Friday, June 22, 2012

That's what makes you beautiful! (:

Photobucket

Bismillahirrahmanirrahim.

Berabuk. Uhuk.. Uhukk.. Berzaman tak update. Busy. Busy. Abaikan. Mid year exam. Study. Tuisyen bagai. Walaupun, kadang-kadang rasa malas tu datang juga. Tapi, mana boleh layan, kann? Kata nak berjaya dunia akhirat. Kenalah berusaha juga, kalau tak nanti apapun tak ada. Sebenarnya, kalau nk diikutkan, dah tak ada ah masa-masa nak tulis ni semua. Tak sampai dua bulan kot, nak trial. Patut dah kena pulun. Kalau result gempak dan macam gunung everest tak apalah juga. Kfine. Kejap lagi.

Adik, jaga diri. *Pesanan untuk diri sendiri juga.

Sejak dua menjak, tiga menjak ni, cikgu selalu bising pasal kes-kes dating dan yang sewaktu dengannya. "Biasalah tuu.." Benda tu sepatutnya menjadi sesuatu yang luar biasa untuk seorang muslim. Ya. Muslim. Bukan cuma pelajar sekolah Agama. Orang selalu cakap, "Awak tu sekolah dekat SMKA ..... " Hakikatnya, bukan pelajar sekolah yang ada A, tu je perlu peka, dan rasa tak biasa dengan benda ni semua. Tapi semua orang yang mengaku dia islam, mengaku Allah sebagai Tuhan, dan nabi Muhammad sebagai pesuruhNya. Jangan sampai kita rasa biasa dengan maksiat. 

Ditakuti, mula-mula kita rasa asing dengan maksiat. Kita tak suka. Kemudian, perlahan-lahan kita rasa biasa. Kita buat endah tak endah. Lepas tu, kita dekat dengan maksiat. Persekitaran kita semuanya maksiat. Tapi, kita masih mampu pertahankan diri kita, cuma kita rasa biasa. Tapi, lambat laun, kita mula berjinak-jinak dengan maksiat pula. Tanpa kita sedar, kita dah melintas garisan pemisah antara diri kita dan maksiat. Itu dia tipu daya iblis. Sikit-sikit, sampai kita tak sedar kita dah tersalah buat pilihan.

Mula-mula senyum-senyum. Lepas tu berkirim salam bagai. Start exchange nombor. Chatting-chatting. Calling-calling. Keluar ramai2 dengan kawan. Akhirnya keluar berdua-dua je. Kan menghampiri zina tu. 

Ramai orang (saya juga) tak sedar yang kita ni, mula buat satu kesilapan besar hanya bermula dari satu kesilapan yang sekecil kuman. Dan, lepas dah buat silap tu, mulalah "kalaulahh...." "kalaulahhh.." Dah tak ada kalau-kalau. Masa tu, yang dapat kita buat, bertaubat pada Allah. Itulah yang sebaik-baiknya, kann?

Mencegah lebih baik dari merawat kann?

Adik-adikku, sahabat-sahabatku..


Jaga diri. Jaga maruah. Jaga iman. Jaga aurat. Kita ni, kalau tersalah langkah, bukan sahaja mengheret diri kita ke neraka, tapi orang lain juga. Cari cinta Allah. Itu penawar. Penyembuh paling ampuh. Dengan cinta Allah, kita takkan pernah rasa diri kita ini ditinggalkan sendirian. Sebab, Allah sentiasa ada untuk kita. Macam mana perit pun hidup kita, berat mana pun ujian Allah, susah mana pun perjalanan kita, Allah ada dengan kita. Allah ada dengan kita. Dia sentiasa Memberi, walaupun kita jarang sekali untuk bersyukur. Layak ke untuk kita mengenepikan Allah dari menerima cinta kita? 

Jangan fikir Allah sangat memerlukan cinta kita. Hakikatnya kita yang sangat perlu untuk cinta Allah. Tanpa cinta Allah dan pengabdian diri kepada Allah, hidup kita sia-sia. Tak ada nilai. Biar ribuan manusia menyanjung kita, tapi kalau tiada cinta Allah, kita tak ada apa-apa. 

Cinta Allah. 
That's what makes you beautiful.


Jangan lupa tengok! (: Spread the love!




Wassalam,
terima kasih en. google sebab tolong cari lirik tu dan gambar! (:
Cik Arkitek.