Monday, August 13, 2012

Allah kan ada..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Susahnya nak jaga hati. Perit. Sakit. Macam-macam. Semuanya seakan berkecamuk sesama sendiri di sudut yang sukar untuk dijejaki. *cewahh. Yang pasti, sangat-sangat pasti, asasnya adalah kerana hubungan dengan Allah tidak cukup baik. Tidak cukup akrab. Tidak terjaga. Beribadah sambil lewa. Macam mana nak dipermudahkan segala urusan, ye dakk? Bila rasa jiwa kacau, mulalah semuanya serba tak kena (terasa-terasa... ) Normal kann? Pasang surut perasaan tu. Kejap rasa macam... ishhh! Kejap rasa, 'biarlah', 'takpelah'. Manusia mana yang tak ada perasaan tu, cuba bawak mai kejap. Nak try tibai. *ehh, jangan cari pasal. 

....

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". At-taubah, ayat 40.

Ya. Apapun keadaan yang terpaksa kita hadapi saat ini, ketika ini, ingatlah, Allah ada bersama. SENTIASA. Tak pernah Allah tinggalkan kita. Tak pernah. Walau sesaat pun. Allah sentiasa ada di dekat kira. Tapi, sebaliknya, kita yang selalu jauhkan diri dari Allah. Kita yang selalui abaikan tanggungjawab kita dengan Allah. Kita selalu lupa untuk menatap ayat-ayat cinta Allah yang Allah titip khas buat kita. Padahal, semuanya dah lengkap dah dalam tu.



Setiap manusia takkan pernah terlepas daripada ujian. Kalau bukan dengan ujian kepayahan dan kesusahan, diuji dengan kesenangan dunia, pangkat, kedudukan serta sanjungan daripada manusia. Apabila diuji dengan nikmat, kesenangan hidup, kita seringkali alpa dan leka. Bila susah baru nak cari Allah.

Jaga hubungan dengan Allah. Akrabkan seakrab mungkin. Letak cinta dan redha Allah ditangga teratas kecintaan kita. InsyaAllah, hati kita lebih kuat untuk mengharungi kehidupan kerana Allah adalah yang paling utama dalam hidup kita. Penilaian Allah lebih kita ambil kira berbanding penilaian manusia. Redha Allah lebih kita kisahkan daripada redha manusia. Di situ akan ada kunci ketenangan hati. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Wallahua'lam.
hakikatnya, saya sedang mengubat hati sendiri yang jauh dari Pencipta.
Allah, don't let me go astray. Guide me all the way to Your jannah.
cikarkitek^^

No comments:

Post a Comment