Thursday, December 31, 2009

Bangkit semula...

Bismillahirrahmanirrahim..
hari ini...
14 muharram 1431h..
diri ini bangkit menggagahkan diri
buat mendepani hari yang bakal mendatang,..

hati ini redha dan pasrah
dengan setiap ketentuannya..
tangan ini memetik buah-buah kenangan
yang subur di pohon silam..
pohon yang bercambah di pulau ukhuwah..
biarlah episod lalu itu aku suburkannnya
di taman hati...
titik!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[surah al-Baqarah: 216]

Wednesday, December 30, 2009

sedang berdukacita,.,,

hati ini dihambat pilu...
kenapa mesti dia khabarkan berita itu saat ini?
kenapa bukan esok?
hati ini menangis dalam diam..
hanya DIA dan diri ini yang tahu..

baru sekarang diri ini merasakan..
terlalu payah untuk meninggalkan buah-buah kenangan
yang subur di pohon silam..
pohon yang lambat laun
bakal layu angkara kemarau yang mendatang...

namun,...
hati ini harus redha...
ketentuan ILAHI..
pastinya ada hikmah di sebaliknya,..
Berbaik-sangkalah padaNYA..
noktahkan kisah semalam..
mulakan lembaran yang baru hari ini...
biarkan yang semalam jadi teladan jua pedoman..
titik!

"dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.."
surah al-Imran:139

Sunday, December 27, 2009

1430 dah pun melabuh kan tirai lebih kurang seminggu yang lalu..
kini, menanti 2009 menutup tirainya...
2010 bakal hadir membawa pergi setiap buah kenangan yang bertunas di tahun ini...
episod kehidupan dalam tahun terdahulu bagai diulang tayang dihadapan layar penglihatan ini, semakin kabur...
kerana masa berlalu membawanya pergi...
tidak akan sesekali tiap episod itu berulang walaupun sedetik...
yang tinggal hanya segenggam pasir kenangan yang bakal bertabrakan andai ditiup angin kesepian...
hanya itu yang tinggal menemani kehidupan mendatang...
memori silam yang entahkan bakal tersimpan kemas di kotak memori..
mahupun hanyut di bawa arus masa yang deras...
tiada siapa yang bisa menidakkannya...

Dalam era ini...
ceritera purba...
kenangan silam..
sejarah lampau...
umpama tiada pengertian di jiwa dan sanubari..
terutama buat mereka yang bergelar remaja...
tiada teladan,tiada iktibar yang di petik dari pohon memori silam...
dibiarkan buah iktibar dan teladan itu membusuk dimamah ulat kemodenan....
Pohon memori dibiarkan kering tanpa disirami baja keinsafa dan air kesedaran...
alangkah ruginya...
andainya masa yang berlalu itu pergi tanpa membawa secebis natijah pada diri, agama jua negara...

"Demi masa. Sugguh, manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman yang mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
surah al-asr (1-3)

Friday, December 25, 2009

lame sunggoh tak update blog...

assalamualaikum...
dah lame tak menaip nih..
kejap je masa berlalu..
pejam celik... pejam celik..
dah nak sekolah balik...
1431 dah bersua dah hari tue..
nie... tengah menanti 2010 pulak..

alhamdulillah,...
sampai saat ini ana masih lagi bernyawa..
syukran, ya ALLAH..
atas kurniaan MU...

Wednesday, December 2, 2009

K.E.T.A.W.A...

"hidup mesti ceria.." itulah yang akan terpantul dari mulut seseorang yang hidupnya penuh dengan ketawa. memang ketawa itu menceriakan.. tapi, dalam pada itu beringat-ingatlah. Bergurau senda.. berjenaka, bukan tak boleh. Tapi, biarlah berpada-pada..kadang-kadang, ada juga manusia yang ketawa sampai dah tak cukup nafas. ada juga wanita yang ketawa berdekah-dekah. mengalahkan lelaki. Macam-macam ragamnya.

Bergurau...
“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”
Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah

Berguraupun ada adabnya. Ramai sangka, yang menipu semata-mata kerana bergurau dibolehkan.. Hakikatnya tidak.
islam membenarkan gurauan namun, dalam masa yang sama islam tidak membuka ruang bagi pendustaan mahupun penipuan. sabda Rasulullah S.A.W:

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”
Riwayat at-Tirmizi

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."
Riwayat Bukhari dan Muslim

Gurauan juga tidak boleh menyakiti hati orang lain kerana gurauan juga mampu menerbitkan bibit persengketaan mahupun pergaduhan dan tidak bertegur sapa sesama saudara.

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya."

Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan seorang lelaki:

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”
Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Sunday, November 29, 2009

no Title...

Assalamualaikum..
tiada apa yang ingin ana coretkan setakat ini..
sekadar mahu berkongsi ilmu dari sebuah laman web yang mungkin sudah tidak asing bagi diri antum semua...

http://saifulislam.com/

Friday, November 27, 2009

Di Hari Raya (Aidiladha)

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha ana ucapkan buat antum juga umat islam seluruhnya..
juga doa ana kirimkan buat jemaah Malaysia serta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia yang berada di Mekah al-Mukarramah, semoga memperoleh haji yang mabrur..
insya-ALLAH..

raya tahun ini..
ana tak berpeluang menyambutnya di Kampung..
tapi..sambutan di sini (jalan 7/3,Seksyen 7-rumah ana..) tidak kurang meriahnya..
Alhamdulillah..
berkat pertolongan dan gotong-royong penduduk..
upacara mengorbankan 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing berjalan lancar dengan usaha kerjasama kaum adam dari pelbagai peringkat usia...
kaum hawa,..
tempatnya di dapur..
memasak untuk dijadikan santapan tengah hari...
alhamdulillah..
walaupun penat sikit..
tapi berbaloi...
wassalam..

P/s+
maaf andai bahasa ana 'skema..'
-praktikkan apa yang cikgu ajar..
wallahua'lam

Friday, November 20, 2009

sambungan kisah yang telah lama tergantung tak bertali..

untuk mengikuti sambungan kisah 'Teman yang Tiada Pengganti', follow link di bawah..
syukran atas kesudian antum..

http://bingkisansekepinghati.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

Mencari Redha NYA...

seringkali terlintas di fikiran yang daif ini...
adakah benar usaha dan tingkah ana selama ini adalah semata mencari redhaNYA..
adakah ia benar berdasarkan sunnah junjungan besar Rasulullah S.A.W.
hati ini terkadang kosong,..
tanpa sebarang input buat mendepani hari esok...
Astaghfirullah...
ruginya hamba MU ini, YA RABB...

Ya ALLAH..
hati ini bagai merayu dan merintih inginkan sebuah kebahagiaan yang hakiki...
tapi,.. sering saja hati ini lupa dan alpa dengan nikmat MU...
ampunkan hati yang ternoda titik hitam dosa ini, Ya Rabb...
ampunkan hamba... Ya ALLAH.

kala ku mendongak ke langit yang kelam..
tiada sinaran bintang yang menghiasi..
seumpama ku menatap hatiku yang kelam...
ternoda dek titik hitam dosa hamba nan hina...
kala itu...
memori bersama teman menggamit hati...
selama ini, kemanisan ukhuwah yg terjalin kerana MU belum sekali pun menjengah ruang hati ku... ukhuwah kami, hanya berderai dengan hilai tawa yang tidak menggambarkan kemanisan ukhuwah yang ku cari..
yang ku dambakan..
tapi...aku sayang kan mereka...
kerana mereka temanku..

Ya ALLAH..
kalam hina ini lahir dari jiwa yang dambakan cahaya CintaMU..
yang dambakan Redha dan SyurgaMU...
tenangkanlah aku dalam menyintaiMU
tenangkanlah aku di bawah lembayung Rahmat MU..
tenangkanlah aku dalam mengingatiMU, ya RABB...

satukanlah aku dan temanku kerana mengingatiMU..
kerana mencari cinta dan SyurgaMU..
kerana ingin menggapai Redha MU..
dan bukan kerana nikmat dunia yang hanya sementara...
tabahkan hati ini dalam mendepani hidup yang penuh ranjau dan likunya...
kuatkan hati ini buat tabah bersama rakan-rakan yang ku kasihi..
satukan kami di atas jalan MU...

-yang mencari cinta, redha dan syurgaNYA-

Friday, November 13, 2009

Guru=Ulama'=Pewaris Nabi.

assalamualaikum.....
Alhamdulillah, nyawa dan jasad ana masih lagi bersama atas rahmat dan kurnia dariNYA yang maha Pencipta.

sejak dua menjak ni,..
telinga ana nie..
selalu menangkap cerita2 tntg pelajar mengutuk guru di alam siber..(sme ada melalui blog,Friendster,myspace, facebook.. dan yg seangkatan dengannya.)
ana terfikir, kenapa mereka2 tue sanggup melemparkan kata seumpama kutukan kepada insan bergelar guru? insan yang mengajar mereka mengenal dunia. sedangkan sahabat yang juga merangkap sepupu dan menantu baginda Rasulullah S.A.W, Saidina Ali bin Abi Talib juga memuliakan guru, inikan pula kita yang ilmu terlalu cetek.

siapa kita untuk menghukum, melemparkan kata-kata yang kurg enak pada pendengaran manusia buat insan bergelar guru?kita juga adakalanya melakukan silap.adakalanya mengulangi kesilapan, kerana kita manusia. kata-kata yang sepatutnya terungkap di bibir kita buat mereka adalah ucapan Terima Kasih. ramai yang memandang enteng dengan tugas2 guru. ade orang kata, guru mengajar atas kerana gaji. ade org kate, guru mengajar nk dpt nme. ade org kate, guru mengajar sbb kerja gurulah plg senang... hmmmm seandainya antum sebahagian daripada mereka, antum silap! silap besar! guru mengajar kerana ingin menyampaikan. guru mengajar kerana ingin berkongsi pengalaman. guru mengajar kerana ingin melihat anak didiknya di puncak kejayaan. guru adalah seorang Da'ie.. guru mana yang tidak gembira melihat anak didiknya berjaya?

guru peranannya besar dlm pembangunan negara. kalaulah tak de guru, adakah akan lahir bangsa yang membangun? Rasulullah juga memuliakan martabat guru. inikan kita. guru adalah ulama' , dan ulama' pewaris nabi.
tapi, bukanlah bermakna guru tidak punya sebarang kelemahan, kesilapan. hakikat manusia yang diciptakan AL-KHALIQ. maseh punya kekurangan dan tidak sempurna. bagaiman kita, begitulah juga guru kita. kerana, guru juga punya perasaan... yang kadang terguris dengan tindak tanduk anak didik yang dididik agar menjadi insan berguna. kita sering mahu guru menyelami jiwa kita.. tapi, kita jarang mahu menyelami hati seorang guru...

jadi,...
aper tindakan kita?
ambil hati guru.. bukan membodek.
bukan juga bermuka-muka..
tapi mengambil hati..
biar guru gembira punya anak murid yang ramah mcm kita!
insya-ALLAH...
waallahu'alam..
wassalam..

-mencari cinta dan redhaNYA-

Monday, November 9, 2009

Cinta+Remaja=Hasilnya?

Assalamualaikum..
alhamdulillah...
masih lagi punye ruang dan peluang untk menghirup udara segar kurniaanNYA...
Segala puji bagi ALLAH yg memberi kemudahan atas ana dalam menjalani kehidupan hari ini...
ana tahu, esok bakal datang lagi ujian dan dugaan dariNYA...
insya-ALLAH akan ana hadapi dengan tenang biarpun terkadang ana cepat melatah menghadapinya...

title entry nie...
ntahle...
saje jer..
x der mende pun...
sje nk bg sume org tertarik hati bce title ue...
manusia...termasuklah ana..
mudah tertarik dengan tjok2 macam nie...
lebiyh2 lagi remaja..
tapi,..
syg. erti cinta yg hakikatnya indah,
dislh tafsir oleh kita yg kecetekan akal ini..
sebut cinta, lahirlah equations nie...
Cinta=Baju Melayu+Baju Kurung
Cinta=Baju Kemeja+Blous
Cinta=Songkok+Tudung
haduhh....
sedangkan, cinta itu terlalu indah...
Cinta pada Al-KHALIQ.-cinta nie yg wajar kita buru..bukan cinta yang kat atas ue...
yang itu biarlah DIA yang tentukan...
sdgkan cinta AL-KHALIQ masih blom kita gapai,
sdh bermimpi pula mahu bersama bidadari di syurga...
Ramai org kata.." Biarlah aku merana krn cintakan dia.. kerana menyintai dia membahagiakan hidup aku" -macam mana nk bahagia kalau merana? ada orang pulak kata "Cintakan 'dia' bg aku kekuatan.. biarlah 'dia' tak balas cinta aku pun... aku masih cintakan 'dia'.." -kan bagus, kalau kita menyintai ALLAH umpama kita menyintai 'dia' itu, yang pasti.. ALLAH akan membalas cinta hambaNYA, tidak seperti 'dia'... seandainya tiada 'dia' dalam hidup kita.. bukankah hidup kita sudah lengkap dengan hanya ada DIA yang Maha Menyintai? tapi, andainya tiada cinta dari DIA yang maha Menyintai, tentu hidup ini umpama mayat hidup. susuri saja perjalanan hidup Rabiatul Adawiyah. wanita yg tabah mendepani segala macam ujian yg menimpanya. Cinta pada AL-KHALIQ, kukuh di hati... Cinta Al-KHALIQ yg kukuh di hatinyalah yg memberi dirinya 1001 ketabahan mendepani segala2nya... kerana yg dia cari, yang ingin digapainya adalah Cinta,Redha dan Syurga NYA...
Siapalah ana yg ingin mecoret jutaan kata buat antum... sedangkan ana juga terkadang terumbang ambing,.. inikan pula mahu berceloteh pnjng soal ini. usia yg bru setahun jagung juga masih belum memberi ana peluang buat merasai setiap pengalaman hidup, yg mungkin antum semua sudah melalui asam garam kehidupan yg terkadang manis, terkadang pahit... yg antum lebih mengetahui selok beloknya kehidupan... huluran maaf ana sampaikan.. maafkan andai ada yg terkasar mahupun tersilap dalam menarikan kalam ini... wassalam~~




Wednesday, November 4, 2009

Esok exam Math...

alhamdulillah..
sdh 2 hr ana menjalani imtihan..
semuanya maseh mampu ana hadapi, meskipun...
ade perihnya..

esok,
kertas Math menanti ana..
doakan ana,yer...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, November 1, 2009

imtihan kian hampir...

assalamualaikum...
segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam...

cepat je masa berlalu...
tahu2 dah setahun berlalu...
macam2 dah ana lalui..
yang pasti, ranjau, dugaan yang ana lalui
tak seperit ranjau yang dilalui Rasulullah S.A.W & para sahabatnya..
ranjau yang ana lalui hanyalah ranjau kehidupan seorang insan bergelar pelajar...
sebagaimana antum juga...

tak sampai 3 hari lagi,
ana akan menduduki imtihan..
ana harap, antum bisa mendoakan yang terbaik buat ana..
ana juga ingin pohonkan sejuta kemaafan dari antum sume andainya ada entry2 ana sebelum ni, mengguris naluri hati antum..
ana juga manusia yang kadang2 tersilap langkah..
halalkanlah ilmu yang antum kongsikan...
insya-ALLAH..
doa ana sentiasa mengiringi antum sume...

buat teman seperjuangan,..
imtihan ini hanya imtihan kecil di dunia..
hakikatnya, hari2 yang kita lalui merupakan
sebuah imtihan besar yang kelak
resultnya akan kita peroleh di akhirat...
setelah dinilai, di-streaming...
ditetapkanlah tempat kita di sana..
di syurga mahupun neraka...
semuanya bergantung pada amalan kita..

tapi, bukanlah bermakna kita boleh
sambil lewa dalam menghadapi imtihan di dunia...
bukankah untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat adalah dengan ilmu..
dan imtihan merupakan salah satu proses dalam menuntut ilmu..
tapi, kalau kita sekadar lulus dalam imtihan..
tapi tidak mengaplikasikan apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian...
tak ada guna juga...
semoga kita tidak tergolong drpd mereka yang rugi...

rasanya , cukuplah sampai di sini saja kalam ana mencoretkan kata hati..
sekali lagi kemaafan ana pohonkan dari antum sume atas kekurangan diri ana...
wassalam....

-mencari redha da cintaNYA-

Tuesday, October 13, 2009

Ana juga manusia...

Ana juga manusia,
yang kadang-kadang letih mengharungi hidup yang tak menentu onak durinya..
adakalanya mencabar keimanan, dan adakalanya memekarkan bunga kebahagiaan. Ana bersyukur kerana ana masih lagi di atas landasan agamaNYA. Ana bersyukur kerana masih lagi berpaut pada tali ALLAH. Meskipun syaitan laknatullah sering membisikkan rona-rona bahagia dunia yang tidak menjanjikan kebahagiaan Akhirat. Alhamdulillah, biarpun kadangkala ana tumpas.. tapi, ana masih bisa bangkit semula bersama kekuatan kudrat yang tak seberapa ini. Alhamdulillah, ALLAH masih memberi peluang buat ana. membetulkan kesilapan yang telah ana lakukan. Kekuatan dan keazaman yang kadangkala lenyap ditelan tipu daya syaitan, masih lagi bersisa dan masih mampu membuahkan usaha. Jutaan kesyukuran ana ungkapkan.

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Kawan!!!

Cerita ue..
nantilah ana sambung...
Entry nie mmg khas buat siapa yang mengaku
kawan ana....

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah
Takkan terus berkelana
Ingatlah
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Thursday, October 8, 2009

Continue....

"Azam, aku lupa nak bagi tahu kau. Baru setengah jam tadi doktor beritahu aku yang dah ada penderma yang sesuai."
"ye ke? Siapa yang bermurah hati tu?" soal Azam yang masih ralit membaca akhbar. Matanya tidak lekang daripada tajuk yang sedang dalam pembacaannya.
"entahlah... Aku tanya juga doktor, tapi doktor kata penderma tu nak identiti dia dirahsiakan."
"ooh... dia nak privacylah tu. lambat laun kau tahu juga nanti..." jawab Azam endah tidak endah dengan topik perbualannya bersama Khalif memandangkan tajuk berita di dalam akhbar yang sedang dibacanya lebih menarik perhatian.
"Kau ni! aku cakap buat tak tahu je!"Khalif meninggikan suara apabila melihat rakannya itu buat tidak endah dengan apa yang sedang mereka perkatakan.
"Dah tu? kau nak aku respon macam mana?" soal Azam dalam nada sindiran.
"Ish... Kau ni. Datang-datang je buat sakit hati aku. pergilah belikan aku something untuk dimakan. lapar ni." Begitulah mereka. Bahasa bualan mereka agak kasar. Tapi, yang kasar itulah yang mengeratkan mereka. Sekasar manapun bahasa mereka, tak pernah sekali-kali mereka menggunakan bahasa yang tidak sopan dalam perbualan seharian.
"yelah. Kau ni, tak boleh tengok orang senag sikit. Ada saja." Ujar Azam sambil meletakkan surat khabar ke atas meja kopi yang berdekatan lalu mencapai kunci kereta yang turut diletakkan di atas meja tersebut.



**************



Aleisya merenung ke luar jendela. Udara pagi itu nyaman sekali. Matahari yang menyinari pagi juga tidak terlalu terik dek kerana kehadiran awan yang membayanginya. Lantas, hatinya memuji ALLAH atas kebijaksanaanNYA mencipta setiap yang ada di langit dan di bumi. Telekung yang digunakan semasa menunaikan solat Dhuha sebentar tadi tidak terus ditanggalkan. Terniat di hatinya untuk membaca surah Al- Waqiah diikuti dengan menghafal surah Al-Kahfi yang masih bersisa beberapa ayat sahaja lagi. Sempat juga dia termenung sebelum mengalunkan ayat suci itu. Teringat dia pada seorang insan. Insan yang kini merantai jiwanya dengan perasaan yang tak dapat diluahkan.
Khairil Azam Khaidir. sepotong nama yang menggamit perasaannya. Segera dia beristighfar apabila menyedari al-Quran masih dalam pegangan. 'Astaghfirullah hal azim.. kenapa mesti aku mengingatinya. Dia bukan hak aku. Dia hanya tunangku. Tunang tidak bererti dia halal bagiku.' ungkap hati Aleisya menyedarkannya dari Khayalan palsu bisikan sang Azazil. Segera dia menatap Mashaf suci itu lalu dialunkan Kalam ALLAH itu dengan tajwid yang betul. Sugguh merdu alunannya. Selesai membaca, Dia menyelak ke halaman surah al-Kahfi bagi menyambung bacaannya yang hanya tinggal beberapa ayat lagi. Selesai menghafaz, di mentadabbur pula intisari ayat-ayat yang dibaca sebentar tadi bagi memahami sepenuhnya Kalam ILAHI yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad itu.
Belumpun sempat Aleisya menyimpan al-Quran di tangannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Terkocoh-kocoh dia mendapatkan telefon bimbit yang berada di dalam bilik tidurnya. Mujurlah dia tidak jatuh kerana memijak kain telekungnya yang berjuraian. Panggilan diangkat. Nombor yang tidak dikenali.
"Assalamualaikum." Salam dihulurkan buat si pemanggil.
"waalaikumussalam. Enti apa khabar?" Suara garau menyahut salamnya.
"Saudara ini siapa?" Soal Aleisya. Dia meragui pemanggil yang sedang berada di talian.
"Takkan buat-buat lupa. Malik. your secret admirer." Ujarnya selamba tanpa sekelumit rasa segan silu.
"Malik, Kalau tiada hal penting yang ingin dibincangkan, tidak perlulah awak menghubungi saya. noktah." Panggilan ditamatkan. Tidak sanggup lagi rasanya terus membiarkan dosa menjalar ke dalam jiwa. Istighfarlah pembersih jiwa yang dinodai setitik khilaf diri yang tak sempurna ini.
Segera ditanggalkan telekung yang membaluti tubuh. Disangkutnya di ampaian di kamar peraduannya yang sederhana besar. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan lad top di atas meja belajarnya sambil mengikat Rambut ikal mayangnya. Tangannya mula menekan tetikus bagi menyambung semula tugasan yang tergendala sebentar tadi kerana dia pergi menunaikan solat Dhuha yang sudah menjadi rutin hariannya. Matanya tidak jemu menatap skrin ladtop miliknya yang dihadiahkan oleh kedua ibu bapanya buatnya yang tidak pernah mengecewakan kedua ibu bapanya. Terdetik pula di hatinya untuk membuka email yang sudah lama tidak dikemaskini kerana kesibukannya di dewan kuliah. Kekunci huruf ditekan menaip ID yang tidak asing lagi buatnya. Belum sempatpun dia menghela nafas lega di atas kejayaannya menyiapkan tugasan, dia terpana menatap skrin ladtopnya. Mesej pertama di peti melnya membuatkan jantungnya bagai mahu luluh.
bersambung....

Sunday, September 27, 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalamualaikum...
dah lama tak update blog nie...huuu~~
kali nie ana nak berkongsi kisah ana n Family menyambut hari raya...
tahun nie family ana beraya di segamat, johor... (Kalau tak kat segamat kat mana lagi ? tu sjelah kpg yg ade). ana balik kpg 2 hr sebelom raye. Apa lagi kejenye... kalau bukan mengemas rumah, tolong nenek masak ketupat sbnrnye nasi empit je... ketupat tak reti anyam lorh... pak cik yg anyam.. ade gak tergerak hati nk blaja anyam ketupat, tp ana ni agaknye mmg tak berbakat kowt untk menganyam. tak pernah jadi kalau buat... Lepas tue masak rendang, sambal kacang & sayur lodeh. Tue sume memang hidangan wajib pg rye.

Raye tahun nie mungkin org len fikir biase je... tp, ana rase tak. sebab, Anggota family bertambah sorg lg. Mak su bersalin bbrpe hr je sebelum rye.. huuu~~ baby b0y yg sungg0h c0meyl!! nme diberi Muhd Arfan (betool ke tak eja nie?) alhamdulillah... rezeki ALLAH bg. sedar atau tak, cucu nenek ana smakin bertambah.

rsenye, kalau raye budak2 x main mercun 0r bunga api tak sah... hmmm camtu ler adik2 ana. bukan yg umur dah besa2 je yg men.. yd umo setaun dua pun minat.. ana nie.. takderle nk men lg.. jage budak men je cukup le... heeee~~ ana plg ske berkumpol ramai2 kat kpg.. sbb dpt rapatkan ukhuwah,.. lyn budak2 kecik yg sunggoh c0meyl!! itu sume citer mlm raye. pagi rayenye, mereka yg bergelar lelaki pergile bersiap nk solat raye. kat sini mmg jarang org perempuan pergi solat raye.. tp, ader jer yg pergi. yg perempuan pulak, kemas2 rumah... ye larr nanti org dtg rumah untuk marhaban. macm nie ler tiap2 tahun kat kpg ana. Kalau masa ana umo lima enam tahun dulu ade le juge mengikut pergi marhaban ue... tp, dah besar nie.. takderlah. selalunye, bdk2 yg gi marhaban nie nak kutip duit raye... tp, tak sume macam tu. ALLAH sjelah yg tahu niatnye.

Lps Zohor, ana & family ana balik kpg yg sebelah sana plak... kpg yg terletak kat Muar. atuk & nenek yg sblh sane dh meninggal, jdnye kat sana pergi ziarah atuk sedara & jumpa mak & pak sedara. huuuu~~ beH! maner boleyh tak best... berkumpol ramai2. lebih2 lagi family besar. mmg beh! kalau kat segamat ana kawan dengan budak2 kecik... hmmmm kat sini ana kwnler dengan mereka yang sudah boleyh dikategorikan dewasa. (18/20 Sumethin....) kene ler berfikir mcm org yg dewasa sket... Esoknye, kami sume pergi berkonvoi ke felda kahang. pergi beraye rumah atok sedara. bile reramai camni... terasa keakraban. balik dari sana of coz dah mlm.. pe lgi? bertemu dengan bantal dan katil, tidurlah...
kalau nak dicerite sume...
bnyk sngt yg beh...
cukop ler ni...
letih nak menaipnye...
yg pasti,...
Aidilfitri nie mmg mengeratkan lg hubungan kekeluargaan...
lebih2 lg yg jrg berjumpe...
wassalam~~

Friday, September 4, 2009

Sudah Jatuh termasuk L0ngkang....

teng0k tajuk nie cam pelik aar...
tp, tak kesah aar...
nk share ngan antum citer nie spaya dijdkan teladan...

adelah sorg budak lelaki nie..
umur br 12 tahun tp dah berlagak cam org beso...(adek sper aar nie?... adek sendiri gak..hee~~)
nk dijadikan cerite...
beselah, budak2 yg ingat diri dia dah besar,...
buatler satu keje yg membahayakan..( mungkin bg antum x bahaya kot.. tp, bg ana bahaya...)
agaknye dah takda pintu nak kluar sekolah,
pegilah si budak lelaki nie tadi melompat kluar dari skolah dari tembok...(nk kate nk fly.. x der pnglmn,...~~ntahle)

dekat tepi tembok tue pulak ader ler longkang...
yg ana tak pasti ukuran kedalamannya...
tp, kalau dah longkang, confirm2 aar simen ann?
kalau terhentak kepala... uuhhh x yah ckp aar mesti saket!!
n then, budak lelaki yg boleh dikategorikan sebg x dngr ckp nie un wat aar adegan melompay ue...
atas sebab naseb dia hr nie x bper nk baek( tue aar,... len kali org tua ckp dngr!!)
die un jatuh ler dlm longkang ue....
kalau luker siket2 takper...
ini smpi berdarah-darah...
yeeww...
naseb baek ana tak der mase ue..
kalau x...
tak taw ler caner nak buat...

kalau dah berdarah2 ue buat per lg...
bwk gi hosp ler...
takut ler luke dye ue ader effect kat mate...
hmmm... mcm mner ler nk jwb pekse nnti....
dasar budak lelaki...
degil dah jd mcm nie kalau x sdr2 lg tak taw ler...
agaknye nk tunggu patah kaki kowt..
tp, lebeyh baik ler dpt pnglmn camni...
hidup kalau x pernah jatuh mner ler nk dngr ckp org n mase nie ler br kenal kwn ker hantu...

huhu~~
wallahualam...

konklusinya...
jngn degil!!
heee~~
dengar ckp mak bapak, yea...
kalau x nk dengar ckp dyorg ckp saper lg??

wassalam~~

Tuesday, August 25, 2009



aper makner sahabat???

S- sayangnya dia kat kite...

a-amanah orangnye...

H-hepi dan 'menghepikan' kite...

a-ALLAH kekasihnye...

B-buat aperpun sumenyer ikhlas kerana ALLAH

a-angkuh bukan sifatnya...

T-tepi kain orang dia tak jage...tp, dia 'Caring'

heeee~

Bulan RAmadHan Bulan BaraKah...

Assalamualaikum....
Dah lama x menulis...
hmmmm.....

skarang nie bulan Ramadhan...
moga Ramadhan antum sumer tahun nie lebih baik dari tehun lepas...
jomlah sesame kita jadikan ramadhan kita tahun nie sebagai satu permulaan untuk kita berubah...insya-ALLAH~~

ana nak kongsi ler dengan antum sumer tntg kebiasaan2 yg kita buat mase bulan ramadhan nie... kadang2 ader antara kita yg lupe, sbnrnye mse bulan ramadhan nie permulaan untuk kita cube berjimat dlm berbelanja. tp, kalau dihitung-hitung balik, perbelanjaan kita mse bulan ramadhan nie lah yg tinggi... maner x nye, berbuka smpi tak muat meja ue dengan makanan....
nauzubillah....

kalau dinilai balik....
dari pagi hingga ler waktu berbuka...
berapa ramai antara kita yg isi mase2 lapang dengan bace al-quran?
sedangkan kita nie dituntut khatam 30 juzu' al-quran dalam bulan yg mulia nie...
imam shafie mampu khatam 60 kali dalam satu bulan ramadhan nie...
mmg ader yg beralasan.... "itu imam shafie"
tp, kan hendak seribu daya x hendak seribu dalih...
kalau kita tak mampu nk khatam 60 kali dlm sebulan cukuplah sekadar sekali kita khatam di dalam bulan ramadhan... jngn pula khatam, tp tidak terkesan langsung di jiwa....
biarlah khatam dengan makna2nya sekali... insyaALLAH~~

then,...
dalam kita melakukan solat tarawih,
ader juga antara kita yg mengejar bil. rakaat... bukannyer kualiti solatnya...
bukan kah lebih baik solat sebanyak 8 rakaat yg khusyu' dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH berbanding dengan solat 20 rakaat yg ader niat menunjuk-nunjuk....
nauzubillah, semoga kita terhindar dr sumer ue...

wallahu'alam...
semoga ibadah kita di dalam bulan mulia ini diterima ALLAH...
amin~~
wassalam...
kalau salah, tegur yer...

Wednesday, July 15, 2009

HadiS Hari Ini...

Menyesal Kemudian Tiada Gunanya:

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Kelak akan ditanya kepada orang kafir pada hari kiamat,
bagaimana pendapatmu seandainya seluruh isi bumi
ini menjadi emas dan menjadi milikmu,
mahukah engkau menebus dosamu dengannya?”
Jawab orang itu:”Mahu!”
Maka dikatakan kepadanya:”Dahulu telah diminta kepadamu
(tebusan) yang lebih ringan dari itu.”


Riya' Perbuatan Syirik:

Rasullah s.a.w bersabda:
" Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan."
Sahabat-sahabat Baginda bertanya:
" Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?''
Baginda s.a.w menjawab:
" (Salah satu yang terbesar di antaranya)
ialah melakukan syirik terhadap Allah…."


Sifat Pemalu Rasulullah S.a.w:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:
”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu,
lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu,
kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”


Tiga Jenis Musuh Allah:

Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi saw., sabdanya:
”Allah berfirman:”Ada tiga jenis, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat:

i)Orang yang memberi kerana-Ku, kemudian tidak diakuinya
ii)Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya wang hasil jualan tersebut.
iii)Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi tidak dibayarnya upah itu.”



semoga aper yg kita peroleh,..
dapat kita amal dan sampaikan.....
insya-ALLAH...
wassalam...~~


Sunday, July 12, 2009

manusia atau AL-KHALIQnya?

assalamualaikum...
antum rase apalah yg ana nak tulis aann...
berdasarkan tajuk ue,..
agak2 boleyh teka x?
tak perlah, tak perlu lah berteka teki aann...
straight to the point jer la...

ana juz tertanya-tanya...
perlu ke kita menanti somethin' yg belum pasti lagi akan menjadi hak kita?
perlu ke kita menanti, dan terus menanti jawapan yg belum pasti?
perlu ker kita menanti tertunainya janji manis yg tak der perjanjian hitam putih?
perlu ker kita terus mengejar cinta seorang hamba yg sudah tentu punya lebih banyak tanggungjawab ke atas TUANnya..?

Ana sedih bile tngok kengkawan ana or sesape jerlah,..
yg terlalu mengharap cinta manusia drpd mengharap keredhaan ALLAH...

bukanlah ana nak perasan sempurna...
ana tahu tak der manusia pun yg sempurna kat dunia nie...
melainkan Rasulullah dan para anbiya' yg sememangnye telah terpelihara dr melakukan dosa dan maksiat...
tp, ana juz tulis aper yg terbuku kat hati...

mungkin kita terlupa kowt...
kita terlupa yg ader YG
MAHA MENYINTAI...
sebab tulah kita
sibuk mencari cinta manusia...
layakke kita nak cintakan hambaN
YA,
kalau cinta AL-KHALIQ kita tak dapat gapai lagi?
buat aperlah kita sibuk mencari cinta manusia yg beloom tentu akan menjadi hak kita...
yg belum tentu lagi akan balas cinta kita ue...

mmg fitrah manusia akan lahir rse suke, cinta,... or pe2 je...
tp,
kan kita boleyh kawal perasaan kita tue...
kita boleyh tundukkan perasaan kita tue,...
carenye bnyak lerh sngt,...
tinggal kita jer nk amal 0r x nak...


antaranya...
dekatkan diri pada ALLAH...

[doa, bnyk2 qiam malam... n amal2 len yg rsenye antum lagi tahu drpd ana,...]
then, mintak lah pada ALLAH, jauhkan kita dr mender2 yg melaghakan...
ape2 un mintak pada ALLAH..

perasaan ue pun anugerah ALLAH kan?
DIA yg bg, DIA lah yg tarik balik....

tp,...
kita nie silap...
kite lgi lyn perasaan...

Lagi2 tyme tngh study...
sibuk ler dengan 'boyfren' or 'gurlfren'...
study entah ke mane...
itu study...
tanggungjawab len yg lebih utama [solat...]
mcm maner lah eeyk?
tp,...
x sume insan cam tue ana tahu...
tp, better x perlu le couple or what ever it is...
melaghakan n juz bg dosa zina hati...

wallahualam,..
salah tegor yer...
ana juz hambaNYA yg kdg2
terlalu emosional tanpa ader rasionalnya...
heee~~
wassalam,...


Friday, July 10, 2009

Ada Apa Dengan Ego?

Assalamualaikum...
hmmm...
seminggu dua nie cam tension jer...
mcm2 masalah ader...[ceyh, br form 2 dah ader masalah... ngee~~]
x yah ler citer psl masalah2 ue...
Ape yg penting? [sebutan ala2 wonderpet ue..]
Ingat ALLAH...
tool x? tool x? [awal2 dah mule mengarut...~~]

balek pd topik...
Eg0...
Hmmm...
salah ker kalau kiter ader ego eeyk?
rse cam x slh...
tp,
Biarlah kene rasionalnya...
Jngn diri ue dah berslh...

Masih lg dengan ego nk pertahankan diri...
Laenlah kalau x bersalah...
nk defend habis-habisan un tak per...

ader ler sesetengah org nie yg ego,
smpi tak dapat nak terima
pendapat org lain...
dia rase diri dia jer yang betool...

tp,...
x guner pun perangai dia cam tu kan?
nnti, susah nak kerja
ngan org atasan & org bawahan...


tak slh rsenya
kalau dibuang rase ego ue...
terima teguran & pendapat org
lain...
takkan kite je yg betool...

setiap manusia kan ader kekurangan & kelebihan sendiri...
terpulanglah pada diri masing2 macam mana nak gune kan kelebihan ue...
& perbaiki kelemahan diri..

Rasulullah boleh terima pendapat sahabat yg menyuruh menggali parit
semasa perang KhandaQ,
Knp kita yg juz insan yg of coz tak terlepas dr melakukan dosa tak leh terima pendapat insan laen? Bagus sangat ke kita nie? Siapalah kita nk dibandingkan dengan Rasulullah? Rasulullah, kekasih ALLAH...pemimpin umat islam... tp, hidupnya cukup sederhana... Peribadi Rasulullah yg patut kita contohi...Bukannya berlumba-lumba dengan si kafir mengejar isi dunia. mungkin kadang2 kita terlupa yg pada Rasulullah itulah contoh2 yg baik....

akhir kalam...
kalau salah tegur yer...
ana nie insan yang hina...
ilmu juga tak sampai setitis...
wallahu'alam...
wassalam...~~





Thursday, July 9, 2009

Hari Ini, Semalam Dan Esok...

Assalamualaikum...
Sihat?
moga sihat l
er yer...
hmmm
..
tetibe je otak nie dari pagi sampai ler ke petang terfikir,
Knp org x ambil iktibar mahupun pengajaran di sebalik setiap kejadian
yg berlaku??
tell Me!! tell Me...

Malah makin menjadi-jadi pulak perangainya,....
Langsung x nmpk Aper2 pengajar
an or
teladan dari somethin' yg happen...
mungkin x kene kat batang hidung sendiri kot...


Ana rase ler kalaulah kene
kat batang hidung
sendiri,
taubat sesungguh...
insaf...
bukanlah aper...
tp,
pelik dengan sikap setengah manusia yg
x pernah belajar dari kesilapan lalu...
x kira ler kesilapan
diri sendiri mahupun org lain...
ana tahu, manusia x d
e yg sempyrna...
semua mesti ada kurgnye..

tp,
tak bermakna biler kita dah buat salah ue,
kita tak boleh ubah diri kita...
semuanya bergantung pd usaha kita..
bukan sekadar berserah,..
Lgpun ALLAH ada berfirman dalam al-Quran,
yg ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu,
selagi kaum tu tak berusaha,...

ALLAH un suruh kita berusaha perbaiki diri kita...

dan,
jangan pula bila kita dah berubah ue,
kite langsung tak istiqamah...
kejap O.K..

kejap K.O..
Kejap je insaf...
lps tue buat balik...
ulang lagi kesilapan yg sme..
ruginye kan...
kalau kita tak belajar dr hari semalam...

sepatutnya,...
hari ini lebih baik dari semalam..
dan hari esok
lebih baik dari hr ini...
rugilah kalau hari ini
dan semalam same jer...

lebih rugi lagi kalau hari ini
lebih buruk dari hari semalam..
nauzubillah...


kalaulah kita disuruh buat pilihan,
biarlah kita memilih dengan
ilmu yg kita dapat dari
pengalaman semalam...
right??~~
bukan dengan nafsu semata...
insya-ALLAH...
itulah yg terbaik...



Apa gunanya semalam,
Kalau kita tak guna pengalaman
semalam untk perbaiki diri kita?...
sia2 lah kita hidup hari ini...

Betul tak? betul tak?
sia2 lah jugak semalam yg tak membawa
aper2 un perubahan dlm diri kita...

biarlah Hari ini, esok dan selamanya...
Kita sentiasa mengisi jiwa kita
dengan mengingati ALLAH...
Kerana sesungguhnya
hati ini milik ALLAH...
dan dengan mengingatinya
sahaja hati akan tenang,..
insya-ALLAH......

WallahuaLam...
Salah tegur, k...
Ana un hamba ALLAH..
yg lemah lagi tak berdaya...
Syukran...
Wassalam..



Monday, July 6, 2009

La Tahzan


La tahzan wahai sahabatku.
...
ingatlah,..
kalau saat ini kamu diuji dengan kelaparan,
masih ada yang lebih dah
syat dari mu...
mereka kebuluran t
anpa sesuap nasi...
tapi, mereka masih tabah menghadapi hari yang mendatang....


seandainya kamu sedang bersedih
kerana kecewa dengan result exam.... bersyukurlah,kerana kamu masih punya peluang buat menuntut ilmu,... tidak seperti saudara seislammu yg tidak bernasib baik... yang tidak punya peluan buat
menuntut ilmu ALLAH yg luas, Bahkan mereka terpaksa berhempas pulas mengangkat senjata buat mempertahankan kedaulatan agama dan negara....


sedarlah, sesukar mane pun kita,..
kita masih lagi beruntung,...
berbanding mereka2 yg kurg bernasib baik...
bersyukurlah dengan kehidupan saat ini...
jangan pernah mengeluh dengan setiap ujianNYA...tabahkan hatimu dan usahlah bersedih....






wassalam....
bersyukurlah dengan kehidupan antum hari ini...
sementara ia nya masih belum berlalu....

Tuesday, June 30, 2009

Hadis 2

Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku.
Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”

[Hadis Riwayat: Muslim]

Semoga apa yang kita dapat,...
Dapat kita sampaikan dan amalkan...
insya-ALLAh..
Wassalam....

Hadis 1

Dari Aisyah r.a katanya,
dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar.
Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk.
Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?
Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?”
Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”
Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat
di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

[Hadis Riwayat : Muslim]

Semoga dapatlah kita sampaikan setiap
ilmu yang kita peroleh...
insya-ALLAh..
wassalam.. :)

Friday, June 26, 2009

Ada Apa Dengan Fitnah?

Assalamualaikum...

Hari nie, tetibe jer ana teringin
nak berkongsi sesuatu
yang berkaitan dengan fitnah...
Pernah aak kene fitnah?
aper rasenyer eek bile kene fitnah?
Mase ue, kita tuding jari kat saper eeyk?
Pd mereka yang memfitnah? Or Pada diri sendiri?

Rasenye ramai yg salahkan si penyebar fitnah aan?
kesalahan bulat2 diserahkan pad
a si penyebar fitnah...
sedangkan kita tahu yg dlm dunia nie tak de seorg pun yang sempurna...

So, sepatutnya....
bukan orang yg memfitnah shj yg wajar dipersalahkan...
Bg ana kedua-duanya pun bersalah.
sama ada yg difitnah, mahupun yg memfitnah...
Tak perlulah menuding jari pd orang lain,
kita tengok diri kita dulu...
Mungkin kita ade melakukan kesilapan
yg tanpa kita sedari sehingga boleh menimbulkan fitnah tu...
Sebabnya, org ckp aper yg mereka nmpk.
Tp, ade juga org yg ske menokok tambah cerite...
yg nie lain nie...entahle~~~

Ape2 pun, apabila kita difitnah,
jngn pula kita tuding jari pada orang lain...
ingat kita pun tak sempurna,
mungkin hr ini dia buat silap,
esok lusa kita pulak annn...
yg penting, kita cube perbetulkan
diri kita sendiri, kita cuba sedaya mungkin...
Biar apepun org nk kate,
yg penting kita ade niat untk berubah ann?
Kita belajar dari kesilapan semalam...

Lagipun, ckp manusia tak penting...
x membawa ke manapun...
penilaian manusia un hanya
berdasarkan duniawi semata-mata...
hnye ALLAH sebaik-baik penilai,
DIA yg lebih mengetahui isi hati hambaNYA....
So, bile kene fitnah, aper responnye?
*Diam & berubah...
wallahua'lam...
ini juz pendapat ana...
kalau salah tegur ye...
Ana hnye seorg insan yg lemah lagi hina..
Wassalam


Thursday, June 25, 2009

KAWAN

Assalamualaikum,..
Apa khabar agaknya antum semua ,yer?
harap2 Sihat-sihat belakalah sumenye....
sebenarnya, ana tak tahu nak tulis ape un kat sini...

tp, ana nak share ngan antum sume sesuatu,..
semoga yang maner baik ue dijadikan ikutan,
tp yang buruk jadikan sempadan yer...

Dikisahkanlah,...
si Nur[bukan nama sebenar...heee], & Si Fidah[bukan nama sebenar..] yang dah lama bersahabat. Diorang nie ke mana sje bersama, macam belangkas... ke library, ke kantin, ke mana sje lah... pokoknye, di mana ada Nur, di situ pasti ada Fidah... Dah macam kembar siam yang tak dapat dipisahkan. Tp, biasalah....

Maner ade manusia yg perfect. Rupa-rupanya, selama ini... Si Fidah nie selalu aibkan si kawannyer, Nur. Bile Nur dapat tahu, dia memang tak caye, Yerlah kawan yang selama nie tempat dia meluahkan rase sakit hati, sedih, geram, marah n pe2 lg rupe2nya seorg pengkhianat! Pengkhianat yang membuka rahsia kawan sendiri.

Yg si Fidah pulak pandai bermuka-muka... Depan Nur dia tunjuk baik, tp..
kat belakang, ALLAH jer yg tahu... Jdnye,Yg si Nur nie terus ler diperbodohkan oleh kwn dia sendiri..

"sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga"
Mcm ue ler ngan si Fidah nie...
Akhirnya, bocor jugak rahsia yg dia nie sker bwk mulut...
ske jaja cerite kwn sendiri...
Lebih kurg mcm internet bergerak lah...(heee~)
Lps ue..
Org len mule aar..
Jauhkan diri dr si Fidah nie..
Yer aar,...
Spe nk citer sendiri kene jaja ann?

Tp, Nur still setia jer....
Walaupun ada sekelumit rse sakit hati dia pd si Fidah nie,..
dia cube buang rase ue jejauh..
supaya ukhuwah yg terbina antara dia & Fidah terus terjalin cam biasa...
dia x nk kehilangan Fidah walaupun dia tahu Fidah dah bnyk saketkan hati dia...
Sebaliknya, dia cuba terima Fidah seadanya...
dia tahu manusia kan boleh diubah..
kalau bukan dia, siapa lagi yg nk tolong nasihatkan si Fidah nie...

* citer kat atas nie takde kene mengena ngan yg hidup mahupun yg sudah meninggal dunia....
sekadar renungan bersama jer...

hmmm...
agak2,...
aper pengajarannya
dari citer ni eeyyk..?

Mungkin...
1) Bila berkawan ue biarlah kita jujur,Jngan HIPOKRIT!!!
2) Dlm dunia x de seorg un yg sempurna. So, terimalah kengkawan korg ue seadanya tanpa
bnyk songeh...
3) Mmg ader org kater, kite nie kalo nk berkwn kene pilih kwn yg bebaik... Tp, cbe antum sumer fikir, kalo ler sumer org fikir cam ue sper nk kwn ngan yg tak baper baik,sper yg nk tolong ubahkan perangai diorg? think about it...~~ntahle....
4) Bawa2 mulut nie tak baek ler... Not good for your health, nnti kekurngn air liur~~ heee...

Cukup kot,Ana dah mule ngarut2 nih.
Wassalam...

* kalo slh tegur yer....

Tuesday, June 16, 2009

Ada apa dengan Kejayaan dan kegagalan?


Dalam melalui liku-liku kehidupan ini,tidak semua yang dilalui itu indah-indah belaka. Hidupkan ibarat roda, ada kalanya di atas, dan ada kalanya di bawah. Kegagalan bukan
bermakna kita sudah tewas, tapi kegagalan itulah yang bakal mendorong agar kita berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh,... betul tak? Kejayaan juga bukan bermakna yang kita dah meraih kemenangan, sebaliknya, kejayaan boleh menjadi racun berbisa yang yang boleh membunuh kita. Terpulang pada kita sejauh mana kita menilainya.

Tak salah kiranya kita merasa kecewa dengan somethin' yang telah kita usahakan, tapi hasilnya tetap tidak memuaskan. Tapi, janganlah terlalu mengikut emosi. Cuba renungkan... Mungkin ada hikmah di sebalik setiap yang ALLAH tentukan. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tersirat di sebalik kegagalan itu. Kita tak tahu. Hanya ALLAh yang tahu. Anggaplah ini satu ujian buat kita supaya kita lebih gigih berusaha dan tidak mudah putus asa walau dalam apa sekalipun keadaan.

Bukan bermakna, hari ini kita gagal, hari esok kita tetap gagal... melainkan kalau kita tidak berusaha untuk mendapat kejayaan hari esok, memang kegagalanlah dalam tangan kita. Mereka yang berusaha, dapatlah hasil yang setimpal dengan usaha mereka, begitulah sebaliknya...
Untuk berjaya, kita perlu usaha and tawakal. Kalau kita tawakal je tak boleh....

kita perlulah berusaha juga. Then,barulah tawakal. Lagipun, ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi kaum itu tak mengubah diri-dirinya sendiri... So, kalau nak berjaya perlulah usaha dulu, bukan hanya pasrah sahaja. Tapi, kalau tak berjaya mungkin bukan rezeki kita. Mungkin juga ALLAH teah mengaturkan sesuatu yang lebih baik dari kejayaan itu. Fikir positif. Sebab kegagalan tak bermakna tewas, tapi merupakan kejayaan yang masih tertunda.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia ini jangan lupa pula pada kejayaan yang lebih bermakna. Kejayaan di akhirat yang abadi. Jangan kerana mengejar kejayaan dunia, kita lupa nak cari bekalan untuk akhirat. Sia-sialah hidupkita di dunia ini, kalau di akhirat sana kita merana.
Apa-apa pun, jangan lupa pada ALLAH. DIA yang telah mengurniakan kepada kita kesempatan untuk hidup di dunia. DIA juga yang telah mengurniakan nikmat yang tak ternilai iaitu nikmat iman dan islam pada kita. DIA juga yang memberi nyawa kepada kita sehingga ke hari ini, kita masih boleh menikmati keindahan alam ciptaanNYA dan masih boleh bernafas di dunia ini.
Walau bagaimanapun keadaan kita, jangan pernah lupa padaNYA, sama ada semasa senang mahupun susah.

senang-senang dahulu, barulah susah yer...~~
Wassalam....

*somethin' yang salah tegur...
Ana cuma hambaNYA yang lemah yang tak terlepas daripada
melakukan kesalahan...

Tuesday, June 9, 2009

ADA APA DENGAN SAHABAT?

kadang-kadang,
dalam bersahabat mesti ada salah faham....
mesti ada somethin' yang membuatkan tercetusnya pertelingkahan, kecik hati...
biasalah...
adat berkawan...
kita bukan dapat puaskan hati semua orang...
yang penting dalam bersahabat kepercayaan pada sahabat perlulah ada, kalau tak banyak sikit pun tak perlah...
sahabat yang benar2 sahabat ialah sahabat yang kala dia marah pun dia mampu menginsafkan diri kita,...

ana sendiri pun rasa diri ana ni bukanlah sahabat yang baik...
sebab kadang-kadang ana pun terlalu ikut emosi dalam bertindak....
itulah manusia,...kadang-kadang terlupa yang diri sendiri tak perfect,
tp mengharapkan yang perfect dari orang lain....
bila berkawan,biarlah ikhlas kerana ALLAH, semoga persahabatan itu
kekal walau apa yang terjadi sekalipun....
tp, lumrah kehidupan di dunia...
tiada yang kekal selama-lamanya....
kelak kita akan terpisah jua di sana jika ukhuwah yang selama ini terjalin hanyalah kerana keduniaan semata-mata, biarlah ukhuwah yang terjalin antara kita ini disinari dengan limpahan cahaya ILLAHI,...
Biarlah ukhuwah yang terjalin antara kita ini mampu menggapai redha ILLAHI,..

sahabat,...
yang aku harapkan darimu
adalah bimbinganmu kala ana terlupa,..

sahabat,...
yang aku pinta darimu
bukanlah kekayaan dunia
tapi, sokonganmu buatku
sepanjang perjalanan yang penuh duri ini...

sahabat,
ana tahu ana bukanlah sahabat yang baik
malah ana sering menyakiti hatimu
hanya kata-kata maaf mampu
ana ungkapkan buat enti...

sahabat,..
ana mengharapkan
enti sama-sama bersama ana
di likuan perjuangan yang
penuh duri ini,...

ya ALLAH,
sinarilah hati kami dengan
Cahaya Mu yang tiada pernah padam...
semoga ukhuwah ini
berkekalan ke akhirnya
amin...
wassalam....

Monday, June 8, 2009

KETEGUHAN SUMAYYAH


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan nabi muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.



PENYEKSAAN

Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.
Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

Monday, June 1, 2009

ANTARA TANDA-TANDA KECIL KIAMAT


Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat:

1)Penaklukan Baitulmuqaddis:
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

2)Zina bermaharajalela:
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3)Bermaharajalela alat muzik:
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4)Menghias masjid dan membanggakannya:
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik:
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6)Ramai orang soleh meninggal dunia:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7)Orang hina mendapat kedudukan terhormat:
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja:
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar:
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita:
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar:
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai:
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

wallahu'alam..
moga apa yang kita dapat,
dapat kita amalkan dan sampaikan...
insya ALLAH...

Sumber:ILuvIsLam




Thursday, May 28, 2009

CoupLe,...CoupLe,...CoupLe,...


Sebagai manusia biasa yang semestinya ada hati dan perasaan,per
asaan ingin dicintai dan ingin mencintai itu satu lumrah.Lebih-lebih lagi di kalangan remaja. Budaya couple budaya couple dah menjadi lumrah dalam hidup. Sedangkan couple itu HARAM.Ada yang mempertikaikan kenapa pula haram? Mungkin kerana telah terlalu asyik dengan alam percintaan yang fana,sehingga tidak nampak keburukan berCoupLe.

Dalam al-Quran,ALLAH ada berfirman :

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
[surah AL-Isra',ayat 32]


Sedar atau tidak,CoupLe merupakan salah satu cabang mendekati penzinaan....
ALLAH dah berpesan pada kita awal-awal lagi...
"jangan Dekati zina" bukannya "jangan berzina"
Maksudnya...
ALLAH turut melarang kita bukan sahaja berzina malah ALLAH turut melarang kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina....

Patut ke kita ingkar pada arahan ALLAH yang telah Menciptakan kita,..
Yang telah mengurniakan buat kita nikmat yang tak ternilai harganya...

ditambah lagi dengan sabda Rasulullah S.A.W.:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Sebab-sebab mengapa HARAM berCoupLe:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat ber
sama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.



ada juga yang menyatakan berCoupLe secara islam...
apapun...
hukumnya tetap HARAM...
kulit sahaja nampak elok,tapi isinya masih sama.


sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

ALLAH melarang kita mencampuri sesuatu yang hak dan yang batil.Begitu jugalah hakikatnya pada berCoupLe 'islamic',Secara tidak langsung kita telah melindungi sesuatu yang batil itu dengan tujuan suci.hukumnya tetap HARAM kerana kita masih belum menjauhi Zina Hati.

Cukukuplah mencintai ALLAH sekiranya tiada cinta manusia lain buat kita.Kerana ALLAH itu maha Mencintai.DIA tidak akan pernah membiarkan hambanya terkapai-kapai dalam menghadapi dugaan hidup....
DIA yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

WAssaLam~~






video

Wednesday, May 27, 2009

UKHUWAH FILLAH....


Indah sungguh ukhuwah yang terjalin ikhlas semata-mata kerana MU, Ya RABBI
Sentiasa dibatasi dengan syariatMU,...
Tidak pernah sunyi dengan kalimah tarbiyah menyucikan jiwa,...
Kalimah Zikrullah sentiasa meniti di bibir...

Tiada yang lebih indah melainkan ukhuwah yang terjalin semata-mata kerana MU,..
Ukhuwah yang terjalin semata-mata mencari keredhaanMU,..
ukhuwah yang terjalin buat mencari kemanisan iman,..
ukhuwah yang terjalin buat mencari rahmat kasihMu...

Ya ALLAH,..
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui ,..
bahawa hati-hati ini telah bersatu buat bernaung di bawah naugan CintaMU,..
bertemu buat mematuhiMU,..
bersatu buat memikul beban dakwahMU,..
dan mengikat janji setia buat menegakkan syariatMU dalam kehidupan...

Ya ALLAH,
Eratkanlah ikatan ini...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,..
Tunjukkanlah hati-hati ini jalan yang benar,..
sinarilah hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMU yang tak pernah padam,..
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
serta keindahan tawakal padaMU,...

Ya RABBI,..
suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMU yang hakiki,..
jika ENGKAU takdirkan kami mati,..
matikanlah kami sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU,...
Sesungguhnya,ENGKAUlah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik PENOLONG....

Monday, May 25, 2009

YANG MANA JADI PILIHAN??

Best sungguhkan apabila kita terima pujian?..
Tp,...
Mana lagi best?
Pujian daripada manusia yang tak sempurna ni atau keredhaan ALLAH yang Maha Esa?

sering kali kita terlupa...
dalam kita menjalani hidup ini,..
kita luper yang ada Yang Memerhatikan setiap langkah,pergerakan kita...
Bahkan hati kita turut diketahuiNya..
Tiada apa yang dapat kita selindungkan daripada pengetahuanNya,
Dialah yang akan menilai sejauh mana keikhlasan kita..
Dia jugalah yang akan membalas setiap perbuatan yang baik ,yang benar-benar ikhlas keranaNya...

Ingatlah,
seindah manapun pujian manusia itu buat kita,..
ia takkan pernah kekal.
belum tentu juga pujian manusia itu
mampu membawa kepada kebahagian
yang kekal abadi.
Kebahagiaan yang belum tentu dapat dikecapi
biar sebahagia mana pun kita di dunia..
belum tentu di dunia ini kita bahagia,
dan kita akan turut bahagia di akhirat sana....
kerana,..
kebahagiaan di sana itu bergantung pada setiap amalan
yang kita lakukan di atas muka bumi ALLAH...
belum tentu juga sekiranya kita sengsara di dunia ini,
kita akan turut sengsara di sana...

Ingatlah,..
dalam kita sibuk dengan urusan dunia ,
jangan pula terlupa buat menyiapkan bekalan untuk akhirat.
jangan sampai kita hanya mengecapi kebahagiaan di duni namun di akhirat kita merana...

wallahua'lam..
yang baik datangnya dari ALLAH,..
dan yang buruk datang dari diri ini yang lemah lagi hina...
wassalam....