Tuesday, September 6, 2011

Penat?

Majalah solusi edisi ke-33 masih tidak berganjak dari tempat pertamanya sejak majalah tersebut menjadi pemilik pembelinya. Tidak disentuh. Cahaya matahari petang yang samar-samar kelihatan di tingkap yang menjadi pelengkap bilik tidur sederhana besar itu. Penghuninya masih melayan perasaan di atas katil. Merenung siling bilik. Kipas ligat berputar. 

"kau tak penat ke, kipas?," ujar si penghuni perlahan.

"Penatlah. Tapi, aku boleh buat apa. Dah memang tanggungjawab aku," jawapan meluncur laju dari mulut si penghuni bilik. Senyuman tipis terpamer di wajahnya. Sendiri tanya sendiri beri jawapan.

Seketika kemudian, senyuman di bibirnya larut ditelan pelbagai emosi yang bercampur baur di lubuk hati. Sejak akhir-akhir ini, dia sering mengenepikan hal-hal yang selama ini sangat diutamakan. Setiap perkara yang selama ini amat dititikberatkan tidak diambil pusing. Malah, dia melihat semua itu sebagai sesuatu yang ringan. Atas sebab itulah, dia sering menangguh setiap hal. Sering termenung. Mencari jawapan, mungkin. Tapi, jawapan untuk apa? 

"Kau tak penat ke kipas?,"  

soalan yang lahir dari bibirnya tadi terngiang-ngiang di telinga. 

"Penatlah. Tapi, aku boleh buat apa. Dah memang tanggungjawab aku," 

Jawapan yang dia sendiri berikan juga kembali ke ruang ingatan. Tangannya mengurut dahi. 

-'Rehat? Itu ke yang aku cari selama ini?aku jadi macam ini sebab aku nak rehat? Atau aku dah terlalu lelah untuk segalanya?' 


+'Ya. Kamu mungkin penat. Lumrah manusia yang berasa lelah. Atau mungkin juga, naluri kamu yang memberontak, mahukan hiburan. Siang, malam sekadar memenuhi tanggungjawab.'


-'Salah ke untuk aku berehat. Cuma sekejap. aku mahu melupakan semua ini. Tidak mahu berfikir tentang itu dan ini.'


+'Terpulang. Segala yang tertanggung di bahu kamu itu nanti, kamu sendiri yang jawab.'


-'Aku rehat sekejap saja.'


+'Sekejap atau lama bukan persoalan. Tapi, dalam kerehatan yang cuba kamu cari itu, takut nanti sampai terabai segalanya.Pernah kamu dengar kisah si robot. Robot yang pada awalnya diciptakan untuk melakukan kerja-kerjanya. Penat bekerja, si robot berhasrat untuk mendapatkan hiburan sebagai kerehatan dari kelelahan bekerja seharian. Akhirnya, si robot terlupa dan terleka. Rehatnya terlalu panjang. Pencipta robot akhirnya mencabut wayar yang memberi 'nyawa' kepada si robot tadi apabila si robot tadi tidak mampu lagi untuk berkhidmat kerana tubuhnya telah cukup penat untuk melaksanakan tugasnya angkara hiburan yang disangkanya sebagai satu kerehatan buat dirinya.'


Diam.


+'Begitulah umpamanya manusia. Dihidupkan oleh Allah dengan satu tanggungjawab. Selagi nyawa masih menghuni jasad, Selagi itu tiada istilah rehat dalam kamus hidup seorang pejuang. Kerehatan yang sebenar, hanya saat di sana. Saat berhadapan dengannya.


"Kipas boleh buat kerja dia. Kenapa tidak aku? Aku sebaik-baik makhluk ciptaanNya"



wassalam ;)
norsyafiqahsaifulanuar.

No comments:

Post a Comment