Friday, May 28, 2010

Saban hari...

Ku cuba mencari yang namanya ketenangan hakiki. Ku terus mencari yang namanya cinta yang agung. Ku gagahkan diri mencari yang namanya kebahagiaan abadi. Dari sehari ke sehari, tak juga aku temui. Yang terpalit hanyalah ketenangan yang sedetik cuma. Yang terungkai hanya cinta yang palsu. Yang terpancar hanya kebahagian sementara. Memandang ke langit dunia. Terlihat burung yang terbang bebas di angkasa. Hati menyusun kata. 'alangkah indahnya alam ini. Dan lebih indah lagi seandainya aku mampu melihatnya setiap detik, Melihat yang bukan hanya pada mata kasar, tapi dengan mata hati.' Melihat awan yang berarak perlahan ditiup angin, terdetik sesuatu di hati ini. 'mengapa masih ada yang menafikan kekuasaanNYA, sedangkan segalanya sudah terbukti.' Aku menangis sendirian kerana khilafku yang kadang kala lupa pada DIA yang telah menciptakan alam ini. Pandanganku ku alihkan pada pohon yang hijau. Daunnya melambai-lambai ditiup angin, dan fikiran ku turut dibuai angin petang. menanti senja menjelma, aku termenung sendirian. Membentang kanvas maya hari ini. Melihat semula sorotan peristiwa yang terlukis. Terkadang senyum, terkadang senyuman itu lenyap. Itulah yang ku alami hari ini. Punya kisah yang berbeza daripada semalam dan mungkin juga esok. Namun, ada sesuatu yang masih sama. Hati ini. Hati ini masih terpaut pada 'namanya'. Hati ini akan terus rindu pada kekasih itu. Hati ini juga akan terus mengharap cinta dan kasih dari DIA!

ya ALLAH, Hati ini terkadang
takut dibuai cinta dunia,
yang nanti bakal meragut
cintaMU buatku..
yang nanti bakal mengheret
aku karam di tengah lautan
yang nanti bakal mengundang
murkaMU buatku..
Aku takut, ya ALLAH.

ya ALLAH, aku takut
suatu ketika nanti,
aku bakal terpaut
pada cinta palsu dunia
aku takut murkaMU
akan membelenggu diri ku..
aku takut, ya ALLAH.

ya ALLAH, KAU teguhkanlah iman ku
yang serapuh kaca ini.
KAU kuatkan hati ini untuk menempuh
ranjau yang penuh onaknya.
KAU payungilah aku dengan rahmatMU,
agar aku bisa mengharungi teriknya mentari.
Hanya KAU yang aku sembah,
Hanya padaMU aku meminta pertolongan, ya ALLAH.

wassalam.. damba redha, cinta dan rahmatNYA

Thursday, May 27, 2010

"Jangan sampai saya ..........

Bukan apa, cuma hati manusia bisa terguris. Begitu juga hati aku. Sekali, dua kali, mungkin boelh ku maafkan. Tapi, kalau saban hari sebegitu, aku tidak sekuat kekasihNYA yang teguh berdiri walaupun dihujani pelbagai tohmahan. Aku sememangnya tidak setabah KekasihNYA, yang tohmahan yang menimpanya entah berapa kali lebih dahsyat berbanding apa yang aku alami. Dari sehari ke sehari, mujur ALLAH masih menitipkan ketabahan dan kekuatan dalam hati ini. Masih mampu bertahan meskipun hati ku mungkin sudah remuk sendiri. Biar aku dan DIA sahaja yang tahu. Tiada guna aku melahirkan kata-kata kerana aku tahu kamu. Aku tahu kamu persis yang bagaimana. Aku tahu biar bagaimanasekalipun aku melawan, mempertahankan hujah ku, kamu masih mahu menang dengan kata-katamu, dari dulu, kini dan selamanya. Dan kata-katakulah yang akan tersungkur kerana kekalahan. Bukan itu yang mahu aku pertikaikan. Tapi, apa yang mahu aku pertikaikan, "bicara mu yang mencantas bicara yang lainnya." ya. memang tiada salah untuk kamu bersikap demikian, meskipun kamu betul, tidak sepatutnya kamu bercakap seolah-olah, yang lain itu jahil teramat jahil. Mungkin kamu tidak menuturkan perkataan itu, tapi aku mampu melihatnya dari cara kamu yang hanya mahu menang! yang sesuka hati berbicara tanpa menilai sejauh mana bicara itu terkesan pada diri insan lain. Manusia banyak ragamnya, banyak karenahnya, banyak juga ceriteranya. Kalaulah kita semua bercakap tanpa tahu menilai buruk baiknya pada orang lain, padah akan melanda. Ingat! setiap yang bergelar manusia, punya hati. Setiap yang namanya manusia, tidak pernah lari dari tangisan.

"Jangan menuntut manusia menyayangimu selagi kamu sendiri tidak menyayangi manusia lain. Jangan menuntut manusia menghargai dirimu, kalau kamu tidak menghargai diri manusia yang lain."

"Jangan sampai saya menyampah tengok awak!"

wassalam..
maaf atas kekasaran,
ia peringatan buat kita bersama
kerana aku pernah melaluinya!
perngatan ini bukan untuk dia, tapi, untuk kita!

Wednesday, May 19, 2010

Kawan, aku minta tolong....

Akhir-akhir ini, selalu sangat cikgu-cikgu terasa hati dengan tingkah kita. Kerja rumah tak siap, Folio tak buat, Sudahlah tak buat, bermacam-macam alasan dicipta. Bukan apa, aku sudah letih untuk melihat itu semua. Aku tahu, aku mungkin faham, ada sesuatu yang menyebabkan kamu berbuat begitu yang orang lain tidak akan pernah faham. Kerana aku, pernah berada di tempat kamu. Cuma, aku pinta, jangan jadi lemah. Jangan hanya mengharap pada tuah lain. Usahakan apa yang patut. Jangan berkata 'tidak' selagi tidak selesai berusaha. Aku juga pernah seperti kamu. Aku juga pernah melalui detik itu. Aku mahu kamu sedar, alasan itu hanya sesuatu yang sengaja dicipta oleh sang jiwa yang malas. Jiwa yang rajin, tidak akan berkata 'tidak', selagi dia belum selesai berusaha dan tawakal. Berleter, bukan itu mahu si guru. Tapi, sudah menjadi hakikat, tertanam dalam hati, yang salah mahu dibetulkan. Kerana itu terciptanya pelbagai leteran. Tidak mampu aku nafikan, aku juga tidak gemar pada leteran, tapi, kalau sudah memang silap kita, berhaklah kita dihujani setiap leteran itu. Leteran yang sebenarnya nasihat. Tapi, kita tidak pernah mahu memandangnya sebagai nasihat.

"Ishhh.. cikgu ni, berleter je tahu..huhhh."Patah kata ini yang lahir dari bibir kita. Kalau tidak di bibir mungkin di hati. Kita mahu guru memahami kita, tapi, kita.. tak pernah mahu memahami insan yang bernama guru itu. Ya, dia ada khilafnya, dia ada kurangnya.. tapi, siapa yang sempurna di atas muka bumi ini, selain KekasihNYA? Kenapa kita harapkan orang lain sempurna sedangkan diri kita penuh cacat celanya,.?Siapa kita untuk mengharapkan itu dan ini dari orang lain? Apa yang ada pada kita sehingga orang lain perlu menyajikan hanya yang sempurna buat kita? Kita hanya hamba TUHAN. Kita hanya singgah di atas muka bumi ini. Seperti mereka juga. Jadi, tiada apa yang mampu membezakan antara kita dan mereka melainkan iman dan taqwa.

Aku sedar, kadang-kadang lidah ini tidak terjaga, sehingga menuturkan kata-kata tidak sepatutnya, dan itulah kekurangan diri ini. Ampunkan aku, ya ALLAH..

ya ALLAH,..
Andai diam ku adalah lebih baik,
maka diamkanlah aku..
Andai langkah ku adalah lebih baik,
maka pimpinlah aku mencipta langkah itu..
Andai bicara ku adalah lebih baik,
maka bantulah aku untuk menuturkannya..
Bagaimana, apa, mahupun di mana sekalipun..
bantulah aku, ya ALLAH..
kerana, hanya kepada MU aku meminta pertolongan...

wassalam,

dambaredhaNYA
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, May 7, 2010

Peringatan Buat Kau dan Aku..

"Pemimpin yang berjaya, adalah pemimpin yang dapat mengawal komunikasinya dengan orang atasan dan orang bawahannya,"

" Assalamualaikum. Hari ini secara rasminya cikgu lantik Rafiq sebagai pengerusi kamu semua.." pendek bicara En Farid. Rafiq yang berdiri di sisi En Farid mempamerkan senyuman.
Bangga. Mana tidaknya, dia diberi mandat daripada seorang guru untuk mengetuai program sekolah.
"Cikgu harap kamu boleh bekerjasama. Cikgu tahu, benda ni complicated, tapi kalau ada kerjasama, insya ALLAH. Mesyuarat pertama, cikgu tolong conduct mana yang patut. Lepas ni, apa-apa hal, kamu bincang sesama kamu. Buat perjumpaan bila perlu. Tak perlu cikgu suruh. Dan, setiausaha, jangan lupa buat minit mesyuarat. Cikgu nak minit mesyuarat yang ikut format betul bukan yang cincai-cincai je... faham tak?" Para pelajar hanya mengangguk.

+++++

"Kita kena buat macam ni.. Kalau buat macam tu, nanti tak gempaklah."

"Mana boleh..."

"Kenapa tak boleh?"

"sebab ramai tak setuju."

"haa? Sebab orang tak setuju, kita tak boleh buat?"

"Yalah.. nanti tak pasal-pasal kontroversi satu sekolah."

"Lah,.. buat camtu pun boleh kontroversi ke? bukan buat dosa pun.."

"Tak buat dosa,.. yalah, memang tak buat dosa, bincang lelaki, perempuan sampai lupa batas-batas agama."

"Heh? mana ada langgar batas agama. Lagipun, kalau ada hal dibenarkan. Islam bukan tak bagi cakap dengan perempuan langsung."

"Ha.. yalah tak dosa. Niat tak menghalalkan cara dek oi.. Nak bincang boleh, tapi ingatlah batas yang syariatkan. Jangan nak memandai buat peraturan sendiri. Peraturan dunia boleh lah kita atur, tapi syariat islam, ingat boleh sesuka hati je ke?"

"hishh... skang ni kita ckp pasal mende lain, apasal tetibe masuk bab-bab ni pulak... Balik tajuk asal. Kenapa tak boleh buat macam tu? takkan sebab orang tak setuju kita tak boleh buat pulak. Orang nak setuju ke tak nak, Kena buat jugak. Kita orang atasan. Keputusan pada tangan kita. Diorg follow jelah.."

"mane............." Belum sempat habis cakap,

"Oklah, next, yang ni. kita nak buat macam mana, ye? Kalau macam ni ok tak? Ok, kan? Ada yang tak setuju?" Sunyi. "Semua setuju, kan? baguslah.. cepat sikit habis perbincangan ni.."

P/s: Adakah Rafiq boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang baik? tepuk dada, tanya iman..

*****************
Sahabat,..
jangan pandang enteng
pada yang aku sebut sebagai
PANGKAT.
JAWATAN.

PANGKAT.
JAWATAN.
bukan untuk dibangga-banggakan..
mahupun diagung-agungkan..
Ingatlah, terpikul di bahu kita ini,
JAWATAN dan TANGGUNGJAWAB
yang lebih besar..
Yang bakal disoal oleh RABB di
MahkamahNYA, di sana.

PANGKAT dan JAWATAN di dunia,
mungkin nampak indah..
Publisiti diraih, bangga menjadi pakaian diri..
tapi, ingat PANGKAT dan JAWATAN itulah
nanti bakal membebankan
timbangan amalan baik mahupun sebaliknya..

**********
P/s: aku manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Yang aku ada hanya ilmu yang DIA kurniakan. Aku harap ia mampu membantu kamu. Cukuplah. Jangan asyik mementingkan diri sendiri. Fikirkan mereka yang di sekitarmu. Jangan buka ruang untuk manusia membencimu, dan jangan sesekali juga kamu membuka ruang untuk ALLAH murka dengan MU. Muhasabah diri, pintu fitnah itu ada pada diri kita sendiri. Pesanan ini buat aku dan kamu.

wallahua'lam
wassalam
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Wednesday, May 5, 2010

Air mata anugerah dariNYA


Air mata yang mengalir tidak bermaksud cengeng. Air mata bukan tanda kelemahan seseorang. Tapi ia anugerah dariNYA. Anugerah yang kadang kala sukar disingkap hikmah di sebalik kejadiannya.
"Eeh.. kenapa menangis? Keputusan exam teruk, ea?"
"Sikit-sikit nangis, macam budak kecil!"
"Cengenglah... Kentallah sikit. Baru kena tegur sikit dah nangis."
kata-kata seumpama ini yang sering di lahirkan dari lisan manusia apabila melihat titisan air mata membasahi pipi seseorang. Mereka kira, tangisan itu tanda kelemahan.
Pada aku tidak. Tangisan itu anugerahNYA. Tanpa tangisan, mungkin sekali hidup ini umpama bumi yang kehausan air. Masakan tidak, bumi tanpa air sudah pastinya umpama tanah kontang. Padang jarak , padang terkukur. Begitulah hakikat kehidupan. hidup tanpa tangisan, air mata, kering. Tiada pelanginya. Tiada warna. Tiada yang indah. Hargailah ia.

*************
"Sahabat,
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana harta..
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana cinta..
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana rindu pada kasihnya..
Sungguh, aku rindu."


Biarkan jiwa ini menangis kerana harta yang paling berharga. Harta yang tidak terbayar di dunia. Yang tak setanding harta yang lainnya. Harta yang ku maksudkan, adalah hidayah. Mutiara iman, berlian takwa yang berkilauan pastinya memberi kemewahan buat si pemakainya.
Biarkan jiwa ini menangis kerana cinta. Cinta yang tak mungkin terganti dengan cinta yang lainnya. Cinta yang menjadi tunggak kepada erti cinta yang sebenar. Cinta yang teragung. Cinta yang belum tentu mampu jiwa ini gapai. Cinta yang berhias mawar iman dan permata takwa. Yang nanti bakal mewangi dan menghiasi taman idaman. Taman syurgawi. Itulah cinta pada ILAHI.
Biarkan jiwa ini menangis kerana kasihnya. Kasih yang sangat dikagumi. Kasih yang tulus dari hati. Kasih yang tersemai tanggungjawab di ladangnya. Kasih itulah kasih dia yang maksum. Kasih yang mendorongnya menyebut "ummati, ummati... ummati" di akhir hayatnya.

wassalam.
rindu bertaut
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar


Saturday, May 1, 2010

Sejauh mana cinta kita pada DIA dan dia..


Dinihari ini, hati ini berbicara sendirian. Mencari kesilapan diri yang menggunung. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Anugerah pemberianNYA, membuatkan aku terus hidup di atas bumi ini bertemankan rahmat yang dititipkan buatku saban hari. Terkadang aku lupa mensyukuri nikmatnya, sehingga aku menjadi seorang yang dahagakan dunia. Mahukan suapan material. Mahukan sendukan harta dunia. Sehingga aku terlupa buat mencari khazanah akhirat yang tidak ternilai harganya. Sehingga aku lupa mencari rimbunan cintaNYA yang sangat bernilai buat diri ini yang bergelar hamba. Mencari cintaNYA tidak susah. Tapi, diri yang sering mencari alasan untuk tidak mencari cintaNYA. "Masih muda lagi" Itulah bicara nafsu yang cuba menguasai diri. Mujurlah, DIA menitipkan rahmatNYA membisikkan bicara keimanan. Meniti hari di atas Bumi TUHAN tidak semudah yang disangka. Ada ranjau yang menjengah, ada ujian yang mengintai, Ada dugaan dan cabaran yang bakal bertamu di hadapan. Diri hanya perlu bersedia. Dan yakin.. rahmatNYA bakal membantu saat diri teruji. Yakinlah, ujian, dugaan, cabaran, atau apa sekalipun nama dan gelarannya, adalah ketentuan dariNYA ke atas hambaNYA, yang bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan hambaNYA itu. Jangan sesekali kita merasakan ujian itu beban dariNYA. Anggaplah ia sebagai satu ruang dan peluang untuk kita mencari cintaNYA. Kerana ujian itu mungkin merupakan peringatan dariNYA buat hambaNYA yang lalai. Mungkin sekali ujian itu mengajar kita untuk sentiasa dekat dengan ALLAH. Mungkin sekali ujian itu mengajar kita supaya sentiasa berusaha dan bertawakal hanya padaNYA. Apabila dihitung, benarlah ujian itu sememangnya bakal mendekatkan kita pada NYA. Tapi, itu tidak bermakna kita hanya perlu dekat denganNYA hanya ketika kita diuji. Malah, sentiasa. Sentiasa meletakkan namaNYA ditempat paling atas. Sehingga kita sanggup mengorbankan nyawa dan jasad kita semata-mata keranaNYA. Sebagaimana remaja-remaja era ini, percintaan itu dipandang pada percintaan antara seorang lelaki dan perempuan. Kaca televisyen, layar perak juga sering menyajikan cerita-cerita yang berkisar tentang pengorbanan demi cinta. Namun, malang sekali kerana, cinta yang dipaparkan hanya cinta yang sementara. Cinta yang mungkin sekali dikaburi kabus syaitan. Alangkah indahnya andai Cinta BuatNYA yang menyoroti pandangan mata. "Kerana cinta, lautan api sanggup diredahi," Kalam ini meniti di bibir mereka yang hanyut dalam cinta buta, cinta tanpa mata hati. Kalam yang pada mereka mencerminkan pengorbanan mereka untuk cinta. Cinta pada manusia yang tidak berpaksikan PENCIPTA yang agung. Tidakkah mereka sedar, kelak di akhirat mereka bakal dihumban ke neraka yang telah ALLAH sediakan buat mereka yang kufur. Mungkin, nampak kecil. Tapi, cinta inilah bertitik tolak kepada keimanan kita pada ALLAH. Kalau kita menyintai manusia melebihi kita menyintai PENCIPTA, mungkinkah kita menjejak syurgaNYA? Mungkinkah redhaNYA mengiringi kita dalam setiap tingkah?
Manusia, suka melihat yang terlihat dengan mata kasar. Tapi, sangat sukar untuk mendidik diri agar melihat dengan mata hati. Cinta manusia, indahnya nampak di mata. Tapi, cinta ALLAH, sangat indah sehingga, setiap deria mampu merasai indahnya cinta ILAHI. Apabila kita mampu menggapai cinta ALLAH, insyaALLAH, yang lain akan mengiringi. Mereka yang hanya mencari dunia, akan memperolehinya. Mereka yang mencari akhirat, bakal menngaut kedua-duanya, Dunia dan akhirat. Mereka yang mencari akhirat sudah tentu mereka yang mengharapkan cinta ALLAH. Justeru, kita mahu yang mana? Jawapannya ada pada diri kita.


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

O Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah


الحمد لله



wassalam..
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar