Saturday, December 25, 2010

ALLAH sayang kita! :)


Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH. Biarpun aku seorang hamba yang kadang-kadang terlupa dan terleka, DIA masih memberi ruang buat diri ini untuk merasai nikmat sebuah kejayaan setelah usaha yang tidaklah sejerih dan sepayah tentera islam yang menghunus pedang mempertahankan agama ALLAH. Usaha yang tidak setabah para syuhada' yang rela terkorban kerana menegakkan kalimah ALLAH. Tekad yang jitu. Semangat yang menggunung. Subhanallah. Sudah pasti tentera ALLAH itu merasai kemanisan kejayaan yang melebihi segala-galanya apabila bertemu ALLAH. Itulah kejayaan hasil usaha mereka yang tiada bandingan, bertemu dengan ALLAH, Tuhan yang mereka cintai! Alhamdulillah, kerana aku masih bernafas di atas muka bumi ini. Segalanya adalah kerana kasihNYA!

*********
Semalam, aku takut, aku gusar, awan mendung yang berarak bakal membuang sinar mentari yang megah di langit dunia. Hari ini, bumi tetap dibasahi titisan hujan gerimis, dan mentari menghilangkan diri. Dari jendela, ku tatap wajah langit, suram. Mentari seakan segan untuk menyapa langit.. Namun, tidak ku sangka sedetik demi sedetik ku lihat ada warna ceria yang terlukis di wajah langit. Itu dia si pelangi! Indah! Indah lagi Pencipta alam ini!

Begitulah, DIA mengatur tiap sesuatu bukan menurut kemahuan ku, tetapi menurut pengetahuanNYA yang sangat luas, meliputi alam ini, tentang apa yang terbaik untukku. FirmanNYA, dalam Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 216.

Yakinlah padaNYA, apa yang ditentukannya buat kita adalah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita peroleh. Kejayaan itu tidak semestinya membahagiakan. Kegagalan itu takkan selamanya. Hakikatnya, ALLAH sayangkan kita. DIA masih memberi kita nyawa sehingga hari ini. Tidak salah untuk menangis, tapi janganlah meratapi. Lihatlah apa yang sedang anda hadapi dari kaca mata positif. What you see is what you get.. :)
Mengadulah padanya, dia akan mendengar. Ini bukan segala-galanya, kerana ada hari keputusan yang lebih besar, di mahsyar nanti.

wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar :)

Monday, December 20, 2010

Epilog seorang teman...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, diri ini panjatkan kesyukuran pada DIA, kerana dengan rahmatNYA lah, diri ini masih bernafas di atas muka bumi yang juga milik mutlaknya. Cuti sekolah yang berbaki beberapa ketika lagi, membuatkan diri ini semakin merindui teman-teman. Entah bila lagi kita akan bertemu seperti sedia kala. Ada antara kita yang bakal membawa diri pergi dari MAHISS. Entah bila lagi kita akan berkumpul seperti sedia kala. Entah bila lagi kita dapat membina impian dan kenangan bersama.

***************
Epilog seorang teman
Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan

Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini

Buat selamanya
Oh Tuhanku


***************
Luahan rindu
Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan


Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..

Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu

Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka

Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi

Kita mengukir janji

Di waktu persekolahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan

Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan

Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempad
an
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya

Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya

****************


Teman,
dengarkan kalam ku,
Aku akan merindui detik bersamamu

Aku akan merindui senyumanmu
Aku akan merindui tawa dan tangismu
Aku tahu, sukar untuk kita bertemu lagi,
sebagaimana dahulu,
kerana segalanya berubah
kau pergi, sedangkan aku masih di sini
Aku tahu, kau pergi kerana mencari pengalaman
Aku redhakan pemergian itu
dan, aku mahu kau tahu,
Aku akan merindui dirimu
salahkah itu?

**********
ya ALLAH,
Aku tahu, pertemuan ini sementara
Perpisahan ini juga sementara..
Biarlah perpisahan dan pertemuan ini kerana MU, ya ALLAH.
Naungilah kami dengan rahmat MU..
Teguhkan iman kami,

kerana kemanisan ukhuwah itu,
hadir apabila iman teguh di hati..
Tetapkan kami di atas landasan MU..
Naungi kami dengan cinta MU..
Singkapkanlah hikmah sebalik perpisahan kami ini,ya ALLAH..

***********
23 Disember 2010,

pengakhiran dan permulaan sebuah kehidupan,.
Pengakhiran sebuah penantian,
pengakhiran sebuah kenanangan,
dan permulaan kepada sebuah impian..
impian yang menanti untuk dilaksanakan..

**********
ilmu itu, tidak bergantung pada pencapaian semata-mata.

*************
Tentukanlah yang terbaik buat kami, ya ALLAH.
Seandainya kejayaan 9A itu yang terbaik buat kami,
tentukanlah ia buat kami,
Seandainya kejayaan itu, dapat merapatkan kami dengan MU,
tentukanlah ia buat kami..
Kurniakan kami, kejayaan yang diberkati..
Namun, seandainya ia adalah sebaliknya,
tentukanlah apa yang terbaik buat diri kami,
redhakan hati kami dengan ketentuanMU..
ENGKAUlah sebaik-baik Penentu.
Yakinkan hati kami tentang hikmah di sebalik ketentuan itu.
Berkatilah kehidupan kami..~
Amin..~

**********
Wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Tuesday, December 14, 2010

Aku salah...

Assalamualaikum...

Suatu ketika dahulu, diri ini sangat mencemburui si A. Si A ada segalanya. Kemahuan materialnya dituruti. Tidak seperti diri ku yang dididik tanpa habuan material yang melimpah ruah. Aku jadi tertanya-tanya, kenapa si A ada segalanya, sedangkan aku tidak? Lumrah manusia, menilai sesuatu secara sambil lewa. Menilai sesuatu dengan mata kasar. Aku mahu jadi seperti dia! Itu kata hati ku suatu ketika dahulu. Manusia biasa mana yang tidak mahu keinginan materialnya dipenuhi.

Sebagai contoh apabila seseorang itu ke pusat membeli belah, mustahil insan itu tidak tertarik dengan barang-barang berjenama yang terpamer di kiri dan kanan. Pasti insan itu tertarik, segalanya mahu dibeli. Namun, seandainya dia bijak, dia tahu apa yang dia perlu dan apa yang dia mahu. Apa yang kita mahu tidak semestinya apa yang kita perlu.

Begitu juga diri ini. Pernah silap dalam membuat penilaian. Kini, baru ku sedar. Ada suatu nikmat yang dikurniakan ALLAH buatku, yang juga ada pada dia, namun tidak sebagaimana yang ALLAH kurniakan pada ku. Dan, anugerah ini terlalu besar nilainya, terlalu berharga. Aku juga kini sedar, apa yang dimiliki oleh si A, juga apa yang aku miliki hari ini, bukan milik kami yang mutlak. Setelah aku terlupa tentang hakikat, segalanya milik ALLAH, kini aku tersedar. Biarlah kesilapan itu ku jadikan sempadan dan pedoman agar aku tidak mengulanginya lagi. Cukup besar nikmat yang ALLAH pinjamkan buat ku. Malangnya aku lupa bersyukur. Nauzubillah.. Astaghfirullah.

Kini, aku tidak lagi diburu cemburu pada si A kerana aku yakin ALLAH itu maha Adil. Dia memberi kepada ku apa yang tiada pada si A. Dan, si A diberikan apa yang tiada pada ku. Kerana itu manusia diciptakan untuk saling melengkapi. Kita tidak akan pernah ada segala-galanya. Harta, pangkat, anak segala-galanya milik ALLAH. Milik ALLAH yang dipinjamkan pada kita. Aku malu pada diri ku sendiri kerana silap dalam membuat penilaian.

**************

Hari ini, hati tersentuh.
Bergetar hatiku membaca kalam seorang insan.
Subhanallah.
Kalamnya bagai benar-benar lahir dari kolam hati.
Mungkin itulah Penulis sejati.
Menulis setulus hati.

wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Perjalanan itu..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini aku masih di sini. Di atas muka bumi ALLAH, menjalani kehidupan. Cuti sekolah, masih bersisa beberapa minggu lagi. Sepanjang sebulan yang lalu, diri ini menemani nenek tercinta. Puas. Meskipun bakti yang tidak setinggi mana. Dari Bangi, ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Segamat. Dari Segamat ke Kluang. Dan kemudian pulang semula ke Segamat, dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Mungkin insan lain melihat perjalanan ini, perjalanan yang kosong, tiada ertinya. Sekadar menaiki kereta api ke sana dan berbalik semula ke sini.

Tapi, itu tidak pada diri ini.Bagi diri ini, perjalanan itu mengeratkan kami. Diri ini dapat rasakan ukhuwah yang sememangnya sudah terpateri dengan aliran darah dan iman di hati. Biar orang memandang perjalanan ini sebagai perjalanan yang meletihkan. Tapi, bagi diri ini,
perjalanan ini lebih dari itu. Meskipun perjalanan itu telah berakhir, tidak bermakna aku tidak akan mengulanginya lagi. Semalam sudah berlalu. Detik bersama mereka tersimpan dalam kemas di hati. Suara yang memadahkan nasihat berharga, amanat yang murni tidak akan diri ini lupakan. Begitu juga tangisan anak kecil yang masih belum tahu berbicara, yang minta didukung. Suara-suara ini, akan terus hidup dalam hati ini. Diri ini pasti merindui detik-detik itu. Wajah-wajah comel kanak-kanak manja. Segalanya akan ku simpan kemas dalam hati ini. Kerana itulah pelengkap hidupku. Terima kasih, ya ALLAH. Atas nikmat yang selama ini tidak aku sedari kerana kelalaian ku.

Aniq :)

Alya :)

Affan :)


***********


wassalam..
Anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, November 26, 2010

Bermukim di bumi johor.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ALLAH masih memberi kesempatan buat diri ini untuk menikmati kehidupan di bumiNYA. Meninggalkan rumah, berangkat ke kota raya; kuala lumpur.Hati terhibur dengan keletah anak-anak ibu dan bapa saudara. Seusai dua tiga hari,berangkat pula ke teratak nenda di bumi Johor. Perjalanan masih belum berakhir, berangkat ke Kluang menaiki kereta api. Dan pengalaman inilah yang tidak akan saya lupakan, bersesak dengan orang ramai. Bukan tidak pernah menaiki kereta api, tapi pengalaman ini berlainan, kerana saya bukan lagi kanak-kanak kecil yang boleh menyelit di celah-celah orang ramai. Rimas. Tetapi, itulah pengalaman.

Satu jam lebih di dalam perut kereta api, memberi ruang buat saya menjamah pemandangan di sekitar. Ralit melihat bermacam ragam manusia. Ada yang berdiri sepanjang perjalanan, ada yang tidur mencangkung, ada juga terbaring dilantai gerabak beralaskan tikar nipis. Ada juga tidur berbantalkan beg baju. saya tahu itu semua bukanlah sesuatu yang luar biasa. Namun, menyaksikan keadaan itu, saya merasa bersyukur dengan setiap sesuatu yang saya nikmati. Melihat keadaan persekitaran membuatkan saya berfikir.

Di kiri dan kanan kereta api yang meluncur di atas landasan, pohon hijau melambai. Perjalanan di pagi hari, menyamankan. Titisan embun pagi masih membasahi dedaun hijau. Damai. Alhamdulillah, perjalanan di atas kereta api yang memakan masa lebih kurang satu jam lebih berakhir setelah kereta api tiba di stesen Kluang. Perjalanan yang bukan selalu dapat saya nikmati. Perjalanan yang singkat, tetapi memberi pengalaman dan kenangan tersimpan kemas di kotak hati.

Wallahu'alam
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, November 19, 2010

Menyoroti watak Amir Mukhlis

Saat diri dirundung perasaan putus asa, saya teringat karya ustaz A. Ubaidillah Alias, yang mengetengahkan watak Amir Mukhlis sebagai watak utamanya. Ada yang menggelarkan karya beliau sebagai karya yang 'jiwang' dan mempunyai elemen cinta yang teguh. Namun, saya tidak memandang karya itu pada penceritaan cintanya semata-mata, tapi saya memandang pada teladan, dan pengajaran serta ilmu yang sarat dalam karya beliau. Dengan itu, pembacaan saya tidak tertumpu kepada buaian perasaan-perasaan indah yang fana. Karya beliau menjadi bukti, sebuah novel itu mampu menjadi salah satu sumber ilmu. Ilmu kehidupan.

Bagaimana pada awalnya, Amir Mukhlis yang hidup dengan pelbagai alasan, dan dia membataskan dirinya untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang, yang akhirnya dengan bimbingan seorang guru, dia berjaya mencabar dirinya, sekali gus membuka ruang untuk dirinya menjadi seornag agamawan yang datang dengan bakat yang tersendiri. Apabila diminta menulis itu dan ini, ada sahaja alasannya. Apabila sudah berjaya dalam penulisan, dia diminta pula untuk melibatkan diri dalam pengucapan. Namun, sekali lagi dia beralasan. Itu dan ini. Menerusi watak Amir Mukhlis sekeping demi sekeping teladan ku kutip menjadi pengajaran jua sempadan.

Dalam mengharungi kehidupan, saya tertanya-tanya, adakah masih ada lagi lelaki seperti Amir Mukhlis, yang tinggi tekadnya, yang tegas prinsip hidupnya?

wallahua'alam
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Saturday, November 6, 2010

Tanggungjawab itu amanah



Setiap insan punya tanggungjawab yang terpikul di bahu masing-masing. Ada yang memandang tanggungjawab itu sebagai sesuatu yang boleh dibangga-banggakan. Ada yang memandang tanggungjawab sebagai sesuatu yang menyusahkan. Membebankan. Ada juga yang memandang tanggungjawab sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Pandangan manusia itu berbagai-bagai. Ada yang memandang dengan pandangan yang positif, ada juga sebaliknya.

Apabila dilantik menjadi seseorang yang berjawatan, yang berperanan besar dalam sesuatu organisasi, sering kali orang melihat itu sebagai sesuatu yang membanggakan. Tahukah dia nanti dia akan dipersoalkan tentang perkara itu? Biarpun sekecil-kecil tanggungjawab. Sebagai seorang manusia juga kita telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH. Kita juga nanti akan dipersoalkan tentang ke mana masa muda kita digunakan, untuk apa masa itu digunakan..? semua itu di dalam pertanggungjawapan kita. Kita buat, kita yang tanggung. Jangan anggap enteng soal tanggungjawab. Di sisi kanan dan kiri, ada yang mencatat. Bagaimana amanah itu dijalankan, telus atau tidak. Segalanya di dalam pemerhatianNYA.

Andai kita berseronok-seronok dengan amanah itu, pasti kita akan mendapat pembalasannya kelak. Andai kita tidak telus dalam menjalankan amanah tersebut, berlaku berat sebelah atau tidak adil dalam membuat keputusan, yang di kanan dan di kiri kitalah yang akan mencatatnya sebagai bukti di muka pengadilan ALLAH nanti. Andai kita menyalahgunakan amanah itu, kita juga yang mendapat habuannya. Tanggungjawab itu berat, tapi bukanlah tujuannya untuk membebankan. Jadi kita renungi semula tanggungjawab yang terpikul di bahu kita ini, adakah dimanfaatkan untuk Islam dengan sebaiknya, atau kita menyisihkan Islam bagi menjalankan amanah itu? Adakah dalam melunaskan tanggungjawab itu kita sentiasa mengingati ALLAH atau sebaliknya? Adakah tanggungjawab itu dilaksanakan berteraskan syariat ALLAH atau kita memandang enteng pada syariat yang ALLAH tetapkan? Dalam soal tanggungjawab yang memerlukan kita berkomunikasi dengan mereka berlainan jantina, adakah kita menjaga pandangan, hati dan kata-kata? Atau adakah sepanjang proses interaksi itu, kita selitkan dengan hal-hal remeh temeh sehingga pecah tawa dari kedua-dua belah pihak? Kita lihat hal itu sesuatu yang remeh, 'Ketawa je..' Persoalannya, ALLAH suka ke? Rasulullah ajar kita suruh buat semua itu? Apa yang paling penting dalam kehidupan kita adalah Redha dan Rahmat ALLAH. Dengan Rahmat dan RedhaNYA lah, kita masih bernyawa hari ini, dengan Rahmat dan RedhaNYA lah, kita berjaya hari ini. Jangan sombong! Ingat syariat yang ALLAH gariskan untuk kita dalam menempuh kehidupan hari ini. Ikut islam, kamu selamat. Tepuk dada, tanya iman. Aku juga sebagaimana kalian, punya kelemahan. Teguran ini ditujukan buat diri ini juga, yang sering lalai.

Kita lihat semula bagaimana hasil dari usaha kita menjalankan amanah itu? Hasilnya bergantung pada usaha. Baik usahanya, baiklah juga hasilnya. Kalau usaha diberkati, niatnya ikhlas, pasti hasilnya lumayan. Insya ALLAH.


wallahua'alam
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Friday, November 5, 2010

Dunia ini sementara


Kehidupan di atas muka bumi Tuhan ini umpama sebuah pelayaran. Pelayaran yang berhenti sebentar di sebuah pulau. Terdampar di pulau bukan sekadar tingkah kosong, sebaliknya, anak-anak kapal perlu mempersiap bekalan yang perlu dibawa ke destinasi seterusnya, destinasi yang abadi. Anak-anak kapal itu adalah kita. Kita yang diberi arahan oleh nakhoda untuk mencari, mengumpul bekalan secukupnya untuk dibawa bersama. Namun, kita terleka dan terbuai dengan keindahan pulau, sehingga kita lupa pada keindahan destinasi abadi yang kita tuju pada awalnya. Kita terpesong dari tanggungjawab kita yang fitrah. Kita ralit berseronok. Dunia bukan tempat untuk berehat dan berseronok!


"Muda hanya sekali, jom enjoy puas-puas. Dah tua nanti baru taubat.."

"Aku bukan tak sembahyang. Sembahyang aku tak tinggal, tapi hiburan pun tak pernah lepas.."

"Aku pakai macam ini sebab ikut trend. Yang penting, hati ada Iman. Ini semua luaran. ALLAH tak tengok luaran"

Kita menunaikan solat tidak sepenuh hati. Tunai solat tidak ikhlas kerana ALLAH. Tunai solat untuk jaga air muka, takut jiran atau kawan mengatakan diri kita seorang yang ingkar. Tunai solat kerana ikut-ikutan. Ibu bapa kita menyuruh kita solat, kita solat. Umpama pahat dengan penukul. Tidak disuruh, tidaklah dibuatkan. Inilah yang membuahkan kemungkaran di dunia. Kerana peranan solat itu mencegah diri daripada berbuat mungkar. Tetapi, apabila solat ditunaikan sambil lewa, kemungkaran jelas terjadi. Hidup tanpa matlamat yang jelas. Solat, ada yang memandang enteng. Kita tergesa-gesa menyahut panggilan majikan kita, guru kita, atau panggilan-panggilan dunia, tetapi kita sangat liat untuk menyahut panggilan azan. Lebih-lebih lagi azan subuh. Sudah terjaga, selimut ditarik semula. Mengantuk? Bukankah ALLAH sudah sediakan malam untuk berehat? Malam dihabiskan dengan menonton televisyen.

Kemudian, apabila ada yang menghina islam, kita berduyun-duyun datang membuat demonstrasi, bertakbir dengan suara-suara yang lantang. Apabila tiba waktu solat, kita lah dulu yang melelapkan mata. Penat. Bangga membakar bendera itu dan ini sebagai tanda protes, tapi menunaikan subuh sangatlah liat. Bagaimana musuh islam mahu gerun melihat umat islam. Sebaliknya, musuh-musuh islam berdekah-dekah ketawa melihat tingkah kita. Jauh dari agama, tapi ada hati mahu memperjuangkan agama. Kita berusaha pertahankan islam apabila ada yang menghina, tapi kita sendiri tidak beramal dengan agama yang haq ini. Beginilah hakikat umat manusia yang kian lari jauh dari landasan sebenar. Umat akhir zaman. Kiamat itu bila-bila masa sahaja. Wallahu'alam.

Dunia ini hanya sementara,
yang kekal di akhirat sana..
Pencarian kita di dunia,..
adalah sebagai bekalan kita di sana.,
Baik bekalannya, baiklah tempat kita..
Jangan kerana cintakan dunia,
kita lupa hakikat,..
kemewahan diburu, kematian digeruni..
ALLAH jauh dari hati..
Hidup bertunjangkan nafsu..
Tingkah tanpa agama,..
Hati semakin tidak kenal pencipta..
Bekerja seolah-olah dunia
ini wujud selamanya..
sedangkan janji Tuhan itu pasti,
kiamat akan terjadi suatu ketika nanti..
bila masanya, hanya Dia yang mengetahui..

wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar



Thursday, November 4, 2010

Mengubah diri untuk mengubah dunia.

Tatkala malam bertaut, hati ini gelisah. Entah apa yang bermain di benak ini, aku sendiri kurang pasti. Tetapi, aku tahu, pasti aku sudah melakukan sesuatu yang membuatkan diriku gelisah sendiri. Aku merenung seketika. Mencari di mana silapnya. Mencari di mana jengkelnya tingkah ku. Setiap sisi ku intip. Namun, sukar untuk ku temui. Sudah menjadi kebiasaan, kejelekan diri sendiri amat sukar untuk menjadi paparan kornea ini. Sebaliknya, kejelekan insan-insan di sekeliling amat mudah menjadi omelan. Kuman di seberang laut jelas kelihatan, sehinggakan gajah yang melintas di hadapan mata, tidak perasan. Itulah manusia, termasuk diri ini. Sesuka hati mengeluarkan kata-kata tentang itu dan ini. Menyombong diri menggalas tugas yang bukan miliknya. Sesuka hati menilai itu dan ini tentang insan-insan lain. Ya, mungkin insan itu telah membuka aibnya sendiri dan membuatkan kita berbicara tentangnya, tapi apalah salahnya ditinggalkan bicara sia-sia itu.

Apabila kita lihat dunia sekeliling, kita akui, begitu besar tanggungjawab selaku seorang hamba ALLAH yang telah diamanahkan menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH. Seisi dunia yang semakin jauh dari matlamat dan destinasi sebenar kehidupan. Kita berangan-angan mengubah dunia. Tanpa kita sedari ada satu tanggungjawab yang lebih besar daripada apa yang kita angan-angankan ini, mengubah diri kita sendiri. Mengubah dunia itu mungkin tanggungjawab yang sukar. Namun, mengubah diri sendiri adalah lebih sukar kerana manusia sukar untuk melihat kelemahan dirinya sendiri. Atas dasar itulah, ALLAH menciptakan manusia ini dengan berbagai-bagai sifat. Mungkin sifat yang ada pada si A, tidak ada pada si B. Kerana ALLAH mahu manusia ini hidup saling melengkapi. Saling membantu. Saling mengasihani. Saling menasihati. Penciptaan manusia yang punya kekurangan, bukan untuk dihina.

Untuk mengubah dunia, kita perlu mengubah diri. Dan untuk mengubah diri, adalah tidak semudah sangkaan kita. Kita diciptakan bersama keegoan, yang kadang-kadang meledak dan membuatkan kita tidak mahu atau sukar untuk menerima kebenaran. Teguran dan nasihat dijadikan medan untuk mencari siapa menang dan siapa kalah. Seboleh mungkin kita mahu memenangkan diri. Sedangkan tanpa kita sendiri, kelemahan kita itu nyata di mata insan-insan di sekeliling kita. Kita tidak mampu menjadi sesempurna Muhammad Rasulullah. Tetapi, siapa kata kita tidak boleh menjadi lebih baik? Selagi kita berusaha, insyaALLAH. ALLAH tidak akan menyia-nyiakan usaha hambanya. Bagaimana usaha kita, begitulah juga hasilnya. Wajarkah untuk kita membiarkan diri terus tenggelam di lautan dalam, sedangkan ada yang sudi menyelamatkan? Sudah ada yang memberi nasihat, kita pula yang menyangkal. Apa yang tertulis ini seolah-olah menyingkap kesilapan diri ku sendiri.

Dalam sujud cintaku
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


ya ALLAH,
saat aku terleka..
ingatkanlah aku dengan janji-janjiMU..
Saat aku terlena dibuai dunia..
bangkitkanlah aku..
Saat aku keasyikan dibuai cinta dunia..
rindukanlah aku pada wangian syurga..
Saat aku mencari-cari cinta sejati..
Cintakanlah aku pada DiriMU yang sempurna..
Saat aku kesedihan, dan mengharap pujukan insan,
pujuklah hatiku dengan sabda kekasihMU..
Saat aku kegelisahan,
berikan aku petunjuk
agar aku tidak terkapai-kapai
dalam pelayaran ini..
Saat aku melihat dunia itu indah..
ingatkan aku pada keindahan syurgaMU..
Didiklah hati ini, ya ALLAH.
Peliharanya dari penyakit-penyakit yang memamah tawadho'..
Peliharanya dari terjerumus ke lembah hina.,
Redhakan hati ini dengan setiap ketentuan MU..
kerana Engkaulah sebaik-baik penentu.
Engkau juga yang mendengar setiap rayuan hambaMU.
Amin.


Friday, October 29, 2010

Kalau bukan kita? Siapa lagi?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan kurniaanNYA, diri ini masih mampu mengharungi kehidupan yang tidaklah sesukar perjalanan kehidupan yang pernah dilalui para anbiya' dan para sahabat Rasulullah suatu ketika dahulu. Perjalanan yang mereka lalui lebih banyak getirnya. Bermacam-macam cubaan yang dilaksanakan musuh-musuh ALLAH dalam usaha menjatuhkan islam. Sehingga kini, kewujudan musuh-musuh Islam ini tidak dapat dinafikan lagi. Mereka masih lagi terus dalam usaha menjatuhkan agama ALLAH ini. Mereka tahu, seandainya mereka memerangi agama ini dengan senjata, mereka mungkin akan kalah. Mereka tahu berdasarkan sejarah. Bagaimana tentera Islam menempah kejayaan di dalam peperangan badar walaupun bilangan tentera yang jauh lebih sedikit berbanding tentera kafir quraisy. Mereka melihat dan membaca bagaimana pejuang-pejuang yang tidak takut mati untuk mempertahan agama. Namun, itu semua tinggal sejarah. Sekiranya, hari ini, untuk dibilang berapa ramai umat islam di dunia yang sanggup menggorbankan nyawa semata-mata untuk agama ALLAH, amatlah sedikit. Kerana, musuh-musuh agama ALLAH telah berjaya memesongkan mereka dengan bermacam-macam propaganda.

Pemodenan yang pada hakikatnya adalah pemusnahan, pengikisan agama dari hati-hati manusia. Remaja-remaja seolah-olah hidup bertuhankan hiburan. Hati menjadi lalai. Satu demi satu titik hitam wujud. Lama-kelamaan, hati semakin kelam. Hidayah semakin jauh dari diri. Remaja semakin tidak kenal siapa Pencipta mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara hanya tinggal ungkapan. Pemuda-pemudi kian hanyut di arus pemodenan. Mereka meninggalkan Islam, yang mereka sangka kolot, ketinggalan zaman. Sedangkan, lebih 1400 tahun dahulu, al-Quran merupakan kitab yang menerangkan penciptaan alam ini. Dan, ketika itu, manusia tidak mengerti tentang hakikat kejadian alam ini. Kalamullah menerangkan bagaimana penciptaan manusia. Kalamullah juga yang menerangkan kisah-kisah sejarah; ashabul kahfi, zulkarnain, kisah para anbiya' dan umat terdahulu. Adakah itu yang dimaksudkan ketinggalan zaman? Hari ini, manusia terhegeh-hegeh membuat kajian itu dan ini, mengenai perkara itu dan ini, hakikatnya al-quran telah memberitahu umat islam mengenainya 1400 tahun dahulu. Subhanallah. Itulah kebesaran ALLAH, yang menurunkan al-Quran sebagai tanda kekuasaanNYA, bagi mereka yang mengetahui.

Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai seorang muslim, dan dibesarkan dalam atmosfera islam, dan kita sepatutnya membuktikan kesyukuran itu dengan membawa diri ke arah muslim dan mukmin yang lebih baik. Bersyukurlah, kerana begitu ramai yang lahir sebagai seorang muslim, namun, di besarkan di dalam atmosfera jahiliyyah, jauh dari agama. Setiap anak itu, lahirnya sebagaimana fitrah, Islam. Anak-anak umpama kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya, menjadi majusi mahupun nasrani.

Islam rindukan pemuda sejujur Saidina Abu Bakar, pemuda seberani Saidina Umar Al-Khattab, pemuda sebaik Saidina Uthman, pemuda sebijak Saidina Ali, pemuda setangkas Khalid Al-Walid, pemuda sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk konstatinopel, dan pemuda sehebat Salahuddin al-Ayubi. Di sebalik setiap lelaki, pasti ada wanita. Islam juga merindui wanita setangkas Khaulah, yang berjuang umpama seorang mujahid di medan peperangan, wanita segigih Saidatina Khadijah, setia di sisi suami dalam susah mahupun senang, wanita sebijak Saidatina Aisyah, juga wanita setabah Fatimah Az-Zahra, yang menjadi ibu kepada ayahnya. Dan, yang pasti, islam rindukan insan-insan yang terbentuk dari acuan al-Quran dan sunnah. Siapa lagi yang mampu mengubat kerinduan islam ini, kalau bukan kita?

Mungkin ada yang menafikan, 'kita tidak mungkin meyamai mereka. Kita tidak mungkin jadi seperti mereka. Zaman kita dan mereka berbeza.' Mungkin tidak sehebat mereka, namun kita boleh membentuk diri kita dari acuan yang sama, al-Quran dan sunnah. Tidak sehebat mereka tidak mengapa, yang penting, ada usaha ke arah itu. Usaha ke arah membentuk peribadi yang lebih unggul. Dan, usaha ini tidak akan berhasil dalam sekelip mata. Sebagaimana Rasulullah memulakan dakwahnya beransur-ansur, begitulah pendekatan yang perlu kita laksanakan atas diri kita sendiri. Perlahan, dan berhemat. Diri kita juga akan menerima kejutan besar apabila kita memaksanya melakukan sesuatu dengan terburu-buru dan semua perkara dalam sekali gus. Diri kita akan beranggapan negatif dan akhirnya, segalanya terkulai. Hanya keazaman yang meniti di bibir, hati pula sebaliknya. Sedikit, tapi berterusan. Itu lebih baik, daripada banyak dan jarang dilaksanakan. Sedikit, sedikit lama-lama jadi bukit. Insya ALLAH. Segalanya bermula dengan niat kita. Bawalah diri kita menuju cintaNYA. Seruan dan ajakan ini, buat kita bersama. Kerana tiada sesiapa yang sempurna di atas muka bumi ini, melainkan KekasihNYA. Wallahu'alam.

wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, October 24, 2010

Keliru.


Assalamualaikum.

Diri ini akui, diri ini tidaklah sempurna, tidak juga sebaik wali-wali ALLAH, apatah lagi Rasulullah. Hanya Rasulullah manusia yang sebaik-baik akhlak. Diri ini juga akui, suatu ketika dahulu, dan mungkin saat ini, masih lagi bermukim sifat-sifat mazmumah di hati. Namun, jujur, tiada manusia yang mahu sifat mazmumah itu menjalar di dalam diri. Sudah pastinya, diri ini cuba menepisnya. Dan, sering kali juga diri ini kecundang. Aku mencari sinar hidayah yang kian sirna dalam kehidupan. Mencari bimbingan. Mencari tauladan. Jawapannya ada pada al-Quran dan sunnah Rasulullah.

Namun, diri ini tertanya-tanya, mengapa ada antara umat islam sendiri, yang mengetepikan al-quran dan Sunnah, malah ada juga yang mempersendakan al-Quran dan sunnah. Mengapa ada umat islam yang berbangga menganjurkan, festival fesyen yang digahkan sebagai festival fesyen yang islamic, namun, fesyen yang diperagakan amat bercanggah dengan syariat islam. Pemakaian fesyen-fesyen mendedahkan aurat di sebuah festival yang dicanang sebagai festival fesyen yang islami, yang turut dianjurkan oleh seorang yang beragama islam. Tidakkah seolah-olah insan ini telah mempersendakan agama ALLAH, mempersendakan kitab ALLAH, mempersendakan nabi ALLAH? Apa motif sebenar penganjurannya? Adakah mahu mempamerkan hakikat bahawa umat islam sudah semakin membangun, sehingga terlupa pada syariat islam sebenar dan membuat fatwa mereka sendiri tentang etika pemakaian yang menutup aurat? Banggakah kita apabila musuh-musuh islam yang mengenali islam, melihat umat islam semakin jauh daripada agama yang benar. Mengaku islam, namun perbuatannya, tingkahnya, tidak membenarkan apa yang diakui. Mengaku islam, namun, menafikan perintah menutup aurat menurut syariat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam kalamullah.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka (aurat), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dada mereka,...."
[surah an-Nur:ayat 31]

Di mana letaknya pemikiran waras insan-insan yang mengaku islam ini, namun merpersendakan islam. Sengaja atau tidak, itu bukan alasan. Seorang yang mengaku islam sebagai agamanya, menjadi tanggungjawab ke atas dirinya untuk mempelajari islam, mengenali islam. Apabila, kita tidak kenal islam, tapi, kita mengaku kita islam, inilah yang terjadi, kita sendiri mempersenda agaman Islam. Dan seteru-seteru Islam, bergelak tawa melihat kecetekan akal umat islam itu sendiri. Nauzubillah.

Semoga ALLAH mengampunkan dosa kita yang sering alpa dan semoga ALLAH melimpahkan hidayahNYA buat kita agar kita terus berada di atas landasan yang benar. Amin.



We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Wallahualam,
wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Thursday, October 21, 2010

Lukisan Rindu buat Kekasih ALLAH


Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya,
lukisan rindu yang terlantar di wajahku,
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih allah,
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipiku,
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu,
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat allah
Ku harapkan syafaatmu,
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah

Ku baca sirahmu,
Ku hayati kata katamu,
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat,

Ku andaikan diriku berada di sisimu,
Namun langsung ku terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..

Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna,

Ya Rasulullah.. Ya Allah..

Mengalir mutiara suci di pipiku,
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu,
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat allah
Ku harapkan syafaatmu,
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah



Ku baca sirahmu,
Ku hayati kata katamu,
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhwahmu dan sahabat,

Ku andaikan diriku berada di sisimu,
Namun langsung ku terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..

Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna,

Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya,
lukisan rindu yang terlantar di wajahku,
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih allah,
Walau kita tak pernah bersua



wassalam
yang merindui,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, October 17, 2010

Bicara kala senja

Senja mengambil tempat antara peralihan siang dan malam. Detik itu minda aku berteleku sendiri, merenung kembali tiap detik yang ku lalui sepanjang seharian bernafas di bumi tuhan. Segalanya ligat berputar di minda. Terpapar ibarat tayangan wayang gambar. Ada yang baik, ada juga yang sebaliknya. Sebagaimana fitrah insan yang sering alpa, begitulah diri ini. Berulang kali berbuat kesilapan. Senja ini, aku mencari pengertian dalam diri, agar kesalahan hari ini tidak berulang lagi.

Retina ini terus menjamah pemandangan indah saat mentari berlabuh. Indah sekali. Tentu Pencipta Alam ini lebih indah zatNya. Tiada yang setanding denganNya. MenyintaiNya, terlalu indah. Dan, bukan semua insan mampu menggapai cinta yang indah dan agung ini. Aku mencari-cari arah tuju untuk bertemu dengan cintaNya. Cinta hakiki.Cinta realiti. Bukan mainan palsu duniawi. Namun, setiap kali kaki ini melangkah mengurai kekusutan jiwa pasti ada yang tersimpul semula. Pasti ada yang menghalang. Ternyata halangan itu adalah syaitan laknatullah. Yang sememangnya sudah dinyatakan oleh ALLAH, tentang hakikat makluk yang dilaknat ini sebagai musuh utama anak Adam. Setiap kekejian yang terjadi di atas muka bumi ini, adalah atas hasil godaan dan didikan makhluk ini. Aku juga tidak terlepas daripada hakikat ini.

Segenap penjuru alam dimamah senja. Langit semakin kelam, mentari sudah menghilangkan diri, dan esok mungkin dia akan menjengahkan diri sekali lagi. Segalanya dalam aturanNya. Tiada sesuatu pun yang menyalahi sunatullah. Segalanya menurut aturan yang telah tercatat di luh mahfuz. Langit tanpa bertiang, teguh berdiri. Bintang-bintang menerangi malam menjadi petunjuk buat si musafir. Bulan merawat kegelapan malam yang gelap gelita. Namun, yang pasti, sampai suatu ketika nanti, segalanya-galanya akan musnah. Bintang-bintang berguguran. Gunung-ganang menjadi debu berterbangan. Langit akan tergulung. Segalanya akan terjadi sebagaimana janjiNya dalam firman yang diungkapkan dalam kitab suci yang diwahyukan buat penghulu sekalian ummah, Rasulullah s.a.w. Segalanya telah terungkap di dalam kitab agung itu. Hanya tarikh dan masa berlakunya hari kehancuran ini tidak diungkapkan. Yang pasti, hari itu akan hadir. Bila? Hanya Dia yang mengetahuinya. Dan, kerana itulah, perlunya untuk kita sentiasa bersedia untuk ke alam yang abadi. Beribadah seolah-olah tiada hari esok lagi untuk kita, dan dalam masa yang sama bekerja seolah-olah kita bakal menghuni dunia ini seribu tahun lagi.

Aku juga manusia yang berbuat khilaf. Adakalanya hati ini dimamah perasaan mazmumah. Adakalanya juga, hati ini terdetik untuk berbuat kesilapan. Hati ini sering kali dibungkam perasaan ingin menyintai. Dan, cinta yang diinginkan adalah cinta agung Pencipta. Namun, timbul berbagai-bagai persoalan di benak yang dalam. Bagaimana? Bisakah aku gapai cinta agung itu? Layakkah? Segalanya bermain di jiwa ini. Namun, aku yakin sepayah mana pun, pasti ada jalan untuk itu. Aku pasti. Di mana terlintasnya kemahuan, pasti ada penyelesaian ke arah itu. Insya ALLAH.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless

You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you`ll find yo
ur way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find
your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that sho
wed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find
the way




wassalam.
aku ingin mencintaiMU..
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar



Wednesday, October 13, 2010

PMR selesai, Dewan Peperiksaan Dunia masih dihuni.

assalamualaikum..

Alhamdulillah, medan peperiksaan yang menjadi wadah pertempuran buat beberapa ketika telah pun melabuhkan tirai. Kini, diri ini meneruskan kehidupan dalam dewan peperiksaan yang lebih besar. Dunia. Ya, dunia ibarat dewan peperiksaan. Dewan peperiksaan besar yang dihadapi oleh setiap manusia. Al-hasilnya bakal kita peroleh di akhirat nanti. Jangan sekali-kali disangka tiada lagi keperluan untuk menimba ilmu apabila sudah selesai peperiksaan. Sebaliknya, teruskan usaha mencari setitik ilmu daripada lautan ilmu ALLAH. Ilmu ALLAH terlalu luas. Ilmu ALLAH ada di mana-mana. Menuntut ilmu fardhu atas setiap muslim. Bagi menjamin sejahtera dunia mahupun akhirat. Bagi melalui peperiksaan besar (ujian dunia) juga perlunya ilmu.

Kita selalu menyiap siagakan diri untuk menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah peperiksaan itu apa tahapnya. UPSR, PMR mahupun SPM. Tidak pernah seseorang pun berbuat sambil lewa bagi menghadapi detik ini. Namun, manusia sering lupa akan hakikat diri yang berada di dalam dewan peperiksaan besar, yang nanti bakal menatijahkan hasil yang juga sangat besar ertinya pada diri. Dewan besar ini menjadi saksi atas setiap usaha. Hasilnya juga bergantung atas setiap titis keringat yang gugur. Sejauh mana dimanfaatkan masa-masa singkat di dewan gergasi ini, sebanyak itulah ganjaran yang diperoleh. Sebaik mana kualiti amalan diberi, sebanyak itulah pahala yang menanti.

Purata umur umat nabi Muhammad adalah antara 60-70 tahun, dan amatlah sedikit mereka yang melebihi daripada itu. Dengan umur yang hanya beberapa detik inilah kita berhempas pulas mencipta usaha di dewan dunia ini. Itupun, sekiranya usia kita menjangkau ke pertengahan abad. Setelah tiba masa dijanjikan, berangkatlah kita ke barzakh. Menanti detik mengutip setiap hasil daripada peperiksaan besar yang kita hadapi di dunia. Segalanya tergantung pada amal dan bakti. Tepuk dada, tanya selera, sejauh mana persediaan menghadapi peperiksaan besar (dunia) ini, adakah setanding dengan peperiksaan umum yang hanya menjanjikan kejayaan di dunia?

wallahu'alam
wassalam,
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Monday, October 4, 2010

PMR 2010

Assalamualaikum,.

Sekejap sungguh masa berlalu. Sedar ataupun tidak, esok Dewan Peperiksaan menanti kami, calon PMR 2010. Setelah aku berusaha sedaya upaya yang mampu, aku pasrahkan segalanya padaNYA. Cuma, yang aku bimbangkan, usaha ku belum cukup untuk membuahkan kejayaan. Aku tidak terkilan andai aku tidak memperoleh kejayaan itu kerana itu mungkin kifarah atau peringatan ALLAH atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Namun, yang aku bimbangkan adalah, aku akan mengecewakan hati insan lain. Kedua ibu bapaku, guru-guruku, keluargaku. Tapi, aku tidak akan pernah menyerah selagi slip keputusan PMR tidak berada dalam genggaman ku. Insha ALLAH. Berikan aku kekuatan, ya ALLAH.

Buat teman-teman, maafkan kesilapan yang ku lakukan sama ada yang disengajakan mahupun yang tidak di sengajakan. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Semoga kita beroleh kejayaan yang diberkatiNYA.

Buat guru-guru, maafkan kesilapan saya, cikgu. Halalkan ilmu yang cikgu berikan buat saya. Doakan yang terbaik buat kami. Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmatNYA.

Buat kedua-dua ibu bapa, kemaafan ku hulurkan, halalkan segala-galanya. Maaf sekiranya diri ini tidak mampu memberikan kejayaan untuk menggembirakan hati kalian. Maafkan diri ini.

Ya ALLAH, PadaMU ku pasrahkan segalanya. Tentukanlah yang terbaik bukan sahaja buat diri ini, malan buat kedua-dua ibu bapaku, agama ku dan kehidupan ku seluruhnya. Amin.

doakan yang terbaik buatku.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, September 26, 2010

Aku meniti hari tanpa dia.

Sebagaimana yang telah tertulis, aku meneruskan kehidupan tanpa dia. Aku terus memburu ruang buat menggapai redha dan cinta Pencinta Agung meskipun tanpa dia di sisi. Andai ada jodoh antara kami, aku bakal bertemunya lagi. Akan ku nantikan detik itu. Aku berusaha istiqamah dengan setiap amalan yang pernah aku lakukan tatkala dia setia di sisiku biarpun kini dia telah pergi. Terkadang aku terlepas pandang, dan aku kecundang. Namun, tidak bermakna aku tumbang. Aku usahakan seupaya mungkin meneruskan kehidupan. Lebaran ku raikan dengan penuh kesyukuran. Namun, terselit jua kesayuan mengenang dia yang pergi meninggalkan ku membawa janji pertemuan di tahun mendatang. Akan ku nantikan, namun takdir Pencipta tiada siapa yang mengerti. Aku pasrah.

Pakaian beraneka warna memeriahkan suasana. Saling bermaaf-maafan minta diampunkan salah dan silap keterlanjuran. Saudara mara, sahabat handai, datang berkunjung dilayan mesra, penuh dengan senyuman. Itulah paparan yang bermain di kornea mata saat takbir mulai bergema. Hari raya hanya sehari, namun sambutannya sepurnama lamanya. Duit raya dihulur buat si comel. Riang wajahnya menerima habuan berharga. Kegembiraan, keriangan tidak mampu kunafikan, namun, dalam masa yang sama, hati ini kegusaran. Bimbang andai aku tidak mampu membawa diri tanpa dia di sisi. Yang mampu ku lakukan, memohon darinya, agar aku diberi kudrat agar terus istiqamah dan tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang sebagaimana hari-hari yang kutempuh bersama-sama dia, Ramadhan yang dirindui.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.
selawat dan salam buat rasul junjungan,
juga ahli keluarga baginda,
dan para sahabat.
ya ALLAH,
Nikmat kurnia MU terlalu banyak untuk dihitung,
Anugerah MU tidak mampu ku ungkai satu persatu.
Dan aku, terkadang alpa dalam mengingati MU.
Ampunkan aku, ya ALLAH.
Ya ALLAH,
KAU Pemilik hati ini,
berikanlah hati ini ketenangan
agar dia sentiasa mengingati MU.
Tatkala hati ini dirundung kecewa,
tiupkan padanya semangat yang cekal
agar dia tidak berputus asa.
Ya ALLAH,
saat hati ini kedukaan,
tiupkanlah erti kesyukuran,
agar dia berhenti menangisi musibah yang menimpa dirinya.
Ya ALLAH,
saat hati ini gelisah,
Kau tiupkanlah ketenangan dan keyakinan
agar dia mampu bertindak menurut aturan yang benar,
di atas landasan yang benar.
selawat dan salam ke atas junjungan besar, rasulullah, ahli keluarga baginda
dan para sahabat baginda yang dimuliakan.
dan segala puji bag ALLAH Tuhan sekalian alam.
amin.

wassalam~
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Thursday, September 2, 2010

Lailatul qadar, malam yang dipenuhi keberkatan.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang masih memberi ruang buat kita untuk menghirup udara di atas muka bumi ini. Kita sudahpun memasuki fasa ketiga dalam bulan Ramadhan, yang mana dalam fasa ini, ALLAH menjanjikan kita dengan pembebasan daripada api neraka.

Pada malam-malam terakhir di bulan barakah ini, kanak-kanak yang mungkin belum memahami erti sebenar Ramadhan, riuh bercerita tentang hari raya, baju raya, kasut raya, semua yang raya-raya menjadi perbualan kanak-kanak riang. Tidak kurang hebatnya dengan remaja-remaja yang tidak melepaskan peluang menghadirkan diri ke surau, dan kemudiannya membuat halaqah 'swasta', entah apa yang dibincangkan, lagaknya seperti membincangkan perkara yang sangat rumit. Ada juga yang menjalankan agenda yang entah apa simboliknya pada syawal yang bakal menjelang. Apa lagi, kalau bukan bermain mercun. Itulah agenda utama mereka. Seronok agaknya mendengar bunyi dentuman mercun. Apabila sudah melecur muka, tangan, kaki baru tahu apa yang seronok sangat, beraya di hospital.

Inilah satu kebiasaan remaja-remaja islam apabila memasuki fasa ketiga Ramadhan. Pada fasa pertama, alhamdulillah, tarawih dilakukan lengkap dengan witir. Fasa kedua, tarawih masih dilakukan, tapi witir diganti dengan makan moreh. Fasa ketiga, Tarawih entah ke mana, witir diganti dengan dentuman mercun. Nauzubillah, moga kita terhindar daripada setiap sesuatu perkara tidak disukai ALLAH.

LAILATUL QADAR
Lailatul qadar. Malam takdir. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam inilah yang seharusnya kita cari. sebagaimana hadis dari Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari

"Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."


Dalam al-quran, ALLAH ada menyebut tentang lailatul qadar dalam surah al-Qadr.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

[surah al-qadr: 1-5]


Detik inilah yang sangat dinanti. Yang dicari-cari. Tiada siapa yang mengetahui tentang tarikh yang tepat bagi malam lailatul qadr ini. ALLAH tidak menyatakan dengan jelas bila lailatul qadr itu, tetapi terdapat tanda-tanda mengenainya.

  • Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

  • Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Wallahua'alam.
ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha penyayang, sangat menyayangi dan mengasihi hamba-hambaNYA. Atas rasa kasih itu, ALLAH menganugerahkan malam barakah ini, malam yang lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun empat bulan). Hidup umat nabi Muhammad, kebiasaannya antara 60-70 tahun. Justeru itu, ALLAH menawarkan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini buat seluruh umat Nabi Muhammad. Seandainya kita hanya mengharap pada amal yang kita lakukan sepanjang kehidupan yang kita yang hanya sejengkal cuma, tidak akan cukup untuk kita menggapai rahmat dan syurgaNYA, lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan umat yang terdahulu. Yang ditimpa pelbagai ujian, namun keimanan pad NYA tetap utuh di hati.

Rasulullah menggalakkan umatnya untuk mencari malam istimewa ini dan mengisi malam-malam terakhir di bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan sunat seperti berzikir, membaca al-quran, menunaikan solat tarawih, solah witir dan sebagainya.Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa, maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."


ALLAH merahsiakan tentang masa berlakunya lailatul qadar ini agar hambaNYA akan sentiasa menghidupkan malam-malam terakhir dalam bulan barakah ini tanpa bertumpu pada satu malam.

wallahua'alam
semoga kita bertemu dengan lailatuk qadar, malam yang dilimpahi keberkatan
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Monday, August 30, 2010

Aku takut untuk berpisah dengannya

Dia sudah memberi peringatan terakhir,
Detik perpisahan kian mendekat,
sedang kasih dan rinduku
masih belum terluah sepenuhnya...
Masih banyak yang mahu aku kongsikan dengannya..
terlalu banyak.
Aku mahu meluangkan malam-malamku bersamanya..
lebih-lebih lagi sepanjang detik-detik akhir ini.
Aku takut, andai aku tidak dapat bertemu lagi dengannya..
melalui detik bersamanya mengajar aku
erti lapar dan dahaga yang bukan pada zahirnya
semata-mata..
tapi, adalah sebaliknya.
Dia mengajar aku erti ketabahan melalui
bicara lapar dan dahaga yang diungkapkan..
Dia mengajar aku erti dugaan melalui
kehidupan yang aku lalui bersama dengannya
dalam tempoh sepurnama aku bersamanya.
aku takut kehilangan..
dia sering mengajak aku menuju redha Pencipta..
Masakan aku bisa melupakan dia begitu sahaja.
Tapi, lumrah insan yang diciptakan sering terlupa mahupun leka..
aku gusar, aku bakal hanyut setelah pemergiannya.
Aku bimbang, hati ini akan jauh dari Pencipta
apabila dia pergi meninggalkan diri ini.
Aku bimbang hati ini terbuai dengan rindu dan cinta duniawi.
Dia, ramadhan yang dirindui.

********

Ya ALLAH, kepada siapa lagi mahu ku pohonkan,
mahu ku bicarakan setiap kegusaran yang mengisi hati ini
kalau bukan pada MU.
ENGKAU mengetahui, mengenali hati ini
lebih daripada aku sendiri mengenal hati ku..
kerana ENGKAU lah Pemilik hati ini.
Aku ketandusan kata tatkala hati ini
dibuai perasaan fitrah bagi insan biasa.
Aku tidak mampu mengungkap
bicara, meluahkan rasa yang tertanam di jiwa.
Tapi, aku yakin ENGKAU mengetahui segala-galanya.
Tak perlu aku khabarkan apa yang bermain di benak ini,
pasti ENGKAU lebih mengerti.
Saat hati ini menginginkan pujukan,
aku bimbang, hati ini terbuai dengan pujukan palsu..
aku gusar andai bukan janji-janjiMU
yang mengisi kekosongan hati ini.
Aku berharap pada MU, ya ALLAH..
Tuhan sekalian alam..
Jauhkanlah aku dari cinta makhluk
yang tidak bertunas daripada kecintaan padaMU..
Jauhkan aku dari merindui mereka yang bukan hak buat ku.
bantulah hamba MU ini.



wassalam.
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sesungguhnya, hati ini milik ALLAH.
Dan hanya dengan mengingatiNYA sahaja hati akan tenang.

Thursday, August 26, 2010

Hadapi ujian ALLAH dengan mendekatkan diri pada DIA

"Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk." ALLAH menimpakan ujian atas kita dengan sedikit perasaan takut terhadap musuh. Kadangkala, ALLAH timpakan ujian atas kita dengan memberi kita kelaparan, sebagaimana yang sedang kita lalui saat berpuasa di bulan ramadhan. Tipu andai kamu tidak merasai kelaparan itu. Manusia pasti akan merasai kelaparan. Namun, ada antara mereka yang beriman itu merasai kemanisan berpuasa itu lebih daripada kelaparan. ALLAH juga menimpakan ujian atas kita dengan kekurangan harta benda, kemiskinan. Ini bertepatan dengan firman ALLAH,

Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [155] (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali." [156]
[surah al-Baqarah: ayat 155-156]

Seringkali kita mengira kecelakaan, kemudaratan, kehilangan itu sebagai ujian dari ALLAH. Ya, memang semua itu merupakan ujian daripada ALLAH. Tetapi, kita jangan lupa pada kesenangan, kegembiraan yang kita kecapi. Ini juga ujian daripada PENCIPTA. Kalau dalam menghadapi ujian berbentuk kehilangan, kemiskinan, kita perlu sentiasa tabah dan sentiasa memohon perlindungan agar kita dijauhkan daripada perbuatan mensyirikkan ALLAH. Kerana, kemiskinan itu adalah salah satu kunci untuk kita mensyirikkan ALLAH. Begitu juga dalam berdepan dengan ujian yang berupa kesenangan, kita perlu sentiasa memohon agar petunjukNYA sentiasa memenuhi ruang hati kita agar kita mampu membezakan antara yang hak dan yang batil. Kita juga perlu sentiasa memanjatkan syukur atas setiap kesenangan yang dikurniakan ALLAH. Malah kita perlu sentiasa beringat bahawa kesenangan itu kurniaan ALLAH dan kepada ALLAh jugalah setiap perkara itu kembali.

"Jadikan sabar dan solat sebagai penolongMU. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
[surah al-baqarah: ayat 45]

Ujian itu menimpa sesiapa sahaja, mengikut kemampuan seseorang individu itu. ALLAH mengenali hambaNYA. DIA juga tahu sejauh mana hambaNYA mampu bertahan dan menghadapi ujian itu. ALLAH juga sesekali tidak akan meletakkan sesuatu bebanan yang tidak terdaya buat hambaNYA untuk memikulnya. Setiap ujian itu pasti disertakan dengan hikmah.
Hikmah itu juga pasti bakal tersingkap buat mereka yang bersabar.

Dalam melalui ujian, pasti kita tidak terlepas untuk mengadu pada seseorang. Dan manusia seringkali tersilap langkah, lantas menjadikan teman sebagai tempat mengadu. Sedangkan, ALLAH yang memberi kita setiap ujian itu, dan sudah pasti sewajarnya kepada DIA lah kita adukan segala-galanya biarpun DIA lebih mengetahui segala-galanya. Kenapa mesti kita mendahulukan makhluk daripada PENCIPTA? Sedangkan kita tahu ALLAH yang berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada salahnya untuk mengadukan perihal itu dan ini pada teman, tapi diriku belajar dari pengalaman. Pengalaman yang aku lalui mengajar aku sesuatu. Apabila aku adukan sesuatu pada teman, adakalanya teman yang juga manusia yang tidak terlepas daripada berbuat khilaf, mengeluarkan tutur kata yang memeritkan hati yang sememangnya sedang melalui saat duka. Sebaliknya apabila segalanya kuadukan pada sang PENCIPTA, hati ini mengecapi ketenangan. Aku beroleh hikmah di sebalik ujian yang menimpa diri. Subhanallah. Aku tidak menafikan peranan sahabat dalam kehidupan, Rasulullah sendiri punya sahabat yang sama-sama berkongsi suka dan duka dengan Baginda. Tapi, ingatlah ujian itu datangnya dari ALLAH. Kepada ALLAH lah wajar kita adukan segalanya terlebih dahulu. Jangan singkirkan ingatan kita pada PENCIPTA dalam melalui kehidupan.

Dengan mengingati ALLAH, hati akan tenang.
Peringatan ini juga buat diri ini yang tidak terlepas dari berbuat kesilapan.
wallahu'alam
wassalam
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Aku tidak mahu berpisah dengannya.

Pertemuan singkat aku dan dia,
kian menghampiri detik perpisahan..
Aku pasti, aku bakal merinduinya,
Dia juga berjanji untuk menemui ku setahun lagi,
tetapi, takdir TUHAN tiada siapa yang tahu,
Andai DIA masih mengizinkan,
dapatlah aku bertemu dia di tahun akan datang,
Tetapi, andai takdirnya bukan begitu,
inilah pertemuan terakhir
antara aku dan dia.
Aku akan merinduinya.
Aku pasti terkenangkannya.
Kehadirannya memberi aku nafas buat ku
untuk tabah melalui kehidupan.
Hadirnya ditemani ujian
mendidik hatiku untuk dekat dengan PENCIPTA.
Alangkah ruginya, andai setelah dia pergi meninggalkanku,
aku masih tidak beroleh rahmat ALLAH.
Aku tidak mahu berpisah dengannya.
Kerana dia sering mengingatkan aku
pada kasih dan rahmat PENCIPTA buat hambaNYA.
Aku akan rindukan dia.
Aku akan rindukan dia.
dan, aku tahu,
sejauh mana pun rinduku pada dia,
rinduku pada PENCIPTA
perlu lebih dari itu,
kerana hakikat segala-galanya ada pengakhirannya
kecuali DIA.
DIA tetap ada.
Sentiasa ada.
Kerana itu, rindu itu layak untuk DIA.
DIA yang maha pengasih
lagi maha penyayang.
Ya ALLAH, semoga pertemuanku dengan dia,
memberi ku nafas baru untuk
membawa diri menuju redha MU.
Aku akan merindui dirimu,
Ramadhan.

anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Tuesday, August 24, 2010

Kekasih yang dirindui

Kerinduan yang ku pendam setahun lamanya,
akhirnya terlerai jua..
kehadirannya menyunting semangat buat diri ini,
untuk mendidik hati, dan terus mendekatkan diri pada Pencipta..
Kekasih yang dirindu itu bertandang,
dan sudah pasti punya onaknya dalam berkasih..
kutabahkan hati agar mampu terus menyintai Pecinta
juga dia yang sering mengingatkan aku pada cinta dan rahmat ILAHI..
Aku tahu, sedalam mana pun cintaku pada dia,
cinta yang lebih utuh perlu aku semaikan buat Pencipta..
Syukur, kerana kehadirannya sangat membantu diri ku untuk
dekat dengan Pencipta.
Dia sering mengingatkan ku, agar bangkit di tengah malam
mencari cinta Pencipta melalui panggilannya.
Dia juga sering mengingatkan ku tentang rahmat Sang Pencipta
dengan kelebihan-kelebihannya..
Kehadirannya sangat aku rindui..
dan kerinduan ini masih belum terubat sepenuhnya,
meskipun dia sudah memaklumkan bahawa hanya tinggal separa
purnama lagi untuk aku dan dia bersama..
Aku tidak tahu apa yang mampu aku ungkapkan
melainkan kalimah rindu.
Penantian itu satu penyeksaan.
dan kerana itu, aku tidak mahu menyia-nyiakan penantian itu..
Aku memanfaatkan waktu bersama dia untuk lebih dekat dengan pencipta,
Aku manfaatkan waktu bersama dia untuk sentiasa berusaha menggapai cinta Pencipta.
Terima kasih, ya ALLAH
kerana menemukan aku dan dia..
Dia yang memberiku peringatan demi peringatan tentang rahmat dan kasihMU..
dialah, kekasih yang dirindui..
Semoga pertemuan singkat antara aku dan dia,
mampu mendidik hati ini,
dan menatijahkan perubahan besar dalam diri..
Dia, Ramadhan yang dirindui.

anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Ramadhan sebuah madrasah

Begitu pantas masa berlalu ramadhan yang kurasakan baru sahaja membuka tirai sudah berlalu hampir separa purnama. Subhanallah. Terdetik di hati ini, sudahkah aku memanfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini? Cukupkah amalan ku dalam mengimarahkan malam-malam ramadhan?

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Apabila ditanya, "Apa yang kamu mahukan di bulan barakah ini?" Jawapan yang dituturkan pasti menginginkan rahmat dari NYA, keampunan dari NYA dan pembebasan daripada api neraka. Persoalannya, sudah cukupkah setiap amalan yang kita lakukan untuk memperoleh itu? Atau adakah sekadar terlafaz di bibir dan pengharapan di hati tanpa sebarang tindakan? Ramadhan datang cuma sekali. Ya, Ramadhan bakal bertandang sekali lagi di tahun hadapan, namun adakah kita masih diberi ruang olehNYA, untuk melalui Ramadhan yang bakal mendatang? Takdir ALLAH, tiada siapa yang mengerti. Sudahkah kita tinggalkan perkara-perkara yang tidak sewajarnya agar kita beroleh ampunanNYA? Atau kita masih menjadikan perkara-perkara itu sebagai amalan? Jawapannya terletak pada diri kita, sejauh mana kita mendidik nafsu. Rasulullah SAW bersabda;

"Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Ramadhan itu umpama madrasah. Madrasah bagi mendidik nafsu. Dengan nafsu yang terdidik di bulan barakah inilah kita meneruskan perjalanan di atas bumiNYA. Berbuat baik bukan hanya pada bulan ramadhan, sebaliknya Jadikan bulan ramadhan itu satu permulaan untuk kita membuat perubahan dalam diri kita dengan mendidik nafsu dan memperbanyak amal. Malahan, amal yang dilakukan haruslah dilakukan berterusan mengikut kemampuan kita. Ramai antara kita yang mengira bahawa, amalan-amalan sunat, seperti bersedekah, hanya dilakukan dalam bulan Ramadhan. Dan ada juga yang menyangka, hanya dalam bulan Ramadhan kita wajar menjauhi dosa dan maksiat, dan pada bulan-bulan yang lain kita tetap melakukan perkara-perkara yang lagha. Di sinilah kesilapan kita. Ramadhan itu sepatutnya menjadi wadah buat kita untuk menyedari rahmat ALLAH yang terlalu luas, dan ini menjadi salah satu detik permulaan untuk kita mengubah diri dan mendidik nafsu serta memantapkan iman.

peringatan ini buat diri ini yang juga kadangkala terlupa..
wallahu'alam
wassalam
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, August 22, 2010

Jangan cemarkan cinta..

Assalamualaikum..

Segala puji bagi ALLAH masih sudi memberi ruang buat diri ini untuk menghirup udara di atas muka bumiNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah yang dimuliakan. Segala puji bagi ALLAH juga yang masih memberi ruang buat kita untuk menjalani ibadah puasa di bulan barakah ini. Alhamdulillah...

Entah apa yang mendorongku untuk mengungkap persoalan cinta. Mungkin hati ini tidak tega melihat remaja hari ini yang kian hanyut dibuai cinta palsu dunia yang hanya melalaikan. Remaja yang juga teman dan saudara seagama ku sendiri. Ada yang bakal mengungkapkan kata "biarlah, dia bukannya ganggu sesiapa, dia couple je.." Ya, mungkin dia tidak ganggu sesiapa. Tapi, dia telah mencemarkan cinta itu sendiri, yang hakikatnya sangat indah, sangat mahal harganya, dan disebabkan itulah, cinta itu tidak bisa dilampiaskan buat yang bukan haknya. Persoalan yang masih belum ku temui jawapannya, " kenapa couple ? " Puas ku mencari di mana keperluannya untuk berkasih sebelum mengikat janji yang sah, janji yang diiktiraf di sisi islam. Bukan janji-janji manis yang akhirnya memakan diri. "Mungkin mahu dikasihi, mungkin mahu disayangi, mungkin juga mahu dilindungi..." Itu jawapan yang aku simpulkan sendiri. Andai mahu dikasihi, dan disayangi, mengapa tidak mengharapkan kasih dan cinta ALLAH yang Agung. Kenapa membina harapan palsu pada sesuatu yang fana? Yang sudah pastinya lambat laun bakal dibelit duka. Kerana..

"Cinta pada bunga, bunga akan layu.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada ALLAH, cinta yang kekal abadi."

Dan, andai pelindung yang dicari, kenapa seseorang yang bukan haknya dijadikan sebagai pelindung? tidakkah ia menjadi perosak diri sendiri? Tidak cukupkah ALLAH, sebagai pelindung? "Apa yang kamu harapkan dari sebuah hubungan yang terikat pada janji yang tidak diiktiraf islam (couple)? " satu lagi persoalan yang mengisi kotak minda." Adakah keseronokan?" Kamu akan memperoleh keseronokan, keseronokan dunia yang pasti suatu masa nanti bakal punah kerana dunia itu sendiri sementara, inikan pula yang di dalamnya. Aku mengerti fitrah manusia, yang aku juga tidak lali dari fitrah itu, Islam juga tidak pernah menyuruh kita membunuh sesuatu yang fitrah itu. Sebaliknya, sandarkanlah rasa kasih, cinta dan sayang itu kepada yang Maha Menyintai, justeru kamu tidak akan pernah kecewa.

sahabat, aku mengerti fitrah hatimu..
aku tidak mampu menafikan aku juga merasainya..
kerana ia fitrah..
Fitrah makhluk bergelar manusia
yang punya perasaan..

Pintaku, jangan kamu cemarkan keindahan
cinta itu dengan kepalsuan dunia..
Pintaku, jangan biarkan cinta mu itu
dilampiaskan buat yang bukan menjadi hakmu..

Andai tiada cinta adam buat mu, duhai hawa..
Cukuplah kamu menyintai ALLAH..
yakinlah pada janjiNYA,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga) "
[Surah An-nur, 26]

peringatan ini buat diri ku yang juga manusia biasa yang punya khilaf.
wallahu'alam
wassalam
anaqi.norsyafiqahsaifulanuar