Sunday, September 11, 2011

SINERGI!

Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga.
 Assalamualaikum..

Selesai. Sinergi. Tamat. Tersentuh hati membaca kisah yang dibawakan oleh Hilal Asyraf, salah seorang penulis di laman sesawang, langitilahi.com. Kisah persahabatan yang dicoret indah berpaksikan iman semata-mata. Formula dalam perhubungan sesama manusia; "Hubungan aku dengan manusia lain, adalah tanggungjawab aku kepada Allah. Hubungan orang lain dengan aku, adalah tanggungjawabnya dengan Allah."


Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan. Dua nama yang diibaratkan umpama kembar di bumi Jordan. Sentiasa bersama. Saling memahami. Persahabatan utuh. Semuanya kerana Iman. Ya, iman adalah hal yang diulang sebut oleh penulis dalam novel ini. Mengukuhkan keimanan merupakan output yang diharapkan daripada karya ini! Kurang mengangkat kisah percintaan, sebagaimana penulisan-penulisan lain. Segalanya berkisar tentang ukhuwwah murni yang menyatukan jiwa-jiwa. Dan segalanya punya perkaitan dengan yang namanya, IMAN. Tanpa kenal putus asa, Irfan Hakimi berusaha membawa perubahan dalam diri setiap insan di sekelilingnya.

Firman Allah;

"Sesungguhnya,  engkau tidak memberikan  hidayah kepada sesiapa yang kau cintai, tetapi Allah-lah juga memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.." (al-Qasas :56)

Penulis juga membawa peringatan buat kita mengenai senjata kita yang paling ampuh, DOA. Seringkali, kita terabaikan senjata yang satu ini. Senjata yang tidak dimiliki mereka yang bukan beragama Islam. Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Doa sebagai langkah awal dan akhir, berterusan dalam satu proses pentarbiyahan pembentukan peribadi.

"Sinergi.. Luar biasa," 

Wassalam.
norsyafiqahsaifulanuar.

No comments:

Post a Comment