Monday, December 12, 2011

qudwah qabla dakwah.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Siapa kata kerja dakwah, kerja menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari berbuat munkar itu cuma kerja yang dikhususkan untuk para ustaz dan ustazah? 

#ehh, bukan ke?
Itu kerja kita. Orang islam. Orang beriman. Dalam hadis di atas tu, Rasulullah dah menyatakan bahawa, siapa sahaja yang lihat kemungkaran, hendaklah dia ubah kemungkaran itu dengan tiga cara.

Cara yang pertama, dengan tangan. Kekuasaan. Cara kedua, sekiranya tidak mampu, dengan lisan. Kata-kata. Dan, cara yang terakhir, yang juga dikatakan sebagai selemah-lemah iman, adalah dengan hati. Tidak meredhai kemungkaran yang berlaku.

Dakwah itu tanggungjawab bersama. Melalui hadis Rasulullah s.a.w di atas, kita disuruh melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar melalui peringkat demi peringkat. Sehinggalah yang terakhir, dan yang dianggap selemah-lemah iman, iaitu dengan membenci kemungkaran. 

#Habis tu? semua orang nak kena duduk bagi ceramah? Jadi ustaz, ustazah?
Bukan. Qudwah qabla dakwah. Contoh sebelum dakwah. Kita tunjukkan keperibadian terbaik berdasarkan syarak, itu juga satu bentuk dakwah. Kita pikul tanggungjawab ni. Kita kata kita islam. Orang islam itu, salah satu tanggungjawabnya, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Dengan menunjukkan qudwah yang baik itu, secara tak langsung merupakan satu proses untuk kita mengajak kepada kebaikan.

Ini masalah utama kita. Ramai muallaf mengakui bahawa seandainya mereka mengenal 'muslim' sebelum mengenal islam, mereka tidak akan tertarik kepada islam. Cara hidup kita tidak bertepatan dengan syariat islam. Apabila mereka yang bukan islam melihat keadaan kita, mereka beranggapan seolah-olah kita dan mereka sama.  

#Jadi, sebab orang islam sendirilah islam jatuh?
Ya. Islam itu sentiasa syumul. Cuma bila kita tak amalkan, macam mana orang nak nampakkan kesyumulan islam. Kalau kita cuma bercakap tentang kebaikan islam, kesempurnaan islam, tanpa kita sendiri yang amalkannya, tak guna. Sebab orang suka lihat peribadi berbanding kata-kata. 

"Action speaks louder than words" kann?
Nak tak nak, kita kena sedar kita ada tanggungjawab. Menyuruh kepada kebaikan. Melarang daripada kemungkaran. Tidak perlu untuk menjadi seorang ustaz mahupun ustazah. Tapi, memberi qudwah yang terbaik dalam kehidupan secara menyeluruh. Tidak kira apa pekerjaan kita. Doktor, jadilah doktor yang tidak pernah berhenti mengingatkan pesakitnya bahawa kesembuhan itu datang dari Allah. Peringatan yang bukan hanya omong kosong tanpa kefahaman, tetapi peringatan dengan kefahaman, bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun tanggungjawab amar makruf nahi munkar itu tetap perlu dilaksanakan.

Kita betulkan diri kita, untuk betulkan dunia.

Syahadatul Haq.



Wallahua'lam.
wassalam
cik arkitek


No comments:

Post a Comment