Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih berkesempatan, dan diberi ruang dan peluang oleh Pencipta Agung untuk terus bertatih di atas dunia ini. Syukur dipanjatkan.
Bulan Februari menjengah. Diri semakin dicengkam kesibukan rutin sebagai hambaNYA yang tidak pernah lepas dari tuntutan menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu fardhu atas setiap muslim. Kita akan sentiasa menjadi pelajar seumur hidup ini, kerana ilmu ALLAH itu terlalu luas. Tiada penghujungnya. Semakin kita belajar, kita akan merasakan bahawa diri kita semakin kerdil di sisiNYA. Semakin banyak kita belajar, lebih banyak lagi ilmu di luar pengetahuan kita. Subhanallah..
Alhamdulillah, DIA masih memberi diri ini peluang buat menjengah sedetik dua. Menyatakan sesuatu. 'Saya menulis kerana suka. Saya suka menulis kerana mahu menyampaikan.' :)
Bulan februari merupakan pembuka tirai kepada aktiviti yang mungkin dipandang enteng sesetengah pelajar, kerana matlamat kewujudannya yang mungkin kurang terkesan dalam diri pelajar. Tidak asing lagi, aktiviti usrah yang diadakan sekali dalam seminggu.
" Alah.. ada usrah."
"Ada usrah ke petang ni? Malaslah.."
Keluhan yang kedengaran. Mungkin pengisian yang kurang menarik atau semangat untuk hidup di dalam halaqah yang disulami cinta yang menuju kebenaran masih belum tertanam dalam hati.
Pelajar hanya melihat halaqah atau usrah itu sebagai salah satu aktiviti persekolahan yang wajib tanpa mengambil kira kepentingannya.
Umat islam menjadi kuasa besar dan kuat suatu ketika dahulu kerana perpaduan. Perpaduan dan kecintaan yang berteraskan kepada kecintaan kepada Al-KHALIQ yang esa, juga kasih terhadap RasulNYA. Mereka saling membantu, saling menyayangi, saling menyintai, saling menghormati kerana ALLAH. Untuk semua ini, kita perlu menjaga hati. Jauh dari larangannya, dan sentiasa menyirami hati dengan baja-baja taqwa.
Perpaduan, kasih sayang yang sebegini sukar untuk kita temui pada hari ini. Usrahlah yang boleh menjadi salah satu medium penyambung ukhuwah. Usrah pengikat ukhuwah. InsyaALLAH.
Tautan hati(karya Fatimah Syarha) mengajar saya tentang ini.:)
Buat diri saya, usrah kali ini berbeza. Tahun lalu, saya sebagai adik usrah. Tahun ini sebagai naqibah. Nampak enteng. Namun, hal yang paling berat di dunia ini adalah amanah. Naqibah bukah sahaja perlu mentarbiyah ahli-ahli usrahnya, malah dirinya juga. Qudwah yang baik. Ya, itu yang utama. Di mana pun kita berada, dengan siapa. Qudwah yang baik perlu sentiasa bersama. Biarpun tiada yang melihat, tapi ALLAH ada. ALLAH melihat kita.
InsyaALLAH.
*************
Pencarian ini takkan pernah berhenti,
akan ku terus mencari,
sebuah ukhuwah membenihkan cinta yang suci,
ukhuwah yang tidak pernah sunyi,
dari alunan cinta buat ILAHI.
Amin~
wallahu'alam,
Wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar
usrah adalah penenang jiwaku,
ReplyDeleteyang mengisi kekosongan kati di kala sibuk dengan urusan duniawi,
usrah yang membentuk peribadiku,
usrah yang menyatukan hati-hati insan yang mencari redhaNya...
suka post ni :)
betul2 :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Masih ada lagi insan yang melihat usrah itu sebagai satu keperluan buat diri, ummah dan agama.
Kebanyakan orang melihat usrah sebagai perkara yang membosankan, dan perkara yang sia-sia, tanpa sedar hakikat kemanisan ukhuwwah yang terjalin dalam halaqoh yang bukan sekadar bulatan. Tapi, halaqoh yang termeterai kerana mencariNYA. Insya ALLAH :)