Thursday, May 27, 2010

"Jangan sampai saya ..........

Bukan apa, cuma hati manusia bisa terguris. Begitu juga hati aku. Sekali, dua kali, mungkin boelh ku maafkan. Tapi, kalau saban hari sebegitu, aku tidak sekuat kekasihNYA yang teguh berdiri walaupun dihujani pelbagai tohmahan. Aku sememangnya tidak setabah KekasihNYA, yang tohmahan yang menimpanya entah berapa kali lebih dahsyat berbanding apa yang aku alami. Dari sehari ke sehari, mujur ALLAH masih menitipkan ketabahan dan kekuatan dalam hati ini. Masih mampu bertahan meskipun hati ku mungkin sudah remuk sendiri. Biar aku dan DIA sahaja yang tahu. Tiada guna aku melahirkan kata-kata kerana aku tahu kamu. Aku tahu kamu persis yang bagaimana. Aku tahu biar bagaimanasekalipun aku melawan, mempertahankan hujah ku, kamu masih mahu menang dengan kata-katamu, dari dulu, kini dan selamanya. Dan kata-katakulah yang akan tersungkur kerana kekalahan. Bukan itu yang mahu aku pertikaikan. Tapi, apa yang mahu aku pertikaikan, "bicara mu yang mencantas bicara yang lainnya." ya. memang tiada salah untuk kamu bersikap demikian, meskipun kamu betul, tidak sepatutnya kamu bercakap seolah-olah, yang lain itu jahil teramat jahil. Mungkin kamu tidak menuturkan perkataan itu, tapi aku mampu melihatnya dari cara kamu yang hanya mahu menang! yang sesuka hati berbicara tanpa menilai sejauh mana bicara itu terkesan pada diri insan lain. Manusia banyak ragamnya, banyak karenahnya, banyak juga ceriteranya. Kalaulah kita semua bercakap tanpa tahu menilai buruk baiknya pada orang lain, padah akan melanda. Ingat! setiap yang bergelar manusia, punya hati. Setiap yang namanya manusia, tidak pernah lari dari tangisan.

"Jangan menuntut manusia menyayangimu selagi kamu sendiri tidak menyayangi manusia lain. Jangan menuntut manusia menghargai dirimu, kalau kamu tidak menghargai diri manusia yang lain."

"Jangan sampai saya menyampah tengok awak!"

wassalam..
maaf atas kekasaran,
ia peringatan buat kita bersama
kerana aku pernah melaluinya!
perngatan ini bukan untuk dia, tapi, untuk kita!

No comments:

Post a Comment