Wednesday, May 19, 2010

Kawan, aku minta tolong....

Akhir-akhir ini, selalu sangat cikgu-cikgu terasa hati dengan tingkah kita. Kerja rumah tak siap, Folio tak buat, Sudahlah tak buat, bermacam-macam alasan dicipta. Bukan apa, aku sudah letih untuk melihat itu semua. Aku tahu, aku mungkin faham, ada sesuatu yang menyebabkan kamu berbuat begitu yang orang lain tidak akan pernah faham. Kerana aku, pernah berada di tempat kamu. Cuma, aku pinta, jangan jadi lemah. Jangan hanya mengharap pada tuah lain. Usahakan apa yang patut. Jangan berkata 'tidak' selagi tidak selesai berusaha. Aku juga pernah seperti kamu. Aku juga pernah melalui detik itu. Aku mahu kamu sedar, alasan itu hanya sesuatu yang sengaja dicipta oleh sang jiwa yang malas. Jiwa yang rajin, tidak akan berkata 'tidak', selagi dia belum selesai berusaha dan tawakal. Berleter, bukan itu mahu si guru. Tapi, sudah menjadi hakikat, tertanam dalam hati, yang salah mahu dibetulkan. Kerana itu terciptanya pelbagai leteran. Tidak mampu aku nafikan, aku juga tidak gemar pada leteran, tapi, kalau sudah memang silap kita, berhaklah kita dihujani setiap leteran itu. Leteran yang sebenarnya nasihat. Tapi, kita tidak pernah mahu memandangnya sebagai nasihat.

"Ishhh.. cikgu ni, berleter je tahu..huhhh."Patah kata ini yang lahir dari bibir kita. Kalau tidak di bibir mungkin di hati. Kita mahu guru memahami kita, tapi, kita.. tak pernah mahu memahami insan yang bernama guru itu. Ya, dia ada khilafnya, dia ada kurangnya.. tapi, siapa yang sempurna di atas muka bumi ini, selain KekasihNYA? Kenapa kita harapkan orang lain sempurna sedangkan diri kita penuh cacat celanya,.?Siapa kita untuk mengharapkan itu dan ini dari orang lain? Apa yang ada pada kita sehingga orang lain perlu menyajikan hanya yang sempurna buat kita? Kita hanya hamba TUHAN. Kita hanya singgah di atas muka bumi ini. Seperti mereka juga. Jadi, tiada apa yang mampu membezakan antara kita dan mereka melainkan iman dan taqwa.

Aku sedar, kadang-kadang lidah ini tidak terjaga, sehingga menuturkan kata-kata tidak sepatutnya, dan itulah kekurangan diri ini. Ampunkan aku, ya ALLAH..

ya ALLAH,..
Andai diam ku adalah lebih baik,
maka diamkanlah aku..
Andai langkah ku adalah lebih baik,
maka pimpinlah aku mencipta langkah itu..
Andai bicara ku adalah lebih baik,
maka bantulah aku untuk menuturkannya..
Bagaimana, apa, mahupun di mana sekalipun..
bantulah aku, ya ALLAH..
kerana, hanya kepada MU aku meminta pertolongan...

wassalam,

dambaredhaNYA
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

No comments:

Post a Comment