Alhamdulillah, semalam sewaktu kaum adam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah, saya dan beberapa orang sahabat berkesempatan untuk bertemu dengan Ustazah Wan Adibah. Pertemuan yang semestinya bukan sekadar berbual kosong, tapi perbualan yang penuh dengan pengisian rohani.
"Kalau kita tegur, ada yang kata BADAR ni kolot. Nak buat itu, tak boleh. Nak buat ini, tak boleh.." salah seorang sahabat menyuarakan suatu hakikat.
"Kita tak boleh nak kata hukum Allah tu kolot. Allah tetapkan macam tu bersebab. Lelaki, perempuan. Bukan tak boleh berbincang.Boleh. Tapi, hal yang perlu, yang mustahak. Kalau boleh elak, elakkan. Islam sangat menjaga pergaulan lelaki dan perempuan. Allah yang ciptakan manusia, Allah-lah yang paling kenal dengan manusia itu. Sebab itu, hukum Allah-lah yang paling tepat. Kita perlu menilai semua perkara berdasarkan neraca Allah. Bukan neraca kita yang dah tentunya, hanya berdasarkan pemikiran yang cetek." Panjang lebar ustazah menerangkan. Kami mengangguk-angguk tanda mengiyakan bicara Ustazah Wan Adibah.
Pukul 2.00, kami bersurai meneruskan agenda masing-masing.
"tak rugi pergi.."
********
Pulang ke rumah, saya masih berfikir persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya semasa pertemuan singkat bersama Ustazah Wan Adibah di bilik KKQ.
"kenapa hukum Allah dikatakan kolot?"
"Lelaki perempuan tak ada masalah berdua-duaan. Prinsip inilah yang diajar oleh musuh Allah kepada kita, umat islam. Lelaki perempuan tak ada masalah untuk bersenda gurau. Couple satu trend masa kini. Hal itu tak nampak salah pun di mata masyarakat. Semua itu didikan musuh Allah. Sehingga kita menjadikan hal itu sebagai satu 'adat'. Dan, kita mengetepikan syariat kerana 'adat'."
Bukan meletakkan kesalahan mutlak kepada musuh Allah. Semuanya kembali pada kita. Kita tidak cukup kuat untuk menangkis hal-hal negatif dari luar. Iman kita belum benar-benar kukuh. Iman menimbulkan ketegasan. Ketegasan kepada diri untuk sentiasa berpegang dengan syariat Allah dan mengajak seluruh manusia untuk turut serta menjadikan syariat Allah sebagai pegangan hidup. Amar ma'ruf nahi mungkar. Tanggungjawab seluruh muslim.
Kita perlu mengukur kehidupan kita, menilai kehidupan kita berdasarkan neraca Allah, bukan neraca kita sendiri yang tentunya berdasarkan pemikiran kita yang cetek.
Wallahu'alam..
kalau salah betulkan..
wassalam.
norsyafiqahsaifulanuar
No comments:
Post a Comment