Saturday, September 24, 2011

Kolot?

Asslamualaikum.

Alhamdulillah, semalam sewaktu kaum adam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, saya dan beberapa orang sahabat berkesempatan untuk bertemu dengan Ustazah Wan Adibah. Pertemuan yang semestinya bukan sekadar berbual kosong, tapi perbualan yang penuh dengan pengisian rohani. 

"Kalau kita tegur, ada yang kata BADAR ni kolot. Nak buat itu, tak boleh. Nak buat ini, tak boleh.." salah seorang sahabat menyuarakan suatu hakikat.

"Kita tak boleh nak kata hukum Allah tu kolot. Allah tetapkan macam tu bersebab. Lelaki, perempuan. Bukan tak boleh berbincang.Boleh. Tapi, hal yang perlu, yang mustahak. Kalau boleh elak, elakkan. Islam sangat menjaga pergaulan lelaki dan perempuan. Allah yang ciptakan manusia, Allah-lah yang paling kenal dengan manusia itu. Sebab itu, hukum Allah-lah yang paling tepat. Kita perlu menilai semua perkara berdasarkan neraca Allah. Bukan neraca kita yang dah tentunya, hanya berdasarkan pemikiran yang cetek." Panjang lebar ustazah menerangkan. Kami mengangguk-angguk tanda mengiyakan bicara Ustazah Wan Adibah.

Pukul 2.00, kami bersurai meneruskan agenda masing-masing.

"tak rugi pergi.."

********

Pulang ke rumah, saya masih berfikir persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya semasa pertemuan singkat bersama Ustazah Wan Adibah di bilik KKQ. 

"kenapa hukum Allah dikatakan kolot?"

"Orang kata islam kolot. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Hakikat sebenarnya, Islam itu agama yang paling syumul. SEMPURNA! Dalam setiap tindakan, dalam setiap perkara pasti ada panduan dan garis panduannya. Hari ini, apabila ada yang merasakan kolot, adalah hasil dari usaha satu pihak, musuh Allah. Mereka menanamkan hiburan dan keseronokan tanpa batasan dalam diri umat islam. Mereka terapkan dan didik umat islam dengan pergaulan bebas. Tanpa batasan. Sehingga umat islam sendiri hanyut dalam kepalsuan yang dicipta oleh musuh Allah. Musuh Allah berjaya melalaikan umat islam hingga ke sekecil-kecil perkara. Dan, akhirnya syariat Allah dirasakan berat untuk dipegang, kerana sudah terbiasa didedahkan dengan hal yang sebaliknya. Nauzubillah."


"Lelaki perempuan tak ada masalah berdua-duaan. Prinsip inilah yang diajar oleh musuh Allah kepada kita, umat islam. Lelaki perempuan tak ada masalah untuk bersenda gurau. Couple satu trend masa kini. Hal itu tak nampak salah pun di mata masyarakat. Semua itu didikan musuh Allah. Sehingga kita menjadikan hal itu sebagai satu 'adat'. Dan, kita mengetepikan syariat kerana 'adat'."

Bukan meletakkan kesalahan mutlak kepada musuh Allah. Semuanya kembali pada kita. Kita tidak cukup kuat untuk menangkis hal-hal negatif dari luar. Iman kita belum benar-benar kukuh. Iman menimbulkan ketegasan. Ketegasan kepada diri untuk sentiasa berpegang dengan syariat Allah dan mengajak seluruh manusia untuk turut serta menjadikan syariat Allah sebagai pegangan hidup. Amar ma'ruf nahi mungkar. Tanggungjawab seluruh muslim.


Kita perlu mengukur kehidupan kita, menilai kehidupan kita berdasarkan neraca Allah, bukan neraca kita sendiri yang tentunya berdasarkan pemikiran kita yang cetek.

Wallahu'alam..
kalau salah betulkan..
wassalam.
norsyafiqahsaifulanuar


Monday, September 19, 2011

ehh.. dah nak pukul 12!


Baca doa.
Ayat kursi.
Al-ikhlas,
Al- falaq,
Al-nas.
dan, 
tidur.

Manusia perlukan tidur.
kerana, kita manusia.
bukan malaikat.
Selamat malam.
Assalamualaikum.

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Thursday, September 15, 2011

Iman menjadi paksi..

Mentari petang berselindung di sebalik timbunan awan mendung. Langit yang tadinya cerah disimbah cahaya mentari, mula pudar warnanya. Semakin kelabu. Namun, keindahan masih terpancar. Ciptaan Ilahi. Siapa mampu menafikan keindahannya. Merenung jauh. Entah ke mana pandangan ini dilayangkan. Angin yang mengelus lembut wajah meredakan kekusutan minda yang entah puncanya dari mana. Jasad memerhati langit ilahi. Atma mencari satu pengertian hakiki. 'Bukan senangkan, nak berubah..?' Atma menyoal. Minda berteleku. Bukan mencari jawapan. Tapi, menyingkap makna. 'Nak ubah orang, susah.. Nak ubah diri sendiri lagilah susah..' Minda melontar jawapan. 'Ya, bukan mudah. Fitrah manusia, tak mampu melihat kelemahan pada diri kita sendiri. Yang kita mampu lihat, hanya kekurangan di pihak lain.' atma terus melayan emosi. Dibuai angin petang, sambil melihat kebesaran Ilahi, tenang rasanya. 'Sebab itu adanya tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar. Ajak buat baik. Cegah buat jahat. Walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Dari yang kecil, munculnya yang besar. Sebagaimana yang diungkapkan dalam pantun melayu,

Siakap senohong, gelama ikan duri..
Bercakap bohong, lama-lama mencuri..

Pendek. Ringkas. Membawa makna. Bohong sikit-sikit. Lama-lama terbiasa. Akhirnya membawa kepada dosa yang lebih berat.' minda membalas panjang. 

 Apapun dalam dunia ini, semuanya kembali pada Iman. Keimanan kepada Allah yang menjadi paksi untuk kita, sama ada kita akan menyusur jalan yang lurus atau sebaliknya. Iman membuahkan cinta. Cinta kepada Rabb. Cinta kepada keluarga, saudara dan sahabat. Cinta kepada seluruh umat manusia. Cinta kepada kebaikan dan ibadah. Iman membawa persaudaraan yang dilimpahi kasih. Apabila bersahabat kerana Allah, segalanya terasa indah. Iman menimbulkan ketegasan dalam diri untuk menolak kemungkaran. Kecekalan dan istiqamah, mampu digapai dengan meletakkan iman sebagai masdar dalam kehidupan. Setiap yang dilakukan, setiap yang berlaku diukur dengan neraca Allah. Cinta, kasih, ketegasan, istiqamah dan kecekalan datangnya dari iman. Kerana itu, iman perlu dimantapkan sebaik mungkin supaya kita mampu membawa perubahan bukan sahaja dalam diri kita sendiri, malah dalam diri mereka yang berada di sekeliling kita. Semuanya kerana iman. Iman tulang belakang sebuah kehidupan yang diberkati. 

Kita tidak mungkin untuk menjadi sempurna. Iman teguh. Tanpa ada turun naiknya. Kita hanya manusia biasa. Refleksi iman kita setiap masa. Bagaimana keadaannya. Bekerjakah ia, atau mungkin tumbang,  tewas di tangan nafsu? Tepuk dada, tanya iman. Iman penggerak perubahan ummah. ;)

wassalam,
norsyafiqahsaifulanuar

Sunday, September 11, 2011

SINERGI!

Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga.
 Assalamualaikum..

Selesai. Sinergi. Tamat. Tersentuh hati membaca kisah yang dibawakan oleh Hilal Asyraf, salah seorang penulis di laman sesawang, langitilahi.com. Kisah persahabatan yang dicoret indah berpaksikan iman semata-mata. Formula dalam perhubungan sesama manusia; "Hubungan aku dengan manusia lain, adalah tanggungjawab aku kepada Allah. Hubungan orang lain dengan aku, adalah tanggungjawabnya dengan Allah."


Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan. Dua nama yang diibaratkan umpama kembar di bumi Jordan. Sentiasa bersama. Saling memahami. Persahabatan utuh. Semuanya kerana Iman. Ya, iman adalah hal yang diulang sebut oleh penulis dalam novel ini. Mengukuhkan keimanan merupakan output yang diharapkan daripada karya ini! Kurang mengangkat kisah percintaan, sebagaimana penulisan-penulisan lain. Segalanya berkisar tentang ukhuwwah murni yang menyatukan jiwa-jiwa. Dan segalanya punya perkaitan dengan yang namanya, IMAN. Tanpa kenal putus asa, Irfan Hakimi berusaha membawa perubahan dalam diri setiap insan di sekelilingnya.

Firman Allah;

"Sesungguhnya,  engkau tidak memberikan  hidayah kepada sesiapa yang kau cintai, tetapi Allah-lah juga memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.." (al-Qasas :56)

Penulis juga membawa peringatan buat kita mengenai senjata kita yang paling ampuh, DOA. Seringkali, kita terabaikan senjata yang satu ini. Senjata yang tidak dimiliki mereka yang bukan beragama Islam. Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Doa sebagai langkah awal dan akhir, berterusan dalam satu proses pentarbiyahan pembentukan peribadi.

"Sinergi.. Luar biasa," 

Wassalam.
norsyafiqahsaifulanuar.

SINERGI!

Dua orang yang bersama-sama, mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada dua orang mampu lakukakan, sesuatu yang luar biasa. Itulah maknanya SINERGI! 1+1=3, bukannya 2.. 
-Hilal Asyraf-



Sinergi, hasil karya Hilal Asyraf. Berkait dengan persahabatan yang berteraskan keimanan. Membawa kepada penghasilan yang luar biasa kepada masyarakat sekeliling. Sangat menarik! Masih dalam proses pembacaan.

Wednesday, September 7, 2011

Jahatnya saya..

Kata-kata itu. Menyakitkan. Tapi, kerana hormat. Saya diamkan. Saat saya berdiam sendiri. Terbit di hati.

"Sekarang kamu sakit hati kerana orang lain. Inilah yang orang lain rasa saat dia terasa hati dengan kamu.."

Renungan kosong. Langit petang yang mula menapak senja menyaji pandangan. Indah. Keindahan itu serba sedikit meredakan hati yang gundah dan lelah. Lelah dengan sikap manusia.

"Jangan cepat melatah! Lihat bagaimana Rasulullah. Diherdik itu dan ini, tetap teguh dengan tawakalnya pada Allah. Tetap berdiam diri tanpa membangkitkan dendam."

Kita mengeluh kerana bermacam-macam ragam orang yang kita hadapi. Tapi, pernahkah kita fikir tentang mereka yang terpaksa berhadapan dengan ragam kita. Kita tak mampu nak nilai diri sendiri, kan..? Kita bukan tahu macam mana orang lain nilai kita. Kita sibuk saja mengeluh itu dan ini tentang orang itu dan ini, tapi, kita lupa yang kita sendiri pun ada kelemahannya. Sama seperti dia.

klikuntukgambarBESAR!

Semua manusia sama. Masing-masing melakukan kesilapan. Sama ada sengaja atau tidak. Kita penat melayan karenah orang lain. Begitu juga orang lain yang terpaksa melayan karenah kita. Apapun terjadi pada diri kita, berbalik pada diri kita kembali. Apa yang terjadi, sama ada semalam, hari ini, mahupun esok merupakan ujian dariNya dan satu bentuk teguran dariNya buat diri kita. Allah sedang berbicara dengan kita.
Apabila kita terasa hati, renungi bagaimana perbuatan kita pula terhadap orang lain..

"Jahatnya saya... :("


Tuesday, September 6, 2011

Penat?

Majalah solusi edisi ke-33 masih tidak berganjak dari tempat pertamanya sejak majalah tersebut menjadi pemilik pembelinya. Tidak disentuh. Cahaya matahari petang yang samar-samar kelihatan di tingkap yang menjadi pelengkap bilik tidur sederhana besar itu. Penghuninya masih melayan perasaan di atas katil. Merenung siling bilik. Kipas ligat berputar. 

"kau tak penat ke, kipas?," ujar si penghuni perlahan.

"Penatlah. Tapi, aku boleh buat apa. Dah memang tanggungjawab aku," jawapan meluncur laju dari mulut si penghuni bilik. Senyuman tipis terpamer di wajahnya. Sendiri tanya sendiri beri jawapan.

Seketika kemudian, senyuman di bibirnya larut ditelan pelbagai emosi yang bercampur baur di lubuk hati. Sejak akhir-akhir ini, dia sering mengenepikan hal-hal yang selama ini sangat diutamakan. Setiap perkara yang selama ini amat dititikberatkan tidak diambil pusing. Malah, dia melihat semua itu sebagai sesuatu yang ringan. Atas sebab itulah, dia sering menangguh setiap hal. Sering termenung. Mencari jawapan, mungkin. Tapi, jawapan untuk apa? 

"Kau tak penat ke kipas?,"  

soalan yang lahir dari bibirnya tadi terngiang-ngiang di telinga. 

"Penatlah. Tapi, aku boleh buat apa. Dah memang tanggungjawab aku," 

Jawapan yang dia sendiri berikan juga kembali ke ruang ingatan. Tangannya mengurut dahi. 

-'Rehat? Itu ke yang aku cari selama ini?aku jadi macam ini sebab aku nak rehat? Atau aku dah terlalu lelah untuk segalanya?' 


+'Ya. Kamu mungkin penat. Lumrah manusia yang berasa lelah. Atau mungkin juga, naluri kamu yang memberontak, mahukan hiburan. Siang, malam sekadar memenuhi tanggungjawab.'


-'Salah ke untuk aku berehat. Cuma sekejap. aku mahu melupakan semua ini. Tidak mahu berfikir tentang itu dan ini.'


+'Terpulang. Segala yang tertanggung di bahu kamu itu nanti, kamu sendiri yang jawab.'


-'Aku rehat sekejap saja.'


+'Sekejap atau lama bukan persoalan. Tapi, dalam kerehatan yang cuba kamu cari itu, takut nanti sampai terabai segalanya.Pernah kamu dengar kisah si robot. Robot yang pada awalnya diciptakan untuk melakukan kerja-kerjanya. Penat bekerja, si robot berhasrat untuk mendapatkan hiburan sebagai kerehatan dari kelelahan bekerja seharian. Akhirnya, si robot terlupa dan terleka. Rehatnya terlalu panjang. Pencipta robot akhirnya mencabut wayar yang memberi 'nyawa' kepada si robot tadi apabila si robot tadi tidak mampu lagi untuk berkhidmat kerana tubuhnya telah cukup penat untuk melaksanakan tugasnya angkara hiburan yang disangkanya sebagai satu kerehatan buat dirinya.'


Diam.


+'Begitulah umpamanya manusia. Dihidupkan oleh Allah dengan satu tanggungjawab. Selagi nyawa masih menghuni jasad, Selagi itu tiada istilah rehat dalam kamus hidup seorang pejuang. Kerehatan yang sebenar, hanya saat di sana. Saat berhadapan dengannya.


"Kipas boleh buat kerja dia. Kenapa tidak aku? Aku sebaik-baik makhluk ciptaanNya"



wassalam ;)
norsyafiqahsaifulanuar.

Aku Rela ;)

Aku Rela-Algebra
Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

Monday, September 5, 2011

Seronok beraya?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.
Pantas saja masa berlalu.
Sekejap saja rasanya.
Tahu-tahu, satu syawal dah berlalu.
Selamat hari raya sekali lagi..
Sekolah dah mula balik.
Esok pelajar tingkatan 5 duduk diam-diam dalam dewan peperiksaan & jawab soalan.
All the best! Usahakan yang terbaik. Tawakal padaNya. 
Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tak ubahnya nasibnya sendiri.
Sebab itu perlu usaha dulu ;) Sekali lagi all the best!

*******
Seronok beraya?
Kanak-kanak adalah insan yang paling gembira dalam menyambut hari raya.
Hari raya merupakan peluang keemasan untuk mereka mengaut 'habuan' duit raya. Dah jadi budaya. Menjelang perayaan, sampul berisi duit raya dihulur kepada kanak-kanak. Tak salah. Cuma, adik-adik yang dapat duit tu, jaga elok-elok, ya. Simpan untuk masa depan. Beringat-ingat selalu. Kita bukan selalunya berada di atas. Sediakan payung sebelum hujan.

Sebagaimana kebiasaan. Pulang ke kampung satu kemestian. Perjalanan ke Segamat, Johor tidaklah memakan masa yang begitu lama. 3 Jam. Tempoh waktu maksimum.


Salai ayam.
Sebelum buat rendang. Elok disalai dulu ayamnya ;)






Pasang pelita.






























Tak lama di Segamat. Khamis. Balik Bangi. Jumaat merantau ke bumi jelapang padi. Kedah.
Hantar pengantin. Abang Ijam & Kak Nini ;) Tak ada gambar pengantin. Cuma ada gambar Kak Nini. Itupun blur ;)


Tahniah!
Abang Ijam&Kak Nini
Semoga bahagia dunia&akhirat ;)

wassalam