Friday, March 13, 2020

Choose yourself

Bismillahirrahmanirrahim

Choose yourself before anything else? 

Don't let toxic people ruin your day, 
distract your focus on your life. 

Just because you can tolerate being used by others, 
don't ignore your own feeling. 

If it hurts, then it hurts. 

Choose yourself. Love yourself.

Look around. 
There will be many other people who love you for you
and not just because you have something that they can benefit from you. 

Focus on yourself more.
Be kind to yourself. 




May Allah heal your heart.
May Allah strengthen your heart.

💕💕💕

Wassalam.
NSA95

Tuesday, March 10, 2020

...

It becomes a habit. 
Typing,.. Deleting... Typing... Deleting. 
And that's how it's happened. 


Friday, September 20, 2019

Haze Haze go away!

Bismillahirrahmanirrahim


Haze, haze go away!! 
Never come again another day!!

Allahu, pedih mata, sakit kepala. 

Ini baru di semenanjung yang bacaan IPUnya tak adalah sampai tiga ke empat ratus. 
Tapi terasa peritnya keadaan sekitar tu. Hujan tak datang singgah, panasnya tak terik tapi perit.

Entah siapa yang nak disalahkan. 

Tak kisahlah dari negara manapun yang bertanggungjawab, perlu ada tindakan. 
Bumi kita dah tua. Jangan keruhkan lagi keadaan 
dengan sikap tamak haloba kita yang tak beri kebaikan melainkan harta kekayaan..

Bangi, the day before yesterday.

The reality is,
Corruption has appeared throughout the land and sea by [reason of] what the hands of people have earned so He may let them taste part of [the consequence of] what they have done that perhaps they will return [to righteousness].
(ar-Rum, verse 41)
While  I'm writing this right now, it's safe to say the air is getting better (but the haze is still there) than how it was previously but not at Sri Aman tho.




Drink a lot of water. Reduce or avoid outdoor activities. Specifically, limit your duration outdoor when the IPU>100 and stay indoor when the IPU>200. Wear the right mask (N95) when outdoor. For those with chronic illness, take your medications regularly. Avoid rubbing your eyes when it got watery and itchy as a result of the haze. Saline wash, commercial eye baths, warm towel compress and consult the doctor if it didn't get better. 

Update: it's getting worse again. Rabbi yassir wala tu'assir.. 

Take care, 
NSA95

Tuesday, September 17, 2019

Nothing here

Bismillahirrahmanirrahim


I'm missing writing something here so freely. 
I don't know how it happened, when it happened.. 
I just stopped. 

Maybe will start writing something again. 

Till then, 

Friday, August 10, 2018

From draft.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Jom keluar. Bosan laa duduk bilik je," ujarnya sambil mata masih lekat pada telefon pintar di tangannya.

"Emmmm..," tidak terus memberi jawapan tapi merenung dinding seolah-olah di situ ada jawapannya.

"Bila lagi. Jomlah, tengah tak busy ni. Bosan dari tadi aku asyik duk tekan insta, twitter, insta, twitter. Lifeless pulak rasanyaa,"

"Emm, tak pelahh. Lain kali, banyak masa lagi," balasnya lembut menolak ajakan.

Mana mungkin dia mampu keluar bersuka ria sedangkan ada tugasan yang masih belum diselesaikan. Dari pagi, seusai subuh, buku yang itu lah yang ditelaahnya, ditenung tapi tak ada satu pun kerjanya yang selesai. Dia perlukan kawan. Bukan cuma kawan yang menjadi teman sebilik, bukan cuma kawan yang menjadi teman ke kafe, tapi juga kawan untuk belajar bersama-sama. Kawan yang terima dia seadanya. Kawan masa susah dan senang. Kawan yang mengingatkannya saat terleka. Kawan yang sudi menegur salah silapnya. Bukan tak ada. Tapi tak ramai.

Hargai siapa sahaja yang bersamamu. Mereka kurnia dari Tuhan. Mengingatkan kita kala kealpaan. Memberi kita teladan dan pengajaran dalam kehidupan.

2015
NSA95

Tuesday, December 30, 2014

Final Exam.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Semasa post ini ditaip, dan bakal di-post, ok dah post, menggunakan phone yg walaupun tidak seberapa, tapi masih mampu berbakti berkhidmat dengan jayanyaa, pemilik blog ni sedang menjalani final exam semester 1 2014/2015. Dan post ini berjaya ditaip setelah berlakunya pencurian masa yang sangat sadis, tragis dan kejam.

Time flies. Soooo fast. Nama pun flies. Mestilah laju nak dibanding dengan merangkak kannn.. Dah tahu masa tu laju, dah kenapa kita terhegeh-hegeh lagi, tak reti nak kejar nak manfaatkan semuanyaa?

Ni sekarang ni, kenapa trade off masa untuk study dengan menaip kat belog nii? Haa.. jawab kenapa? Kenapa?

Final exam bukan medan untuk stress kan diri. Relaks elok-elok. Study baik-baik. Makan jangan tinggal. Solat apatah lagi. Tenang-tenangkan hati dengan surat-surat cinta dari Dia. Sibuk belek buku Microeconomics *yang tak berapa nak tebal, tapi tebal la jugakk* jangan sampai lupa menelaah, membaca, menghayati surat cinta Dia. Rugi kalau tak baca. Rugi kalau penat-penat study, tapi lupa nak jaga hubungan dengan Dia. Kita yang rugi. Kita yang rugi, bukan Dia. Sebab kita perlukan Dia.

Tahu tak yang macam mana pulun, macam mana kita bersengkang mata, buat mata panda, minum segelen nescafe untuk study punn, kalau kita tak letakkan pergantungan kita pada Allah, kita rugi besar. Sebab kejayaan kita tu hak Allah. Allah yang berhak tentukan kita dapat tak kejayaan tu. Bukan kita. Jangan bongkak takbur bangga diri dabik dada kata semua kejayaan kita, semua A +++, cgpa hebat tu semua usaha kita semata-mata. Hakikatnya ada campur tangan Allah, yang membolehkan kita dapat rasa manisnya usaha, indahnya sebuah kejayaan.

Tak terlambat lagi rasanya untuk wish, bittaufiq wannajah, semua.

"Do your best and let Allah do the rest. Don't lose hope in Allah!"

Doakan yang terbaik untuk saya dan semua yang tengah exam lah pokoknyaaa! 

Btw, saya jatuh cinta lagi. Jatuh cinta dengan bahasa syurga, *yang entah kali ke berapa jatuh, tapi masih boleh bangun sebab bahasa syurga tu sangat indah!* Tengah study arab sebenarnya. ^^

Wassalam
NSA95

Wednesday, November 26, 2014

Rindu

Bismilahirrahmanirrahim..

Sibuk dengan hal sendiri yang banyak cerita dan kisah, kadang-kadang bersulam rindu. Rindu yang datang tiba-tiba, tanpa aku sendiri pinta. Tanpa aku sendiri harap rindu itu akan hadir. Aku hanya mampu diam. Merenung kosong. Mengenang kisah semalam, kisah silam, yang tak mungkin berulang. Segalanya seakan terpapar di depan mata. Pahit manis, tangis tawa. 'Conversation' lama. Aku rindu kita yang dulu. Aku rindu.

Tapi, aku tahu. Merindui manusia biasa itu tak perlu harapkan balasan. Mengharapkan rindu berbalas, takut nanti mengundang kecewa dan sangkaan buruk. Doa aku titipkan meski aku tak pernah meluahkan. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita. Semoga petunjuk Allah tak pernah jauh dari hati kita. Semoga teguh di jalan Allah yang esa.

Sahabat, bawa aku bersamamu ke SyurgaNya. Ingatkan aku tika aku leka. Sedarkan aku tatkala aku alpa. Jangan biar aku hanyut sendiri.

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)

Moga kita bertemu di syurgaNya nanti..


Wassalam.
NSA95

Wednesday, May 28, 2014

Jangan berhenti

Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan berhenti.

Terus mencari.
Terus mengisi.

Jangan biar sepi.
Jangan biarkan sunyi.
Jangan berhenti mencintai.

Terus kejar cita menggapai mimpi.

Suatu hari nanti,
kepayahan kepahitan ini akan jadi saksi.

Yang indah itu cuma mimpi.
Yang payah itu realiti.
Tabahkan diri.

NSA95

Tuesday, May 27, 2014

Random

Bismillahirrahmanirrahim.


Tengok.
Nilai.
Dan hukum.
Itu dia yang namanya manusia.
Tanpa tahu.
Tanpa faham.
Cerita di sebalik semua.
Seolah-olah tahu segalanya.

Jangan lupa.
Kita sama-sama manusia.
Tak ada beza.
Hidup di dunia ada tujuan yang nyata.
Sama-sama mencari redhaNya.
Tiada istilah 'aku lebih baik dari dia'
Jangan mendabik dada,
berbangga dengan semua pemberianNya.
Sampai masa, kita tak punya apa-apa..

Jangan sampai leka.
Kejutkan aku bila aku lena.

Wassalam,
NSA95

Sunday, May 11, 2014

Berabad berkurun lamanya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. Fuhh fuhhh.. Punyalah berzaman tak menjengah tengok bestfriend ni haaa.. dulu masa zaman sekolah yg nilah yang dihadapnya sampai kadang-kadang penat ibu bebel suruh tutup bendalah petak hitam nii. K. Itu zaman sekolah. Sekarang dah tahu beza. Dah reti nak jaga sendiri, cehh.. Walaupun kadang-kadang tu mmg ibu tak pernah letih duk ulang ayat sama je. Maap ibu. Anak mu ini memang begini.Her passion katanyaaaaa. Katanyaaalahhh. Padahal membebel meroyan sorang-sorangg.. Ni cara hilang tension sambil buat reflection gituu.. Semua bendalah aku tulis kat sini, lebih kepada nak imbau memori, tegur diri sendiri.

Tamhidi is over! Wehh, nak ulang lagi sekali walaupun dah tiga minggu lebih, nak dekat sebulan dah tamhidi habis. TAMHIDI IS OVER! K. Tak yah over. Tamhidi baru, k. Belum final year ke apa bagaii.. Setahun. K tak sampai setahun. Macam-macam benda kena hadap. Macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Baik buruk pahit manis semua sekarang jadi memori indah. Acewahhh. Ku kenang sampai bila-bila.


1: Housemates 
Paling tak dapat lupa, paling dirindui sentiasa dalam doaku.. para housemates. Sepanjang setahun, pagi petang siang malam duk mengadap muka yg tujuh org tu jelahh, bermanja, bergaduh, bertumbuk *k tipu, bergurauu semua dengan dioranglahh. Makan sama-sama. Study sama. Dan kalau dah namanya perempuan tuu, bergosip tak sudah pun bersamaaa. Tapi, kami bergosip benda baik-baik je. Ehh, ada? Meh sebut sorg-sorg, mohon kembang lepas tu tengok cermin, picit hidung sendiri. ehh..

Khalida, rakan sebilik yang baik hati comel, bersungguh-sungguh, teman berborak, tekun k tekun sangat bila buat kerja. Kalau tengok dia punya tekun tu.. Jelesssssnya tak menahannn. Rasa nak ambil buku dia sorok dalam lugage biar sampai sudah tak jumpa-jumpa.Tapi, ada satu benda yang boleh alih perhatian diaaaa, running man ke segala pebenda yang ada kaitan dengan koreaaa. But still, she knows the limits.

Amni, bilik sebelah. Yang ni, dia punya kesungguhan tang lain pulakk. Kalau dalam sehari tu tak bergayut tak sahh. Tapi dia bergayut dengan yang halal je. Umi dia.. Kalau dah bergayut tu lama dia tu sampai kadang-kadang masuk waktu nak buka pun tak perasann. Dia berani. Berani bagi nasihat. Not like me kehh, tak mampu kawal emosii..

Aina. Fatin Aina. Pelukis kami. Berseni. Duduk diam sikit je ada lahh benda apa tah yang dia lukis. Bosan buat math ke fizik ke apaa, buku penuh dengan lukisan.. Comel k. Suka cari pasal dengan Aina. Sebab dia comel. Hihi. Jangan marah aina. Rasanya dalam kitorg berlapan, barang dia paling banyak dalam rumah tuu.. Thank you, Aina for everything.

Aziidah. Bersemangat. Suka lepak dengan diaaa. Borak itu inilahh. Mengarut tak tentu pasal. Kawan nak ajak gurau merepek pelik-pelik, jadi director drama swasta, yang nilahhh. Tiap-tiap hari mesti beli air kat kafe, same goes to me. Aziidah ni pandai peghati org. Jangan pandang sebelah mata k. Selalu rasa rendah diri bila sebut bab IT. It's okay, Aziidah! Kita usaha sama-sama!

Hamidah. the one and only housemates yang bawak motor. Dan tak reti lekat kat rumah. Ada je nak berjalan, tp benefits utk kitorg jugak, sbb boleh kirim macam-macam, k takk, kirim air coolstation je. Bila dah berjalan tu, tak sah kalau balik tangan kosong. At least ada lahh satu dua benda dibelii. Kalau nak penasihat fashion ke penasihat penampilan diri, cari Hamidahhh. You are awesome just the way you are, Hamidahh.

Asilah. Mak dia rajin datang walaupun duduk Ganu.. K, tak delah tetiap minggu datang kannn.. Ada lah jugak berbanding dengan orang lain yang duduk jauh jugakk. Pemurah. Suka share macam-macam stok makanan dengan kami-kami yang sering kebulur ni. Maggi lahh, koko krunch laa, tuna laa.. Macam-macam. Asilah laa yang perkenalkan fabric starch dekat orang lain dalam rumah nii.. Semua teruja masa awal-awal.. Sebab masa sekolah pakai lilin tak de masa nak beli fabric starch bagaii.. ada pulak masa nak lilin-lilin bagaii.. ehh.

And lastt, Amanina. Yang ni kalau bab fashion ke pebenda yang berkaitan dengan penampilan diri, boleh jadi partner Hamidah. Dialah yang riuhkan rumah tuu. Dialah yang ceriakan suasanaa dengan bahasa korea bagai.. Jangan pandang sebelah mata k. Berani ni. Kecil-kecil cili padi cili berapi-api. Kalau ada ujibakat teater, dia paling layak pegi audition.

Itulah dia cerita housemates yang osem tak terkata. Bait Jamilah. E-3-5. I miss you!

2: KTS 2 & Le lectures
Ni laaa gerangan KTS 2 yang sengal-sengal bak kata Madam Shikin. Sabar je Madam Shikin dengan kesengalan budak-budak ni yang kadang-kadang buat Madam Shikin speechless. Madam Shikin pun boleh tahan, kadang-kadang buat kitorg speechless tak terkata apa bila kena perli. :]
Cer cari di mana gerangannya budak syafiqah mengada tuu?

3: TUTORIAL 9 & Le cikgu-cikgu yang gigih.
Dalam Kuliah tu sikit punya ramai orang. Kenal semua tu insha Allah, tapi nak kata rapat & selalu bertegur sapa tu tak lahh. Dalam tutuorial yang macam kelas biasa doploh satu doploh dua org nilaa kitorg rapat. Mengarut bersama. Buat group assignment sama-sama kat kafe kknc sampai ada announcement suruh naik rumah. Betapa bersemangatnyaaa kami buat assignment kannn.. *sebenarnya buat kerja last minute.. --

Thanks everyone sebab meng-osem-kan kelas niii.. :)


Le tutormates yang osem.


Emm, lepas habis final exam, sempat lahh jugak kitorg cipta momen-momen terindah terakhir bersama acewahhh, tapi tak semua yang join..:]
enambelas orang jeeeee..
Ehemmm.. Sori kalau senyap tak menyahut dekat group whatsapp. Ada sebabnya. :)

"Tamhidi is over. But, may our ukhuwwah become stronger. In the right way, k.."


Walaupun tamhidi dah lama habis.. nak post jugakk, tak kiraa..

Kbaii..
SyafiqahSA

Sunday, October 6, 2013

undefined post


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan yang berharga untuk menghirup udara di bumi Tuhan. Besarnya kurniaanNya kepada kita, diberi udara secara percuma, tanpa bil bulanan, dipinjamkan tubuh badan yang berfungsi dengan baik agar dapat kita meneruskan kehidupan, mencari bekalan. Tapi, kita selalu lupa, selalu leka sehingga kita mensia-siakan peluang yang dikurniakan olehNya. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Penyesalan yang ketika itu tidak bererti dan tidak akan membawa sebarang perubahan kepada nasib kita sama sekali, nauzubillah.
*Rindu nak dengar tazkirah jumaat cikgu Nasa*

Apabila kita mengeluh kerana kekurangan kita dari aspek material, cuba kita renung kembali tubuh badan kita. Kita punya mata, yang sangat berharga, yang kalau diletakkan harga padaNya, kita sendiri tak mampu membayarnya. Kita ada telinga, kita ada jantung. 

"Tapi, yang itu semua orang adaaa.."

ya, semua orang ada. Tapi, tak semua orang sedar yang itu adalah nikmat dariNya. Tak semua orang juga diberikan nikmat-nikmat tersebut dalam keadaan yang sempurna, ada yang diuji dengan tidak sempurnanya penglihatan, ada yang diuji dengan kudungnya tangan. Bersyukurlah, jangan mengeluh. #notetoself



*******

Kemaafan itu penawar.

Maafkan, kerana kita bukan Tuhan untuk terus-terusan menghukum. Sesekali tersalah tingkah, berselisih pendapat itu normal dalam sebuah ukhuwwah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, tak bermakna itu satu pengakhiran kepada sebuah ukhuwwah. Bahkan, ia mengeratkan lagi. Pengalaman kan mematangkan kita.

Tak ke mana kita kalau ego setinggi langit, tak mahu bersangka baik.

Memaafkan bukan bermakna kita kalah. Meminta maaf bukan bermakna kita salah. Ia bukan tentang siapa betul siapa salah, bukan juga tentang siapa menang siapa kalah. Hubungan dengan manusia, kita perlu jaga. Sedaya upaya, jangan kita simpan kebencian, hasad dengki dalam hati kita. Ia hanya akan mengundang keletihan buat jiwa, sebab itu bukan fitrah jiwa kita. Jiwa kita semulajadinya, asalnya adalah bersih, putih drpd segala kebencian.

"Sahabat, aku tahu aku bukan sahabat yang baik. Aku tak dapat menjanjikan yang sempurna kerana kesempurnaan itu bukan hak aku sama sekali. Tapi, aku akan berusaha sedaya upaya ku untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Maafkan akuu?"

 "Hubungan kita dengan manusia adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Hubungan manusia dengan kita adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. Kita buat habis baik untuk lunaskan tanggungjawab kita dengan Allah, terpulang kepada mereka, bagaimana mereka melunaskan tanggungjawab mereka dengan Allah."

Wallhu'alam
cikArkitek

Saturday, August 24, 2013

Jangan tutup mata kita, sahabat.


Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang masih sudi meminjamkan nyawa, dan segalanya buat kita. Segala puji bagi Allah yang telah mengatur setiap kejadian di langit, dan di bumi dengan sebaik-baiknya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah, juga para sahabat dan sahabiah yang sentiasa tenang melalui mehnah kehidupan yang panjang demi menegakkan islam suatu ketika dulu., dan kini perjuangan yang sama perlu kita sama-sama teruskan, kerana setiap dari kita ada pernanannya, ada tanggungjawabnya.

.......

Buka mata, sahabat!

Teknologi tanpa sempadan, internet menjadi alat penghubung jiwa yang berjauhan, tapi masih lagi ada dalam kalangan kita yang masih tertutup matanya tentang apa yang menimpa saudara-saudara seislam kita di Syria, Mesir, Palestin, juga seluruh pelusuk dunia. 



Jiwa bagai dirobek-robek saat menatap gambar yang memaparkan keadaan mangsa-mangsa kekejaman musuh Allah. "Aku di sini, tersenyum, tertawa, sedangkan mereka, derita, seksa, payah, segalanya mereka tanggung sendiri. Mereka hadapi kekejaman musuh Allah, semata-mata untuk mempertahankan akidah mereka, semata-mata untuk melihat islam itu diangkat, dijulang di tempatnya, dan bukannya ditindas.

Bagaimana dengan kita? Kita di sini, 'aman' pada zahirnya, tetapi hakikat, dalaman kita, rohani kita sedang diganyang, dirobek-robek senjata musuh Allah. Sedarkah kita akan hakikat itu? 

Mereka di sana, berlapar dahaga, menanggung keletihan, menjadi saksi kematian insan-insan tersayang, kita di sini? Kita sibuk dengan hiburan tana henti. Derita saudara kita, kita tolak tepi. Konsert dari penghibur dunia yang kita letak di sisi. 

Senjata tentera al-sisi yang terus menembak rambang saudara kita, kita tak peduli. Kisah dan drama cinta ciptaan manusia yang kita nanti-nanti. 

Ambil tahu.

Tanggungjawab seorang saudara ke atas saudaranya yang lain apabila saudaranya ditimpa musibah, ambil tahu, doakan kesejahteraannya juga kekuatan untuk mereka dan kita, agar terus berada di atas jalanNya.


Anak kecil menggeletar 
Berair hidung, 
Remaja besar bertebar 
Anggota kudung, 
Ibu bapa bersabar 
Rumahnya kosong, 
Teman, mari sebentar 
Berdoa tolong.
-Matluthfi-

"Apa yang terjadi ke atas saudara-saudara kita bukan cuma tentang mereka, tapi tentang kita. Ada yang sedang Allah bicarakan buat mereka dan juga buat kita. Muhasabah bersama."

Kita dan mereka bersaudara. Apabila seorang saudara di sakiti, pasti saudaranya yang lain terasa, ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga akan terasa.

Satukan hati kita. Hentikan sengketa.
Demi islam tercinta. Demi meraih redha yang esa.

wallahua'alam.
cikArkitek

Sunday, May 12, 2013

Masih mencari dan cuba menjadi lebih baik.


Bismillahirrahmanirrahim...

"Manusia tak tahu, Allah tahu. Allah Maha Mengetahui."

Tiada satu punn perkara, peristiwa, kejadian, situasi yang di luar pengetahuan Allah. Allah telah mengaturkan segalanya mengikut apa yang terbaik di sisi Allah, bukannya dalam perkiraan kita. Jika benar, jika benar ada yang berdolak dalik, ada yang bertindak dengan mengikut nafsu sendiri semata-mata kerana mencari dunia dan isinya, tanpa mengambil kira tentang amanah yang Allah pikulkan di bahu, ketahuilah, Allah maha Melihat. Sampai suatu masa, kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan, disoal tentang tanggungjawab dan amanah. Di dunia mungkin terlepas, di akhirat sana, Allah maha Adil. :')

"Zaman ini zaman fitnah," 

Ya. Fitnah di mana saja. Sehingga kita sendiri sukar untuk menilai sama ada apa yang tersaji itu adalah kebenaran atau sebaliknya. Cukuplah kepada Allah kita berserah diri. Hanya dia yang mengetahui segala-galanya. Jangan sesekali berhenti berdoa kepadaNya agar kita diberi petunjuk dalam tindakan, tingkah laku dan tutur kata kita. Sentiasalah berdoa kepada Allah moga hati kita disinari petunjuknya supaya kita tak tersilap langkah, tersilap sangka, tersilap kata dalam kehidupan kita. 


Gambar hiasaan ;)


"Hitam.."

Ya. Yang hitam itu kerana saya masih sedih, pelik, tertanya-tanya, keliru dengan apa yang berada di depan mata. Hendak dipejamkan mata sahaja dengan apa yang terjadi di sekeliling? Itu namanya tidak bertanggungjawab. Lambat laun, saya kena ambil tahu juga. Itu semua kisah kita juga.

"Jadi manusia yang tahu berterima kasih. Bersyukur,"

Alhamdulillah. Saya masih di bumi Malaysia yang aman. Jauh dari peperangan zahir, peluru yang bertali arus, dentuman bom sebagai hiasan langit, percikan darah di merata tempat. Alhamdulillah, Malaysia bebas dari penjajahan zahir. Tapi jiwa kita masih belum merdeka. Masih di takuk lama. Masih sama. Dunia, harta, material menjadi perkara pokok dalam pembangunan, tanpa pembangunan yang sewajarnya dari aspek dalaman. Perpaduan kita entah ke mana, perikemanusiaan kita entah bagaimana, rasa tanggungjawab kita? Tepuk dada, tamya diri kita. 

Kita perlu ubah. Ubah diri kita. Semuanya bermula dengan diri kitaa. Kalau bukan kita siapa lagi?

Jangan kata, "Mereka tak buat, kenapa saya perlu buatt..?" Mulakan dengan diri kita. 
Jangan kata, "Mereka pun sama, kenapa cuma saya yang perlu bertindak?" Mulakan dengan diri kita. 

Kita hidup berbilang bangsa. Berbeza fahaman dan agama. Tolak ansur dalam hal yang patut, saling memahami. Kita yang muslim mulakan dulu perubahan ke arah yang lebih baik, kerana islam itu syumul. Cuma kita yang tidak mempraktikkannya dengan baik.

Wallahua'alam.


Sekadar menaip, buat renungan diri.
CikArkitek.

Friday, April 19, 2013

Belum boleh mengundi.


Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh yang dinanti kian hampir. Ya. Tarikh PRU 13 yang dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh keterujaan. Ehh? 18 tahun. Belum layak mengundi. Tapi, tak bermakna tak layak untuk ambil tahu perihal isu dalam dan luar negara, termasuklah isu-isu berkaitan politik Malaysia. Kannn? Kannn?

Pemerhatian mentah daripada budak yang baru berusia 18 tahun 2 hari lebih sikit ni memang tak terlepas daripada kesilapan. Kerana budak 18 tahun 2 hari ni juga insan biasa yang kadang kadang terlepas pandang dalam menilai.

Cuma budak berusia 18 tahun 2 hari ni, kadang-kadang tertanya-tanya. Adakah perjalanan politik memang macam ni? Aibkan  orang tu, aibkan orang nii. Tuduh sana tuduh sini. Burukkan orang A burukkan orang B. Hukum ikut suka hati, macam dialah yang nilai iman dan taqwa manusia.  Bertelagah siapa salah siapa betul. Memang macam tu ke?

gambar hiasan ;)

Entah. Mungkin, atas sebab inilahh, ada orang terutama generasi muda yang tak nak ambil tahu tentang isu ini. Jiwa kosong. Malas nak campur. Kalau pewaris negara macam ni, bagaimana masa depan negara? 

Semua orang nak perubahan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Tapi,tak semua orang bergerak, berusaha untuk menjadi lebih baik. *terasa* Kita cuma bercakap, salahkan orang lain, tanpa kita sedar yang diri kita sebenarnya tak buat apa-apa.

 Jadi, jom kita sama-sama. Seiring. Bergandingan. Lakukan perubahan. Mula dari diri kita. Kita ubah diri kita untuk ubah sekeliling. For a better nation? Nak?

Dan jiwa kita tak boleh kosong, kena isi. - Matluthfi

Saya cuma insan yang masih dan in sha Allah akan terus mencuba untuk jadi lebih baik.
Wassalam
CikArkitek

P/s:
Baca sini: Matluthfi
Tengok ni: Lalang

Wednesday, March 20, 2013

PLKN, done!


Bismilahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah, khatimul anbiya'.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hampir dua bulan setengah melalui rutin harian di Kem PLKN Titian Bintangor, akhirnya bertemu juga dengan titik noktah. Memorinya, kenangannya tersimpan kemas. *acewaahhh. Jujur, semuanya akan saya rindui. Semuanyaaa. Terutamanyaa, Jurulatih-jurulatih, staf-staf, mak cik DM, dan teristimewa, sahabat-sahabat yang (in sha Allah) saya kasihi dan saya rindui tika ini kerana Allah. Ada jodoh, kita jumpa lagii. Allah pertemukan kita di sana. Di tengah-tengah 'hutan', ladang kelapa sawit, jauh dari bandarrr. Moga ukhuwwah ini berkekalan walaupun kita jauh antara satu sama lain. Siapa sangka, perkenalan dalam tempoh yang singkat ni sesuatu yang istimewaa. *istimewaaa? Kalau tak istimewa, kenapa 16 mac, 17 mac hari tu, masing-masing menangis, peluk macam tak nak lepasss,..? :'''''')


Betul-lah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kitaa. Masa dapat surat tawaran duluu, Allah saja yang tahu macam mana memberontaknya, "Kenapa Akuuuu?! Kenapa Akuuuuu?!" Tapi, lepas seminggu, dua minggu, tiga minggu duduk sana, menghadap muka-muka yang sama setiap hari, tidur sama-sama, solat sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama, boring sama-sama, kena marah sama-sama, gelak sama-sama, ikatan tu makin erat. Sama juga dengan yang non-muslim. Walaupun berbeza budaya, agama, (warna kulit nak dekat-dekat sama, sebab masing-masing berjemurr), masih rasa macam satu keluarga. Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa. Terima kasih, Allah. Kalau saya tak pergi PLKN, saya mungkin tak buka mata tentang realiti sahabat seusia saya. Saya berhadapan dengan macam-macam orang, saling berkongsi. Melalui PLKN ni, Allah bagi peluang untuk menyampaikan rupanyaaa. :") Terima kasih , Allah. 

"Duhai sahabat, dengarkanlah bicara hatiku ini. Meskipun jarak memisahkan, namun tiada rentap kasih.  Biarlah waktu menetukan nilai ukhwah yang terjalin. Teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir." Sahabat - Devotees

"Kita bagaikan satu keluarga.  Silaturrahim ini tak akan terpisah. Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat. Seiring sehaluan satu cita dan impian. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Bertemu berpisah kerana Allah." Seiring Sehaluan - UNIC

********

Masih saya ingat, ada seorang sahabat menzahirkan rasa hatinya tentang segelintir, atau mungkin hampir semua, atau sebahagiann, atau apa-apa sajalahh. Antara kata-kata sahabat ini, lebih kurang begini, "Ada pelajar sekolah agama, yang memang dia lebih tahu dari orang lain, tapi dia tak buat apa yang dia tahu tuu. Dah lama dah sya(bukan nama sebenar) perhatikan. Dia cakap apa yang dia tak buat, macam mana orang lain nak dengar teguran dia tuuu.."

---------

Lepas dengar tu, sentap. Dushhh. Macam kena penumbuk sebijikk. 

So true. Betul-lah apa yang diluahkan. Sebagai seorang yang nak menyampaikan tuu, kita kenalah pastikan apa yang kita sampaikan tu, kita buat. Kita sibuk bagi tahu orang tentang itu ini itu ini, tup tup diri kia sendiri tak buat apa yang kita sibuk cakapkan tu. Nauzubillah. Muhasabah diri. Betulkan mana yang senget-senget. 

*Tapi, mana ada manusia yang sempurnaaaa?

Kita boleh jadi lebih baik kannn?

*Diam

Betul. Tak ada yang sempurna. Kita sebagai si pendengar pulaaa, kena faham, manusia tak ada yang manusia. Dia tersalah mungkin sebab dia terlupaa. Manusia kan memang pelupa, dan perlu sentiasa diingatkannn. Lagi satuu, 

Jangan lihat siapa yang berbicara, tapi lihat apa yang dibicarakann. (Saidina Ali bin Abi Thalib)

Walaupun yang sedang menegur, yang sedang menyampaikan itu adalah seorang yang sangat kita benci. Sebagai contoh, si B membenci si A atas sebab peribadi. Suatu hari si A berkongsi ilmu tentang sesuatu perkara dalam satu majlis. Agak-agaknyaa, apa tindakan si B kalau dia ikutkan sangat hati yang membencii?

*Bangun dan tinggalkan majlisss?

Tapi, apa pula tindakan yang sewajarnya diambil oleh si B dalam situasi ini?  

*Duduk di dalam majlis ilmu. Ambil ilmu, kebaikan yang disampaikan dengan mengenepikan persengketaan yang mungkin berpokok pangkal dari hal peribadi yang remeh.

Ilmu itu mutiara untuk kita. Kutiplah walau dari mana pun kita jumpa. Rugi kalau kita tak ambill. :)

Wahai pelajar sekolah agama, sedarlah masyarakat memandang anda luar biasa. Anda kena jadi luar biasa. "Apsal pulakk. Pelajar sekolah agama pun manusia biasa. Buat salah. " mesti tengah bermain dalam kotak fikiran. Ya. Tapi, tanggapan mereka, harapan mereka besar pada kita untuk bangunkan ummah. Memang islamitu bukan cuma hak pelajar sekolah agamaaa. Tapi, kalau bukan kita yang bersekolah di sekolah yang ada title Agama di hujung tu, siapa lagi nak mulakannn? 

Muhasabah diri sama-sama, sahabatt. 
Ok Habissss. 
Wassalamm.
CikArkitek.



Sunday, February 10, 2013

Random


Bismilahirrahmanirrahim.

Blog terbengkalai tak berusik. Mujur pengubahsuaian tidak tergantung di tengah jalan. Almaklumlah, tuan rumah dikerah untuk berkhidmat untuk negara tercinta. Alhamdulillah! Semuanya baik-baik sahaja. Siapa kata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) satu program yang buang masa? *Saya yang kata, dulu..*


Ya, dulu, sayalah manusia yang paling benci dengan PLKN. Uuuuu. Sangat berharap tak terpilih. Sangat-sangat berharap tak jadi orang bertuah yang dipilih oleh JLKN. Tup tup, Tahniah! Anda terpilih untuk menyertai PLKN. Awal-awal, memang macam tak redha. Tapi, bila muhasabah balik, "hidup kita siapa yang atur?" Hanya ada satu jawapan, Allah. Ya, Allah yang aturkan kehidupan kita ni. Bila Allah dah tetapkan macam tu, mesti ada sebab. Mesti. Mesti ada sesuatu yang Allah nak beri untuk saya melalui PLKN. Saya kena positif, berusaha utnuk cari yang sesuatu itu. Apa yang kita lihat adalah apa yang kita dapat. Kita lihat sesuatu benda tu positif, kita akan dapat yang positif. Percayalah. Allah tak pernah zalim ke atas hambaNya. Allah sering beri peluang kepada diri kita untuk perbaiki diri, cuma kita yang selalu sia-siakan peluang tu. 

...............



Situasi apapun yang terpaksa kita hadapi dalam kehidupan ini, kita perlu bertindak rasional. Muhasabah dalam setiap perkara. Jangan cepat melatah. Jangan bertindak melulu mengikut emosi. Seluruh kehidupan kita ini, ada yang mengatur. Ada yang mengawal. Ya, Allah . Allah bertindak sebagai penguasa alam. Berkuasa mengawal langit dan bumi, menguasai seisi alam. Tiada yang terlepas dari kekuasaan Allah. Tanpa izin Allah, sesuatu itu tak akan terjadi dengan sendirinya.

Biarlah seluruh isi alam berhimpun untuk mendatangkan kebaikan buat diri kita, kalau Allah tak izin, tak akan terlaksana hal tersebut. Begitu juga, sebaliknya. Seisi alam berhimpun untuk mendatangkan kemudaratan atas diri kita, namun, tanpa izin Allah segalanya tak akan terlaksana.  Keadaan apapun yang sedang dan terpaksa kita hadapi datangnya dari Allah. Lihat semua situasi itu dengan mata hati dan bukannya mata zahir. 

Jangan bertindak melulu tanpa memohon petunjuk Allah. Allah yang menciptakan kita, Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Allah tak pernah jadikan sesuatu  itu dengan sia-sia. Walaupun sekecil-kecil perkara, pasti ada sebabnya. Kerana Allah yang Maha Bijaksana. Penilaian Allah tak pernah silap walau sedikit pun. Buka mata hati. 

Aturan Allah tak pernah silap :)
Wassalam
CikArkitek

Monday, December 10, 2012

Ilmu dan Peperiksaan Kecil Dunia


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah kepada Calon-calon SPM kerana telah berjaya menjalani peperiksaan 'kecil' dunia. Buku-buku teks dah dipulangkan. Buku-buku rujukan SPM dah bertukar rak. Ada yang dah dijual kepada adik-adik junior. Ada juga yang simpan masuk kotak sebab nak buat kenangan. Erkk. Tak kurang juga, ada yang dikitar semula. Environmental-friendly sungguh semua orangg. Baguslah tu. Jangan cemarkan alam sekitar kita. yaa! Sama-sama kita jaga kebersihan alam semula jadi kita. Nanti, yang dapat senang, yang dapat manfaat kita juga, ya takk? Lagi pun, memang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan muka bumi Allah ni. Kalau dah tercemar sana sini, dah tak makmurlahh. Kita gagal melunaskan tanggungjawab yang satu ini. Nauzubillah. 

Raikan kegembiraan sehingga lupa hakikat?

Gembira bukan kepalang apabila pengawas peperiksaan mula bagi arahan, "Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen anda."

Ada yang rasa macam nak jerit kuat-kuat. Ada yang rasa nak koyak kertas jawapan depan mata tu. Erkk. Ada yang rasa nak buat karate atas meja sampai terpatah dua meja tu, walaupun pada hakikatnya tak mampu pun. Tak kurang juga, yang dengan tenang mengucapkan 'Alhamdulillah.'

Tak salah gembira. Tak salah nak raikan. Tapi, biar berpada. Sebab, hakikatnya kita masih lagi hamba Dia. Tugas kita belum selesai. Tugas menuntut ilmu pun masih belum berakhir. Takkan pernah berakhir. Ilmu itu sangat luas. Bukan cuma pada kertas-kertass peperiksaan. :)


SPM cuma salah satu antara peperiksaan kecil dalam kehidupan kita di dunia. Meletak pen setelah menjawab soalan terakhir dalam SPM bukan bermakna titik noktah untuk menuntut ilmu. Masih jauh lagi perjalanan kita sebagai hambaNya. Masih banyak lagi ilmu yang perlu kita kutip agar amalan kita cukup baik untuk dijadikan bekalan bertemuNya nanti. Biar kehidupan kita ini tidak sia-sia, walau cuma sedetik. :)

Perjuangan kita untuk menegakkan agama Allah, tidak semestinya dengan senjata zahir. Ilmu itu hakikatnya adalah senjata yang paling utama pada hari ini. Kita mampu lihat sendiri. Keadaan ummah hari ini. Tenat kerana kurangnya ilmu. Atau lebih tepat lagi, kurangnya pengamalan dan penghayatan ilmu oleh mereka yang berilmu. 

Ilmu tanpa amalkan umpama pohon tanpa buahh. :)

Buat teman. 

Seiring sehaluan satu cita dan impian.
Susah dan senang kita tempuhi bersama.
Bertemu berpisah kerana Allah.

Kita tetap saudara. Meski kita terpisah jauh. Kita tetap saudara. Kerana jalinan kita atas nama iman dan islam. Bertemu berpisah kerana Allah. Teruskan perjuangan di bumiNya. Sentiasa doakan kebaikan buat kita bersama, juga buat ummah! Ingatkan aku apabila aku lupa, kerana aku juga manusia! :)

Sahabat, aku sayang kamu! Semoga Allah redha.

Silaturrahim ini tak akan terpisah. 
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat :')

Seiring Sehaluan - UNIC
Wassalam.
CikArkitek

Wednesday, November 28, 2012

Palestin Kita


Bismilahirrahmanirrahim.

No matter what they do, they can never hurt you. Cause your soul will always be free. Palestine tomorrow will be free, InsyaAllah.

Ya. Itu lagu Maher Zain. Syahdu dengar. Kita selalu lupa kisah kita yang satu ni. Ya. Kisah kita. Kita dan mereka bersaudara.

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. (Shahih Muslim No.4685)

 Hadis riwayat Abu Musa ra. dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain.
(Shahih Muslim No.4684)

Serangan bertalu-talu yang dilancarkan rejim ke atas bumi Gaza kita pandang sepi. Usaha? Lagilah sunyii. Kita kata, 'Yang penting, Malaysia amannn..'

Kita bersikap tak peduli, pejam mata, pekakkan telinga dengan apa yang terjadi di sana. Tidak timbul rasa tanggungjawab untuk membantu mereka di sana. Di sana, hiburan mereka dentuman bom dan peluru. Di sini, kita sibuk terkinja-kinja di depan televisyen, di depan pentas anugerah yang bermacam-macam.

Nilai ukhuwwah islam kosong. Tiada kesatuan. Tiada rasa persaudaraan terhadap mereka, sedangkan kita dan mereka adalah bersaudara. Ya. Kita memang tak kenal mereka. Tak pernah bersua. Tetapi, antara kita dan mereka ada satu ikatan yang terjalin atas nama saudara sesama islam, yang berpegang kepada keimanan yang sama.
******


























Mainkan peranan kita untuk sama-sama membantu mereka, mempertahankan kesucian agama. Ya. Agama Allah memang akan terus dipelihara oleh Nya, tapi nanti Allah tanya kita, apa yang kita buat untuk pertahankan saudara kita, agama kita, akidah kitaaa..

Mereka berjuang di sana, mempertahankan kesucian bumi Palestin, merawat luka kesan robekan dari rejim, apa kita sama-sama merawat luka dalaman kita yang telah lama berdarahhh? :)

#MuhasabahDiri

LongLivePalestine by Lowkey
CikArkitek.

Saturday, November 10, 2012

We're one big family


Bismillahirrahmanirrahimm..

Lamanyaa tak menulis panjang berjela dekat belog ni. Hampir terlupa kewujudannya. Saya tahu saya memang tak konsisten meng-update. Normal-lah kann? Budak sekolah mana ada masa untuk hari menghadap skrin ni, menaip bermacam-macam cerita. Err, ada orang kisahh? Tak kisah pun tak apa. At least, I've something that I can keep just for me.Untuk muhasabah diri dalam masa-masa kritikal bila hati jauh dari Allah. Kadang-kadang, bila baca balik apa yang kita tulis, macam terkena batang hidung sendiri. Dan, benda ni sangat membantu untuk kita buat koreksi diri. Kita memang tak sempurna. Tapi, kita semua diberi pilihan, ruang dan peluang untuk jadi lebih baikkk. Kannn? :') So, Be strong and move on. There's something precious waiting in front of you. 

.....

Let's move on to the topic straight away. Family. Friendship. Ukhuwwah. Keluarga. Saudara. 

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara”
(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

Mukmin itu bersaudara tanpa mengira sama ada mempunyai pertalian darah mahupun sebaliknya. Asal nama mukmin saja, bersaudara. Kalau yang tiada pertalian darah itu kita panggil saudara, inikan pula mukmin yang punya pertalian darah dengan kita. Tambah-tambah lagilah, kann? Jadi, apabila ada yang bersengketa sesama saudara kita itu, apa yang perlu kita lakukan? Berdiam diri? Pemerhati sepi? Penyiar berita tidak rasmi? Menjadi batu api? Lihat sambungan daripada ayat 10 surah al-Hujurat;

 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)

Ya. Maka damaikanlah. Itu yang Allah suruh kepada kita melalui rasulNya.

Untuk mendamaikan memang bukan kerja mudah. Tapi, apabila kita benar-benar ikhlas mahu membantu, menjadi orang tengah dan bukannya menokok tambah cerita yang bukan-bukan sehingga memburukkan lagi keadaann, semuanya akan mampu diselesaikan dengan cara baik. Tiada untungnya bersengketa, bertegang urat berpanjangan. Hati kita yang tidak tenang kerana sifat dengki dan buruk sangka sibuk mengisi ruang hati.

Semua orang ada sebab untuk berkecil hati, semua orang ada sebab untuk buruk sangka, semua orang ada sebab untuk marah. Tapi, kita perlu ingat, setiap antara kita, sebagai muslim, ada al-Quran sebagai panduan hidup. Ada as-Sunnah sebagai teladan. Kenapa mesti kita biarkan diri mengikut telunjuk ego dan amarah diri? Sedangkan kita sebenarnya mampu untuk menundukkan ego, kawal kemarahan kita, dan kikis sifat mazmumah dengan cara mengingatiNya. Dengan izinNya, akan dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, jangan serabutkan keadaan dengan asyik menuding jari terhadap orang lain tentang sesuatu kesalahan. Takut nanti tanpa kita sedar, kitalah penyumbang terbesar kepada masalah yang timbul. Jangan berlagak seolah-olah kita sudah cukup sempurna sehingga kita hanya tahu mengherdik, memerli dan mencemuh dengan beralasankan niat untuk memulihkan keadaan.

Yang berenggang kita rapatkan. Yang bersengketa, kita damaikan. Yang berselisih faham kita beri pencerahan. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita akrabkan lagi. Bukannya lagi memburukkan keadaan dengan asyik melihat silap orang lain tanpa ambil tahu peranan kita untuk membetulkan keadaan...



"I care about you. And I wish you could realise. There’s no difference between us two. We’re part of one family" One Big Family - Maher Zain

Wassalam.
HambaPencipta:')

Monday, August 13, 2012

Allah kan ada..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Susahnya nak jaga hati. Perit. Sakit. Macam-macam. Semuanya seakan berkecamuk sesama sendiri di sudut yang sukar untuk dijejaki. *cewahh. Yang pasti, sangat-sangat pasti, asasnya adalah kerana hubungan dengan Allah tidak cukup baik. Tidak cukup akrab. Tidak terjaga. Beribadah sambil lewa. Macam mana nak dipermudahkan segala urusan, ye dakk? Bila rasa jiwa kacau, mulalah semuanya serba tak kena (terasa-terasa... ) Normal kann? Pasang surut perasaan tu. Kejap rasa macam... ishhh! Kejap rasa, 'biarlah', 'takpelah'. Manusia mana yang tak ada perasaan tu, cuba bawak mai kejap. Nak try tibai. *ehh, jangan cari pasal. 

....

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". At-taubah, ayat 40.

Ya. Apapun keadaan yang terpaksa kita hadapi saat ini, ketika ini, ingatlah, Allah ada bersama. SENTIASA. Tak pernah Allah tinggalkan kita. Tak pernah. Walau sesaat pun. Allah sentiasa ada di dekat kira. Tapi, sebaliknya, kita yang selalu jauhkan diri dari Allah. Kita yang selalui abaikan tanggungjawab kita dengan Allah. Kita selalu lupa untuk menatap ayat-ayat cinta Allah yang Allah titip khas buat kita. Padahal, semuanya dah lengkap dah dalam tu.



Setiap manusia takkan pernah terlepas daripada ujian. Kalau bukan dengan ujian kepayahan dan kesusahan, diuji dengan kesenangan dunia, pangkat, kedudukan serta sanjungan daripada manusia. Apabila diuji dengan nikmat, kesenangan hidup, kita seringkali alpa dan leka. Bila susah baru nak cari Allah.

Jaga hubungan dengan Allah. Akrabkan seakrab mungkin. Letak cinta dan redha Allah ditangga teratas kecintaan kita. InsyaAllah, hati kita lebih kuat untuk mengharungi kehidupan kerana Allah adalah yang paling utama dalam hidup kita. Penilaian Allah lebih kita ambil kira berbanding penilaian manusia. Redha Allah lebih kita kisahkan daripada redha manusia. Di situ akan ada kunci ketenangan hati. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Wallahua'lam.
hakikatnya, saya sedang mengubat hati sendiri yang jauh dari Pencipta.
Allah, don't let me go astray. Guide me all the way to Your jannah.
cikarkitek^^