa senjata yang paling UTAMA! Wallahu'alam.

Wassalam
NSA :)

No comments:

Post a Comment