Bismillahirrahmanirrahim.
Loong time no see. Saya busy.* Stail matluthfi sambil makan epal. Pejam-celik, pejam-celik, dah bulan empat. Cepat saja masa berlalu. Ada yang sempot mengejar 'masa' yang dah terang-terangan takkan stop dan tunggu kita. Ada yang steady saja berjalan sebelah 'masa'. Beruntunglah mereka.
Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-asr: ayat 1-3)
Semoga kita bukan dalam golongan yang Allah kategorikan sebagai mereka yang mengalami kerugian. InsyaAllah.
SARUNG LENGAN
Ya. Sarung lengan atau nama manjanya STONGAN, sebagaimana yang tertera di ruang tajuk. Ada juga yang bagi nama femes, Arm Sock. Ok. Tak kisahlah nama apa sekalipun yang menjadi pilihan. Sama saja semua. Oklah. Straight to the point jelahh, kann. Badan kepimpinan SMKA MAAHAD HAMIDIAH, yang dianggotai * cewahh,- BADAR, Pengawas dan Pengawas Asrama, telah menguatkuasakan pemakaian arm sock ni kepada semua pelajar puteri SMKA MAAHAD HAMIDIAH. *ini bukan segmen pengumuman tajaan.
gambar hiasan |
PERLU SANGAT KE, PAKAI SARUNG LENGAN?
Emm. Tak wajib. Tak ada pun dalil, yang mewajibkan pemakaian sarung lengan. Tapi, bergantung kepada situasi yang mana, keadaan-keadaan tertentu, yang boleh menampakkan aurat.
Err..?
Aurat wanita adalah seluruh anggota badan, kecuali buka dan tapak tangan, sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Daud.
Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.
Secara tidak sengaja, atau sengaja, kadang-kadang apabila kita mengangkat tangan meskipun kita memakai lengan panjang, aurat kita akan terdedah. Ya, nampak kecil. Tapi, sekecil-kecil perkara itu juga aturan Allah. Syariat Allah. Bukan memaksa. Kalau kita meyakini pakaian kita cukup sempurna dan mampu untuk mengelakkan aurat kita dari terdedah, tiada permasalahan untuk kita tidak memakai arm sock. Terpulang.
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”. (Surah an-Nur:ayat 31)
KITA MAHUKAN YANG SEMPURNA.
Mengambil islam itu perlu seluruhnya, dan bukan hanya sekerat-sekerat. Kita memang takkan jadi SEMPURNA seluruhnya, tapi kita boleh berusaha ke arah itu. Slow-slow. Perubahan, dan untuk menerima perubahan itu, memang kena perlahan-perlahan. Semua tu satu proses. Proses untuk dekatkan diri kita pada Allah. Slow-slow, kita mula menutup aurat dengan sempurna. ISTIQAMAH. Itu lebih penting. Senyum, dan tenangkan diri apabila rasa tak mampu. Allah pasti akan bantu.
Kita tak wajib pakai tudung, sarung kaki, sarung lengan. Tapi, kita wajib tutup aurat :)
Wallahu'alam.
Betulkan mana yang silap.
saya juga manusia.
Wassalam:)
No comments:
Post a Comment