Tuesday, December 20, 2011

Asal mana? Buat apa di sini?

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

"Asal dari mana? Buat apa kat sini?"

Apa jawapan yang biasa dilontarkan untuk menjawab dua persoalan di atas? 

"Asal Johor. Study kat sini."

Betul-lah jawapan yang diberikan. Menjawab soalan yang diutarakan. Tapi, bukan itu yang cik arkitek maksudkan di sebalik persoalan tu. Ada satu lagi jawapan yang lebih penting, lebih utama dari jawapan di atas tadi tu. Jawapan yang sama untuk diri setiap orang. Sama ada kita sedar atau tidak tentang jawapan itu. Jawapan itu adalah sama. 

"Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." 
(al-Mukminun: 12)
"Kemudian kami menjadikannya daripada nutfah yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)"
(al-Mukminun: 13)
"Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik-baik Pencipta,"
(Al-Mukminun: 14)


Itu dia jawapannya. Dari mana asal kita, tiga firman Allah dalam kitabNya, merupakan jawapan yang tepat. Kita datang dari Nya. Dia yang telah menciptakan kita. Meniupkan roh ke dalam jasad kita. Memberi ruang untuk kita merasakan kehidupan untuk hari ini.


Berkenaan soalan kedua, "buat apa kat sini?"


“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain-main? Dan kamu (menyangka pula) kepada kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mu’minun ayat 115.

Adakah kita dicipta oleh Nya, dihidupkan, diberi kebebasan bergerak di atas muka bumi Nya, tiada tujuan mutlak? Tiada sebab dan matlamat yang pasti? Apa yang kita buat di atas muka bumi Allah ini? Kenapa kita diciptakan? 

"dan tidak Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Kami)" 
(Surah az-Zariyat:56)

Itu dia tujuan Allah menghidupkan kita di atas muka bumiNya. Untuk beribadah kepadaNya. Semata-mata. Tiada tujuan lain. Seluruh kehidupan kita adalah ibadah kepadaNya. Bukan suka-suka. 


#maksudnya, kita perlu sentiasa beribadah  tanpa melaksanakan keperluan dunia?
Apa yang kita definisikan sebagai ibadah? Rata-rata antara kita selalu sempitkan skop ibadah itu hanya yang berkaitan dengan, masjid, sedekah, haji, puasa dan yang seangkatan dengannya. Kita sempitkan definisi ibadah. Dan, kita sangka kita dengan melaksanakan solat, puasa, kita dah selesaikan tujuan hidup kita-untuk beribadah kepada Nya. Kita silap. Seluruh rutin harian kita, kata-kata kita, apa saja dalam kehidupan kita ini adalah ibadah kita kepadaNya. Jangan sempitkan definisi ibadah.

#apa saja? Semuanya?
ya. Semuanya adalah ibadah. Semua yang kita lakukan sepatutnya menjadi satu ibadah kepada Allah. Semua benda kita laksanakan kerana Allah. Allah menyuruh kita menjalani kehidupan kita dengan tujuan yang satu. Kerana Allah. Kita datang dari Allah, kita juga nanti akan kembali kepada Allah. Jadi dalam tempoh itu, di pertengahannya, pastilah semua yang kita lakukan berkait dengan Allah. 


Orang kata matlamat tu benda paling penting dalam kita nak lakukan satu-satu perkara. Benda asas. Penggerak. Penguat semangat. Sebagai contoh, kita letakkan matlamat kita belajar, kerana nak balas jasa ibu bapa. Apabila kita jatuh, kita berhadapan dengan kegagalan, perkara yang buat kita bangkit balik adalah matlamat kita, kann? Apa matlamat hidup kita? Adakah matlamat itu cukup kuat, cukup ampuh untuk bangunkan kita balik semasa kita jatuh? Memetik kata-kata ulama':

Berputus asa di tengah jalan itu adalah kerana berlakunya kesilapan di titik mula.

#emmm?setiap orang berbeza matlamat hidup kann?
Ya ke? Tak. Semua orang matlamat sebenar kehidupan mereka adalah sama.


"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam.." 
(surah al-an'am : 162)

Itu dia. Untuk Allah. Hanyalah untuk Allah. Bukan untuk yang lain. Itu matlamat sebenar kita. Apa pun kita buat. Matlamat kita, mesti kerana Allah. Kerana hanya Allah yang Maha Kekal. Kalau kita bermatlamatkan material, semua tu akan musnah juga. Kalau bermatlamatkan manusia, semua tu akan tinggalkan kita. Hanya Allah yang Kekal.

Matluthfi: Tapi, aku tak boleh hidup sorang macam ni.
KawanMatluthfi: Memanglah tak boleh, selagi kau tak bergantung dengan Yang tak mati. -video-

#Jadi, tak bolehlah belajar kerana nak berbakti kepada ibu bapa?
Apa pun kita buat, letak Allah yang paling atas. Kenapa kita belajar? sebab Allah suruh kita belajar. Allah suruh kita berbakti kepada ibu bapa, dan menuntut ilmu itu salah satu cara untuk berbakti kepada mereka. Semua benda. Allah dekat atas. Secara tidak langsung, kita dapat bendung diri kita dari buat benda tak baik. Sebab kita tahu, matlamat hidup kita. Kita nak buat apapun, kita akan ingat, kita hidup sebab Allah. Tujuan kita, matlamat kita adalah Allah. Dah tentu, kita takkan tergamak untuk buat benda yang Allah murka, kann?

#Tapi, manusia kan pelupa, tak sempurna.
Memang. Tapi, itu bukan alasan untuk kita lupa tentang hakikat kehidupan kita ni. Kita kena usaha tarbiyah diri untuk dekat dengan Allah. Allah akan nilai apa yang kita usaha. Insya Allah.

Ya Allah, permudahkanlahh..
Wallua'lam.
wassalam.
cik Arkitek.


No comments:

Post a Comment