Thursday, February 16, 2012

Sampaikanlah salam... (sambung sendiri)

Photobucket

Bismilahirrahmanirrahim..

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Orang menganggap salam itu cuma perkara enteng. Perkara mudah. Perkara remeh yang tidak membawa sebarang kesan dalam seluruh kehidupan kita. Itu kata kita. Hakikatnya, salam itu salah satu wasilah untuk mengeratkan silaturrahim. Salam itu kebaikan. Salam itu juga satu sedekah. 


"Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah mengampunkan dosa kedua duanya.’ (Riwayat Abu Daud)



"Bagi salam pada mereka yang tidak kenal, nanti mereka fikir kita ada niat lain.."

Ya, mungkin payah untuk kita ubah persepsi yang sudah sebati dengan kehidupan masyarakat hari ini. Jarang sekali untuk mengucapkan salam, melainkan sesama mereka yang kita kenali. Beginilah, apa salahnya, kita mulakan dengan situasi-situasi kecil yang sering kita hadapi seharian. Apabila kita ke klinik, ucapkan salam kepada doktor ataupun pembantu perubatan yang bertugas. Apabila kita berurusan di Bank, ucapkan salam kepada pegawai yang sedang berurusan dengan kita. Dalam kata mudahnya, ucapkan salam kepada orang yang kita berurusan dengan mereka. Inilah satu bentuk praktikal mudah. Semarakkan salam. Salam itulah yang membezakan kita dengan mereka yang bukan islam. Kita ada ucapan khusus untuk kita ucapkan sesama islam, tapi kenapa kita tidak amalkannya?

"Seganlah.."

Tidak perlu segan. Kita bukan buat jahat. Sebab itu, saya sarankan untuk kita agar mulakan ucapan salam kepada orang yang kita berurusan dengan mereka. Dan lagi, kenapa perlu segan, sedangkan kita ini saudara seakidah. Kita sama. Salam inilah salah satu wasilah untuk menjadikan ukhuwwah kita kukuh. 

"Penting sangat ke untuk kukuhkan ukhuwwah tu?"

Penting. Tengok keadaan kita hari ini, umat islam tiada jati diri. Umat islam tiada kesatuan. Berbalah dalam hal remeh. Ukhuwwah yang kukuh, yang benar terjalin atas nama persaudaraan keimanan sahaja yang mampu menyelamatkan kita. Lihat ketika zaman Rasulullah. Bagaimana kesanggupan kaum ansar membantu golongan muhajirin yang sehelai sepinggang. Kita boleh perbaharui ukhuwwah kita, persaudaraan kita dengan salam. 

"Itu zaman rasulullah..."

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Siapa lagi kita nak ikut kalau bukan Rasulullah dan sahabat baginda? Tepuk dada tanya iman.


Wallahua'lam.
Wassalam..
Cik Arkitek

No comments:

Post a Comment