“Tidak akan berzina seorang penzina itu sekiranya di kala dia berzina itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan mencuri seorang pencuri itu sekiranya di kala dia mencuri itu dia berada dalam keimanan. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak itu sekiranya di kala dia meminum arak itu dia berada dalam keimanan.”
[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, An-Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah, Ahmad.]
DUNIA TANPA SEMPADAN
Rata mengetahui, juga menyedari akan hakikat dunia hari
ini. Tiada sempadan. Meski kita terpisah dengan peta-peta, dan sempadan yang
dicipta manusia, hakikatnya kita tidak bersempadan. Kita bebas untuk melakukan
apa sahaja. Ya. Apa sahaja. Sekiranya, kita merupakan mereka yang telah hilang
satu benteng, jeriji paling kukuh dalam diri. Kita akan dapat, berpeluang
melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita, sekiranya kita telah hilang satu
kekuatan, satu pertahanan paling ampuh dalam diri. Satu pertahanan yang cukup
ampuh untuk menentang musuh kita, dan nafsu didikannya.
“Apakah benteng itu? Daripada apa ia dibina?”
IMAN BENTENG PALING AMPUH
Iman. Satu perkataan yang mempunyai nilai yang besar.
Perlu disemai. Perlu dipupuk. Perlu sentiasa dibaja, dan dijaga, kerana iman
itu ada turun naiknya. Bukan sentiasa berada di atas, kerana kita Cuma manusia
biasa yang perlukan usaha yang berterusan dalam meningkatkan iman. Kita bukan
Para Anbiya’. Tapi, tidak bermakna iman kita tidak dapat mengalami peningkatan.
“Penting sangat ke iman tu?”
Macam mana kalau dekat sekolah tak ada pagar. Macam mana
kalau dekat penjara tak ada besi jaring-jaring? Macam mana kalau rumah kita
taka da pagar? Terjaga ke keselamatan?
“Err.. Tak kot.”
Ya. Samalah macam, Iman. Iman itu pagar kita.
Sebagaimana yang terdapat dalam hadis di atas tadi. Seseorang yang ada iman di
hatinya, takkan buat perkara yang dilarang Allah, takkan buat perkara keji,
takkan buat benda yang Allah dan Rasulullah tak suka. Walaupun SEKECIL-KECIL
perkara. Sebab orang yang ada iman, hatinya sensitif dengan setiap perkara yang
mampu mengundang murka Allah.
Jadi aspek yang perlu diperbaiki terlebih dahulu untuk membentuk peribadi adalah keimanan. Dari keimanan akan lahir kecintaan kepada Allah dan rasul, kepatuhan kepada syariat Allah, kesepaduan antara umat islam dan hasilnya akan membuahkan akhlak yang mulia menurut acuan al-quran dan as-sunnah.
“Macam mana nak tingkatkan iman?”
JALAN KEBAIKAN ADA BANYAK CABANG
Nak jadi baik, nak tingkatkan iman, nak dekat dengan
Allah, mungkin ada yang kata susah. Jalan ke syurga itu memang payah, kerana
syurga itu indah. Indah yang tak tergambar oleh manusia. Selayaknyalah kita
memerlukan usaha yang besar untuk mendapat sesuatu yang indah. Tapi, jangan
pula beralasankan kesukaran itu, kita enggan berusaha. Ibadah wajib jangan
tinggal. Itu memang mesti. Wajib. Ditambah lagi dengan perkara sunat. Yang
mengikut sunnah Rasulullah. Jalan kebaikan itu ada banyak cabang. Menuntut ilmu
juga akan dikira ibadah apabila kita niatkan kerana Allah. Membantu guru,
berkongsi ilmu, melaksanakan kerja rumah juga merupakan ibadah apabila
diniatkan kerana Allah.
Jangan sempitkan ruang pemikiran kita, yang nak dekat dengan Allah, nak jadi baik hanya perlu duduk atas sejadah dan tinggalkan dunia sepenuhnya. Memang beribadah seperti solat perlu. Wajib. Tetapi, islam ini cara hidup yang luas merangkumi semua aspek. Islam ini satu sistem kehidupan yang sempurna. Ikut aturanNya, insyaAllah, hidup kita jadi satu ibadah.
Betulkan mana yang silap :)
Wallahu'alam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment