Saturday, April 28, 2012

Iman itu pagar.

Photobucket


“Tidak akan berzina seorang penzina itu sekiranya di kala dia berzina itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan mencuri seorang pencuri itu sekiranya di kala dia mencuri itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak itu sekiranya di kala dia meminum arak itu dia berada dalam keimanan.”

[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, An-Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad.]

DUNIA TANPA SEMPADAN

Rata mengetahui, juga menyedari akan hakikat dunia hari ini. Tiada sempadan. Meski kita terpisah dengan peta-peta, dan sempadan yang dicipta manusia, hakikatnya kita tidak bersempadan. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja. Ya. Apa sahaja. Sekiranya, kita merupakan mereka yang telah hilang satu benteng, jeriji paling kukuh dalam diri. Kita akan dapat, berpeluang melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita, sekiranya kita telah hilang satu kekuatan, satu pertahanan paling ampuh dalam diri. Satu pertahanan yang cukup ampuh untuk menentang musuh kita, dan nafsu didikannya.
“Apakah benteng itu? Daripada apa ia dibina?”

IMAN BENTENG PALING AMPUH

Iman. Satu perkataan yang mempunyai nilai yang besar. Perlu disemai. Perlu dipupuk. Perlu sentiasa dibaja, dan dijaga, kerana iman itu ada turun naiknya. Bukan sentiasa berada di atas, kerana kita Cuma manusia biasa yang perlukan usaha yang berterusan dalam meningkatkan iman. Kita bukan Para Anbiya’. Tapi, tidak bermakna iman kita tidak dapat mengalami peningkatan.

“Penting sangat ke iman tu?”

Macam mana kalau dekat sekolah tak ada pagar. Macam mana kalau dekat penjara tak ada besi jaring-jaring? Macam mana kalau rumah kita taka da pagar? Terjaga ke keselamatan?

“Err.. Tak kot.”


Ya. Samalah macam, Iman. Iman itu pagar kita. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis di atas tadi. Seseorang yang ada iman di hatinya, takkan buat perkara yang dilarang Allah, takkan buat perkara keji, takkan buat benda yang Allah dan Rasulullah tak suka. Walaupun SEKECIL-KECIL perkara. Sebab orang yang ada iman, hatinya sensitif dengan setiap perkara yang mampu mengundang murka Allah.

Jadi aspek yang perlu diperbaiki terlebih dahulu untuk membentuk peribadi adalah keimanan. Dari keimanan akan lahir kecintaan kepada Allah dan rasul, kepatuhan kepada syariat Allah, kesepaduan antara umat islam dan hasilnya akan membuahkan akhlak yang mulia menurut acuan al-quran dan as-sunnah.

“Macam mana nak tingkatkan iman?”

JALAN KEBAIKAN ADA BANYAK CABANG

Nak jadi baik, nak tingkatkan iman, nak dekat dengan Allah, mungkin ada yang kata susah. Jalan ke syurga itu memang payah, kerana syurga itu indah. Indah yang tak tergambar oleh manusia. Selayaknyalah kita memerlukan usaha yang besar untuk mendapat sesuatu yang indah. Tapi, jangan pula beralasankan kesukaran itu, kita enggan berusaha. Ibadah wajib jangan tinggal. Itu memang mesti. Wajib. Ditambah lagi dengan perkara sunat. Yang mengikut sunnah Rasulullah. Jalan kebaikan itu ada banyak cabang. Menuntut ilmu juga akan dikira ibadah apabila kita niatkan kerana Allah. Membantu guru, berkongsi ilmu, melaksanakan kerja rumah juga merupakan ibadah apabila diniatkan kerana Allah. 

Jangan sempitkan ruang pemikiran kita, yang nak dekat dengan Allah, nak jadi baik hanya perlu duduk atas sejadah dan tinggalkan dunia sepenuhnya. Memang beribadah seperti solat perlu. Wajib. Tetapi, islam ini cara hidup yang luas merangkumi semua aspek. Islam ini satu sistem kehidupan yang sempurna. Ikut aturanNya, insyaAllah, hidup kita jadi satu ibadah.

Betulkan mana yang silap :)
Wallahu'alam.
Wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Stongan ohh stongann.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim. 

Loong time no see. Saya busy.* Stail matluthfi sambil makan epal. Pejam-celik, pejam-celik, dah bulan empat. Cepat saja masa berlalu. Ada yang sempot mengejar 'masa' yang dah terang-terangan takkan stop dan tunggu kita. Ada yang steady saja berjalan sebelah 'masa'. Beruntunglah mereka.

Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-asr: ayat 1-3)

Semoga kita bukan dalam golongan yang Allah kategorikan sebagai mereka yang mengalami kerugian. InsyaAllah.

SARUNG LENGAN


Ya. Sarung lengan atau nama manjanya STONGAN, sebagaimana yang tertera di ruang tajuk. Ada juga yang bagi nama femes, Arm Sock. Ok. Tak kisahlah nama apa sekalipun yang menjadi pilihan. Sama saja semua. Oklah. Straight to the point jelahh, kann. Badan kepimpinan SMKA MAAHAD HAMIDIAH, yang dianggotai * cewahh,- BADAR, Pengawas dan Pengawas Asrama, telah menguatkuasakan pemakaian arm sock ni kepada semua pelajar puteri SMKA MAAHAD HAMIDIAH. *ini bukan segmen pengumuman tajaan.

gambar hiasan
Normal. Manusia macam-macam ragamnya. Lain orang, lain hati, lain kulit, walaupun kita semua asalnya daripada benda yang sama. Ada yang persoalkan, 'kenapa kena pakai arm sock?' Ada juga yang memberi alasan, panas, rimas dan seribu satu alasan yang lain. Ya. memang saya akui, arm sock tu, kadang-kadang buat kita rasa panas, dahlah pakai lengan panjang, kena pakai arm sock lagi.. Tapi, benda tu akan jadi normal, kalau kita terus istiqamahkan diri kita untuk buat benda tu. Alah bisa tegal biasa.

PERLU SANGAT KE, PAKAI SARUNG LENGAN?


Emm. Tak wajib. Tak ada pun dalil, yang mewajibkan pemakaian sarung lengan. Tapi, bergantung kepada situasi yang mana, keadaan-keadaan tertentu, yang boleh menampakkan aurat.

Err..?

Aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali buka dan tapak tangan, sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.

Secara tidak sengaja, atau sengaja, kadang-kadang apabila kita mengangkat tangan meskipun kita memakai lengan panjang, aurat kita akan terdedah. Ya, nampak kecil. Tapi, sekecil-kecil perkara itu juga aturan Allah. Syariat Allah. Bukan memaksa. Kalau kita meyakini pakaian kita cukup sempurna dan mampu untuk mengelakkan aurat kita dari terdedah, tiada permasalahan untuk kita tidak memakai arm sock. Terpulang.

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”. (Surah an-Nur:ayat 31)

KITA MAHUKAN YANG SEMPURNA.


Mengambil islam itu perlu seluruhnya, dan bukan hanya sekerat-sekerat. Kita memang takkan jadi SEMPURNA seluruhnya, tapi kita boleh berusaha ke arah itu. Slow-slow. Perubahan, dan untuk menerima perubahan itu, memang kena perlahan-perlahan. Semua tu satu proses. Proses untuk dekatkan diri kita pada Allah. Slow-slow, kita mula menutup aurat dengan sempurna. ISTIQAMAH. Itu lebih penting. Senyum, dan tenangkan diri apabila rasa tak mampu. Allah pasti akan bantu.

Kita tak wajib pakai tudung, sarung kaki, sarung lengan. Tapi, kita wajib tutup aurat :)

Wallahu'alam.
Betulkan mana yang silap.
saya juga manusia.
Wassalam:)