Sunday, January 22, 2012

Letihnya..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dah nak ke penghujung januari. Masih dipanjangkan umur, masih terus mampu menapak di bumiNya.  Kehidupan yang Dia beri kepada kita, bukan untuk dipersia. Tapi, untuk dimanfaatkan. Hari persekolahan, memang melelahkan. Pergi ke sekolah tika matahari belum menampakkan diri sepenuhnya. Pulangnya di petang hari, tika mentari sedang menanti saat untuk ditelan bumi. Memang melelahkan. Keluhan juga hadir saat sabar teruji. Tapi, kiranya hendak dibandingkan dengan kelelahan, kepayahan yang dilalui generasi anbiya', dan generasi sahabat, apalah sangat nilainya keringat kita itu. Sangat sedikit dan jauh sekali untuk dikatakan setahap. Kepayahan mereka lebih dari apa yang kita rasa hari ini. :) Allah berikan saya ruang dan peluang ini, untuk sama-sama kita perbaiki diri. Saya menulis hakikatnya adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri, tentang hakikat yang saya sering lupa dan abaikan.


...

Apabila kita rasa putus asa, rasa lemah untuk terus menapak, cuba renungkan kembali apa sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan kita ini. Kata ulang tayang buat ke-entah berapa kali-nya,

Berputus asa di tengah jalan itu adalah kerana berlakunya kesilapan di titik mula.

Itu bukan kata-kata saya. Tapi, kata-kata mereka yang berilmu. Ada betulnya kenyataan ini. Andainya paksi kita kukuh, di situ kita akan peroleh kekuatan apabila kita jatuh. Rasa diri ini sibuk sampai tak sempat nak rehat akan terubat sebab kita tahu kita buat semua tu untuk siapa dan kerana siapa. Rasa diri ini letih yang tak berpenghujung akan terubat bila fikir, kita akan dapat balasan yang baik dari 'dia' yang kita niatkan kerja-kerja kita.

#Siapa 'dia' itu? 
Ya, siapa 'dia' itu? Ibu bapa? Tidak. 'Dia' yang dimaksudkan, adalah Yang tidak pernah mengecewakan. Dia yang sentiasa ada untuk kita. Dia yang sentiasa membekalkan kita dengan iman, hidayah dan kekuatan untuk kita menjalani kehidupan. Dia yang sentiasa bersama kita, saat susah dan senang. Dia yang sentiasa Mendengar semua isi hati kita. Dia yang sentiasa melihat dan menilai setiap yang kita kerjakan. 

#Allah :')
Ya, Dialah Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. Setiap apa yang kita kerjakan akan diberi balasan di sisi Allah. Walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Semua Allah akan balas.

Jadi, rasa putus asa?
Renung kembali matlamat kita.. :')

wassalam
cik arkitek.

No comments:

Post a Comment