Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah. Hari ini, cik arkitek tak tahu kenapa cik arkitek terlintas nak tulis tentang kita. Tentang kita, umat islam di Malaysia, khususnya. Tak perlu nak pergi jauh-jauh. Dalam negara kita dulu.
Kita sibuk tuding-tuding jari pada orang lain. Kita sibuk tuduh-menuduh sesama sendiri. Si A kata si B. Si B kata si A. Takut nanti, akhirnya si C yang menyelinap. Kita sama-sama mengaku islam. Sama-sama kata nak perjuangkan agama. Tapi, kenapa kita saling bertelagah sesama kita sendiri? Semua orang kan, ada kelemahan masing-masing. Semua orang juga ada kelebihan. Semua tu Allah jadikan bertujuan supaya kita saling berkerjasama, dan bukan kita saling mengaibkan, saling memfitnah semata-mata kerana nakkan pangkat dunia. Takut nanti, musuh Allah yang mengambil tempat. Musuh Allah dah lama dah tengok kita bertelagah macam ni. Mereka cuma tunggu masa saja. Mereka dah buang rasa malu pada pemuda-pemudi islam. Mereka dah letak keseronokan dunia dalam hati pemuda-pemudi islam. Mereka dah buat pemuda-pemudi islam semua jatuh dalam pelukan dunia. Mereka dah campakkan rasa kasih kepada dunia dan takut mati dalam diri pemuda-pemudi islam! Dengan mudah mereka lakukan semua itu. Dengan mudah mereka hilangkan semangat juang pemuda-pemudi islam.
Ya, kami! Kami, generasi muda yang beragama islam. Letih. Pandang kiri, pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam. Macam-macam ragam manusia. Macam-macam dosa yang diperlihatkan di hadapan kami. Konsert sana, konsert sini. Filem itu, filem ini. Semuanya mengagunggkan dunia. Pandang kanan, pemimpin yang saling bertelagah. Rebutkan pangkat dan harta dunia. Yang menjadi mangsa, generasi muda juga. Memfitnah, menjelekkan orang lain, mengaibkan orang lain bukan lagi perkara biasa, tapi dianggap norma.
Bukan mahu menyalahkan sesiapa, tapi mengajak semua orang bermuhasabah diri. Perbetulkan diri sendiri. Semuanya mula daripada diri sendiri. Kalau semua orang berubah, semua orang perbaiki diri, insyaAllah, akan lahir masyarakat islam yang kukuh di negara kita! Akan lahir masyarakat yang benar-benar sedar dan mengamalikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah untuk memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah Allah.
Betulkan mereka yang salah dengan cara yang betul. Betulkan kesilapan mereka, dan bukan menghukum, memburuk-burukkan mereka bahkan memfitnah mereka. Yang paling penting, betulkan niat. Setelah itu, betulkan cara. Niat biar benar-benar telus kerana Allah. Cara biar yang benar-benar menepati syariat Allah. Kita hidup atas muka bumi ini, ada aturannya. Bukan boleh buat main sesuka hati. Semua itu perlukan ilmu. Pemimpin yang berilmu dan rakyat yang berilmu. Bukan pemimpin yang mengikut nafsu, rakyat yang buat keputusan terburu-buru.
Apabila umat islam bersatu, kita akan mampu mengemudikan negara kita berlandaskan syariat Allah. Tiada persengketaan. Musuh Allah jadi gerun dengan kekuatan yang kita ada. Bukan kekuatan zahir. Tapi, kekuatan batin, kekuatan semangat juang kita, umat islam dalam memperjuangkan agama Allah. Amin. Insya Allah, one dayy.
"saya nak pergi belajar ke Universiti Yarmouk, Jordan! Saya nak faham agama! Saya nak bantu saudara-saudara saya! Saya nak bangunkan negara saya!" ya Allah, permudahkanlahh. Amin.
"ya Allah, satukan hati kami di atas jalanMu."
wassalam,
cik arkitek.
No comments:
Post a Comment