Aku hanya insan tak berdaya. Saat saudara seislam ku di sana tabah menempuh dugaan yang membuktikan kasih NYA buat hambaNYA, aku di sini, tidak berdaya untuk menempuhi dugaan yang DIA kurniakan buat ku. Dugaan yang hanya sekecil kuman jika hendak dibandingkan dengan dugaan yang dihadapi mereka para syuhada' yang berjuang di jalan suci RABB yang agung. Kekadang, air mata ini tak mampu ku tahan, jiwa ini menangis mengenangkan nasib mereka di sana, juga nasi
b aku di sini yang tak setabah dan sekuat mereka. Mereka sangat tabah. Mereka cekal. Aku? adakah aku sanggup untuk menanggung apa yang mereka tagung hari ini? Sanggupkah aku? Aku sendiri tidak pasti jawapannya. Kerana itu aku kira, aku perlu menyediakan diriku untuk mampu menjawab setiap persoalan itu dengan sepatah kata, "YA". Walaupun aku tahu, tidak mudah untuk aku menjadi seperti mereka. Apa yang mampu aku titipkan buat mereka, ialah doa. Ya, Doa. Kerana doa itu lah senjata kita. Biarlah mereka membawa berjuta-juta kereta kebal, atau apa sahaja, doa yang kita panjatkan dengan sepenuh keyakinan kita padaNYA yang juga disertai usaha, insha ALLAH, Kemenangan bakal menjadi milik kita. amin.
wassalam..
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar
No comments:
Post a Comment