Wednesday, May 5, 2010

Air mata anugerah dariNYA


Air mata yang mengalir tidak bermaksud cengeng. Air mata bukan tanda kelemahan seseorang. Tapi ia anugerah dariNYA. Anugerah yang kadang kala sukar disingkap hikmah di sebalik kejadiannya.
"Eeh.. kenapa menangis? Keputusan exam teruk, ea?"
"Sikit-sikit nangis, macam budak kecil!"
"Cengenglah... Kentallah sikit. Baru kena tegur sikit dah nangis."
kata-kata seumpama ini yang sering di lahirkan dari lisan manusia apabila melihat titisan air mata membasahi pipi seseorang. Mereka kira, tangisan itu tanda kelemahan.
Pada aku tidak. Tangisan itu anugerahNYA. Tanpa tangisan, mungkin sekali hidup ini umpama bumi yang kehausan air. Masakan tidak, bumi tanpa air sudah pastinya umpama tanah kontang. Padang jarak , padang terkukur. Begitulah hakikat kehidupan. hidup tanpa tangisan, air mata, kering. Tiada pelanginya. Tiada warna. Tiada yang indah. Hargailah ia.

*************
"Sahabat,
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana harta..
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana cinta..
biarkan jiwa ini menangis,..
kerana rindu pada kasihnya..
Sungguh, aku rindu."


Biarkan jiwa ini menangis kerana harta yang paling berharga. Harta yang tidak terbayar di dunia. Yang tak setanding harta yang lainnya. Harta yang ku maksudkan, adalah hidayah. Mutiara iman, berlian takwa yang berkilauan pastinya memberi kemewahan buat si pemakainya.
Biarkan jiwa ini menangis kerana cinta. Cinta yang tak mungkin terganti dengan cinta yang lainnya. Cinta yang menjadi tunggak kepada erti cinta yang sebenar. Cinta yang teragung. Cinta yang belum tentu mampu jiwa ini gapai. Cinta yang berhias mawar iman dan permata takwa. Yang nanti bakal mewangi dan menghiasi taman idaman. Taman syurgawi. Itulah cinta pada ILAHI.
Biarkan jiwa ini menangis kerana kasihnya. Kasih yang sangat dikagumi. Kasih yang tulus dari hati. Kasih yang tersemai tanggungjawab di ladangnya. Kasih itulah kasih dia yang maksum. Kasih yang mendorongnya menyebut "ummati, ummati... ummati" di akhir hayatnya.

wassalam.
rindu bertaut
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar


No comments:

Post a Comment