Saturday, December 31, 2011

Muka buku dan 'buku' kita.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kehidupan ini, kita mesti ada prinsip. Tak kiralah, siapa pun, kita perlu ada prinsip. Sebagai seorang muslim, yang mengakui Allah itu Tuhan kita, dan Rasulullah itu pesuruhNya, prinsip kita mestilah berpaksikan keimanan kita. Jangan biarkan prinsip hidup kita tu terpengaruh dengan suasana sekeliling kita. 

"Hidup ini, mesti ada prinsip. Jangan biarkan keadaan sekeliling mengubah prinsip hidup yang murni yang telah lama diterapkan, tetapi cara untuk melaksanakan prinsip itu boleh diubahsuai mengikut keadaan." -Nadiah Amirah Jamil, pelajar cemerlang SPM 2006-

#Ok. Tajuk 'Muka buku'. Introduction, tentang prinsip dan iman pulak. Apa kaitannya ni?
Prinsip kita perlu jaga, walaupun hanya di muka buku. Semua yang kita nak lakukan, mesti berpaksikan iman. Semua yang hendak kita lakukan mesti diatur menurut syariat, berprinsipkan syariat Allah, bukan fatwa kita sendiri. Sebab itu, dalam muka buku pun, kena ada prinsip. Prinsip yang sama dalam kehidupan kita. Macam Nadiah Amirah Jamil nyatakan, prinsip tu mesti maintain, sama. Tapi, yang berubah, cuma cara melaksanakan prinsip tu, ikut keadaan. Cara untuk melaksanakan pun, kena betul. Bukan betul dari mata kita saja, tapi dari mata Allah juga. 

Apa tujuan ada muka buku?
Allah akan tanya. #serius? Ya. Allah berfirman dalam kitabNya,

“ Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya “ (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)

Walaupun sebesar zarah, semuanya akan terima balasan. Termasuklah apa yang kita buat dekat muka buku tu. Sebelum lihat apa yang kita buat dekat muka buka tu, kita tengok dulu niat dan tujuan utama. 

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ،
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ،
وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Dari Amir al-mu'min Abu Hafs 'Umar Ibn Khattab r.a katanya: aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: hanya segala 'amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang diniatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini dia. Amal itu awalnya niat. Kalau niat kita baik, insyaAllah, yang baiklah kita buat, kann? Lagi-lagi kalau niat tu berpaksikan sesuatu yang  benar utuh. Niat hanya kerana Allah.

#Tak ada tujuan. Cuma suka-suka.
Mana boleh macam tu. Semua benda, kita kena ada tujuan yang memang kita paksikan kepada Allah, Rabb sekalian alam. Hidup kita ni, cuma untuk Allah. Hanya untuk Allah. Kita datang dari Allah, kembali pun nanti kepada Allah juga. Kita perlu sedar hakikat itu. Takkanlah kita nak isi ruang antara dua waktu ini dengan melupakan Allah? Lalai dari ingat Allah? 


#Apa kaitan prinsip, tujuan dan muka buku?
Bila dah ada  tujuan, automatik kita akan ada prinsip. Tujuan kita, Allah. Apa yang Allah kata jangan, kita elakkan. Apa yang Allah suruh, kita buat. Itu yang akan jadi prinsip kita, syariat Allah. Buat yang Allah suruh, tinggalkan yang Allah larang. Kita kecilkan skop. Contohnya, dalam soal penggunaan muka buku. Sebelum kita tulis sesuatu, nyatakan sesuatu pada status kita, kita akan timbang buruk baik apa yang kita akan tulis. Kita fikir sebaik mungkin. Sama ada perkara ini Allah redha atau tak. Sebab kita tahu Allah sedang perhatikan kita. Itu dia iman. Kita yakin Allah ada dan sedang melihat kita. Atas keyakinan itu, kita elakkan diri dari buat benda yang Allah tak redha.

Contoh lain, gambar. Apabila tujuan kita betul, matlamat kita adalah Allah,  kita akan akur dengan syariat Allah. Aurat tetap aurat walaupun hanya di muka buku. Andai betul prinsip dan matlamat hanya untuk Allah, kita akan mampu tapis, apa yang perlu, apa yang tidakk. Gambar yang tidak menutup aurat tidak sesekali kita pamerkan. Kita akan bataskan apa saja tindakan kita sekiranya, prinsip dan tujuan yang kita pegang, itu betul. 

Kita akan manfaatkan semua tindak tanduk kita di muka buku sebab kita tahu, semuanya akan dicatatkan dalam buku kita. Buku amalan kita. Baik dan buruk. Semuanya akan dicatat dan diberi balasan apabila sampai masanya.

Hati-hati dalam ber-facebook. Jangan sampai Allah tak redha. Letakkan prinsip dalam semua keadaan. Letakkan Allah sebagai tujuan.

Wallahua'alam,
Wassalam,
cik arkitek.

Wednesday, December 28, 2011

Yelah, kena tag.. ^^

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim,.

Saya telah di-tag oleh tiga orang budak manis nih. BaitiFauzi, AyuniKhalik dan JehaadaIbrahim. (*itu je kott). Fine, saya akur juga. Sebab tiga orang budak ni sweet sangatt.. (*apa kaitan, hehh?)

Di sini ade beberapa soalan wajib jawab utk tuan punyer blog
[1] warna favourite and why?
[2] perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain skit
[3] benda yang anda teringin nak buat tapi blom kesampaian
[4] makanan yang anda rasa pelik
[5] favourite quote
[6] situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan klcc
[7] anda skema atau jenis yang suka rebel?
[8] asal perempuan suka gossip eh?
[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?
[10] 3 benda wajib bawak kalau keluar jalan2
[11] anda rasa pelik bila...
[12] binatang yang anda rasa comel/hensem
[13] ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?
# sila jawab soalan-soalan yang x berapa maut di atas
# lepas tu,anda dikehendaki tag kawan2 anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah

1. Warna favourite, putih & hijau. Ehh! tiada kaitan dengan apa-apa organisasi. Putih itu bersih, hijau itu semulajadi. :)

2. Mungkin seseorang yang ego dan berkeras bahawa pendapat dia saja yang betul. Saya sangatlah tak boleh berhadapan dengan orang macam ni. Saya akan menangis , seriusly.. ^^

3. Pergi tanah suci. Melawat makam nabi. Study kat jordan! ohh~

4. Sushi. Sedap ke? Tak pernah makann..

5. Ada dua, 

"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." 
(Surah al-Ra`d:28)

"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam.."
(surah al-an'am : 162)

6. tak ada kot.. Tak mahu. Bunuh diri berdosa.

7. Saya skema? Ntah. Memberontak tu, adalah jugaa..

8. Tak tahuu. Sebab tak tahu balasan orang yang mengumpat kott, nauzubillah. 

9. Nak pergi zaman kegemilangan islam. Nak sangatt. Tapi, adakah diri ini termasuk dengan mereka yang soleh, kalaupun diri ini hidup pada zaman tu.. ya Allah, tempatkanlah aku bersama orang yang Engkau redhai. :)

10. Iman, Islam dan akhlak. InsyaAllah. :)

11. Ada orang yang suka cari pasal dengan orang baik-baik. Kenapa eeyk? 

12. Kucing! 

13. Mak cik-mak cik yang comel, terima kasih tag saya.. :) Anda memang comel. Letih tahu, perah otakk. (soalan mengalahkan kuiz physics, ohh!) Saya sayang awak. Seriusly.. ^^ Uhibbukifillah, Ayu :) Uhibbukifillah, Jedda. Uhibbukifillah, Baiti comel. ^^ InsyaAllah.

Saya mahu tag adik saya, ShafieSaiful

wassalam,
cik arkitek.

Monday, December 26, 2011

Allah uji kita sebab, Allah sayang kita.. :)

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim,..

Alhamdulillah, kaki ini masih mampu memijak bumi Tuhan, tangan ini masih mampu menyentuh ciptaanNya, mata ini masih mampu menyaksikan keindahan ciptaanNya, telinga ini masih mampu menangkap bunyi nyanyian makhluk kecil ciptaanNya, akal ini masih mampu berfikir serta mengakui kebesaranNya dan hati ini masih lagi meyakini keagungan, kekuasaan dan kebesaranNya atas segala sesuatu. Terima kasih, ya Allah. 

Tapi, tidak semua orang mampu mengalami keadaan yang serupa. Tidak semua. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.  Hidu kita ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah. Itu memang lumrah. Ujian itu mendekatkan kita dengan Pencipta. Saat kita diuji, Allah sedang berbicara dengan kita. Terpulang pada kita, bagaimana kita melihat ujian itu. Tak semua orang sedar bahawa dirinya sedang diuji. :)

.....

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.” (Surah al-’Ankabut, ayat 2-3)

Dua bentuk ujian

Kesenangan, dan kesusahan. Nikmat yang melimpah ruah dan musibah yang datang menjengah. Kedua-duanya adalah ujian dari Allah untuk lihat sejauh mana iman kita. Masing-masing ada cara untuk kita berhadapan dengan dua bentuk ujian ini. Tetapi, selalunya yang kita lihat jelas sebagai satu ujian dari Allah, hanyalah ujian dari aspek musibah. Kesusahan. Ya, siapa yang suka hidup susah. Pastinya yang susah itu dilihat membebankan dan sangat menguji. Nikmat juga sangat menguji. Sangat menguji iman kita. Apabila nikmat terhidang di depan mata, kemahuan kita dan keimanan saling bertelagah. 

#contoh?
Contoh yang mudah, waktu lapang kita. Waktu lapang itu memang anugerah. Kemahuan kita mahukan waktu lapang itu diisi dengan aktiviti-aktiviti lagha yang berlebihan. Sementara iman, mahu bebas dari perkara lagha kerana takut diri semakin jauh dari Allah. Saat inilah kita diuji. Sama ada kita memilih untuk mengisinya dengan kebaikan atau sebaliknya. 

here
Nikmat harta, itu juga ujian Allah untuk melihat sejauh mana kita beriman padaNya. Bersyukurkah kita dengan kurniaanNya dan bersedekah serta menyalurkan harta kita ke jalanNya atau adakah kita sekadar mendabik dada dan berbangga dengan harta yang bertimbun serta mengakui bahawa harta itu milik kita yang mutlak? 

#jadi perlu hadapi ujian nikmat ini dengan syukur?
Ya, hadapi ujian nikmat ini dengan syukur. Dan, sentiasa memanfaatkan setiap nikmat yang diberikanNya ke jalanNya. 

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

Kesedihan, kepayahan, kesusahan, musibah merupakan satu lagi bentuk ujian Allah buat kita. Sabar adalah sebaik-baik cara dalam menghadapi ujian ini. Jangan pernah putus asa adalah input tambahan dalam menempuh dugaan ini. Allah tidak pernah membebani hambaNya dengan apa yang tidak hambaNya terdaya. 

#cakap senanglah, tak rasa sendiri,..
Betul, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, kann.. Kita akan mampu hadapinya. Percayalah. Payah manapun, susah manapun, perit manapu ujian itu, kita akan mampu. Allah kan ada. Kenapa kita rasa kita akan lelah, kita akan lemah, kita akan tak berdaya sedangkan Allah bersama kita. Allah jamin Allah bersama kita, kalau kita SABAR. Firman Allah dalam al-Quran,

“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” 
(surah Ali Imran, ayat 146)

dan lagi,

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” 
(surah al-Baqarah, ayat 153)

Kejayaan apakah yang lebih besar berbanding kejayaan Allah bersama kita? Adakah keadaan yang lebih membahagikan berbanding keadaan di mana Allah bersama kita, dan Allah mencintai kita? Allah cintakan orang yang sabar. Kesusahan, kepayahan yang Allah beri ini, cuma sedikit nak dibandingkan dengan nikmat yang selama ini Allah beri pada kita. Jangan cepat goyah, putus asa dan menyalahkan takdir saat berdepan dengan ujian. Allah sedang membuka ruang untuk kita menjadi hambaNya yang Dia cintai. Janji Allah itu janji yang pasti. :)

#saya tak mampu...
Kita mampu! Hamba Allah mesti mampu. Sebab kita ada Allah. Kita ada tempat bergantung. Kita ada yang sudi mendengar luahan hati kita. Yakinlah, mengadulah segala-galanya kepada Allah, walaupun hakikatnya Dia lebih mengetahui berbanding kita. Kadang-kadang, untuk kita meluahkan kepada manusia, manusia tidak mahu ambil kisah tentang diri kita. Tapi, Allah sentiasa. SENTIASA ada untuk kita! 

“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau jua kami memohon pertolongan.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”. (Surah Al-Fatihah : 5-7) 


here
Penyelesaian yang paling muktamad, adalah dengan kembali pada Allah. Ingat Allah, hati tenang, insyaAllah. :)


“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Surah al-Ra`d:28)

Allah sayang kita.
Wallahua'lam..
Wassalam,
cik arkitek

Tuesday, December 20, 2011

Asal mana? Buat apa di sini?

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

"Asal dari mana? Buat apa kat sini?"

Apa jawapan yang biasa dilontarkan untuk menjawab dua persoalan di atas? 

"Asal Johor. Study kat sini."

Betul-lah jawapan yang diberikan. Menjawab soalan yang diutarakan. Tapi, bukan itu yang cik arkitek maksudkan di sebalik persoalan tu. Ada satu lagi jawapan yang lebih penting, lebih utama dari jawapan di atas tadi tu. Jawapan yang sama untuk diri setiap orang. Sama ada kita sedar atau tidak tentang jawapan itu. Jawapan itu adalah sama. 

"Dan sesungguhnya, Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." 
(al-Mukminun: 12)
"Kemudian kami menjadikannya daripada nutfah yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)"
(al-Mukminun: 13)
"Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik-baik Pencipta,"
(Al-Mukminun: 14)


Itu dia jawapannya. Dari mana asal kita, tiga firman Allah dalam kitabNya, merupakan jawapan yang tepat. Kita datang dari Nya. Dia yang telah menciptakan kita. Meniupkan roh ke dalam jasad kita. Memberi ruang untuk kita merasakan kehidupan untuk hari ini.


Berkenaan soalan kedua, "buat apa kat sini?"


“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya untuk bermain-main? Dan kamu (menyangka pula) kepada kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mu’minun ayat 115.

Adakah kita dicipta oleh Nya, dihidupkan, diberi kebebasan bergerak di atas muka bumi Nya, tiada tujuan mutlak? Tiada sebab dan matlamat yang pasti? Apa yang kita buat di atas muka bumi Allah ini? Kenapa kita diciptakan? 

"dan tidak Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Kami)" 
(Surah az-Zariyat:56)

Itu dia tujuan Allah menghidupkan kita di atas muka bumiNya. Untuk beribadah kepadaNya. Semata-mata. Tiada tujuan lain. Seluruh kehidupan kita adalah ibadah kepadaNya. Bukan suka-suka. 


#maksudnya, kita perlu sentiasa beribadah  tanpa melaksanakan keperluan dunia?
Apa yang kita definisikan sebagai ibadah? Rata-rata antara kita selalu sempitkan skop ibadah itu hanya yang berkaitan dengan, masjid, sedekah, haji, puasa dan yang seangkatan dengannya. Kita sempitkan definisi ibadah. Dan, kita sangka kita dengan melaksanakan solat, puasa, kita dah selesaikan tujuan hidup kita-untuk beribadah kepada Nya. Kita silap. Seluruh rutin harian kita, kata-kata kita, apa saja dalam kehidupan kita ini adalah ibadah kita kepadaNya. Jangan sempitkan definisi ibadah.

#apa saja? Semuanya?
ya. Semuanya adalah ibadah. Semua yang kita lakukan sepatutnya menjadi satu ibadah kepada Allah. Semua benda kita laksanakan kerana Allah. Allah menyuruh kita menjalani kehidupan kita dengan tujuan yang satu. Kerana Allah. Kita datang dari Allah, kita juga nanti akan kembali kepada Allah. Jadi dalam tempoh itu, di pertengahannya, pastilah semua yang kita lakukan berkait dengan Allah. 


Orang kata matlamat tu benda paling penting dalam kita nak lakukan satu-satu perkara. Benda asas. Penggerak. Penguat semangat. Sebagai contoh, kita letakkan matlamat kita belajar, kerana nak balas jasa ibu bapa. Apabila kita jatuh, kita berhadapan dengan kegagalan, perkara yang buat kita bangkit balik adalah matlamat kita, kann? Apa matlamat hidup kita? Adakah matlamat itu cukup kuat, cukup ampuh untuk bangunkan kita balik semasa kita jatuh? Memetik kata-kata ulama':

Berputus asa di tengah jalan itu adalah kerana berlakunya kesilapan di titik mula.

#emmm?setiap orang berbeza matlamat hidup kann?
Ya ke? Tak. Semua orang matlamat sebenar kehidupan mereka adalah sama.


"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam.." 
(surah al-an'am : 162)

Itu dia. Untuk Allah. Hanyalah untuk Allah. Bukan untuk yang lain. Itu matlamat sebenar kita. Apa pun kita buat. Matlamat kita, mesti kerana Allah. Kerana hanya Allah yang Maha Kekal. Kalau kita bermatlamatkan material, semua tu akan musnah juga. Kalau bermatlamatkan manusia, semua tu akan tinggalkan kita. Hanya Allah yang Kekal.

Matluthfi: Tapi, aku tak boleh hidup sorang macam ni.
KawanMatluthfi: Memanglah tak boleh, selagi kau tak bergantung dengan Yang tak mati. -video-

#Jadi, tak bolehlah belajar kerana nak berbakti kepada ibu bapa?
Apa pun kita buat, letak Allah yang paling atas. Kenapa kita belajar? sebab Allah suruh kita belajar. Allah suruh kita berbakti kepada ibu bapa, dan menuntut ilmu itu salah satu cara untuk berbakti kepada mereka. Semua benda. Allah dekat atas. Secara tidak langsung, kita dapat bendung diri kita dari buat benda tak baik. Sebab kita tahu, matlamat hidup kita. Kita nak buat apapun, kita akan ingat, kita hidup sebab Allah. Tujuan kita, matlamat kita adalah Allah. Dah tentu, kita takkan tergamak untuk buat benda yang Allah murka, kann?

#Tapi, manusia kan pelupa, tak sempurna.
Memang. Tapi, itu bukan alasan untuk kita lupa tentang hakikat kehidupan kita ni. Kita kena usaha tarbiyah diri untuk dekat dengan Allah. Allah akan nilai apa yang kita usaha. Insya Allah.

Ya Allah, permudahkanlahh..
Wallua'lam.
wassalam.
cik Arkitek.


Sunday, December 18, 2011

Tentang SAHABAT :)

Photobucket


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sayang kawan saya.
Waktu yang dah berlalu takkan mampu untuk kita ulang buat kedua kalinya. Seumur hidup itulah satu-satunya detik yang membawa cerita itu. Takkan pernah ada ulang tayang. Kalau pun berulang lagi, segalanya pasti sudah berbeza. Umur semakin meningkat, dan pemikiran yang semakin matang. Insya Allah :)

....

Persahabatan. Mudah dilafazkan. Kadang-kadang ungkapannya tanpa diiringi kasih dan janji yang terpateri keranaNya. Kosong. Tiada pengertian. Tiada pengikat sejati. Sedangkan, persahabatan adalah harta yang paling berharga. Lihat sejauh mana pengorbanan Abu Bakar As- Siddiq demi sahabatnya, yang juga kekasih Allah. Di saat insan lain mengingkari kata-kata baginda, Abu Bakar membenarkan. Itulah dia keimanan yang mengikat ukhuwwah. Ukhuwwah mereka terhubung dengan tali Allah. Persahabatan, ukhuwwah, perhubungan yang cuma mencari redha Allah semata-mata, tanpa menjadikan material sebagai landasan utama.

Persahabatan yang indah keranaNya tidak perlu untuk saling temu. Persahabatan kerana Ilahi, akan sentiasa hidup dengan doa. Saling mendoakan yang terbaik buat si sahabat. Sahabat yang tidak jemu mengingatkannya tentang hakikat kehidupan yang sementara. Sahabat yang tak pernah lesu dari mengucapkan matlamat utama sebuah kehidupan di atas muka bumiNya.

"Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam." Surah al-An'am, ayat 162

Itu dia tujuan hidup kita. Semuanya semata-mata kerana Allah. Hidup ini keranaNya. Kerana mencari redhaNya. Sahabat terbaik adalah yang mampu mengingatkan kita tentang hakikat ini, dan bukannya mengajak kita untuk menjauh dari matlamat sebenar kehidupan ini.


....

#Maksudnya, kita kena kawan dengan orang yang baik-baik je?
Memanglah kita disuruh untuk bersahabat dengan mereka yang baik-baik. Kan, sahabat yang baik diumpamakan seperti si penjual minyak wangi. Kalau bersahabat dengan si penjual minyak wangi, wangian akan melekat pada diri kita. Sebaliknya kalau kita bersahabat dengan seorang tukang besi. Kita akan terkena tempiasnya, sama ada baju kita terbakar, atau kita berbau busuk. Sabda Rasulullah:

Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

#Kalau dah semua orang berkawan dengan orang yang baik-baik, siapa nak berkawan dengan orang yang kurang baik? Siapa yang nak betulkan mereka?
Kitalah. Kita bersahabat dengan orang yang baik-baik untuk tarbiyah diri kita, kemudian kita dekati mereka, tunjukkan qudwah yang baik. Dan, yang paling penting, doakan mereka. Sebab, Allah yang membolak balikkan hati manusia. Tanpa izin Allah seseorang itu tak akan beroleh hidayah Allah.

#Kalau kawan kita buat salah, buat dosa, kita tak mampu nak tegur dengan tangan dan lisan, kita kena benci dalam hati kann?
Ya, tapi bukan si pelaku dosa yang kita benci. Dosa yang dilakukan tu yang kita benci. Kita jangan sisihkan si pelaku dosa. Sebaliknya, kita berusaha apa yang kita mampu untuk betulkan mereka. Jangan menghukum mereka, tapi fahamkan mereka. Sekali lagi, doa-lah senjata kita. :) Jadikan proses ini sebagai satu tarbiyah untuk diri  kita juga.

Sharing is caring. Jangan lupa baca :)
Teman Baik-Fatimah Syarha

Hadith Nabi : 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)



"Uhibbukumfillah." :)
wassalam,
wallahua'lam
cik arkitek

Thursday, December 15, 2011

Mereka istimewa :)

Photobucket

Bismilahirrahmanirrahim :)

Got it from here.
Cuma satu perkongsian kecil dari pemerhatian dan pengalaman saya yang sangatlah 'tak ada apa'.
Cuti-cuti sekolah ni, dah tentunya macam-macam program yang dianjurkan oleh macam-macam pihak. Jemaah itu anjurkan program itu. Institusi itu anjurkan program itu. Pusat motivasi, sekolah-sekolah dan macam-macam lagi organisasi yang menganjurkan macam-macam program. Semuanya mengambil peluang untuk menyertai usaha pembentukan peribadi anak-anak. Ibu bapa dah tentunya orang paling gembira. Anak-anak dihantar menyertai program-program tersebut. Ibu bapa mana yang tak gembira bila peluang untuk beri pendidikan terbuka di depan mata, kann? :)

#Sebenarnya nak cakap apa ni? 
Seminggu dua ni, cik arkitek terlibat dengan satu program anjuran jemaah masjid hasanah *kot. Cuma tolong-tolong sikit saja. Macam Ustazah Maryam cakap, orang minta tolong, kita tolong. Nanti kita minta tolong, ada orang yang tolong kita. Orang doakan yang baik-baik saja untuk kita, kann. Program ni, melibatkan mereka yang berpangkat anak-anak *macam saya. Program baru berjalan dua hari. Ada baki enam hari lagi. Dalam pada program tu sedang berjalan, terdengar-dengarlah ada yang merungut bosan. 

#Normal-lah tu. =.=
Memang la normal. Sebab tu, kita kena buat post mortem. Supaya kita boleh pertingkatkan apa yang terkurang kan.. Kita mungkin tak akan dapat beri hasil yang sempurna. Tapi, at least usahakan yang terbaik. *okey, saya bukan nak complain bukan-bukan tentang program tu. Cuma entri ni, terinspirasi dari program tu.

Macam mana nak tarbiyah mereka (kanak-kanak yang lebih kecil dari saya :P)

#Macam mana?
Bukan senang. Serius. Lagi-lagi kalau yang sebaya saya. Dah mula jadi buluh, satu hal. Cerewet pula tu. 

 Kita kena masuk dengan mereka. Jadi sehati sejiwa dengan mereka. Cari minat. Kalau macam kanak-kanak yang comel-comel, muka tak bersalah tu, kita letak diri kita bersama mereka. Cakap pun, main "Kite tak sukalah.." "Mak kite kata ini tak bolehh..." Untuk akrabkan diri kita dengan mereka. Tapi, jangan melebih pula. :) Kita cipta keakraban antara diri kita dengan mereka. 


got it from here


Buat supaya mereka tak rasa awkward untuk bergaul dengan kita. Mereka selesa untuk berada dekat dengan kita. Budak-budak yang comel-comel macam ni memang kena melayan sepenuh masalah jawabnya. Bukan tahu duduk diamkan. Sebab tulah kita kena cari satu minat yang ada pada mereka. Kita raikan benda tu. Layan. 

#Kat mana yang tarbiyahnya? Asyik melayan je.
Tingkah laku kita. Itu yang paling utama. Sebab, budak-budak (*ceh, macam dia dah besar sangat!) ni lagi ikut apa yang dia tengok dari apa yang orang bercakap.Berbuih lah cakap jangan buat tu, jangan buat ini, kalau dia nampak orang lain buat juga, memang payahlah dia nak menurut. Sambil-sambil melayan tu, boleh juga nak kongsi ilmu dengan dia, kann..

"Ehh, kakak gajah ni besarkann. Kuat! Gajah paling kuat!"
"Gajah memang lah besar, kuat. Yaya nak dengar cerita tentang gajah tak...?"

Dalam situasi ni, kita boleh kongsi dengan si cilik ni dengan kisah tentera bergajah. Tapi, dalam nak bercerita tu, janganlah gayanya macam nak bersyarah.

Masuk waktu solat, ajak solat. Jangan paksa kalau belum sampai masanya. Cuma ajak. Kalau kita dah betul-betul akrab dengan dia, mesti dia follow. Masa tu, mungkin dia belum faham tuntutan solat tu. Kita bagi dia kefahaman. Lama-lama dia akan faham.

#bukan kerja mak bapak ke?
Kalau mak bapak dah soleh, alhamdulillah. Biah tu pun main peranan. Kita, orang sekelilinglah yang tukang mewujudkan suasana tu.

Saya bukan mother. Tapi saya sister. Jadi pandangan yang sangatlah 'tak ada apa' ni datangnya dari kehidupan sebagai seorang Kakak. Bukan Emak. Pengalaman, dan apa yang seorang emak beri adalah yang terbaik, sebab mereka ada pengalaman membesarkan, memberi tarbiyah, melayan karenah dan 1001 lagi pengalaman berharga yang orang lain tak boleh rasa. Hanya ibu. *insyaAllah, satu hari nanti :)(jauh melencong..) =D

Wassalam,
cik arkitek.

Promosikan kebaikann :)

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sempat curi masa pagi ni nak kongsikan sesuatu. Artikel dari Akh. Hilal Asyraf, di langitilahi.com dalam ruangan teknologi memberi inspirasi kepada saya untuk kongsikan sesuatu hari ini. 

Artikel itu menyebut berkaitan mempromosikan blog dan website. Kalau kita perasanlah kann, rata-rata blogger yang berkongsi benda-benda baik ni, jarang nak promosikan website dekat mana-mana. Salah satu sebabnya, segan. Malu. Malu tak bertempat tu. Kita ni sering malu untuk buat kebaikan. Tetapi, tak pernah nak malu dengan Allah untuk buat kemungkaran. Macam mana tu?


Satu lagi sebab adalah takut riya'. Takut orang kata kita nak menunjuk-nunjuk. 
Analogi berkaitan si penjual arak yang sentiasa mempromosikan perniagaannya dan si penjual al-quran yang hanya menunggu dan berharap ada yang terperasankan barang jualannya. Analogi inilah yang dibawa oleh Akh. Hilal Asyraf dalam artikel ini. Macam itulah juga dengan konsep promosikan blog kita. Kita usahakan yang terbaik untuk ikhlaskan hati kita semata-mata kerana Allah. Takut riya' bukan penghalang untuk kita buat amal. Amal kena buat juga. Kita tarbiyah diri untuk lawan sifat tu.



Buang rasa malu dan merendah diri untuk mempromosikan blog sendiri.
Rajin menziarahi, membina hubungan dengan blogger-blogger yang lain.
Sentiasa rajin menyebut alamat blog/website anda di mana-mana.


Dan kata-kata dari Akh. Hilal Ashraf sebagai penutup artikel beliau,

Bukan nak angkat bendera – “Tengoklah aku, aku tengah buat baik ni!”
Tetapi sebenarnya hendak mengangkat panji – “Inilah dia kebaikan. Marilah bersama kita laksanakan!”


wasalam,
cik arkitek.

Tuesday, December 13, 2011

#Speechless :)

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.










wassalam,
cik Arkitek :)

Monday, December 12, 2011

qudwah qabla dakwah.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Siapa kata kerja dakwah, kerja menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari berbuat munkar itu cuma kerja yang dikhususkan untuk para ustaz dan ustazah? 

#ehh, bukan ke?
Itu kerja kita. Orang islam. Orang beriman. Dalam hadis di atas tu, Rasulullah dah menyatakan bahawa, siapa sahaja yang lihat kemungkaran, hendaklah dia ubah kemungkaran itu dengan tiga cara.

Cara yang pertama, dengan tangan. Kekuasaan. Cara kedua, sekiranya tidak mampu, dengan lisan. Kata-kata. Dan, cara yang terakhir, yang juga dikatakan sebagai selemah-lemah iman, adalah dengan hati. Tidak meredhai kemungkaran yang berlaku.

Dakwah itu tanggungjawab bersama. Melalui hadis Rasulullah s.a.w di atas, kita disuruh melaksanakan tuntutan amar makruf nahi munkar melalui peringkat demi peringkat. Sehinggalah yang terakhir, dan yang dianggap selemah-lemah iman, iaitu dengan membenci kemungkaran. 

#Habis tu? semua orang nak kena duduk bagi ceramah? Jadi ustaz, ustazah?
Bukan. Qudwah qabla dakwah. Contoh sebelum dakwah. Kita tunjukkan keperibadian terbaik berdasarkan syarak, itu juga satu bentuk dakwah. Kita pikul tanggungjawab ni. Kita kata kita islam. Orang islam itu, salah satu tanggungjawabnya, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Dengan menunjukkan qudwah yang baik itu, secara tak langsung merupakan satu proses untuk kita mengajak kepada kebaikan.

Ini masalah utama kita. Ramai muallaf mengakui bahawa seandainya mereka mengenal 'muslim' sebelum mengenal islam, mereka tidak akan tertarik kepada islam. Cara hidup kita tidak bertepatan dengan syariat islam. Apabila mereka yang bukan islam melihat keadaan kita, mereka beranggapan seolah-olah kita dan mereka sama.  

#Jadi, sebab orang islam sendirilah islam jatuh?
Ya. Islam itu sentiasa syumul. Cuma bila kita tak amalkan, macam mana orang nak nampakkan kesyumulan islam. Kalau kita cuma bercakap tentang kebaikan islam, kesempurnaan islam, tanpa kita sendiri yang amalkannya, tak guna. Sebab orang suka lihat peribadi berbanding kata-kata. 

"Action speaks louder than words" kann?
Nak tak nak, kita kena sedar kita ada tanggungjawab. Menyuruh kepada kebaikan. Melarang daripada kemungkaran. Tidak perlu untuk menjadi seorang ustaz mahupun ustazah. Tapi, memberi qudwah yang terbaik dalam kehidupan secara menyeluruh. Tidak kira apa pekerjaan kita. Doktor, jadilah doktor yang tidak pernah berhenti mengingatkan pesakitnya bahawa kesembuhan itu datang dari Allah. Peringatan yang bukan hanya omong kosong tanpa kefahaman, tetapi peringatan dengan kefahaman, bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun tanggungjawab amar makruf nahi munkar itu tetap perlu dilaksanakan.

Kita betulkan diri kita, untuk betulkan dunia.

Syahadatul Haq.



Wallahua'lam.
wassalam
cik arkitek


Wednesday, December 7, 2011

Maaf..

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Memaafkan bukan mudah. Kadang-kadang, satu kesalahan atau perbuatan buruk seseorang itu mampu menutup semua kebaikannya kepada kita, sehingga kita sukar untuk memaafkannya. Tapi, semua ini mampu kita hadapi, mampu kita jalani dengan sebaik mungkin andai kita benar-benar beriman kepada Allah. Keimanan yang diakui melalui lisan, yang seterusnya dibenarkan dalam hati membawa kepada pembuktian melalui kehidupan kita. 

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Allah mengampunkan hambaNya, Rasulullah ampunkan ummatnya. Siapa kita untuk tidak memaafkan orang lain? Siapa kita untuk menghukum dan enggan memaafkan manusia lain? 

Memaafkan itu menenangkan hati. Tapi, dendam mengeruhkan hati. Hati kita tidak akan pernah mampu merasai ketenangan. Setiap hari, hati kita, akal kita ligat mencari silap dan peluang untuk menabur dendam. 

#Mereka menyakitkan hati! Tidak tahu menghormati hati orang lain. Bagaimana?
Apapun realiti sikap mereka, mereka adalah manusia. Seperti kita. Melakukan kesilapan. Memaafkan mereka adalah jalan terbaik. Menyimpan dendam dan terus bermasam muka bukan penyelesaiannya. Lebih baik setiap masa kita digunakan, dimanfaatkan untuk kita mengemudi diri kita dan membangunkan diri agar dapat berbakti kepada agama bukannya memerah otak, membiarkan hati terus berkecamuk dengan dendam. Sia-sia. Kita mungkin sangka, kita akan memperoleh kepuasan apabila dendam kita terbalas. Hakikatnya, TIDAK. Dendam hanya jarum syaitan. 

Tidak memaafkan akan menyebabkan kita sentiasa dibayangi peristiwa ataupun hal yang berkaitan. Hati kita tidak tenang. Tidak memaafkan menyebabkan kita terus-terusan mencari kesalahan dari pihak berkenaan. Otak sibuk berhempas pulas menangkap kesalahan dari pihak berkenaan. 



#Dia yang mulakan dulu!
 Dia mulakan dulu? Ini formula rahsia dalam sesebuah ukhuwwah yang diketengahkan oleh Hilal Asyraf dalam novel sinergi menerusi watak Irfan Hakimi. 

Hubungan aku dengan orang lain, adalah tanggungjawab aku dengan Allah. Hubungan orang lain dengan aku adalah tanggungjawab orang lain dengan Allah. Tak kiralah bagaimana orang lain melayan aku, aku tetap akan menjaga hubungan aku dengan orang lain kerana ia tanggungjawab aku kepada Allah.

Antara dendam dan kasih sayang. Yang mana kita pilih? Rasulullah, semasa pembukaan kota Mekah telah memaafkan penduduk mekah yang dulunya mengganggu dan memperlekehkan kerja dakwah baginda. Adakah kita memilih untuk menuruti sunnah Rasulullah atau terus hidup dalam dendam yang tak berpenghujung. 

Maafkan mereka,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Siapa kita
untuk menghukum si pendosa
Sedangkan diri kita juga sering alpa,
dan mengabaikan tanggungjawab kita.
Kembali padaNya,
Maafkan dengan hati terbuka,
semoga keampunannya mengiringi kita,
hamba yang kerdil lagi hina.

#saya dah maafkan dia! Tapi, kenapa saya masih meluat untuk memandang wajahnya?
Orang selalu kata, forgive but not forget. Memang, kesalahan atau satu kesilapan itu diumpamakan paku-paku yang membenamkan diri pada dinding. Apabila dicabut akan meninggalkan kesan. Tapi, kalau kita betul-betul melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, kita mampu menghadapinya dengan sabar. Sebab kita percaya dan yakin dengan Allah. 

#susahlah. Kita nak buat baik pada dia, tapi dia tak boleh terima dan sakitkan hati pula..
Sabar. Itu kuncinya. Mungkin itu satu bentuk ujian dan Allah sedang berbicara dengan kita soal kesabaran dan sejauh mana kita mampu bertahan untuk melunaskan tanggunjawab kita terhadapNya. Mana ada ubat yang sedap. Walaupun pahit, pengakhirannya, insyaAllah baik. Sebab, Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. Adalah hasil yang lumayan menanti. Kalau bukan di sini, di sana nanti.


Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.QS. Al Baqarah (2) : 153


Memaafkan memang tidak mudah. Tetapi kita perlu melakukannya. Kita juga berbuat silap dan mengharapkan kemaafan dan pengampunan. 

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, sebab itu demikianlah ( perbaikilah hubungan ) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. -surah al-hujjurat, ayat 10-

Wallahua'lam.
Wassalam.
Cik Arkitek.

Tuesday, December 6, 2011

Hey, Awakk! Untuk Awakk :)

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba saja rindu dengan kawan-kawan. Mungkin sebabt terbawa-bawa mood SINERGI. Novel Hilal Ashraf yang menjadikan persahabatan berpaksikan iman sebagai topik utamanya!

Dan, ini untuk awakk.. sahabat saya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Uhibbuki fillah. Saya sayang kamu kerana Allah. Saya cinta kamu kerana Allah, insya Allah. Terima kasih kerana menjadi sahabat saya, kawan saya, teman saya. Terima kasih! Semoga ukhuwwah ini terpelihara dari sifat-sifat keji yan merosakkan, semoga persahabatan ini bertujuan untuk meraih redhaNya semata-mata tanpa bermatlamatkan hal dunia secara mutlak. Semoga ukhuwwah ini terjalin kerana keimanan. Keimanan mendorong kita mencintai saudara kita, tanpa kenal asal-usul dan warna kulit. Semoga ukhuwwah ini terus kukuh, meskipun suatu ketika nanti kita akan berjauhan. Ukhuwwah kita tidak dinilai dari sebanyak mana pertemuan antara kita.

.
.
.
.


Ya Allah, yang Membolak-balikkan hati. Teguhkanlah hati kami di atas jalanMu. Kuatkan hati kami mendepani ujianMu. Tabahkan diri kami melalui setiap perjalanan dala kehidupan ini. Hadirkan kesyukuran di hati kami saat berdepan dengan nikmatMu.

 Ya Allah, yang menguasai langit dan bumi, satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmatMu. Satukan hati kami untuk sentiasa taat dengan syariat Mu. Satukan hati kami untuk menggapai redhaMu. Satukan hati kami di bawah naungan cintaMu.




Itu saja dari saya, untuk awakk. Girlfriends saya. SEMUA!




(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

saya sayang kamu! :)

Uhibbuki fillah :)


wassalam,
KAKK*
*kawan saya panggil saya kakk~ :)

Monday, December 5, 2011

Hiburan tanpa henti.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, cik arkitek masih lagi berpeluang untuk mencoretkan serba sedikit perkongsian untuk renungan dan peringatan diri-diri sendiri terutamanya dan rakan-rakan yang cik arkitek kasihi kerana Nya. InsyaAllah. 
Semalam, cik arkitek niatnya nak tengok Tv, manalah tahu ada cerita yang menarik. Alih dari satu channel ke satu channel. Masa tiba di satu channel, terdengar pengacara TV tu cakap, 'kita dahpun sampai ke penghujung rancangan (konsert)'. Kawan si pengacara tu menyampuk 'ala, ye ke. sedihnya..' Pengacara itu membalas balik, 'Tak perlu sedih-sedih, lepas ni ada lagi rancangan hiburan lain. Hiburan tanpa HENTI berturut-turut' si pengacara gelak. Cik arkitek alih channel lain.  

'Hiburan tanpa HENTI' Tak boleh ke nak berhibur?



Tiada nanti, cuma hari ini. Esok, belum tentu, semalam dah tinggal sejarah. Yang kita ada cuma hari ini. Nak betulkan semua benda, perbaiki diri kita, buat perubahan dalam diri semuanya perlu dilaksanakan hari ini. Sebab, hari ini adalah peluang keemasan kita. Peluang yang memang ada di depan mata kita. Tak perlu fikir tentang hari esok. Hari esok kita belum tentu berpeluang untuk melaksanakan semua itu sebagaimana hari ini. Jangan berkata 'nanti' yang tidak bernoktah, tidak berpenghujung. Penangguhan yang berterusan yang entah bila terlunas. Jangan kerana kita terlalu berharapkan pada hari esok, peluang hari ini kita sia-siakan. Rugi. 

Cik arkitek teringat satu ungkapan yang dijadikan dasar dalam penceritaan Contengan Jalanan yang ditulis oleh HLOVATE. 

The man who decides to change on the 12th hours, dies on the 11th hours

Hajat yang tak kesampaian. Itu kata-kata pertama yang menggambarkan ungkapan tersebut. Hakikatnya adalah lebih dari itu. Bukan saja hajat yang tidak kesampaian, peluang yang disia-siakan dan akhirnya kembali kepadaNya dalam keadaan yang sungguh tidak kita inginkan. Kita asyik kata nanti dulu. Esok ada. Umur panjang lagi. Kita sibukkan diri dengan perkara-perkara yang tak penting sama sekali. 

#contohnya apa?
Contoh: Habiskan masa dengan menonton program-program hiburan yang terang-terangan semakin menjarakkan diri kita dengan Allah. Tak kiralah apa jenis program hiburan pun, drama, filem, konsert, muzik dll, yang pasti kesannya hanya membuat hati kita lagha. Menghabiskan masa dengan berborak kosong, bergosip, bercerita tentang artis A, artis B dll.

Dalam rutin seharian, kan banyak lagi perkara lain yang apabila kita laksanakannya mampu memberi kesan dan balasan yang baik kepada diri kita. Daripada kita asyik menyumbat ear-phone dalam telinga yang dari awal sampai ke akhir hanya mengalunkan lagu-lagu dari penyanyi korea, dan sebagainya, lebih baik kita isi waktu itu dengan membaca al-quran. Paling tidak pun mendengar bacaan al-quran. Ayat Allah ni, mampu memberi ketenangan kepada siapa yang mendengar. Hati pun akan bersih. 

*ulang tayang. Hati kita ni, hanya akan mampu terisi dengan salah satu; Allah atau bukan Allah. Takkan ada kedua-duanya. Dah kalah siang malam telinga tu asyik terima lagu-lagu korea, di mana Allah? Jangan kata Allah ada dalam hati kita, tapi tindakan kita berlawanan. Kalau betul kita letak Allah dalam hati kita, taqwa kita dan iman kita sudah tentu cukup kuat untuk melarang kita dari buat perkara lagha. Walaupun sekecil-kecil perkara.

Iman selalu menginginkan kita berubah, tapi kemahuan kita (nafsu) sering menjadi penghalang. Iman selalu bisikkan perkara yang sepatutnya, kita dengar. Dan kita hampir patuh. Tetapi kemudian, nafsu datang dan cakap 'nanti dulu.' Kita akur pada nafsu. Sekali lagi iman kita tewas. 

#Apalah sangat kalau setakat mendengar lagu korea tu?
Bukan cuma berfokuss kepada dengar lagu koree semata-mata, tapi semua benda lagha yang kita buat. Kalau kita on FB dan buat kita jauh dari Allah, lagha juga tu. Ya, apalah sangat. Kalau anda rasa mendengar lagu korea tu sekecil-kecil perkara dan kita tak mampu untuk elakkannya adakah kita mampu untuk tahan diri kita untuk tidak terlibat dengan maksiat/ perkara lagha yang lebih besar? Dah kalau yang kecil pun tak mampu nak tangani, macam mana kalau yang lebih berat? Mampu ke kita? Dalam hal maksiat zina, pada mulanya benda kecil je. Hanya perkenalan di FB, kemudian membawa keada pertemuan dan mulalah ke babak-babak lain. Kalau bukan dari perkara kecil, dari mana lagi kita nak mula tapis. Mencegah lebih baik dari merawat, tapi kalau dah terkena juga, nak merawat kenalah dari tahap awal. Kalau dah melarat, susah nak sembuh.

#Tak senanglah. Dah biasa. Masa lapang je, mesti tengok movie. Masa lapang je, mesti lekat ear-phone kat telinga. Kadang-kadang, time study pun ear-phone tu dok elok je kat telinga.
Mulalah dulu perlahan-perlahan. Benda tu jadi susah sebab kita dah jadikan benda tu sebagai kebiasaan. So, mulakan dengan biasakan yang betul. Yang salah tu kita tolak perlahan-perlahan. Tapi, jangan jadikan alasan untuk kita bertangguh. Bertindak perlahan-lahan bukan maksudnya kita bertangguh. Kalau ada simpan gambar penyanyi korea, bertampal elok kat dinding, cabut sekarang! Buang! *sekali lagi. Kita cuma rasa payah sebab kita dah biasa. Sekarang ni, dalam usaha kita nak ubah diri kita, kita kena biasakan diri dengan benda baik. 

#susahnya. Macam ekstrim sangat je. Tak salahkan kalau kita buat benda tu, tapi solat kita tak pernah tinggal.
Ini bukan ekstrim. Tapi, langkah berjaga-jaga. Manusia ni pelupa. Tanpa manual yang betul porak peranda jadinya. Manual kita ni, cuma al-Quran dan sunnah. Kalau dah macam-macam hiburan masuk dalam hati tanpa tapisan, tanpa panduan yang betul dari al-Quran dan sunnah, apa jadi? 
.
.
.
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya."
[hadis riwayat Malik]

#Memang tak boleh langsung?
Untuk itu, ini jawapannya:




Tekan untuk besarkan. 

Kalau ikut syariat dan hiburan tu tak buat kita jauh dari Allah, kenapa tidak. Tapi, hiburan yang dah terang-terangan bercanggah dari syariat, pergaulan lelaki perempuan tidak terjaga, drama yang menghidupkan khayalan percintaan yang beracam-macam, itu mendekatkan diri kita kepada Allah ke? 

Cik arkitek bukan nak mengharamkan itulah inilah, tetapi cuma mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk seboleh mungkin kita jauhkan diri kita dari benda yang boleh membawa kita jauh dari Allah tanpa kita sedari. Wallahualam.



Langit Illahi.com. Siapa yang tak kenal dengan laman sesawang ni. Rasanya, semua orang kenal. Yang dah singgah tu, marilah singgah lagi. Yang tak pernah jengah tu, jomlah! Ini juga hiburan. Hiburan untuk iman. :) 

Mari menjadi hamba.
wassalam,
cik Arkitek.

Saturday, December 3, 2011

Hold on, Allah is there for you!

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim..




Trials and temptations lie at every corner we turn

Its a test from Allah to see if we succeed or not

My brother its a trial that you are going through

So don't be afraid, Allah is there for you




So Hold On, Allah is there for you, Hold On

He is listening to you, Hold On

Supplicate to Him, Hold On

He will free you from this misery





Kenapa macam ni? kenapa rasa macam ni? Saya sensitif sangat ke apa? Just be strong. Allah is there for you! Hilang sesuatu yang tak menghargai kita takkan beri apa-apa effect dalam hidup kita, kann? Syukurlah, kita masih ada Allah. :) Allah sedang bagi tahu sesuatu. ♥ Thank you, Allah. 


Allah, make me strong!♥


'Hold on, Allah is there for you.' Kalau dalam keadaan apapun, susah ke senang, hanya Allah yang kita boleh harapkan. Hanya Allah kita dapat mengadu segalanya. Hanya Allah yang beri kita ketenangan. Hanya Allah yang mampu pujuk hati kita. Ayat-ayatNya sahaja yang mampu buat kita tersenyum. Allah dah janji. Allah dah tetapkan, apapun yang Allah tentukan ke atas kita, semuanya bersebab, ada hikmah. Kita redha dan terima sepenuh hati tanpa banyak soal selaku hamba yang taat. Jangan pernah putus asa. Kalau kita putus asa, sama macam kita putus harap dengan Allah. Doa adalah senjata kita. Kuatkan? Just cry if it make you feel better, and don't forget to move on.




Please, hold on! Allah is there for you.

:) ♥

Sunday, November 27, 2011

Kita semua sama.

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahimm..

Bukan mudah untuk berubah daripada satu benda yang kita dah biasa buat, walaupun perkara itu berdosa. Tanpa keazaman yang betul-betul teguh, ditambah lagi dengan pengaruh persekitaran yang tidak membantu, usaha untuk melakukan perubahan pasti sukar dan terbantut. Cik arkitek pernah membaca nukilan salah seorang kolumnis majalah GenQ. Bagaimana seorang pelajar yang terdetik di hatinya untuk berubah, tetapi niat itu hanya mati di situ apabila mereka yang berada di sekelilingnya sering memandang negatif dan menuding jari ke arahnya setiap kali ada perkara buruk yang terjadi. Padanya, 'sia-sialah aku jadi baik, dah kalau semua orang tak percaya pun pada aku. Semua orang anggap aku ni jahat walaupun aku dah berubah. Kalau macam tu, baik aku terus jadi diri aku. Diri aku yang selalu mereka perkatakan, yang selalu mereka burukkan.' Bukan seorang dua yang rasa macam ini.  Rasanya semua orang yang kita kata mereka jahat, ada terdetik di hati mereka perasaan seumpama ini. 

#Kenapa yakin sangat? Kalau dah jahat tu tetap jahatlah jugaa..



Semua orang fitrahnya bersih. Suci. Pernah cik arkitek terdengar suatu kisah di mana, ada seorang mat rempit yang kalau sekali kita pandang, kita pun takut nak dekat, dengan gaya samsengnyaa. Tapi, si mat rempit ini tadi, telah berhenti di tepi jalan semata-mata untuk mengangkat bangkai kucing di tengah jalan. Itu kisah yang dikongsi dari seorang doktor. Si doktor yang pada awalnya menyangka dirinya hebat, kerana menyelamatkan nyawa orang tiap-tiap hari, terkedu. Tidak terlintas di hatinya untuk melakukan tindakan seperti mat rempit tu. Mungkin anda kata perkara kecil je. Membuang benda yang menghalang jalan, itu perbuatan baikkan..? Sejahat-jahat manusia pun, pasti ada satu sudut dalam hatinya dia mahu bertaubat dan betulkan diri dia. Tapi, itulah persekitaran tak membantu. Orang sekeliling hanya tahu mengata, mengata dan mengata. Kalau tak kuat, memang payah nak berubah. Kenapalah kita ni suka sangat nak menghukum orang? Tak boleh ke kita ni bantu mereka. Bukan sesuka hati je kata 'awak tu dah jahat sangat. Allah pun tak ampunkan awak. Neraka jelah tempatnya..' Siapa kita nak hukum orang, cakap mereka ni penghuni syurga ke neraka. Allah je yang tetapkan semua tu. Jangan sebab kita rasa kita ni banyak ilmu&amal, kita dah layak masih syurga, dan kita dah layak untuk hukum orang lain! Ingat, kita masuk syurga BUKAN sebab AMAL kita, tapi sebab RAHMAT ALLAH.

#Orang jahat ni, bukannya boleh percaya sangat. Silap hari bulan, dia kenakan kita balik.

Apa kata kalau kita berbaik sangka. Lebih baik, kita berbaik sangka. Tapi, perlu berpada-pada jugalah, jangan sampai macam drama-drama TV. Setidaknya, kita raikanlah mereka yang nak berubah ni. Kita kongsikan berita-berita gembira, seperti Allah suka orang yang bertaubat. Bukannya mencemuh dan mematahkan semangat ingin berubah dalam diri mereka. :)

Kita jangan sesekali rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Boleh jadi, orang yang kita kata kita lebih baik dari dia itu akan mati dalam khusnul khatimah. Kita pula sebaliknya. Siapa tahu. Kita semua sama pada hakikatnya. Sama-sama ada kekurangan. Sama-sama harapkan rahmat Allah dalam kehidupan. Hanya takwa yang membezakan. Jangan jadikan diri kita sebagai penyebab mengapa orang lain tidak berubah ke arah kebaikan. Jangan benci orang kerana kesalahan yang mereka lakukan, tapi benci apa yang mereka lakukan. Siapa kita nak benci orang lain, sebab kita semua sama!

#Kalau mereka tu betul-betul nak berubah, mereka mesti istiqamah. Takkan cakap sikit terus down?

Mereka manusia. Mereka sedar diri mereka pernah buat silap. Mereka mungkin takut untuk bangkit bersama kesilapan tu. Walaupun dah berlalu, benda tu masih membelenggu mereka. Kalau yang kuat, alhamdulillah. Manusia, kann. Kita pun, kalau orang kata lebih-lebih, semangat kita pun hilang. Lagi-lagi dengan keadaan sekeliling yang memang tak membantu. Semuanya dunia. Jadi, bila mereka datang cari kita, dan nyatakan hasrat untuk berubah tu, apa salahnya kita raikan. Jangan pula kita hukum macam-macam. :)

Salam maal hijrah 
1433 :)
Wallahua'lam,
wassalam,
cik arkitek.

Saturday, November 26, 2011

Kita satu! :)

Photobucket



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Hari ini, cik arkitek tak tahu kenapa cik arkitek terlintas nak tulis tentang kita. Tentang kita, umat islam di Malaysia, khususnya. Tak perlu nak pergi jauh-jauh. Dalam negara kita dulu. 


Kita sibuk tuding-tuding jari pada orang lain. Kita sibuk tuduh-menuduh sesama sendiri. Si A kata si B. Si B kata si A. Takut nanti, akhirnya si C yang menyelinap. Kita sama-sama mengaku islam. Sama-sama kata nak perjuangkan agama. Tapi, kenapa kita saling bertelagah sesama kita sendiri? Semua orang kan, ada kelemahan masing-masing. Semua orang juga ada kelebihan. Semua tu Allah jadikan bertujuan supaya kita saling berkerjasama, dan bukan kita saling mengaibkan, saling memfitnah semata-mata kerana nakkan pangkat dunia. Takut nanti, musuh Allah yang mengambil tempat. Musuh Allah dah lama dah tengok kita bertelagah macam ni. Mereka cuma tunggu masa saja. Mereka dah buang rasa malu pada pemuda-pemudi islam. Mereka dah letak keseronokan dunia dalam hati pemuda-pemudi islam. Mereka dah buat pemuda-pemudi islam semua jatuh dalam pelukan dunia. Mereka dah campakkan rasa kasih kepada dunia dan takut mati dalam diri pemuda-pemudi islam! Dengan mudah mereka lakukan semua itu. Dengan mudah mereka hilangkan semangat juang pemuda-pemudi islam. 

Ya, kami! Kami, generasi muda yang beragama islam. Letih. Pandang kiri, pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam. Macam-macam ragam manusia. Macam-macam dosa yang diperlihatkan di hadapan kami. Konsert sana, konsert sini. Filem itu, filem ini. Semuanya mengagunggkan dunia. Pandang kanan, pemimpin yang saling bertelagah. Rebutkan pangkat dan harta dunia. Yang menjadi mangsa, generasi muda juga. Memfitnah, menjelekkan orang lain, mengaibkan orang lain bukan lagi perkara biasa, tapi dianggap norma.

Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tapi mengajak semua orang bermuhasabah diri. Perbetulkan diri sendiri. Semuanya mula daripada diri sendiri. Kalau semua orang berubah, semua orang perbaiki diri, insyaAllah, akan lahir masyarakat islam yang kukuh di negara kita! Akan lahir masyarakat yang benar-benar sedar dan mengamalikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah untuk memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah Allah. 



Betulkan mereka yang salah dengan cara yang betul. Betulkan kesilapan mereka, dan bukan menghukum, memburuk-burukkan mereka bahkan memfitnah mereka. Yang paling penting, betulkan niat. Setelah itu, betulkan cara. Niat biar benar-benar telus kerana Allah. Cara biar yang benar-benar menepati syariat Allah. Kita hidup atas muka bumi ini, ada aturannya. Bukan boleh buat main sesuka hati. Semua itu perlukan ilmu. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu. Bukan pemimpin yang mengikut nafsu, rakyat yang buat keputusan terburu-buru.

Apabila umat islam bersatu, kita akan mampu mengemudikan negara kita berlandaskan syariat Allah. Tiada persengketaan. Musuh Allah jadi gerun dengan kekuatan yang kita ada. Bukan kekuatan zahir. Tapi, kekuatan batin, kekuatan semangat juang kita, umat islam dalam memperjuangkan agama Allah. Amin. Insya Allah, one dayy.

"saya nak pergi belajar ke Universiti Yarmouk, Jordan! Saya nak faham agama! Saya nak bantu saudara-saudara saya! Saya nak bangunkan negara saya!" ya Allah, permudahkanlahh. Amin.

"ya Allah, satukan hati kami di atas jalanMu."
wassalam,
cik arkitek.