Monday, October 24, 2011

KONTRA.

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ini, sering kita dengan khabar-khabar mengenai ada pihak yang melaungkan ungkapan mahu mempertahan islam. Alhamdulillah. Soal mengapa bersikap sedemikian hanya Allah yang tahu. Tak perlu kita yang menilai. Hal itu terletak pada Allah. Wallahu'alam.
Walaubagaimanapun, saya sendiri tertanya-tanya, dalam pada tindakan seumpama itu diwar-warkan, yang menghairankan adalah, hal-hal fasiq lain masih lagi terus di biar berleluasa. Filem, Akhbar dan media-media lain yang menjadi medium utama dalam menyampaikan mesej tidak dikawal sebaiknya. Filem yang tidak sepatutnya ditayangkan, kini ligat dimainkan. Di mana kesungguhan dalam memartabatkan islam? Saya hanya rakyat biasa yang tiada kuasa. Seboleh mungkin saya tidak mahu menjadi sekadar seorang pemerhati. Doa sudah tentu tidak henti-henti dikirimkan. Insya Allah. Saya dan tentunya ummah hari, rindukan seorang pemimpin yang terbentuk dari acuan Sunnah Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin yang sehebat Khulafa' ar-Rasyidin. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz.

"Ya Allah, hidupkan kami dalam islam(kesejahteraan). Ampunkan dosa kami dan pemimpin-pemimpin kami. Sedarkan kami akan hakikat indahnya agamaMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang sunnah RasulMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang syariatMu. Sedarkan kami dan pemimpin kami tentang amanah Mu terhadap kami..."

Amin.

No comments:

Post a Comment