Monday, December 5, 2011

Hiburan tanpa henti.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, cik arkitek masih lagi berpeluang untuk mencoretkan serba sedikit perkongsian untuk renungan dan peringatan diri-diri sendiri terutamanya dan rakan-rakan yang cik arkitek kasihi kerana Nya. InsyaAllah. 
Semalam, cik arkitek niatnya nak tengok Tv, manalah tahu ada cerita yang menarik. Alih dari satu channel ke satu channel. Masa tiba di satu channel, terdengar pengacara TV tu cakap, 'kita dahpun sampai ke penghujung rancangan (konsert)'. Kawan si pengacara tu menyampuk 'ala, ye ke. sedihnya..' Pengacara itu membalas balik, 'Tak perlu sedih-sedih, lepas ni ada lagi rancangan hiburan lain. Hiburan tanpa HENTI berturut-turut' si pengacara gelak. Cik arkitek alih channel lain.  

'Hiburan tanpa HENTI' Tak boleh ke nak berhibur?



Tiada nanti, cuma hari ini. Esok, belum tentu, semalam dah tinggal sejarah. Yang kita ada cuma hari ini. Nak betulkan semua benda, perbaiki diri kita, buat perubahan dalam diri semuanya perlu dilaksanakan hari ini. Sebab, hari ini adalah peluang keemasan kita. Peluang yang memang ada di depan mata kita. Tak perlu fikir tentang hari esok. Hari esok kita belum tentu berpeluang untuk melaksanakan semua itu sebagaimana hari ini. Jangan berkata 'nanti' yang tidak bernoktah, tidak berpenghujung. Penangguhan yang berterusan yang entah bila terlunas. Jangan kerana kita terlalu berharapkan pada hari esok, peluang hari ini kita sia-siakan. Rugi. 

Cik arkitek teringat satu ungkapan yang dijadikan dasar dalam penceritaan Contengan Jalanan yang ditulis oleh HLOVATE. 

The man who decides to change on the 12th hours, dies on the 11th hours

Hajat yang tak kesampaian. Itu kata-kata pertama yang menggambarkan ungkapan tersebut. Hakikatnya adalah lebih dari itu. Bukan saja hajat yang tidak kesampaian, peluang yang disia-siakan dan akhirnya kembali kepadaNya dalam keadaan yang sungguh tidak kita inginkan. Kita asyik kata nanti dulu. Esok ada. Umur panjang lagi. Kita sibukkan diri dengan perkara-perkara yang tak penting sama sekali. 

#contohnya apa?
Contoh: Habiskan masa dengan menonton program-program hiburan yang terang-terangan semakin menjarakkan diri kita dengan Allah. Tak kiralah apa jenis program hiburan pun, drama, filem, konsert, muzik dll, yang pasti kesannya hanya membuat hati kita lagha. Menghabiskan masa dengan berborak kosong, bergosip, bercerita tentang artis A, artis B dll.

Dalam rutin seharian, kan banyak lagi perkara lain yang apabila kita laksanakannya mampu memberi kesan dan balasan yang baik kepada diri kita. Daripada kita asyik menyumbat ear-phone dalam telinga yang dari awal sampai ke akhir hanya mengalunkan lagu-lagu dari penyanyi korea, dan sebagainya, lebih baik kita isi waktu itu dengan membaca al-quran. Paling tidak pun mendengar bacaan al-quran. Ayat Allah ni, mampu memberi ketenangan kepada siapa yang mendengar. Hati pun akan bersih. 

*ulang tayang. Hati kita ni, hanya akan mampu terisi dengan salah satu; Allah atau bukan Allah. Takkan ada kedua-duanya. Dah kalah siang malam telinga tu asyik terima lagu-lagu korea, di mana Allah? Jangan kata Allah ada dalam hati kita, tapi tindakan kita berlawanan. Kalau betul kita letak Allah dalam hati kita, taqwa kita dan iman kita sudah tentu cukup kuat untuk melarang kita dari buat perkara lagha. Walaupun sekecil-kecil perkara.

Iman selalu menginginkan kita berubah, tapi kemahuan kita (nafsu) sering menjadi penghalang. Iman selalu bisikkan perkara yang sepatutnya, kita dengar. Dan kita hampir patuh. Tetapi kemudian, nafsu datang dan cakap 'nanti dulu.' Kita akur pada nafsu. Sekali lagi iman kita tewas. 

#Apalah sangat kalau setakat mendengar lagu korea tu?
Bukan cuma berfokuss kepada dengar lagu koree semata-mata, tapi semua benda lagha yang kita buat. Kalau kita on FB dan buat kita jauh dari Allah, lagha juga tu. Ya, apalah sangat. Kalau anda rasa mendengar lagu korea tu sekecil-kecil perkara dan kita tak mampu untuk elakkannya adakah kita mampu untuk tahan diri kita untuk tidak terlibat dengan maksiat/ perkara lagha yang lebih besar? Dah kalau yang kecil pun tak mampu nak tangani, macam mana kalau yang lebih berat? Mampu ke kita? Dalam hal maksiat zina, pada mulanya benda kecil je. Hanya perkenalan di FB, kemudian membawa keada pertemuan dan mulalah ke babak-babak lain. Kalau bukan dari perkara kecil, dari mana lagi kita nak mula tapis. Mencegah lebih baik dari merawat, tapi kalau dah terkena juga, nak merawat kenalah dari tahap awal. Kalau dah melarat, susah nak sembuh.

#Tak senanglah. Dah biasa. Masa lapang je, mesti tengok movie. Masa lapang je, mesti lekat ear-phone kat telinga. Kadang-kadang, time study pun ear-phone tu dok elok je kat telinga.
Mulalah dulu perlahan-perlahan. Benda tu jadi susah sebab kita dah jadikan benda tu sebagai kebiasaan. So, mulakan dengan biasakan yang betul. Yang salah tu kita tolak perlahan-perlahan. Tapi, jangan jadikan alasan untuk kita bertangguh. Bertindak perlahan-lahan bukan maksudnya kita bertangguh. Kalau ada simpan gambar penyanyi korea, bertampal elok kat dinding, cabut sekarang! Buang! *sekali lagi. Kita cuma rasa payah sebab kita dah biasa. Sekarang ni, dalam usaha kita nak ubah diri kita, kita kena biasakan diri dengan benda baik. 

#susahnya. Macam ekstrim sangat je. Tak salahkan kalau kita buat benda tu, tapi solat kita tak pernah tinggal.
Ini bukan ekstrim. Tapi, langkah berjaga-jaga. Manusia ni pelupa. Tanpa manual yang betul porak peranda jadinya. Manual kita ni, cuma al-Quran dan sunnah. Kalau dah macam-macam hiburan masuk dalam hati tanpa tapisan, tanpa panduan yang betul dari al-Quran dan sunnah, apa jadi? 
.
.
.
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya."
[hadis riwayat Malik]

#Memang tak boleh langsung?
Untuk itu, ini jawapannya:




Tekan untuk besarkan. 

Kalau ikut syariat dan hiburan tu tak buat kita jauh dari Allah, kenapa tidak. Tapi, hiburan yang dah terang-terangan bercanggah dari syariat, pergaulan lelaki perempuan tidak terjaga, drama yang menghidupkan khayalan percintaan yang beracam-macam, itu mendekatkan diri kita kepada Allah ke? 

Cik arkitek bukan nak mengharamkan itulah inilah, tetapi cuma mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk seboleh mungkin kita jauhkan diri kita dari benda yang boleh membawa kita jauh dari Allah tanpa kita sedari. Wallahualam.



Langit Illahi.com. Siapa yang tak kenal dengan laman sesawang ni. Rasanya, semua orang kenal. Yang dah singgah tu, marilah singgah lagi. Yang tak pernah jengah tu, jomlah! Ini juga hiburan. Hiburan untuk iman. :) 

Mari menjadi hamba.
wassalam,
cik Arkitek.

No comments:

Post a Comment